Sunday, July 20, 2008

Bertemu PM: PAS akan buat kenyataan esok

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Para pemimpin PAS dijangka akan membuat kenyataan besok berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau pernah bertemu dengan beberapa pemimpin PAS beberapa kali.

Menurut sumber, besar kemungkinan satu sidang akhbar akan dibuat bagi menjelaskan perkara itu.

Menurut Andullah, beliau bertemu dengan pemimpin tertinggi PAS yang digolongkan dalam mereka yang boleh membuat keputusan untuk parti Islam itu.

Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak termasuk dalam pertemuan dengan Abdullah itu.

Abdullah berkata demikian kepada media selepas majlis pelacaran hari koperasi di Putrajaya hari ini.

24 comments:

putra revolusi said...

Apa yg menghairankan jika ada pemimpin PAS jumpa Pak Lah? Ia bukan pertama kali berlaku. Masa Dr Mahathir dulu pun pemimpin PAS pernah bertemunya dalam majlis-majlis rasmi, misalnya ketika Dr Mahathir melawat Kelantan. Begitu juga Pak Lah pernah menemui pemimpin-pemimpin PAS banyak kali ketika beliau melawat Kelantan. Dan apabila berada dalam sidang Parlimen mereka juga bertemu lagi. Jadi apa yang herannya dengan pertemuan sebagitu?

Yang jadi isu ialah jika pertemuan itu untuk membincangkan kemasukan PAS dalam BN atau untuk membincangkan pembubaran UMNO dengan ahlinya menjadi ahli PAS secara 'enblock'. Jadi itu yang mungkin Pak Lah maksudkan - mereka berbincang mengenai UMNO yang akan dibubarkan dan ahlinya memasuki PAS?

Apa-apa pun, jawapan sebenar hanya akan diketahui esok. Harap PAS akan sentiasa belajar dari sejarah silam. Jangan lupa hantu raya yang pernah menggigit seseorang, tidak mustahil akan menggigitnya sekali lagi!!!

putra revolusi said...

Apa yg menghairankan jika ada pemimpin PAS jumpa Pak Lah? Ia bukan pertama kali berlaku. Masa Dr Mahathir dulu pun pemimpin PAS pernah bertemunya dalam majlis-majlis rasmi, misalnya ketika Dr Mahathir melawat Kelantan. Begitu juga Pak Lah pernah menemui pemimpin-pemimpin PAS banyak kali ketika beliau melawat Kelantan. Dan apabila berada dalam sidang Parlimen mereka juga bertemu lagi. Jadi apa yang herannya dengan pertemuan sebagitu?

Yang jadi isu ialah jika pertemuan itu untuk membincangkan kemasukan PAS dalam BN atau untuk membincangkan pembubaran UMNO dengan ahlinya menjadi ahli PAS secara 'enblock'. Jadi itu yang mungkin Pak Lah maksudkan - mereka berbincang mengenai UMNO yang akan dibubarkan dan ahlinya memasuki PAS?

Apa-apa pun, jawapan sebenar hanya akan diketahui esok. Harap PAS akan sentiasa belajar dari sejarah silam. Jangan lupa hantu raya yang pernah menggigit seseorang, tidak mustahil akan menggigitnya sekali lagi!!!

abdrahim kassim said...

Sdr. Pengarang,

Tak salah kalau PAS nak jumpa siapa pun. Yang dipersoalkan ialah jumpa nak buat apa?

Kalau nak mengendeng-ngendeng nak join BN, istighfarlah banyak-banyak...

Bukan tak boleh join BN, tapi sesuai ke masa ini? Masa BN tengah nazak dan kawan-kawan lain sedang memerlukan bantuan, kita pergi serondoi BN, yang selama ini melihat PAS dengan mulut terjueh.

Jangan kerana nak memenuhi selera dua tiga kerat pemimpin PAS (yang selama ini pun tak berbuat apa-apa untuk PAS), PAS akhirnya akan berpecah dan terpingir.

bn@umno said...

Mungkin dah sah PAS akan menyertai BN tidak lama lagi.Krn Pas dah tak yakin lagi dgn PR.hahhahha

bonzer said...

Biasalah tu. Parti yang kuat dan dihormati, selalunya Parti lawan akan mencari jalan untuk bertemu, berbincang dan mencari titik persamaan untuk menyelesaikan masalah , samaada masalah negara ,masalah rakyat atau masalah agama.Peluang ini perlu digunakan oleh PAS sebaik mungkin bagi memenuhi agendanya.Saya percaya pertemuan ini akan menguntungkan PAS sekiranya ianya pertemuan yang ikhlas. Tapi AWAS dengan akhlak UMNO ..............

suhaimi said...

salam....

pas tak akan masuk umno.penyokong umno tak usah nk beranganlah...

TokBatin X said...

