Friday, June 20, 2008

Jika adakan pilihan raya semula Dun Sanglang: PAS akan saman SPR

ARAU, 20 Jun: PAS mempertimbangkan untuk menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tuntutan gantirugi jika badan pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan diadakan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang.

Ini kerana, dalam perbicaraan kes itu jelas, pihak SPR dan peguam calon BN telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman keputusan pemenang pilihan raya itu.

Ini bermakna, mahkamah telah mengesahkan rakyat telah membuat keputusan memenangkan calon PAS dalam pilihan raya itu.

Demikian kata peguam Ustaz Hashim Jasin, calon PAS Dun Sanglang, Mohamed Hanipa Maidin selepas Mahkamah memutuskan keputusan pilihan raya itu tidak sah dan batal.

Sepatutnya, kata Hanipa, mahkamah mengisytiharkan Hashim Jasin menang dalam pilihan raya itu setelah kedua-dua pihak defendan (SPR dan calon BN) mengaku berlaku kesilapan pengumuman.

"Yang menjadi masalah adalah pada tahun 2003, berikutan kes Wee Choo Keong, satu pindaan kepada undang-undang pilihan raya telah dibuat yang menetapkan mahkamah tidak boleh mengisytiharkan mana-mana pihak memenangi pilihan raya itu.

"Mahkamah hanya berhak mengisytiharkan pilihan raya itu sah atau tidak sah sahaja dan terserah kepada SPR untuk mengumumkan samada perlu diadakan pilihan raya kecil atau mengisytiharkan pemenangnya," jelas Hanipa yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS.

Menurut Hanipa, kini PAS mempunyai tiga pilihan berikutan kes ini.

"Pertama, rayu ke Mahkamah Persekutuan. Kedua memfailkan agar dibuat penilaian perundangan agar menggantikan nama calon BN yang telah digezetkan dengan nama calon PAS yang sebenarnya menang dan ketiga menyaman SPR jika pengendali pilihan raya itu mengisytiharkan pilihan raya semula untuk Dun Sanglang."

Menurut Hanipa, pada 28 Mei, ketika perbicaraan itu berjalan, peguam yang mewakili SPR telah mengaku berlaku kesilapan pengumuman dalam pilihan raya itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Yang sepatut diumumkan menang adalah Hashim Jasin tetapi pegawai pengurus itu mengisytiharkan calon BN yang menang.

Pada 4 Jun pula, peguam yang mewakili Umno mengaku berlaku kesilapan itu.

"Bagi saya, Parlimen perlu membuat pindaan terhadap peruntukan tidak boleh mengisytiharkan pemenang ini walaupun didapati menang dalam perbicaraan di mahkamah.

"Jika dibiarkan, akan berlaku salah guna kuasa dimana undang-undang ini boleh disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.

"Misalnya, calon BN kalah. Tetapi pegawai SPR umumkan dia menang. Bila dibawa ke mahkamah, terbukti calon BN kalah, lalu dibatalkan keputusan itu dan diadakan pilihan raya semula sebagaimana yang berlaku dalam kes ini. Padahal yang sebenarnya calon BN memang kalah. Ini bermakna, ia terdedah kepada salah guna," jelas Hanipa.

Ketika ditanya kes Pasir Puteh dimana Mahkamah mengisytiharkan calon BN yang menang sedangkan ketika keputusan pilihan raya calon PAS yang diisytiharkan menang, Hanipa menjelaskan;

"Dalam kes itu, kedua-dua pihak secara baik berunding dan bersetuju untuk mengaku calon Umno yang sepatutnya menang tetapi calon PAS tersalah diisytihar. Mahkamah hanya mengumumkan keputusan itu tanpa perbicaraan," katanya.

Tetapi dalam kes Sanglang ini, calon BN menafikan SPR tersalah umum pada peringkat awalnya bahkan memfailkan permohonan untuk membatalkan petition PAS itu.

"Setelah bicara baru calon Umno dan SPR mengaku tersalah umum," jelas Hanipa.

31 comments:

suhaimi said...

salam...
saman je SPR tu,jgn bagi muka.menyusahkan org.

Juraimi Zainal said...

Sakit betul hati, sudah terang lagi bersuluh.. menambahkan lagi kebencian rakyat...

mek chabang4 said...

jangan gaduh, masing masing menang pun tabanyak, sekarang adalah masa terbaik untuk test market,pru12 pun dah lama berlalu,nak tunggu pru13 tak tahu bila entah ada umur ke entah tidak,bila ada pilihanraya kecil ini beruntunglah penduduk dun sanglang, macam macam janji dan projek akan dapat silap silap haribulan ada yang menjanji airport baru dibina dsanglang kerana negeri perlis ta ada airport dan bila menang nanti banyaklah kenduri kendara lembu/kerbau kena sembelih,kenyangnya perut.

