Sunday, July 10, 2011

Kematian peserta Bersih: BN tumbang PRU 13?

Kematian seorang peserta protes Bersih semalam, Baharuddin Ahmad bakal meningkatkan lagi tekanan ke atas Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

PAS melalui Datuk Husam Musa telahpun membuat kenyataan menuntut kerajaan bertanggungjawab atas kematian Baharuddin yang dikaitkan dengan tindakan keras pihak berkuasa terhadap peserta demonstrasi.

Husam dilaporkan media mendakwa Baharuddin meninggal dunia selepas sesak nafas kesan semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kematian ahli PAS itu dijangka akan terus menjadi isu utama yang menjejaskan pemerintah sehingga ke pilihan raya umum akan datang, yang kini mungkin akan diadakan lebih lewat.

Di negara-negara mengalami kebangkitan rakyat sebelum ini, kematian seperti ini dijadikan kempen menggugat rejim memerintah sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan.

Di Tunisia, kematian seorang penjual buah, Mohamad Bouazizi pada awal Januari tahun ini menjadi isu tumpuan sehingga mencetuskan protes besar-besaran yang akhirnya menjatuhkan rejim memerintah.

Di Mesir, kematian Khaled Said mencetuskan kemarahan ramai dan menjadi satu simbol penentangan terhadap rejim Presiden Hosni Mubarak, yang akhirnya tumbang selepas tercetus kebangkitan besar-besaran.

Khaled menjadi satu simbol untuk membina sokongan menentang rejim Mubarak. Kumpulan Facebook We Are All Khaled Said menjadi salah satu elemen yang membina kebangkitan menentang kerajaan Mesir ketika itu.

Sebelum itu, di Iran pada 2009, kematian Neda Agha-Soltan turut menjadikannya simbol penentangan terhadap kepimpinan republik itu, sehingga mencetuskan protes besar-besaran yang menggugat pemerintah. Kerajaan pimpinan Presiden Mahmoud Ahmadinejad walau bagaimanapun tidak berjaya dijatuhkan.

Pakatan Rakyat, penggerak utama perhimpunan Bersih kedua semalam menyifatkan demonstrasi semalam sebagai berjaya mencapai matlamat. Kematian Baharuddin dijangka mencetuskan lagi protes dalam pelbagai bentuk terhadap pentadbiran Najib.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam dalam sidang media menyatakan perhimpunan 9 Julai hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat.

9 comments:

leekonu said...

Anuwar & AmBABIga "pembunuh sebenar" Baharrudin !!!
Al Fatihah buat Arwah...

1. Perhimpunan dijalanraya itu jelas tidak mendapat restu YDP Agong. (boleh dikira sbg derhaka...atau lebih berat cuba menentang/melancar perang ke atas YDP Agong).

2. Perhimpunan celaka itu jelas tidak ada kebenaran polis (permit)

3. Dianjurkan oleh badan yg tidak berdaftar dgn ROS.

4. Penganjur tidak mengambil langkah-langkah keselamatan / kecemasan (*merentas desa pun ada cara yg lebih teratur.. inikan pula nak melibatkan 300 ribu orang -spt diwar2kan )

5. Setiap peserta tidak mendapat perlindungan insurans daripada penganjur...(nak naik bas awam pun ada insurans)

6. Tiada amaran awal atau nasihat kepada yang tidak sihat (sakit jantung spt arwah) supaya tidak menyertai perhimpunan.

Jelas dengan 6 alasan ini membuktikan polis tidak bersalah langsung kepada apa-apa sahaja yg terjadi ke semua peserta demo haram (sekali lagi demo HARAM) kerana polis telah diamanahkan untuk menjaga keamanan 28 juta rakyat Malaysia berbanding 10 ribu orang yg kurang akal diperbodohkan si Anuwar dan Ambabiga !!!