Hairan!!! memang ta' hairanlah bertemu, Tapi kena jaga2 sikit kerana UMNO dah 50 puluh tahun belajar membelit.

hijau said...

awaslah dengan ular anaconda umno.....dah 50th,membelit jaga2 lah wahai pemimpin pas...

Unknown said...

ambo tiap tiap hari jumpa dan bincang dengan orang umno, tak masuk umno pun, tak pelik pun

papisma said...

Kenyataan Pak Lah menunjukkan UMNO sangat berharap agar PAS jadi rakannya untuk membentuk kerajaan di 5 negeri yang dikuasai oleh PR.

Dengan perlembagaan UMNO, yang hasilnya melahirkan para pemimpin UMNO yang korup, bejat moral, rasuah, membelakangkan Al-Quran itu... PAS akan bekerjasama?

PAS tidak sebodoh itu...

TokBatin X said...

Peti keranda dah kami siapkan, cuba2 ler mashuk.

keADILan Bayan Baru™ said...

Salam...cadangan saya agar Parlimen Kulim Bandar Baru DSAI bertanding..!!! Kalau Parlimen Permatang Pauh, rekod Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan tercalar..ya la jika DSAI nak brtanding kerusi tu, DS Wan Azizah kena la letak jawatan..malahan majoriti PRU yang sudah cukop tinggi..kan rugi nama-nya tuu...ataupun Bandar Tun Razak, yang tu mungkin tidak mengapa kerna Tan Sri Khalid masih ada DUN Ijok jika di lepaskan Parlimen Bandar Tun Razak kepada DSAI. Kepada pucuk pimpinan Parti, dengarlah pandangan ikhlas ahli marhaen ini.

bn@umno said...

roti roti

abdrahim kassim said...

Sdr. Pengarang,

Yang ditakuti PAS joint BN bukan pasal UMNO itu belit tetapi yang paling ditakuti ialah "tak boleh kawal diri".

Pengalaman dah ada masa masuk BN dulu. "Panglima Jihad" pun tumbang. Ada seorang pemimpin tu, (arwah dah)sebelum joint BN, dia kata "kalau saya masuk UMNO tembak saya". Tapi bila PAS kena tendang dari BN dia lompat masuk UMNO...

Manusia ini biasanya akan menang kalau diduga dengan kesusahan tetapi belum tentu lagi kalau diduga dengan kesenangan.

TokBatin X said...

Kalu ade tupai-tupai PAS tu na' melompat bolih le seme tolong sumpit2kan. Giler punye kerghoje.

bn@umno said...

Masa depan PAS lebih terjamin di bawah kerajaan BN kalau nak dibandingkan dgn PR krn BN mempunyai sumber kewangan yg kukuh lagipun pemimpin PAS juga akan mendapat kesenangan jika mereka masuk BN.Tidak ada manusia di dunia ini yg mahukan kesusahan,oleh itu dgn tindakan PAS bergabung dgn Umno maka mereka akan dpt hidup dalam keadaan senang-lenang.Hanya orang 'gila' sj yg nak berada di bawah PR yg mana sumber kewangannya tidak kukuh dan tidak dpt menjamin kesenangan di masa depan.Esok,aku yakin PAS akan menafikan kononnya PAS akan menyertai Umno tapi melalui sumber-sumber yg teramat boleh dipercayai PAS AKAN MENYERTAI UMNO sedikit masa lagi.Kepada penyokong PAS,kalaulah pemimpin PAS korang dah tak percayakan PR lagi, takkan korang masih nak menyokong PR lagi?jadi marilah kita sama-sama menyokong perjuangan BN.

Unknown said...

setuju dengan pandangan putra revolusi.kemungkinan umno-bn ni dah x de point nk kenakan pakatan rakyat ni
baru mule nk berbaik-baik,walaupun itu yg sebaiknya tetapi mungkinkah ada udang disebalik batu??
mari kita lihat dan tunggu..
ia nampaknya menjadi semakin menarik

umisa said...

awas?
Dengan ular anaconda umno, kena ingat kisah yang lalu macamana mereka membelit kita ,jaga2 lah wahai pemimpin pas jangan megejar jawatan habis semua tersungkur

Hamzali said...

Confirmed bn@umno kalau dia Melayu otak dia yahudi tapi mungkin dia bukan melayu dan mungkin bukan islam pun saja mengacau kat sini bagi orang PR hot. Tapi kalau apa yang ditulisnya dari hati nurani dia ada darah daging keturunan yahudi. Nak dengar lawak Yahudi ada dua Yahudi campak duit shiling kat tengah-tengah dia akan berbunuh antara satu sama lain berebut duit shiling. Begitu lah akal bn@umno dia ingat kesenangan duniawi adalah segala-galanya. Tapi kalu PAS join UMNO/BN dia orang pun adik beradik yahudi la tu. TG Nik Aziz tak kan join punya sebab kalau dia join maka tamatlah riwayat PAS untuk kali kedua.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Demi untuk meyelamatkan bangsa melayu dan agama islam PAS & UMNO patut bergabung.

