Thursday, May 15, 2008

Krisis Umno Pahang semakin panas

TEMERLOH: Apa yang disifatkan oleh pemerhati sebagai pergolakan Umno di Pahang semakin sengitdengan satu pendedahan terhadap Ketua Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Adnan Yaakub.

Setelah tuduh menuduh diantara Adnan dengan seorang pimpinan Umno dinegeri itu yang dipercayai tercetus ekoran daripada krisis kepimpinan, suhu politik Umno Pahang semakin panas apabila penyelewengan melibatkan penjualan tanah turut didedahkan kepada umum.

Antaranya Seorang Ketua Umno Bahagian, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang juga bekas Setiausaha Umno Pahang, mendedahkan beberapa fakta terhadap Adnan yang beliau percaya tidak mampu dinafikan lagi malahan telah direkodkan rakaman ucapan Adnan berkaitan fakta-fakta tersebut di dalam cekera padat (CD).

Adnan didakwa ugut dan bohong

Dalam suratnya (gambar atas) kepada Presiden Umno, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Ahmad Tajuddin berkata, dalam rakaman itu terkandungnya ugutan dalam usaha menutup kemungkinan pendedahan salah guna kuasa, penyelewengan atau pun rasuah dalam satu urusan penjualan tanah Umno Pahang beberapa tahun lalu.
Turut disebut Adnan berbohong dengan menyatakan tanah dijual kepada Yayasan Pahang sedangkan berdasarkan kepada bukti tanah tersebut sebenarnya dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh peniaga Cina.

Adnan didakwa menyebut perkara-perkara tersebut dalam satu perjumpaan di Kuantan yang diaturnya dengan ketua-ketua Umno sebuah bahagian Umno.

Ikuti laporan penuh dalam akhbar Siasah akan datang rentetan krisis Umno di Pahang yang bukan sahaja melibatkan isu pribadi tokoh-tokoh dalam parti itu tetapi menyentuh kepentingan rakyat apabila turut diheret isu penjualan tanah secara tidak telus.

13 comments:

infogue said...

Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di Infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/krisis_umno_pahang_semakin_panas

abumunzir al-jerluni said...

Salah laku dan penyelewengan pemimpin negeri dan negara mesti di ambil tindakan tegas berdasarkan prinsip keadilan yang hakiki. Islam tidak membezakan antara seseorang samada yang berjawatan tinggi atau rendah untuk menegakkan keadilan. Jika pemimpin tertinggi negara atau negeri terlibat dengan penyelewengan dana awam dan negara (negeri) maka mereka mesti di dakwa dan di hukum dengan tegasnya jika disabitkan dengan kesalahan tersebut...jangan disebabkan mereka berkuasa, tindakan undang-undang terkecuali kepada mereka. Yang jadi mangsa orang-orang bawahan. Ini merupakan satu kezaliman yang melampau...Bertindaklah atas dasar prinsip keadilan yang sebenar.!

KongSiKong said...

Kalau tengok telatah dan perangai Adnan Yaakob tu memang tidak hairan kalau dia buat salah laku tu. Memang jenis tak boleh dipercayai! Hancurlah UMNO Pahang hendaknya!

mat terab said...

apa lagi BPR pahang siasat la...takkan nak tunggu laporan dulu baru nak siasat kalau melibatkan Pakatan Rakyat cepat je siasat tak perlu tunggu laporan tapi melibatkan UMON senyap sepi........

meon_peon said...

Hidup UMNO...

Pembela Bangsa...

Tidakkah kamu berasa bangga ???

irfandina said...

seharusnya inilah masa yg terbaik untuk melakukan pembersihan secara total didalam umno..saya yakin bahawa tidak semua didalam umno itu begitu buruk keadaannya...begitu juga dengan pas dengan pkr...tidaklah semua itu begitu baik seolah-olah bersifat maksum tanpa ada cacat dan cela...kepada pihak berkuasa semoga anda semua dikurniakan Allah kekuatan utk mengambil tindakan without fear or favour...kepada pendukung pas dan pkr jgnlah bersifat terlalu menghukum...kita tunggu saja kesudahannya...

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

tanpa UMNO-MCA-MIC.. kita mungkin merdeka macam timur-timur?

lupakah kita? tapi kini pemimpin UMNO ada yang jadi barua dan jahat. tapi sebilangan. ini kerana pasal duit dan tamak kan keduaniaan...

bagi abe MIE, kalau orang buat salah jangan menghukum parti atau agamanya. misalnya, kalau orang islam bunuh orang, jangan kata seluruh dunia orang islam suka bunuh orang...

pembaca blogspot kena matang...

http://malaysialoni.blogspot.com
http://pkrpasdap.blogspot.com

suhaimi said...

sebelum ALLAH hukum kat akhirat,baik hukum kat dunia dulu.kalau kat akhirat,lagi dahsyat.jadi,tegakkan hukum ALLAH.

mat terab said...

Tunggu kesudahan Konon...nak tunggu negara Hancur dan bangkrap baru nak ambil tindakan........

meon_peon said...

Syukur Alhamdulillah ke hadhrat Ilahi krn memberikan kemerdekaaan kpd negara...

Terima kasih kpd pejuang2 kemerdekaan suatu ketika dahulu...

Smoga Allah memberi rahmat kpd mereka2 yg telah berjuang...

Ya Allah, Kau berilah semangat & kekuatan kpd mereka2 yg berjuang utk AgamaMu...

Amin...

Bersama Menjana Islam Yg Syumul Di Kalangan Ummah...

kulatlapok said...

itulah kesannya kalau dah terlalu asyik di tampuk kuasa, ianya macam "kurap lagi digaru lagi sedap".

sebenarnya banyak kes-kes penyelewengan di pahang telahpun didedahkan oleh TV3, Dari urusan tanah, perumahan sehingalah kepada pengondolan hutan.

Tapi penafian demi penafian di buat oleh kerajaan negeri. Tapi tak ape suatu hari nanti marilah kita saksikan kebenarannya.

ps* PakLah perlu nilai pemimpim negeri yang dah terlalu lama. Dah macam tak ada pemimpin lain.

MrKooL said...

bkn mslh x de salah atau maksum....tp soal...kecil kan keburukan...bykkan kebaikan

Unknown said...

salam.
bab seleweng semua nie jangan salahkan sorang je beb. salahkan sekali exco-exco yang terlibat. semuanya pasal duit la bro. bila lagi nak merasa dapat jutaan ringgit sedangkan kita berada di atas, kalau dah jatuh nanti menyesal seumur hidup. aku tak salahkan mereka yang suka ambik kesempatan tu. suka aku tengok. tapi kena ingat beb, ajal tu bila-bila jer nak sampai kat kita. Dunia-dunia juga, akhirat jangan lupa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...