Jadi siapa yang patut bertanggungjawab pada kematian ini... tidak lain tidak bukan...kalau bukan si pengkianat negara, Si Anuwar Aljubri (gelaran mat sabun bagi..) dan si pejuang murtad & ifc, Si Ambabiga !!!
Anda mungkin juga meminati:
Isu wakil rakyat Besut: Ramai sedekah pisang di Masjid !
Terkini: Komen Nurul Ijah ttg video panas papanya...
Pemuda BN Jasin sokong mana-mana calon !!!
PAS Terengganu diminta jangan buat bising !!!
LinkWithin
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
0 comments:

Post a Comment
Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PAPA GOMO

Anonymous said...

Lekonu...
Jgn la merepek mcm budak kelas ujung yg tak tahu membaca lg tuli..
Bersih bukan pertubuhan la bodoh..
Bersih adalah satu program anjuran 62 NGO yg berdaftar..Tp sebab ko bodoh dan suka diperbodohkan,lalu ko membuktikan kebodohan ko yg bertahap 1 Juta Hp Tinju Maut pendekar Laut tuh..
Boleh ker satu program menjadi pertubuhan???
Klu mcm tu 1 Maysia tu pun 1 pertubuhan Haram la sbb x mendaftar dgn ROS klu ikut sifir bodoh ko tu..
Inilah Tahap kebodohan pecacai2 parti lucah,dh la bodoh,menunjuk-nunjuk pulak kebodohan diri tu kt sini..Terpaksa la aku yg cerdik neh bg tuisen free nk terangkan hati ko yg benak tu..
Bersih dh ikut Nasihat Agong utk buat perhimpunan di Stadium ttp Jibultuya dan Syamuncung tetap berdalih dgn Alasan2 bodoh yg membodohkan org2 bodoh Mcm Leekonu dan menderhaka kpd Agong!!!!!
Dua2 Munafik tuh dh offer utk guna stadium siap ckp dlm tv lg..Tp bila Bersih bersetuju,Kemunafikan Fulan2 doa org tuh menampakkan lg sikap lidah bercabang mcm biawak kebulur telor ayam kg..
Yg sebenornya diorang memang nk sekat perhimpunan tu diadakan wlw dimana lokasinya pon!!!!!!!!!!
Dh jln masuk semua dh ditutup,diorang terpaksa la berjalan menuju ke Stadium Merdeka..
tu la bila dh Munafik tu kan,sblm neh dh tawar stadium,bila org setuju,dia kata pulak Stadium luar KL la..Memang mcm tu la org2 munafik,bila bercakap ia berdusta..
Leekonu memang suka la geng2 mcm neh sbb dia pun sama munafik dan celaka tahap neraka paling bawah...
Khaaaark....Thuiiiiiiihhhh!!!!

Pakteh said...

yang bertanggungjawab ialah penganjur....

Mana2 program, sepatutnya penganjur yang perlu dipersalahkan...

Ambiga @ Anwar adalah tertuduh pertama yang perlu disabitkan kesalahan membiarkan peserta haram bersih tersebut.

Mengapa tidak meletakkan syarat hanya yang sihat sahaja layak menyertai perhimpunan haram bersih 2.0?

Sudah terang lagi bersuluh penganjur amat-amat mengetahui bahawa pasukan keselamatan akan membuat pelbagai tindakan pencegahan untuk meleraikan perhimpunan yang berstatus HARAM?...mengapa dibiarkan??....

Adakah kerana Ambiga @ Anwar memang AMAT-AMAT memerlukan KEMATIAN?....saya percaya teori ini..lagi banyak kematian..lagi bagus...
Bukti nyata ialah blog2 pro pakatan haram sudah memainkan isu kematian ini dan beranggapan ianya akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat.....
memang sah...hasrat Ambiga @ Anwar adalah kematian peserta......

Taksiah kepada keluarga?...Insaflah wahai isteri Allahyarham.....anda selaku ketua wanita PKR Setiawangsa...lihatlah natijahnya menyertai perhimpunan yang tidak selamat.......

