Friday, May 16, 2008

Kelantan sokong boikot Utusan Malaysia

Oleh Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU 16 Mei: Pelbagai pihak di sini menyokong Majlis Menteri-Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) memboikot akhbar Utusan Malaysia yang jelas mempunyai agenda politik bagi pihak Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi Negeri, Dr Fadzli Hassan berkata, akhbar yang jelas mempunyai agenda politik dan bukan bertujuan menyebarkan maklumat kepada rakyat wajar diboikot.

"Selain itu, sudah sampai masanya sekarang kerajaan pusat meluluskan permohonan permit akhbar harian yang dipohon PAS.

"Kelulusan itu amat perlu agar PAS mempunyai akhbarnya sendiri bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat memandangkan akhbar harian yang ada sekarang mempunyai agenda sendiri,” katanya.

Khamis lalu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mewakili Majlis Menteri Besar PR mengajak rakyat memboikot akhbar Utusan Malaysia.

Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir turut menyokong penuh cadangan tersebut."Kalau dah dapat persetujuan Majlis Pakatan, pihak kami menyokong penuh," katanya sambil menyifatkan bahawa tindakan dilakukan akhbar berkenaan mahu menjaga Umno dan bukannya rakyat.

17 comments:

KongSiKong said...

Cadangan memboilot akhbar utusan Malaysia tu memang bagus. Sekarang ni kalau beli Utusan Malaysia macam buang duit aje. Dia ingat kita pembaca ni tak reti nak fikir. Dia ingat kita ni macam budak-budak yang tak tahu apa.

Cuma, kalau nak boikot mesti ada perancangan lah beb! Habis tu kita nak dapat maklumat sahih dari mana? Harakah keluar sebulan dua kali. Siasah? Suara Keadilan? Dua-dua macam serupa aje kandungannya!

Kadangkala saya suka juga cara mudah dan free. Pergi ke harakahdaily.net atau kadangkala baca juga Utusan Online yang free tu. bukan apa Check and balance beb!

Kita pun tahu jugak apa nak fikir!

Unknown said...

bicara memang mudah,memboikot ataupun memulaukan tapi bagi yang hanya membaca akhbar seperti utusan apa yang patut mereka baca???klu hanya pandai mencari salah perlu juga bijak mencari sesuatu yg lebih baik....

irfandina said...

adalah sesuatu yg malang kalau hasil mesyuarat yg sepenting itu hanya agenda memboikot utusan m'sia yg menjadi objektifnya...kenapa perlu bersifat sempit sekali pemikirannya...apakah para pemimpin yg bermesyuarat itu tidak sedar bahawa majoriti kakitangan utusan itu adalah org melayu???bukankah secara tidak langsung anda menganiaya org melayu???seharusnya kita perlu lebih berfikiran terbuka...kenapa perlu takut kepada utusan...apa tidakkah keputusan pru yg lepas telah membuktikan bahawa walau sehebat manapun media arus perdana membuat liputan yg berat sebelah tetapi yg mendapat keputusan yg lebih baik adalah pihak PR sendiri???

saya makin keliru apakah dasar yg menjadi agenda penting pr???disaat majoriti rakyat sedang berhadapan dengan isu yg lebih besar seperti kenaikan harga barang, isu jenayah yg makin berleluasa...para pemimpin pr tidak habis2 dengan agenda politiknya...seharusnya mereka lebih bersyukur dengan kemenangan yg telah dinikmati...bukankah lebih baik diberi tumpuan bagaimana untuk menunaikan janji manifesto yg telah dijanjikan kepada rakyat...
apa yg lebih malang perkara2 remeh seperti ini lebih banyak ditimbulkan oleh pemimpin melayu...jgnlah sesekali menafikan langsung jasa utusan kepada org melayu...kepada yg buta atau sengaja tidak mahu menoleh kebelakang saya ingin mengingatkan bahawa utusan adalah salah satu wadah bagi menyatukan org melayu semasa ingin menuntut kemerdekaan...

sekali lagi ingin saya memberi peringatan kepada kerajaan pr...rakyat sedang memerhatikan anda...sudah-sudahlah diulit mimpi indah kemenangan pru yg lepas...ini adalah masa untuk anda deliver apa yg telah dijanjikan...

suhaimi said...

yg perhatikan PR,kau sorang je irfandina,org lain tak kisah.rakyat dah tahu memilih skrg.

abe MIE 'TERJAH' said...

