Monday, May 19, 2008

PAS bertepuk gembira bila Dr M diumumkan keluar Umno

SHAH ALAM, 19 Mei: Pengumuman keluarnya bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dari parti itu disambut tepukan gemuruh dan laungan takbir oleh lebih 1,000 pemimpin PAS semua peringkat di negeri Selangor jam 1.30 tengahari tadi.

Pengumuman secara sepintas lalu dibuat oleh pengerusi forum sempena Ijtimak PAS Selangor yang diadakan di Dewan Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor dekat sini.

“Saya terima mesej, berita TV mengumumkan keluarnya Tun Dr Mahathir dari Umno sekejap tadi,” kata Cikgu Radzi, pengerusi forum itu.

Dr Mahathir mengumumkan keluar dari Umno dalam satu majlis di Alor Setar kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau tidak akan masuk semula Umno selagi Datuk Seri Abdullah terus menjadi presiden parti itu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS akan menuju jalan maut jika menyertai Barisan Nasional (BN) ketika tunggak parti itu iaitu Umno sedang nazak sekarang.

“Kita akan menjadi ekor sepanjang masa jika menyertai Umno walaupun dia sedang nazak sekarang,” kata Husam ketika membentangkan kertas kerjanya di ijtimak PAS Selangor itu.

Ketika itu, Tun Dr Mahathir belum lagi membuat pengumuman untuk keluar dari Umno.

Husam juga berkata, kenyataan menantu Abdullah, Khairy Jamaludin bahawa PKR adalah singkatan kepada Projek Khinzir Raksaksa akan merosakkan lagi Umno di mata orang bukan Melayu, khasnya Cina di negara ini.

“Ia lebih disaster dari menjulang keris yang dibuat oleh Hishamudin sebelum ini tetapi Khairy dan Umno tidak sedar perkara ini,” kata Husam.

20 comments:

cikgurahim said...

kita tidak seharusnya gembira sgt.
nanti kita dikategorikan golongan yg mendahului kumpulan dari agama.

umno adala parti org islam

kita bersengkata dlm politik sahaja, bukan dlm agama.

org islam umno adalah saudara kita dunia dan akhirat.

http://mastereload2008.wordpress.com

kulatlapok said...

Sebenarnya bertepuk gembira itu bukan bermakna memberi kemenangan moral kepada PAS. Mahathir yang kukenali tetap dengan pendiriannya dan merupakan seorang perjuang bangsa Melayu yang ulung.

Dia bukan HIPOKRIT seperti pemimpin yang ada sekarang (itule pasal UMNO kalah teruk). Dia akan pastikan bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa yang kuat dan terkenal di mata dunia.

Apa yang kita lihat situasi sekarang Mahathir hanya tidak berpuashati dengan kepimpinan sekarang. Berbagai teguran dan nasihat telah di lontarkan tetapi ianya dipandang sepi malah dikecam pulak oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekarang.

Kini beliau seolah-olah ditinggal kan hanyut keseorangan tanpa dipimipin oleh kekepimpinan UMNO sekarang apatah lagi pandangan dan idea-idea yang dilontarkan oleh beliau seringkali didangkalkannya.

Itulah sebab beliau mengambil keputusan keluar dari UMNO supaya beliau lebih bebas memberikan pendapatnya. Mantan PM itu pernah berkata beliau tidak akan berhenti bercakap selagi UMNO pada pandangannya tidak menyakinkan orang melayu itu sendiri.

Dan saya percaya beliau tidak akan menerima pelawaan parti PAS jauh sekali PKR. Saya peercaya beliau lebih selesa menjadi permerhati dan pengkritik yang akan menjadikan warna politik tanah air akan lebih ceria.

Namun begitu saya percaya, pihak pembangkang akan sering mencuri peluang untuk menggunakan Mantan ini menghentam barisan pihak Pak Lah

ps* Masa pemerintahannya beliau tak galakan anaknya menceburi politik apatah lagi nak jadi YB.

suhaimi said...

salam...

kalau setakat parti org islam nk buat apa,bukannya parti yg berlandasksn islam.hadhari sana sini,umat islam dalam negara terus hanyut dlm kegelapan.macam mana nk jawab di dpn ALLAH esok?
hukum hakam dipermainkan.pemimpin terus kaya raya,rakyat ada yg makan siput babi.UMNO kena kembali pd ISLAM,baru boleh selamat.
Tun Mahathir asyik nk mengugut aje.dia nk keluar UMNO,keluarlah,senang sikit kerja pembangkang.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

TUN Mahathir memang pakar pembelit. 'Mamat' bangsanya. Sama dengan Karpal Singh.