Bagaiman jika ianya terjadi kepada seorang ayah yang mempunyai 9 anak dan 100% bergantung hidup kepada si ayah??....adakah Ambiga @ Anwar akan menjaga/menaggung keluarga ini??....
Contoh mudah...Kes memali....tabung utk anak2 memali pun Mat Sabu kebas.....

Anonymous said...

Astagfirullahhalazim.. Ini lah salah satu bala Allah turunkan kepada sesiapa yang lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya.. Aku xnak komen lebih2 n x sokong mana2 pihak sbb byk lg ilmu yg perlu dipelajari.. Itulah manusia akhir zaman.. Tiada kesepakatan walaupun sesama Islam..

Wahai umat Nabi Muhammad S.A.W, bersatu hati lah kita menentang org kafir yang cuba merancang untuk menghancurkan umat Islam di muka bumi ini. Kita mungkin tidak sedar berkemungkinan perhimpunan tersebut adalah salah satu rancangan org kafir laknatullah dgn mempergunakan umat Islam untuk menjayakannya.

Marilah kita sama2 kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi. Ketahui & fahami makna Kalamullah di dalam Al-Quran, InsyaAllah kita bersemangat untuk menentang org yang tidak mempercayai & menentang Islam.

Ingatlah, kalau kita menyokong org kafir, jawablah nanti di akhirat di hadapan Allah S.W.T

Sekian, jangan gaduh2 sesama Islam yer.. Peace

Anonymous said...

Kurang ajar kau Pakteh! Tetiba sondol babi tuduh Mat Sabu ni. Celah bedah mak ko siut mana Mat Sabu terlibat dengan urusan tabung anak2 Memali? Ajaran apa kau anut tuduh sembarangan?

Orang lain pun ada isu bab anwar & ambiga nih tapi cerdik guna akal. Kita fahamlah kenapa mereka tertonjol ke depan bab bersih ni. Tapi Bersih itu sendiri yg mahu proses pilihanraya telus & adil mengatasi kepentingan anwar & ambiga kerana libatkan rakyat & negara termasuklah tolol macam kau.

Apa kes senarai pengundi sarat dengan penipuan - ribuan orang umur 100 tahun tapi entah siapa - ribuan penambahan pengundi mendadak - nama entah sapa2 tetiba beralamat di rumah orang tolol macam ko (baca pengundi hantu) dll dan spr jadi biol ikut arahan umno/bn.

Kalu kau tak reti konsep jihad & syahid - tutup mulut busuk kau. Anak arwah sendiri bersyukur kerana sebelum turun kl menyertai perhimpunan rakyat - arwah sendiri sudah bertekad & bernawaitu bahawa tindakannya itu Kerana Allah Taala.

Orang macam kau hanya kira natijah dunia - sapa nak tanggung hiduplah, nak beri duitlah macam kononnya peniaga2 yg rugi berjuta2 tu - semuanya kebendaan lagi keduniaan. Habis tugas & tanggungjawab menentang kezaliman & penipuan untuk merompak negara ni tak perlu kira, tak perlu buat.

Pakteh, kalu kau tu pengecut tak bertelor macam perkasa/pemuda umno/pekida yg hanya "bersiar-siar" ketika rakyat bertempur - tak payahlah kau nak berteori itu & ini.

Nabi SAW kita dulu tempoh kerasulannya sekitar 23 tahun (dari umur 40 hingga 63) tapi terlibat dalam operasi ketenteraan (baca perang) sekitar 48 kali. Perang bukan sekadar lawan musuh yang nyata tapi awal2 lagi lawan keluarga sanak saudara.

Jadi faham tak kenapa kena lawan Melayu biol macam kau dulu .., tak faham pegi surau dengar kuliah subuh.

Betul2 yamakahai

Anonymous said...