SALAM...

betul juga dengan kata IRFANDINA.. adakala kena jadi pembodek, ada kala jadi penentang... jangan menentang secara membabi buta atau membodek secara membabi buta...BABI haram...

PR dah jadi tak demokrasi... PR nak jadikan Malaysia macam Afghanistan pimpinan Taliban? kalau utusan buat salah tak sokong, lantak lah dia..janji PR buat kerja....

Kena ingat, BN terajui negara 50 tahun ada kala naik-turun, PR juga kena terima naik-turun. politik bukan hak mutlak Anwar Ibrahim atau Haji Hadhi.

kulatlapok said...

abe me.......lah ko lagi.

Memang sah ko nie betul-betul kuat PENGAMPUNYA. ko fikir BN memerintah 50 tahun tu dah cukup bagus ke? Tule pasal bila dah terlalu lama sangat memerintah sampai lupa masih ada lagi rakyat yang tak dapat pembangunan.

Setiap tahun perhimpunan UMNO. setiap kali itule ade laungan keramat 'Hidup UMNO'. Hatta bertepuk tangan sambil berbalas-balas pantun. Yang lain berdekah-dekah ketawa dek lawak perjuang UMNO.

50 tahun akhirnya terperanjat rupanya negeri yang dipimpin oleh Presiden UMNO menerima kekalahan teruk. Terlena dari lamunan baru nak bertindak. Pembangunan dah banyak ditaburkan tapi orang lain yang dapat keuntungannya.

Tapi tak ape le yang dapat untung tu bukan orang lain, rakyat malaysia juga yang sah membayar cukai.Tapi abe me..ko tahu masih ramai lagi rakyat yang menderita dek ketinggalan oleh pembangunan.

Selama 50 tahun memerintah cuba lihat pembangunan di Sabah dan Sarawak. Jalan masih lagi berlumpur. Pelajar nak ke sekolah terpaksa menyemberang sungai dengan hanya menggunakan tali je.

Kalu tak percaya mari ikut saya ke sana. Nah rasakan sendiri panorama yang dihidang oleh BN di Sabah dan Sarawak. Peh sungguh menyedihkan.

Aku cadangkan ko betugas lah kat sana. Nah rasakan sendiri seperti mana mereka rasakan. Apa yang ko banggakan 50 tahun pemerintahan BN.

Ingat jangan lupa sejarah Islam,Tuhan mengutuskan Nabi Musa nak menghancurkan Firaun memakan masa yang agak lama. Mungkin sejarah itu akan berlaku di Malaysia ini. Mula-mula 5 negeri akhirnya nanti abe me menjadi salah seorang rakyat di bawah pemerintahab Parti Alternatif.

Memang patut akhbar utusan itu diboikot. Asyik mengampu tak kena tak tempat. Tak bacapun tak. Rakyat boleh cari alternatif lain. Sekarang nipun kita boleh dapat maklumat sebenar dari pelbagai sudut.

Jangan telalu angkuh kalu membuat kenyataan. "Sekali Air Bah Sekali Pantai Berubah" Segala-galanya Allah Yang Maha Berkuasa.

suhaimi said...

salam...

abe mie memang mcm tu.dia sama naik dgn kawan seangkatan dia,si irfandina.ba

mat terab said...