Sekarang Pak Lah nak buat pembaharuan antaranya MEMBELA KEBAJIKAN RAKYAT MALAYSIA, MENGHAPUS RASUAH (sejak zaman Tun M), MEMBANGUNKAN KAWASAN YANG TERPENCIL (selama ini hanya KL, selangor sahaja diberi penumpuan) DAN MEMBATALKAN PROJEK MEGA YG MEMBAZIR DILULUSKAN OLEH TUN M.

Dulu, Tun M pernah menangis meletak jawatan dalam UMNO dan memeltak jawatan dengan tergesa.

Itu lakonan Tun. Abe MIE rasa TUN buat begitu ada dua sebab, pertama- PAK LAH dah tak mahu meneruskan agendanya dan KEDUA- Pak Lah membongkar rasuah dan penyelewengan sebelum ini.

KENA INGAT KEKALAHAN BN DI SEMENANJUNG KERANA TEKANAN DAN TINDAKAN TUN YANG TERANG-TERANG MEMBURUKKAN UMNO SEHINGGA VCDnya digunakan pembangkang sebagai isu.

Tun pernah berkata, PARTI PERLU DIUTAMAKAN BERBANDING INDIVIDU...jadi sekarang, Tun adalah individu dan kita semua perlu menjaga parti UMNO.

Biar lah dia nak buat apa. Jangan Malaysia terikut-ikut dengan politik antarabangsa seperti palestin, pakistan dan afghanistan..kita kata orang luar negeri bodoh sebab berperang tapi nampaknya kita juga ikut serta dengan KEBODOHAN...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Unknown said...

Albert Einstein mencipta tesis relativity yang meranapkan negara2 dengan bom2. Politikus mencipta teori2 politik untuk memporak peranda bangsa2, yang akhirnya menyatakan kelemahan2 doktrin pada penghujung kariernya.

Unknown said...

jangan terlalu bertepuk gembira...buktikan dulu apa yang dikata...tegakkan prinsip jangan cuma pandai mengata...islam untuk semua

Cucu Adam said...

TDM seorang yang sukar menerima pandangan orang lain dan merasa dirinya saja yang betul. Dia tidak mahu menerima teguran, dan tidak suka dibantah. Semua ini yang membolehkan beliau berkuasa selama 22 tahun.

Keputusannya keluar UMNO kemungkin besar akan menyebabkan perpecahan di dalam UMNO tidak dapat dielakkan lagi, dan silap haribulan BN akan hilang majoritinya di Parlimen di dalam masa terdekat.

Inilah masalah UMNO yang sejak tsunami politik pada 8hb Mac yang lalu ditimpa pelbagai masalah yang terbit daripada dalam UMNO sendiri.

Sudah pasti hasrat membangunkan semula parti akan berdepan dengan masalah yang besar. Saya kira inilah padahnya apabila UMNO suka menghina dan mengaibkan orang lain, dan agama Islam.

Kita lihat nanti apabila Pakatan membentuk Kerajaan yang baru, apa pula senerio di negeri-negeri yang ditakbir oleh BN. Saya kira beberapa kerajaan negeri akan tumbang - yang jelas Negeri Sembilan yang memerlukan 4 kerusi saja berpaling kepada pembangkang. Sabah juga akan mengalami nasib yang sama.

Nor Rodin Bin Khalil said...

Seperkara yang banyak orang lupa ialah doa. diantara doa yang mustajap ialah doa dari orang yang teraniaya. seperti kata TG Nik Aziz kesilapan UMNO bukan pada namanya tetapi pada dasarnya. Sedarkah kita selama ini diantara dasar UMNO yang tak mahu ditegor adalah dasar islamisasinya. Dari PM pertama hingga kini ia membawa islam mengikut caranya sendiri.Orang lain tegur langsong tak dipeduli lebih2 lagi dari musuh politik nya. Kita tidak patut lupa bagai mana UMNO menyelesaikan masaalah islam yang dibawa olih orang lain. Adakah UMNO lupa bagaimana ia menghadapi masaalah MAMALI,PAS, AL-ARQAM, AL-MAUNAH, TARIKAT2 SUFI DI MALAYSIA dan terkini masaalah ISA. Sedarkah kita betapa ramainya orang yang teraniaya terhadap tindakan UMNO dalam menangani perkara diatas.Mereka2 ini sentiasa berdoa dari dahulu hingga kini agar Alloh tunjukan kebenaran dan hapuskan kedurjanaan.Diantara doa yang sering diajukan kepada Alloh ia lah "ALLOHUMMA SHATTIT SYAM AHOM WAMAZIQJAM AAHUM (maaf kalau tak betul ejaan)......dan seterusnya". Ini lah doa yang sering dibaca olih gulungan yang rasa teraniaya, tak kan Alloh tak pandang langsong doa orang2 ini. Pada saya ini lah yang berlaku pada UMNO, Sesunggohnya telah banyak kesilapan dan kesalahan UNMO yang telah ia lakukan walau pun telah bertukar 5kali Presidennya tetepi olih kerana dasarnya yang salah maka ALLOH turunkan bala padanya. Pada saya,saya yakin setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan olih UNMO dan pemimpinnya ia pasti ditanggong sama olih ahli dan para penyokongnya. Olih sebab itu sebelum terlambat mari lah kita bertaubat nasoha, tinggalkan lah UMNO selamanya(selagi ia tak tukar dasarnya) dan buatlah perubahan, mudah2an perubahan itu akan memberi keselamatan kepada kita didunia dan akhirat. Amin....