Maaf la Anon,ko dh tersalah zaman atau tersalah kanta utk berckp wlwpon apa yg ko ckp tu berniat baik,ttp aku menolak Istilah Kafir yg ko katakan itu sbb ilmu ko x ko lanjutkan lg smpai ko keliru utk mengenal hakikat..
Mengapa ko yg baru belasan atau baru masuk dua tiga dekad jd Islam senang2 nk mengkafirkan org yg blm Islam????
Itukah yg Allah dan rasulnya ajar?
Diorang masih x anut Islam sbb slh kita jugak..Siapa dikalangan kamu yg dh sampaikan ayat2 Allah kpd diorang?
Siapa dikalangan kita yg dh tunjukkan teladan2 dari akhlak Rasulullah s.a.w dan para sahabat kpd yg blm mendapat pencerahan Islam?
Apakah hanya kamu sahaja yg layak mendapat nikmat Islam dan Iman sedangkan mereka yg blm mendapat hidayah kamu itu pisahkan dan jauhkan dari mendapat Nikamt Islam itu?
Jwblah dlm ruang hati kamu yg terdalam..
Mereka org bukan Islam di Malaysia bukan Yahudi Eropah atau Kristian Eropah yg berkuasa nk membinasakan Islam dan menguasai Jarusalem,mereka rakyat Malaysia yg punya hak sebagai rakyat dan x terlibat dgn kelicikan dunia barat yg didalangi Zionis tuh..Mengapa kamu menghukum dgn menggunakan kanta yg tidak betul disini???
Kamu tidak tahu membezakan Islam yg tonggang arak,edar VCD lucah dgn bukan Islam yg nkkan pilihanraya yg adil dan bersih..
Itu jer yg diorang minta ttp mengapa kamu melalut smpai ke agenda teori konspirasi dan ko kolajkan pd padanan yg tidak betul..
Jgn kamu merepek2kan ayat2 Allah apabila kamu menggunakannya tanpa kamu rujuk akan Asbabun Nuzul setiap dari peringatan2 Allah dan rasul..Apabila salah kamu mentaklidkannya,maka Allah akan betaklid yg kamu merepek-repekkan akan ayat2nya..
Kamu bukan tinggal di Jerusalem atau di Madinah atau di Makkah dan bukan dizaman Nabi menyebarkan Islam lalu kamu nk gelarkan bukan Islam diMalaysia ini spt Musyrikin Makkah!!!!
Adakah mereka ada menahan kamu atau memulaukan kamu krn mengamalkan ajaran2 Islam disini?
Adakah mereka berarak utk menghalang langkahan2 kamu ke Masjid,atau memaksa kamu tidak berpuasa atau menghalang kamu utk ke Makkah ukt menunaikan Fardhu Haji????
Adakah mereka mengugut kamu utk meninggalkan ajaran agama Islam disini???
Jd apa masalah kamu sehingga kamu keterlaluan menasabkan org2 yg blm mendapat nikmat Islam dan Iman itu sehingga apa sahaja yg mereka suarakan mengancam agama???
Kamu sudah dipesongkan oleh penguasa yg mahu mempertahankan kuasa politik mereka lalu oleh krn mereka itu kebetulan Islam lalu kamu percaya bahawa mereka sahaja yg mampu utk menjaga agama..
Lalu mengapa pula kini kadar jenayah semakin tinggi,buang bayi menjadi-jadi,keruntuhan akhlak berlaku hari klu dasar mereka itu mampu utk menjaga agama dan mendidik rakyat kpd kesedaran beragama????
Mengapa mereka beria-ia menggunakan segala kekuatan polis utk berdepan dgn rakyat spt berdepan dgn musuh negara????
Ianya berkaitan dgn kuasa dan kuasa itu telah mereka anggap sebagai harta..
Islam apakah klu bertindak mcm tuh????
Ajaran manakah yg menghalalkan para penjaga negara menghunuskan senjata kpd saudara seagamanya sedangkan mereka tiada senjata???
Tahukah kamu bahawa Para Malaikat dilangit dan dibumi melaknat perbuatan spt itu???
Kamu tinggal diakhir zaman dan bukankah rasululah telah peringatkan akan petanda2 kiamat kecil dan tidakkah kamu dpt menggunakan akal kamu utk meneliti ciri2 yg dinyatakan oleh Rasulullah itu ada pd siapa dinegara kita kita ini????
Jgn ckp tanpa merujuk kpd maslahat yg pokok yg tiada dlm perbincangan..
Jgn menilai kpd apa anutan mereka ttp nilaikan pd apa yg mereka lakukan dan suarakan...
Sebaliknya tanya diri kamu krn dgn agama kamu,apa yg kamu telah kerjakan!!!!