Jeli-Semenyihdaily said...

saman je,kalau spr adakan jugak pilihanraya boikot je,kita takkan tak tahu spr mmg parti umno,takkan nak menyalak bukit,memang tak runtuh punya.umno sebab itu kalah memang parti kaya sendiri,wakil rakyat bila dah memerintah tu 2 hari confirm kaya,sebab tu berebut hidup nak jadi wakil rakyat,saya ada pengalaman kat selangor,ada kawan saya ni dia buka biz then dia sewa kedai dengan pengikut wakil rakyat serdang selangor,kiranya kedai panasla anugera oleh wakil rakyat serdang selangor,selang 2 tahun tiba-tiba je owner kedai,pengikut pada wakil rakyat serdang tu datang halau dengan deposit tak bayar semua tak bayar,yang menjeliknya siap bawak orang-orang yang berbadan sasa(pengikut pertubuhan agama)yang dinaungi perdana menteri,yang begitu berani di serdang sekarang ini,terus halau dan hari itu jugak keluar,report polis pun ada,tapi nak buat camana orang BN,tak jalan!!,kesian kawan saya tu
itula parti umno,parti samseng/kaya anak beranak dan kroni

suhaimi said...

salam...

boikot aje.apa nk takut.negara ni bukan umno yg punya.

atzmand said...

tak dinamakan UMNO/BN kalau tak menipu. dalam kes sanglang ni, cara menang dengan menipu, memerintah dengan hasil tipu, [dengan tipu daya Suruhanjaya Penipu Rakyat], dah kalahpun masih lagi nak menipu.. jaga2 dengan tipu muslihat 3+1 ni: police inspector general[PIG], peguam Naga ra, pengkerusi SPR + PM. ...jahat!

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

PAS takut sama BN sekarang. pasal PAS dalam PR belum boleh buat hudud lagi... kenapa SPR pula nak lawan? lawanlah buku dengan ruaS...

tak kena nak lawan pengadil. kenapa tidak lawan mahkamah yang telah tetapkan keputusan?

jantan buat macam jantan. abe MIE nak tengok mana dan siapa yang selama ini jadi jantan. apa guna islam kalau lawan pilihanraya pun takut. nak berjihad konon...nak lawan DAP..jauh sekali...

pkrpasdap.blogspot.com

atzmand said...

tabik abe mie,
keputusan peguam pas utk saman spr tu bagi saya adalah cara "anak jantan". tak salah kan.. kalau pas menggunakan segenap ruang undang2 yang ada. tak timbul soal takut atau tak takut kepada bn, selama ni pun pas selalu kalah dlm p/raya.. menangpun jarang2 sekali. kali ni bn kalah, bn pun kenalah belajar terima kekalahan.
izinkan saya betulkan statement abe mie, pas tak pernah takut bertanding dlm p/raya bahkan sentiasa berlapang dada memberi laluan kpd sesiapa saja utk bertanding atas tiket pas(dgn restu majlis syura). betulkan kalau saya silap. tq.

peon pencen said...

Hoi!, abe mie the bloody idiot is here again.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Assalamualaikum sdr semua.

Yg paling baik untuk semua hamba rakyat, patut di adakan samula PRK bagi kawasan Sanglang.

Biar rakyat tentukan nya. Klu dah betul2 rakyat menyokong PAS tentu akan menang.

Klu dlm PRU12 dulu SPR boleh main 'kong kalikong' dah tentu BN tidak kehilangan banyak negeri dan hilang kuasa 'two-third majoriti'.

"Selamat mengundi kpd rakyat Sanglang, undilah dengan BIJAK"

"HIDUP PAS!"

mat_terab said...

Aku sangat setuju Pas saman SPR dalam isu ni....Biar lain kali dia tak leh main-main lagi dengan pas dan Pakatan...dan kalau boleh saman juga SPR kerana membatalkan pengunaan dakwat kekal dalam PRU12 pada saat akhir dan kerana menipu rakyat malaysia dalam isu ni....

Unknown said...

salam..
err..ghhh..ah!
cis!

hmmmm...
aku da tahan dengan tulisan tulisan si mamat sekor ni!
ASTAGHFIRULLAH HAL A'ZIM.........
Ya Allah ampunkan aku.
ahhh...

JIKA DOAKU YG HINA INI DITERIMA ALLAH, MAU AKU BERDOA.. MOGA YG BENAME ABE MIE NI MENDAPAT HIDAYAH ALLAH SUATU MASE NANTI SBLM MASUK KUBUR, THEN KO NASIB BAIK TERUS MASUK SYURGA, AMIN.. MOGA KITER DARI 'BUMI MASYRIK' INI SEME DIRAHMATI ALLAH DAN BEROLEH AMPUNANNYE.. AMIN

YA ALLAH REDHAMU PUNCAK IMPIANKU

boooopi said...

