Friday, July 29, 2011

Ku Li ketuai Pakatan Rakyat?

Tengku Razaleigh Hamzah kini disebut-sebut sebagai sedang ditarik untuk memimpin gabungan pembangkang, dakwaan yang walaupun luar biasa, mempunyai merit tersendiri.

Melalui Angkatan Amanah Merdeka, veteran Umno yang mesra dengan panggilan Ku Li itu menempatkan diri dalam bahasa baharu politik yang lebih liberal, menyediakan ruang bergerak yang lebih selesa antara konservatif seperti Umno dan gabungan Pakatan Rakyat yang lebih liberal.

Tokoh yang dulu mengetuai parti Semangat 46 yang mendakwa lebih tegas memperjuangkan Melayu berbanding Umno, kini menerajui pula sebuah pertubuhan yang boleh disifatkan sebagai membawa "semangat merdeka" yang lebih inklusif.

Penubuhan Amanah dan bahasa yang dibawa memperlihatkan strategi politik yang cerdik oleh Ku Li, ketika apa yang disifatkan sebagai "politik baharu" menjadi sebutan popular, walaupun beliau dan beberapa individu yang menyertai Amanah merupakan orang lama dalam politik.

Nama-nama yang menyertai badan bukan kerajaan Amanah - yang merentasi garis etnik dan kecenderungan politik - memberi gambaran sifat dan hala tuju pertubuhan itu.

Masa Amanah dimunculkan, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak dapat mengelakkanya daripada dibaca sebagai satu usaha politik, sama ada secara kolektif mahupun peribadi bagi Ku Li.

Amanah kini menjadi kenderaan terbaharu Ku Li untuk menegaskan kedudukannya dan kepentingannya dalam politik nasional.

Kemunculan tokoh yang dilihat sebagai bercita-cita tinggi ini secara berprofil tinggi juga dikaitkan dengan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin berdepan cabaran getir, sehingga kehadirannya melalui dan melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin diragui.

Anwar yang semakin teruk berdepan pelbagai isu yang menjejaskan kredibiliti menjadikan Ku Li alternatif yang berpotensi untuk dipersetujui ramai dalam PR.

Ku Li sebelum ini pernah terlibat dalam rundingan untuk menguasai kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan pusat pada penghujung 2008. Usaha menarik beliau kali ini merupakan yang kedua dilakukan oleh sekumpulan dalam pakatan pembangkang.

Razaleigh ialah tokoh politik veteran yang disenangi sebahagian besar pembangkang, terutama PAS yang menerajui kerajaan Kelantan dan mendapat kerjasama belau dalam usaha menuntut royalti hasil petroleum.

Ahli Parlimen Gua Musang itu sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan PAS dan PR sehingga peranannya semasa pilihan raya kecil Galas tahun lalu berjaya dilalui tanpa mencetuskan banyak pertembungan dengan PAS.

Kedudukan Ku Li sebagai ahli politik veteran dan pendiriannya selama ini yang mengimbangi kedua-dua Umno dan pembangkang menjadikannya tokoh yang dilihat mampu mengetuai satu gabungan pembangkang.

Pada masa sama Datuk Zaid Ibrahim yang mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, juga menduduki posisi untuk memimpin satu gerakan liberal dalam pembangkang.

Tetapi Zaid terjejas ekoran pertembungannya dengan PKR dan pemimpin utamanya, Anwar, yang mampu menyukarkan kerjasama dengan parti berpusatkan bekas perdana menteri itu.

Zaid walau bagaimanapun mempunyai hubungan baik dengan Razaleigh dan turut hadir dalam majlis pelancaran Amanah, dan mempunyai ideologi yang hampir dengan pegangan Amanah.

Razaleigh walau bagaimanapun dijangka tidak akan diterima dengan mudah oleh pembangkang bukan Melayu dalam PR, sekiranya mengambil peranan kepimpinan gabungan pembangkang dan dikemukakan sebagai calon perdana menteri.

Potensi tindakan Ku Li menerima tawaran berisiko tetapi berpotensi itu mampu memberi impak besar kepada Umno yang sedang berdepan tekanan sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Sebarang kemungkinan walau bagaimanapun masih awal untuk dijangka. Untuk kepentingannya, Ku Li juga perlu berfikir panjang supaya tindakannya nanti berdasarkan perkiraan yang jelas dan pasti.

7 comments:

Anonymous said...

Pakatan Rakyat akan menyebarkan apa saja propaganda, walaupun benda tak benar, dia tak peduli dia akan buat juga kerana apa yang penting adalah memihak kepada Pakatan Rakyat.