asalbayu said...

Bukanlah satu perkara yang menghairankan jika Menteri Besar Kelantan, YAB Dato Nik Aziz Nik Mat menyatakan beliaulah orang yang paling gembira bila Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar UMNO.
Beliau menyatakan pintu PAS sentiasa terbuka untuk Tun Dr Mahathir andainya dia berhasrat menyertai PAS.

Meskipun Tun Dr Mahathir menafikan akan menyertai PAS, tetapi dalam politik macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Dalilnya sangat jelas kerana meskipun Tun Dr Mahathir pernah memimimpin UMNO selama lebih 22 tahun, akhirnya dia meninggalkan parti yang amat disayanginya itu.

PRU 12 menyaksikan hal yang di luar jangka telah berlaku. Manakala kini Kelab Penyokong PAS semakin galak pertumbuhannya di sana sini, sedangkan hal sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah orang bukan Islam juga amat khuatir kalau-kalau PAS berkuasa, tetapi kini tidak lagi.

Saya teringat PRU tahun 1990 di mana waktu itu saya adalah petugas di Bilik Gerakan UMNO yang pada waktu itu turut ditentang oleh Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Anak raja Kelantan ini merupakan 'orang lama' dalam UMNO dan sudah tentulah menyimpan banyak maklumat berkaitan UMNO.

Ketika tersebar berita serta foto Ku Li memakai hiasan kepala yang ada lambang salib ugama Kristian, Dato Khalid Abdullah (kini Tan Sri) datang menyampaikan mesej bahawa Dr Mahathir mahu supaya PAS dapat meneruskan survival. Alasan yang diberikan ialah kerana PAS merupakan satu-satunya parti Melayu yang masih wujud bagi meneruskan kesinambungannya dan tidak pernah diharamkan seperti yang pernah dialami oleh UMNO. Ini adalah kali kedua saya mendengar perkara sedemikian.

Sebelum ini dalam tahun 1980-an saya pernah mendengar cerita yang sama daripada Ustaz Halim Arshad yang pernah menentang Tun Dr Mahathir di kawasan Parlimen Kubang Pasu dalam PRU.

danishmael said...

Madey keluar BN

Jawapan yang diberikan Tun Madey berdasarkan cabaran yang dikemukakan oleh seorang ahli PAS.

Adakah ini suatu provokasi yang menjerat Madey?

Mungkin Tun Madey tak sedar. Bagaimana kenyataan telah dibuat sebagaimanakan yang dipaparkan.

Seperkara lagi apa yang diungkapkan ada kemungkinannya bagi menghalang kebangkitan Anwar sebagai PM Malaysia.

Tunggu dan lihat bagaimana reaksi BN dan parti komponennya terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Harus diingat Anwar "thrive" di bawah PM Malaysia Pak Lah. Kalau sekiranya berlaku kacau bilau sehinggalah membawa kepada pembubaran Parlimen atau Mageran, peluang ini tidak diperolehi Anwar lagi.

Agak inilah yang dihajati Tun Madey. Kemudian Najib boleh naik menjadi PM sementara sebab beliau pegang kementerian Pertahanan sekarang. Boleh istihar marshall law.

It has to be now or by Jun, jika tidak kecenderungan untuk Anwar jadi PM semakin besar. Byk MP stand by only.

