Thursday, September 25, 2008

Kerajaan Pakatan majoriti Islam - Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.

"Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan.

"Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali," kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Di MARANG, Terengganu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu bersedia untuk mengubah kerajaan dengan syarat kerajaan yang lebih baik daripada yang sedia ada.

PAS juga, katanya meletakkan syarat supaya kerajaan baru itu dikuasai Islam.

“Pertama, PAS meletakkan syarat kerajaan itu dikuasai oleh Islam. Jika Islam tidak majoriti, perubahan itu tidak akan disertai oleh PAS. PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak majoriti Islam.

“Kedua, kerajaan itu mesti sebuah kerajaan yang kukuh dan bukan kerajaan yang lemah. Dan kerajaan kukuh mestilah oleh wakil-wakil rakyat yang konsisten (istiqamah) dan bukan yang penakut. Terang-terang kita sebut, jika wakil rakyat itu penakut, bagaimana hendak buat perubahan. Perubahan itu sementara sahaja,” ujarnya.

Siasah difahamkan, semasa pertemuan tiga penjuru antara Anwar, Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Andul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, syarat majoriti Islam itu juga diberikan kepada Anwar oleh Abdul Hadi.

Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan telah memberikan penerangan tentang kaedah pembentukan kerajaan baru yang akan dibuat oleh beliau dan rakan-rakan Pakatan di Kuala Lumpur.

21 comments:

anonymous said...

Datuk Seri Anwar Ibrahim:
'majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera'.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang:'
kerajaan baru itu dikuasai Islam'.

YB Karpal Singh:
'over my dead body'

bn@umno said...

Si Nuar ni banyak sgt lakonannya ni dulu bukan main cakap kononnya 16 sept kerajaan baru akan ditubuhkan tapi hasilnya gagal maka bermacam-macam alasanlah diberikan di atas kegagalannya itu.skg ni pulak cakap kerajaan pakatan majoritinya orang islam.boleh ke si nuar lakukannya?nanti DAP mengugut keluar PR susah pulak si nuar nanti kerana jika DAP keluar PR impian nuar nak jadi PM hanya tinggal kenangan yg indah je.

abe MIE 'TERJAH' said...

MAJORITI HINDRAF.... MANA ADA PAKATAN MAJORITI ISLAM...

DALAM BN ADALAH...

TEKONG DARAT said...

hehe...telahan aku terbukti...
watak tanpa nama adalah orang umno yg kecewa...selamat malam...assalaamualaikum

roh_insan said...

Tak perlu nak sibok2 pasal kerajaan baru jd atau tdk,tak perlu jge hal org,jage je kesah umno n rakan2 nye yg makin parah tu.

Merujuk kpd kate2 mufti perlis aku amat yakin umno pati akn berkubur,hanye mase yg menentukan nye.klu menengok keadaan skrg umno sdg NAZAK.

Bg aku ape yg tersirat yg tak di lahir kan mufti perlis tu adelah sepekare "umno parti zalim"

anonymous said...

Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

Oleh: ZIEMAN

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

“Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

“Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

“Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

“Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

“Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.


sumber: Mstar Online

hujan said...

kalau majoriti islam takde power.. manakala jawatan2 utama dipegang keling dan cina.. boleh ke kerajaan tu memenuhi kehendak2 islam seperti yang disyaratkan oleh TGHH...jgn pusing2 ayat.. kita kene paham maksud kata2 TGHH...mohon kita sesama islam jgn bergaduh

media said...

Allahuakbar.

http://video-politik-malaysia.blogspot.com

kedaikopi said...

ingat wahai rakan2ku sekalian , anwar pandai bermadah pujangga, jangan terpedaya, bakal majoriti Islam penuh tak banyak kelebihan pada majoriti bukan Islam dan bumiputera Islam

MD said...

Tak payah bising sangat. Lepas raya ni buat undi tak percaya. Kalau berjaya, tahniah kepada kerajaan baru. Kalu tak berjaya - lupakan soal kerajaan baru. Semua pihak tumpukan kepada program membantu negar. Lepas PRU13 ni, kita tengok siapa pula yang menang.

MD said...

PAS nak beri syarat ke, UMNO nak masuk kerajaan baru ke? PAS nak join dengan UMNO ke, DAP nak keluar PR ke, DSAI akan jadi PM ke, PAS atau DAP nak jadi PM ke, Tak payah bising dan semakkan newspaper dan tv.

Lepas raya ni buat undi tak percaya. Kalau berjaya, parlimen pilih PM baru. Kalau tak dapat persetujuan - Panggil PRU13.

Unknown said...

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.



fikir2kan ...
islam nk dihancurkan oleh pihak yg bertopeng islam tp yahudi sebenarnya..
rakyat malaysia..berjihadlah bela maruah dan agama islam

Unknown said...