Tuhan Krishna adalah satu Avatar/ gambaran.

Dia juga lahir pada satu waktu ketika budaya telah menyimpang ke kelakuan yang melampau yang tertumpu pada pematuhan yang bersifat singkat pengetahuan dan pembohongan serta tanpa ketatasusilaan.

Upacara amal yang kurang penekanan yang mendalam tentang isu-isu etika.

Manakala Krishna mengajar nilai moraliti tanpa menitikberatkan pengaruh adat-adat kebudayaan yang membenarkan penentang2 bersembunyi di belakang watikah undang-undang.
Di zaman moden ini jiwa telah keliru.

Krishna menasihati manusia bahawa kerohanian/ kesufian tidak semestinya bersifat dengan mereka yang zahirnya seolah2 rohaniah.

Dia membayangkan akan adanya era guru2/ ulama’ palsu, penyamar2 seolah2 berakhlak kerohanian, kemunafikan/ hipokrit individu-individu dan institusi.

Puncanya hanya benar sekiranya kesedaran rohaniah yang mencapai perubahan dalaman, yang bernama kesedaran sendiri, atau disinonimkan ‘Kelahiran kali kedua’
(Krishna bagaimanapun keliru bahawa kekeliruan itu adalah sebahgian dari ‘kelahiran kedua’).

Dan penulis2 blog serta Aku sedang mengalami kekeliruan yang mengerunkan, umpama avatar Arjuna yang terpahat gah dimonolit Jupiter.

soba said...

Salam,
1.Jangan hiraukan yg bodoh sombong tu,yang terbak ialah fkirkan apa patut kita laksanakan dalam memberi kesedaran kepada rakyat yang tak mendapat maklumat jelas.

2.Keputusan SPR selalunya boleh berubah ubah namun yang kita dengar baru keputusan mahkamah dan tengok lah nanti apa pula yang SPR nak buat.

3.Sama sama doakan agar yang jauh terpesong tu sedar mereka menuju dunia yang semakin gelap bersama UMNO yang tak sedar je yang masih melalak nak lindungi kelemahan mereka...

kulatlapok said...

salam SIASAH,

ITULAH TAKKAN TAKTAHU-TAHU LAGI? SPR NI SIAPA YANG MENGAWALNYA. ADAKAH DIA BADAN BEBAS SEPERTI DIDAKWA? KALAU BADAN BEBAS JANGAN GUNAKAN LAMBANG 'GIMAU'(FEDRAL) TU.

BraderJHEM said...

Ape lah abemie ni...memang umno sejak azali ker????
Hakim yg buat keputusan ari tu pun kene siasat jugak tu...adekah dari salsilah Lingam....Kalau UMNO yg buat bantahan dan berjaya, sudah pasti kemenangan akan di berikan kpd yg memohon...contoh..dulu kat Bukit Bintang...Cina bukit MCA bantah..berjaya jer terus istihar wakil BN/MCA tu menang,cube buat semule PRK,tentu kalah punyer... Saye setuju PAS saman SPR...nak katekan boleh menang tu tak pasti lah...sebab hakim tu mungkin akan ikut telunjuk jugak....

irfandina said...

salam...

rasanya biarlah spr serahkan aje kerusi dun sanglang kepada pas jika itulah perkara yg sepatutnya...

lagipun ianya takkan menggugat kekuatan kerajaan negeri perlis dimana kuasa 2/3 masih lagi berpihak kepada bn...tak payahla nak dibazirkan duit rakyat untuk diadakan bye election...

cuma sekiranya ditakdirkan p/raya kecil tetap juga hendak diadakan bukankah ia membawa banyak kebaikan kepada rakyat dun sanglang...limpahan ekonomi akan berlaku dikawasan itu malah saya percaya negeri perlis secara keseluruhannya...contohnya hotel fully booked,kedai makan juga akan sentiasa penuh malah pelbagai projek segera akan dilaksanakan...

yg untungnya rakyat sanglang juga dimana majoritinya ialah orang melayu...

juga kepada parti2 yg bertanding sekurang-kurangnya ia akan dijadikan kayu pengukur sejauh mana penerimaan rakyat selepas era pru yg lepas...sama ada rakyat makin menerima atau menolak....

kepada abe mie sabarlah dengan kata kata pedas manusia yg sering melaungkan islam sebagai cara hidup tetapi mereka agaknya terlupa bagaimana untuk menjaga lidah yg diterjemahkan dalam bentuk tulisan...

suhaimi said...

salam...

umno ni dia dah nk masuk kubur pun tak reti nk tobat2 lagi.dia samalah dgn penyokong2 dia.
umno ni kalau terus memerintah,jahanamlah duit rakyat dia kerjakan.baik cantas je dulu parti mcm ni.pemimpin penuh dgn skandal.itu pun penyokong haprak dia tak boleh fikir,sayang betl dgn umno.

ikan said...