Pada masa ini UMNO dah nyata nampak parah.

Ada lah mustahil bagi UMNO untuk pulih dan bangun berkuasa membela melayu.

UMNO harus sedar dan insaf diri, hapuskan sikap tamak, gila kuasa dan harta kekayaan.

Jika masih ada UMNO yg bersikap seperti di atas, singkirkan dan hapuskan nya.

Selagi melayu tidak bersatu dlm satu parti, selagi itu lah melayu akan di permainkan dan di pergunakan oleh kaum cina dan india.

Sekarang kita boleh nampak kaum cina dan india dah mula tunjuk kan belang nye. Itu pun baru mula dapat kuasa lebih sedikit.

Kita orang melayu jangan jadi bodoh untuk memberi walaupun sedikit kuasa kepada bangsa ini.

Oleh kerana melayu berpecah dan berebut kuasa kan harta kekayaan, tidak mustahil satu hari nanti kita akan di perintah oleh bangsa asing ini.

Sebagai contoh, kerajaan Islam di Spain, berkuasa lebih 500 tahun, akhir nye kerajaan Islam di Spain runtuh kerana pemerintah Islam ber pecah dan menjadi lemah.

Money4Free said...

Kenapa Umno cukup terhegeh hegeh menagih kasih PAS?

Adakah Umno akan berbuat perkara yang sama jika keputusan PRU12 sama seperti PRU11?

Kenapa baru sekarang berteriak melolong memperkatakan soal agama dan bangsa?

Semasa Umno mempunyai rekod paling cemerlang dalam sejarah pilihanraya( PRU11 ), apa yang telah dilakukan oleh Umno untuk menaikan martabat agama dan bangsa?

* PAS tidak memerlukan Umno untuk hidup.

bn@umno said...

utohkacil,

si 'utohkacil' ni BUKAN melayu.

'utohkacil' urang BANJAR tulin dari Matapura, Kalimantan.


jgnlah ko kat sini membela nasib melayu lagipun ko tu bukannya melayu pun(lihat bukti pengakuan Utohkacil di atas).walau bagaimanapun tapi aku tetap bersyukur, skg ko dah insaf dan bersetuju dgn pendapat yg aku katakan tu bahawa Umno dan Pas kena bergabung barulah BN menjadi kukuh.Wahai penyokong PR, ikutlah langkah Utohkacil ni yg dulunya penyokong kuat PR telah bertukar sokongan kepada BN.

abdrahim kassim said...

Sdr. Pengarang,

Untuk bn@umno...UMNO adalah diibaratkan sebuah rumah (parti, tempat atau wadah)..PAS pun begitu juga.

Sekarang ini rumah UMNO ini dah nak roboh kerana penghuninya tak ada akhlak (disiplin). Habis dinding, tingkap, tiang, pintu dijualnya. Sekarang ini rumah itu sudah hendak runtuh.

Pasal apa PAS nak pergi tolong repair rumah itu. Lantak lah dia roboh. Padan muka dengan orang duduk di dalamnya.Dulu sombong, tak sedo diri, kopak sana, umpil sini, jual pintu, jual tingkap.Sekarang rumah dah nak roboh, baru nak cari kawan.

Kalau ada penghuni-penghuni rumah UMNO yang nak selamat, datanglah rumah PAS. Rumah PAS besar dan sentiasa mengalu-alukan tetamu yang memerlukan bantuan.

Tapi kalau nak mansuk rumah PAS kena ubah perangai. Jangan nak kopek-kopek dinding atau jual pintu nanti tangan kena potong.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr bn@umno,

aku sebagai urang banjar tulin, tetapi dato nenek ku banyak berjasa kepada orang melayu di tanah air kamu ini.

Anda tahu kah sejarah peperangan melayu dgn cina di Sungai Manik selepas pemerintahan Jepun?

Jika tidak kerana keberanian dan kehandalan Banjar Sungai Manik, rasa nye tidak ada lagi umat melayu di Telu Intan.

Se masa peperangan itu dato aku ada lah salah seorang khalifah peperangan di Sungai Manik.

Jika anda ingin tahu cerita sejanjut nye datang lah ke Sungai Manik dan bertemu dgn orang2 tua di sana.

Aku mencadang kan PAS bergabung dgn UMNO cuma untuk menyelamat kan umat melayu (Islam) sama seperti dato aku yg telah menolong orang melayu se masa peperangan Sungai Manik dahulu.

Sdr bn@umno, apa kah jasa dato nenek kamu yg pernah mereka buat ter hadap bangsa dan tanah air?

Yang kami tahu, jasa besar kamu di laman ini hanya menghasut, dan melaga laga kan sesama bangsa kamu sahaja.

Kamu harus berasa malu dan insaf di atas tindakan kamu itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...