Berkenaan isu Tengku Razaliegh, isu ini telah banyak kali dimainkan oleh Pakatan Rakyat, tapi akhirnya Tengku Razaliegh tetap bersama UMNO dan Barisan Nasional. Berkenaan isu Tengku Razaliegh akan mengetuai Pakatan Rakyat bagi menggantikan Anwar Ibrahim, apakah perkara suatu yang mudah? Perkara ini tidak mustahil, tetapi dari segi pemikiran politik Tengku Razaliegh, ia tidak dapat diterima oleh DAP kerana pemikiran politik Tengku Razaliegh masih lagi mempertahankan Kontrak Sosial sebagaimana beberapa perkara dalam Perlembagaan Malaysia. Ini sudah tentu bertentangan dengan DAP. PAS dan PKR pula jenis lalang, kerana PAS boleh jadikan slogan Negara Kebajikan dan buang ke tong sampah Negara Islam dan Perundangan Hudud selepas dijerkah oleh DAP. Sedangkan negara ini sejak 54 tahun yang lalu, adalah negara kebajikan dibawah pentadbiran Barisan Nasional, cuma Barisan Nasional ini bukannya macam Pakatan Rakyat, telur sebiji, bukan sekampung, satu negara dia jaja. Kononnya Negara Kebajikan, tapi apa sudah jadi dengan menifesto PRU 12, semua telah tunggang langgang dan rakyat di negeri tadbiran Pakatan Rakyat sudah menerima kesannya, kononnya nak beri itu dan ini, tapi ambil itu dan ini pula. Itulah jenis kaki penipu macam Pakatan Rakyat ini, boleh pakaikah? Fikirkanlah sendiri.

Anonymous said...

Diantara Ku Li dan Khairy Jamaluddin, UMNO lagi RELA melepaskan KJ dari Ku Li. Kerana Ku Li ada lah tokoh UMNO yang tersohor dan terhormat lagi disegani oleh ahli2 UMNO dan negara. Dulu pun bila Ku Li tinggalkan UMNO dia tidak macam Anuar mengkhianati negara Malaysia dengan berpakat dengan yahudi dan amerika dan eropa untuk memburuk-burukkan malaysia. Ku Li hanya ada masalah dengan pemimpin UMNO tetapi tidak mengkhianati UMNO dimana akhirnya Ku Li kembali kepangkuan UMNO. Rakyat UMNO lebeh menerima Ku Li dari Anuar dan KJ. Ambiklah KJ dan jadikan dia ketua pakatan rakyat, UMNO tidak rugi kehilangan KJ,...dia pengkhianat parti dan negara.

Jenton23 said...

Pi Mampus la..dua-dua jenis mangkuk hayun tak boleh harap!! PR tak perlukan manusia jijik mcm ini.Dalam PR banyak lagi pimpinan yang lebih baik drp mereka ini..Sorry boleh blahhhhhhh..

Anonymous said...

Saudara/i Jenton23, tidak baik menuduh sedemikian rupa, lihatlah kembali wajah-wajah pendemontrasi liar yang girang dan riang membuat kekacauan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 yang lalu. Tanpa rasa bersalah dan tanda memikirkan masalah kepada orang lain, segerombolah pendemontrasi liar yang digelar BERSIH telah melakukan kekacauan dan haru biru di Kuala Lumpur hingga ramai peniaga rugi akibat tidak dapat berniaga, pelancong terpaksa berehat di hotel kerana bimbang diapa-apakan oleh pendemontrasi liar yang naik 'shiekh' melalak dan melompat-lompat di sana sini. Berkenaan isu Tengku Razaliegh dan Khairy Jamaluddin, saya rasa Tengku Razaliegh tidak akan terima pelawaan dari PAS, malahan kalau Khairy hendak menyertai Pakatan Rakyat adalah amat dialu-alukan kerana dalam UMNO dan Barisan Nasional, tidak memerlukan budaya liar yang hendak dibawa masuk oleh Khairy ke dalam UMNO dan Barisan Nasional.

azrul said...

bagi orang orang yg tak ada maruah dan harga diri aje yg suka ambil kesempatan tangkap muat nii..tengku bukan orang yg gila jawatan sebagai ketua pembangkang..saya yakin tengku setia dgn perjuangannya..ayuh ku li setia laa pada umno kerna ini saja cara yg terbaik untuk dihormati dan disayangi..insyallah..

azrul said...

yalaa tu..anwar tu hebat sangat ke..kalau dia hebat tak jadi mcm ni negara..seorang pemimpin takkan cerita perkara buruk pada negara lain..buat demo ,buat itu dan ini..itu bukan pemimpin hebat tapi penakut..gunakan rakyat yg bodoh seperti kalian.kj dan ku li tu tak kan masuk pk punya..kan pk tu partai kominis bukannya keadilan.lu fikir laa sendiri.

murad said...

Anda semua mencari dosa kering je....dok mengutuk sesama muslim.
Apa yg anda dpt...puashati. Anonymous..anda terlalu celupar.
Azrul..anda tidak berilmu + berpendidikan agama. Dan yg lain2, apasalah kita mendoakan sesama kita. PAS, PKR, UMNO kn terdiri dr kalangan majoriti org melayu.
Bagi sy, yg mana berpegang + berpandukan Al-Quran + Hadith itulah parti pilihan saya.
Doa sy, moga Malaysia ditakbir oleh golongan ULAMA (seperti yg disebutkan di dlm Al-Quran).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...