Abe mie jgn mempermainkan hukum hudud.. silap2 gugur islam anda, kena ngucap semula..

ukrk said...

bagus juga tu biar kurang sikit keegoan BN dan SPR.....

M.Sulaiman (utohkacil) said...

'abe mie & topengminda'

tak payah le sebok3 masuk laman ini.

ada banyak lagi laman yg anda boleh masuk seperti, Malaysia Today, Umno Reform, Malaysia Kini dll.

biarlah kami berbincang sesama sendiri dgn aman.

Klu berdepan dah tentu biji mata 'abe mie' dah lebam, klu tak pun dua tiga batang gigi dah tersembur betabur keluar.

Si 'topengminda' ni sebenarnya 'Islam' ke 'Hindu'? Klu Hindu tak payah le nak cerita pasal Krishan
kerana kami tak perlu ambil teladan dari kesah Krishna.
Klu dia beragama Islam lebih baik lekas2 taubat aje.

boooopi said...

Saya berasa gembira sekiranya anda2gembira. Saya mungkin sahaja Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi..... Saya gembira dengan apa yang anda2 sangkakan, asalkan anda gembira. Saya gembira sekiranya seluruh jiwa gembira. Untuk apa kita taubat kerana Zat Illahiyat Esa sepanjang Zaman.

Islam bukannya ugama permusuhan. Islam untuk semua bukan untuk Melayu sahaja.

Tidakah anda baca dari AlQuran
'Bertasbih kepada Allah apa yang ujud dantara langit dan bumi'

kulatlapok said...

Topeng Minda,

Betul juga kata utoHkacil tu, jika benar kamu muslim, jangan cuba mempermaikan islam atau mencapur aduk atau mengagung-agungkan yang lain daripada Islam. Bimbang kita tergelincir ke syirik tanpa kita sedari.

Syirik antara termasuk dosa besar. Tapi kalau topenGminda sebaliknya pula tidak wajar juga membincangkan agama islam secara terbuka. Apapun kita semua tak tahu siapa anda kerana anda berselindung disebalik TOPENG.

Unknown said...

"Untuk apa kita taubat kerana Zat Illahiyat Esa sepanjang Zaman"

-petikan dari topengminda-

dengan pengetahuan sy yang kerdil ini demi sesungguhnye sy berase sangat keliru dengan ayat ini.

-YA ALLAH KURNIAKAN AKU HIDAYAHMU

atzmand said...

kenapa nak keliru cik nomi..
aqidah boleh tergelincir dgn berbagai2 cara.

mH

atzmand said...
This comment has been removed by the author.
atzmand said...

untuk rujukan/panduan sahabat2:

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15107&Itemid=1

mH

moloyue said...

ITU SEBABNYA PR PERLU CEPAT MENGAMBIL-ALIH KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK MEMBETULKAN BANYAK KEPINCANGAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN. SAMPAI MAHKAMAH PUN MENYELEWENG DI MANA LAGI RAKYAT HENDAK MENDAPAT KEADILAN. PDRM, BPR, RTM, SPR DLL SEMUANYA PENYANGAK DAN TAK BERMARUAH SEPERTILAH JUGA ABE MIE, AHLI PARTI BANGSAT UMNO.

MOHD AFIQ said...

Sekarang sudah terbukti pilihanraya di Dun Sanglang tidak sah, kemenangan patut di berikan kepada calon PAS keran pihak SPR dan peguam calon BN telah mengaku berlaku kesilapan. Tidak perlu buat pilihanraya kecil, membazir masa, wang dan tenaga sahaja.

suhaimi said...

salam...

mana umno nk beri,spr takut dgn dia.parti kebal undang2lah katakan.......

BaRt said...

salam...

ape nk dirisaukan...buat jer pilihanraya lain mcm permtang pauh tu..senang citer...umno kalah, pas pun kalah..keadilan jugak menang..

tapi apa yg nk diagungkan dengan kaum cina (DAP)..sah2 depa tu kafir..kalau nk dilaksanakn hukum hudud yg diwarkan2 pas selama ni adalah kaum lain dikenakan jugak..wujudkah keadilan kalau kaum lain dijatuhkan hukuman melalui hukum2 ALLAH..

w'salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...