Anonymous said...

dah le 2..xpayah banyak2 ceta la..undila ikot sukehati..agak bosan2..g je pindah ke endon ke..brunei ke..jepon pon ok gak..boleh blaja buat jalanraya dgn cepatnye..

Anonymous said...

leekonu & pak teh,Flotila to Gaza brdaftr ke?itu kmpen ke prtubuhan?apa tujuan ny?mnntng israel ke?knp umno nk mnyrtai misi ke Gaza?knp israel mnyekat misi tu?anda bersetuju dgn tujuan misi tu?atau anda mnyokong tindkn tntera israel katas konvoi?bri jwpan pd soalan trsbut dn anda akn brfkir tntang BERSIH.jika anda mnntang misi tu dn mnyokong tndakn kras tentera israel,sya paham knp anda anti BERSIH.

Anonymous said...

Berkenaan kematian peserta BERSIH, Baharuddin Ahmad, ia bukanlah disebabkan oleh Barisan Nasional, jadi apahal pula Barisan Nasional nak disalahkan? Orang yang menyalahkan Barisan Nasional berkenaan hal berkenaan menunjukkan pemikirannya tidak berapa betul, ada urat di otaknya yang mungkin tersimpul dan kusut masai di sana sini.

Berkenaan kematian Encik Baharuddin Ahmad, ia berlaku dalam KLCC, malahan tiada tembakan gas pemedih mata di dalam KLCC, cuma Pakatan Rakyat mensensasikan isu ini untuk memburuk-burukkan kerajan. Malahan pelakon upahan, Suhardi Md. Isa yang berlakon sebagai Encik Baharuddin, telah berpura-pura mati di tepi jalan, sedangkan si mati sebenar, Encik Baharuddin meninggal dunia di dalam bangunan KLCC. Malahan Suhardi Md. Isa yang telah 'mati' itu, tiba-tiba boleh berjalan ke sana ke mari dengan sesuka hati pula. Inilah politik murahan tahap melampau yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, sanggup buat lakonan untuk menghasut rakyat. Malahan Suhardi Md. Isa yang berpura-pura mati itu, bila polis minta dia ke balai untuk bantu siasatan dia tak datang, kemudian sesudah 20 hari dia kata dia tak hilangkan diri, dan tak menyorok kemudian minta polis buat jemputan rasmi bersurat kepada dia untuk bantu siasatan, apa ini semua, dia siapa? Menteri? Kenamaan dari nama hingga sanggup minta sedemikian rupa? Kononnya polis tak profesional, lihatlah diri dulu, larikan diri hingga 20 hari baru terhegeh-hegeh nak tuduh polis tak profesional sedangkan dalam surat khabar, sudah banyak kali polis minta dia datang ke balai untuk siasatan, oh, terlupa, Suhardi Md. Isa ini hanya baca Harakah, Roket dan Suara Keadilan, jadi dia tak tahu perkembangan semasa, malahan polis kalau tahu dia ada dirumah, telah lama dia dibawa ke balai untuk bantu siasatan, ini mesti lari kemudian tuduh polis dengan tuduhan yang bukan-bukan. Sudahlah buat salah, berlagak nak minta jemputan bersurat untuk beri keterangan, pergi jalanlah, ingat nak jemput pergi kendurikah nak bersurat-surat? Inilah Pakatan Rakyat, boleh pakaikah kelompok sedemikan rupa? Renungkanlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...