Memang patut pun baikot utusan ni walaupun mejoriti kakitangan melayu tapi dok fitnah negeri majorit orang melayu macam kelantan dan kedah tu kepala hanguk apa...?
sepatutnya sokong lah negeri melayu pemimpin pun orang melayu islam kita....
bukan macam setengah orang tu dah tahu terang-terang media arus pedana ni berat sebelah dan menipu sokong lagi...konongnya kata sokong yang benar pi la mabuk...
Ingat orang buta sejarah ka nak tipu...mana buktinya utusan malaysia yang menyatukan orang melayu menuntut kemerdekaan...masa tu mana ada utusan malaysia la bangan...Negara malaysia pun belum ditubuhkan...Kah..kah..kah..nak kelintong orang...pila mabukkkk

kulatlapok said...

salam untuk mat terab,

aku rasa ko ni orang utara, betul tak? pasal dulu aku pernah betugas di Aloq SetaQ dan bila sembang2dengan kekawan selalu guna perkataan pira mabukkkk....!!!!!

ko punya pandangan samele dengan aku. kau dari parti alternatif ke? tapi aku masih lagi UMNO kerana aku sayangkan bangsaku MELAYU.

PS*Ko buat aku teringat nostalgia lama masa aku di Aloq Setaq, ale munyi ini macamm Piira mabukkk!!!

Anonymous said...

Assalamulaikum,
Sokong tindakan boikot utusan. Prinsip yang digunapakai oleh media arus perdana ialah 10 kali pembohongan akan menjadi 1 kebenaran. Lambat laun fikiran yang rasional akan teracun juga. Malaysia hebat selepas berkuasa 50 tahun? Kepada yang mempunyai tanggapan sedemikian, sila buat rujukan dan perbandingan. itulah bila dah selalu baca utusan, akhirnya terima juga penipuan dan pembohongan.

Hamzali said...

Buat apalah nak boikot Utusan Melayu ni.. PR tak perlu nak masuk mesyuarat pun kalau nak bincang pasal boikot Utusan. Macam tidak ada perkara yang lain nak bincang. Rakyat Malaysia dah cerdik sekarang ni mereka dapat fikir sendiri yang mana betul yang mana berbaur politik. Yang komen sokong boikot ni apa hal pulak. Selama ni dok baca Utusan ke. Nak tunggu arahan boikot baru tak nak beli?Tiada siapa yang suruh beli pun. Kalau tak beli akhbar dan baca online sama saja cuma Utusan je lah kurang RM1.50 sorang. Untuk pemimpin PKR rangka strategi pengurusan anda sekarang, sebab PRU 13 mesti datang dan buktikan kepada rakyat PKR mampu membimbing negara kearah kemakmoran sejagat. Wallahualam.

Unknown said...

memboikot utusan melayu adalah agenda PAS utk memperbodohkan lg penyokong dia..klu asyik baca harakah ngan sahsiah,mundur n tertutupla minda..aku x kisah bc harakah ngan sahsiah,sume sukabo aku bca,,yalah,buat pe takut nk bca sumenya,nilah masa nk survey yg mana sbnrnya menipu,yg mana sbnrnya btl..nmpk sgt PAS nk mengelat,pirraahhh...

Unknown said...

lg satu..PAS ni mcm parti yg kebudak budakan,isu2 yg remeh mcm ni pn dia nk bsr2kan..de UMNO suh pulaukan "produk PAS"??? sndiri mau pikirla..hal memajukan rakyat lg penting,jgn mudah tabur jnji je..btl kata kongsikong -check n balancela-..aku slalu gak bc harakah-atok aku penyokong kuat PAS,tp tidak lg-,aku tgk asyik2 berita menghentam org..xde plak aku tgk dia fokus kat berita luar negara ke,psl ekonomi skang ke..so???smpi bila nk bc harakah?mcm katak bwh tempurungla kita nnti..sbb tula PAS wat camtu,sng dia nk cocok masuk otak penyokong dia..haiiii,sedih btl aku bila dipikir2kan cara kotor PAS ni..

suhaimi said...

liza...

apa hal memajukan rakyat.tegakkan islam dulu baru rakyat boleh maju.itulah jadinya kalau hidup mengejar dunia je,akhirat pun letak kat belakang.