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin..
Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

takde beza dgn penjara abu gharib, penjara jericho..

kesimpulannyer ikut yahudi dan nasoro..
al-quran da jelaskan bab ni..cuma umat islam(kita) je yg buta dan jahil then gagal bertindak mempertahankan islam..
islam bukan pada name di ic, ali ke abu ke,idris jala x isalm aper (contoh)...
so jgn sokong membabi buta...
insaf la sape2 yg sokong ejen yahudi & nasoro laknatullah

Unknown said...

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.



fikir2kan ...
islam nk dihancurkan oleh pihak yg bertopeng islam tp yahudi sebenarnya..
rakyat malaysia..berjihadlah bela maruah dan agama islam

Unknown said...

Muslim Professional Forum (MPF), sebuah permuafakatan golongan pakar, menakrifkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai melanggar rukun Islam dan penggunaannya oleh kerajaan sebagai tidak berperi-kemanusiaan.

MPF yang beribu-pejabat di Kuala Lumpur menegaskan pendirian mereka dalam satu kenyataan media 25 September lalu. Ia ditandatangani oleh lima pelopor gerakan tersebut: Dr Farouk Musa, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Jeffrey Hassan, Dr Musa Nordin dan Dr Mazeni Alwi.

Sesungguhnya kenyataan MPF ini satu lagi tumbukan kepada kewibawaan kerajaan, apabila badan itu dengan jelas menyatakannya bahawa Islam menolak sebagai bentuk penahanan tanpa perbicaraan untuk apa-sahaja sebab dan jenayah sekalipun.

“Menggunakan Islam sebagai “alat” untuk mengizinkan penahanan tanpa bicara merupakan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip-prinsip asas perundangan Islam yang bersandarkan “adl” (keadilan) dan “ihsan” (belas kasihan),” tegas MPF.

Jelas mereka, penggunaan ISA hanyalah untuk rejim yang bacul, zalim dan hanya fokus kepada pemusatan kuasa disebalik ilusi ‘keselamatan negara’.

“Tindakan bacul dengan menggunakan ISA setiap kali adanya pandangan yang berbeza yang menentang kerajaan yang zalim serta ulamanya yang mementingkan kuasa bukanlah merupakan petanda yang baik.Tindakan sedemikian membuatkan kita terfikir apakah dari segi realitinya ia bertujuan semata-mata untuk mengekalkan kuasa hegemoni pihak pemerintah; dan kita sebenarnya tanpa disedari sedang menuju ke arah pembentukan sebuah “negara polis”.”


so siapakah pm, tpm, mdn & lain2 dalam negara kita?
bacul?
penakut?
anti islam?
mm..tokok tambah laaa sendiri...byk sgt

The Dark Knight said...

Org Islam kena menerima Islam 100% itu muktamadnya. Kenapa kita harus ikut undang-undang sekular sedangkan Kita ada Hadis dan Al-Quran untuk di jadikan panduan dan rujukan.

MOHD AFIQ said...

Syukur alhamdulillah, ini berita baik. Bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia, kerana Islam amat menekankan konsep keadilan dan kesaksamaan. Tiada sebab orang bukan Islam perlu takut dengan pemerintahan Islam apatah lagi orang Islam itu sendiri,. Saya setuju dengan pandangan saudara The Dark Knight. Islam untuk semua,.

teman said...

Cukup la cerita pasal BN/UMNO yg dah karam & Pakatan Rakyat yg tak habis2.Semua mangkok ni gila kuasa nak jd PM & TPM.Cuba fikirkan formula terbaik nak membantu rakyat yg terhimpit dek kenaikan petrol & kos sara hidup yg makin meningkat.Kalau petrol turun RM0.10.Jangan mimpi harga barang kat pasar tu nak turun...

Unknown said...

apa beza PR ada majoriti islam dan bumiputra, ataupun tiada?

anakkancil said...

to joe...
saya suka komen serta hujah anda yang sentiasa mengingati kepada yang maha esa.Sesungguhnya anda tergolong dlm org yang beriman.Teruskan perjuangan anda dan jgn mudah mengalah jika dihina dan dicaci oleh pemuka pemuka.Ingatlah sesungguhny keperitan yg dihadapi oleh nabi lagi dahsyat dlm menegakkan kebenaran.Insyallah moga anda dibawah kasih dan rahmat allah.Takbir "ALLAHUAKHBAR"

ManZan said...

senang macamni la semua wahai saudara islam aku....
org islam hnya berpegang pada 2 klu nk berjaya di dunia dan akhirat..
Al-Quran dan Hadis
klu pentadbiran pun xikut camtu..patut kita sokong ker walaupun dah ditegur tapi berlagak sombong xnak ikut....
macmtu ke pentadbiran yg adil dan aman?
fikir-fikirkan la semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...