Creat chaos then stability by whatever, this is chaos theory. Inilah yang dirancang oligarki British-AS sekarang

Radin Seri Nabahah Ahmad Zabidi said...

saya rasa tajuk artikel ni perlu diubah sikit. agak tidak sesuai sebab boleh mendatangkan provokasi.tajuk ni macam tajuk surat khabar utusan je.kalau tajuk 'pas bertakbir...' tu ok lagi.sekadar pandangan.

osama80 said...

abe mie ni minda nyer naif skali..
bhasa kasar nyer bodoh mcm paku
ko gi jilat dolah dgn menantu yg sebat duit rakyat tu lah...
elok g ddk kat yahudi ko ni,
patut suka superman..rupanye hero amerika kafir@dajal..
amerika tu ejen yahudi,bkn anwar...bodohnyer ler ko ni...
akai sama cetek dgn irfandina otak lembu tu gak kan korang ni..

osama80 said...

bekas pm tu kluar parti pasai umno nak hancur dah..
anwar maafkan dia tp pengikit anwar blh maafkan ke?hrp2 maafkan r..dah tua dah,x byk sikit ada jasa gak org tua tu..pas gembira bagus r dr pas gabung dgn umno..
dap lg bgs dr umno..
lim guan eng pun kenal dgn khalifah islam..
ini umno,pas pun depa dok tembak air,nmpknyer penyokong umno mentah dlm politik malaysia ni..sama cam abe mie 3/4 tu gak..

abumunzir al-jerluni said...

kenapa PAS bergembira? suka sangat latu...

irfandina said...

salam...

pertama kalinya tak usahlah kita terlampau gundah gulana atau melonjak gembira dengan tindakan dr m...perlu diingat pemimpin datang dan pergi...hari ini dr m sudah menjadi sebahagian dari sejarah...zaman kepimpinan beliau telah berlalu....

kepada pendokong pas yg membuta tuli menyambutnya dengan sorakan gembira...tidakkah anda sedar kaum bukan melayu bertepuk tangan secara diam kerana melihatkan bahawa perpaduan melayu semakin rapuh keadaannya...

akibat terlalu ghairah berpolitik...kita semakin kerdil keadaannya...tetapi pada hari ini bukan melayu dilihat begitu teguh kedudukannya....

apakah ini yg terlalu diinginkan oleh pendukung dan pemimpin pas???

pas tidak perlulah terlampau ghairah tetapi berpijaklah dibumi nyata apakah realiti politik yg sebenar di m'sia....

sekali lagi ingin saya cabar kepada semua pendukung pas apakah dgn menjalinkan kerjasama dengan dap maka pas akan mampu menubuhkan negara islam?????

apakah pas akan mampu melaksanakan hukum islam secara total di m'sia???

tolong jawab.....

Unknown said...

Hai banyaknya batu2 api criket!!!

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

osama80... lahir 1980 ke? budak lagi lah kata kan. belajar biarlah sampai Uni baru nak kutuk orang Yahudi ke ...anwar boleh juga cakap yahudi sebab dia sendiri pernah akui berdampingan dengan yahudi tapi kini dia kata untuk bela Islam-jumpa yahudi..tak pernah dengar dia kutuk yahudi macam TDM kutuk Yahudi...

Yang PAS gembira apa hal... ingat, 18 tahun kelantan pimpinan PAS, begitu juga 50 tahun selangor pimpinan BN jatuh ke tangan parti lawan...dan tidak mustahil kalau PAS akan melalak nanti...

janji tinggal janji//
islam tak tahu mana lagi...
janji undi dengan DAP bukan mimpi,
lantik PM Anwar, dalang Yahudi.

suhaimi said...

osama80...

jgn di layan abe mie tu.dia bukan tahu apa pun.dia memang anti sgt dgn anwar ibrahim.dialah satu-satunya rakan blog yg bermati-matian mengatakan anwar tu ajen yahudi dan mcm2 lagilah.mungkin dia pun mcm mahathir jugak,takut dgn bayang2 sendiri....

kulatlapok said...

0sama 80,

Sabar separuh dari iman

Allah Maha Mengetahui apa isi hati setiap hambanya. Sebenarnya abe Mie tu sayangkan Anwar.

Ingat - janganlakh kita terlalu membenci seseorang itu, insyallah suati hari nanti orang yang dibenci itu menjadi orng yang paling disanyaginya. Wallahualam.

Norai said...

Laa tak tahu lagi ke ko org semua..mengapa Mahathir keluar dari UMNO cepat-cepat..
Dia sebenarnya tak mahu dirinya disiasat oleh badan kehakiman suruhanjaya diraja berkaitan dgn kes video Linggam tuh..
Itulah sebab yang utama sangat..!
Mahathir dah mengelupor tuh..takut
diri nya terbabit..habislah terbongkar segala bentuk jenayah dan rasuah yang dilakukan sewaktu pemerintahan nya dulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...