Unknown said...

suhaimi..
awak x sedar ke yg harakah dan siasah hanya tertumpu pada dunia politik semasa?? apa kena mengena dgn tegakkan agama islam? awak tau mskd menegakkan agama islam?? tegakkan agama islam ngan politik kotor??klu setakat memuji diri sndiri dan mengutuk serta membongkar keburukan bangsa sndiri utk tatapan pembaca harakah,itu ke menegakkan agama Islam? itu menegakkan PAS!

Unknown said...

dasar politik pas adalah dasar islam yang dituntut oleh Allah swt. Kalo tiada PAS, siapa yang nk menegakkan hukum islam, hukum Allah. Sedarlah kita dijadikan oleh Allah, hukum dan undang-undang yang dicipta olehnya adalah yang paling sesuai utk manusia.

Anonymous said...

Boikot!!! Boikot!!! Boikot!!!!

Yang boleh kita buat ialah

1. Boikot Utusan Melayu supaya kita boleh baca Sinar Harian yang merapu dan takder pendirian takut paper tak laku, Harian Metro Seks Tangkap Khalwat leh wat maksiat reramai , Berita Harian baca leh sakit kepala, Harakah yang islam, NST yang tak laku, he Sun percuma untuk sapa yang pandai baca.

2. Boikot TV3!!!!!! aku setuju pasal selalu siarkan citer hantu pada malam jumaat. Boikot Cepatt!!!!!! Supaya ramai leh pasang ASTRO kat rumah untuk kayakan ANANDA KRISHNAN yang tak suka sistem beraja Malaysia. Kayakan lagi ASTRO.

3. Boikot UMNO!!!!!!!! pasal kredibiliti sudah tak relevan lagi sekarang. kita reramai masuk PKR iaitu Parti Keadilan Rakyat, parti untuk semua kaum di Malaysia. Melayu, Cina , India hidup sama rata takda istilah bumiputera atau pun tidak. Kelak nanti bila PKR ambil alih Malaysia akan jadi negara untuk rakyat Malaysia seperti Singapura. Sultan ? gi mampuslah mengahabiskan duit rakyat aja.

4. Bila Utusan Malaysia dan TV3 diboikot, tentunya mereka akan kerugian, Betul Tak? Bila dah rugi syarikat akan gulung tikar, betul tak? bila dah jadi macam ini dah tentu paper lain nak keluarkan cerita-cerita kononnya merapu macam Utusan Melaysia akan berfikir 800 kali. Betul Tak? Teruskan usaha anda untuk boikot Utusan Melaysia.......Padan Muka!!!!

5. Bila dah tak ada Utusan Malaysia kat negara kita barulah aman Malaysia nih. Cerita semua balance tak ada isu media berat sebelah. Nanti semua paper termasuk Paper cina ngan paper india akan tulis elok-elok dan channntik channntik supaya orang melayu boleh baca. Aku suka pasal aku boleh baca jawi jer heheheh.

6. Untuk orang melayu.... bacalah buku mengenai kisah 13 Mei 1969. kalau nak real story pergilah cari Pusat Maklumat Utusan atau NST ataupun kat Perpustakaan Negara , carilah artikel peristiwa 1969.Jadilah orang melayu yang berfikiran terbuka. Jangan jadi melayu HIPOKRIT ok!!!!!

7. lastly aku rasa orang melayu sekarang terlebih emosi tapi kurang berfikir, Selalu alasan suka suka jer nak wat cenggini,. Bila dah terhantuk baru nak tergadah, Dah mati baru nak siasat.

8. Jadilah melayu yang bersifat terbuka, berilmu dan suka membaca. INGAT orang DAP sentiasa mencari jalan untuk melemahkan orang melayu supaya mereka diberikan hak samarata di Malaysia begitu juga dengan kaum lain2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...