Thursday, April 14, 2011

Dakwaan Raja Petra cetus kejutan

Raja Petra Kamarudin, pengendali laman Malaysia Today yang dikenali sebagai orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan terbaharu apabila menafikan yang beliau menuduh perdana menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu wawancara eksklusif dengan media pro-Umno, TV3 di Australia.

Raja Petra mengatakan tindakan beliau membuat kenyataan yang mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibuat selepas didesak dan dipengaruhi individu-individu yang rapat dengan Anwar.

Beliau turut menyebut individu terbabit, iaitu Nik Azmi Nik Daud, John Pang, Din Merican dan Kolonel Azmi Zainal Abidin.

Kenyataan Raja Petra dalam Akuan Bersumpah yang dibuat pada Jun 2008 itu mencetuskan kejutan dalam politik negara dan meletakkan Najib dan Rosmah dalam kedudukan sangat defensif.

Kenyataan itu juga diterima ramai sebagai pengesahan bahawa Rosmah terlibat dalam pembunuhan model dari Mongolia itu.

Raja Petra kemudian melarikan diri dan keluar negara selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada Mei 2009. Beliau kemudian didedahkan berada di London, England.

Kenyataan terbaharu Raja Petra ini menimbulkan tanda tanya tentang kedudukan beliau kini, yang dilihat semakin mendekati kem pemerintah dan menjauhkan diri daripada kem Anwar.

Tindakan ini menambahkan lagi isu-isu panas yang negatif kepada pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 sedang berjalan.

Raja Petra juga terlibat dalam kumpulan politik dan sosial Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia, MCLM, yang dilihat bakal mencabar dan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Tindakan Raja Petra yang menegatifkan Anwar ini bakal memburukkan lagi hubungan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dengan MCLM yang muncul sebagai kuasa ketiga itu.

Penghujung tahun lalu, beberapa kenyataan Raja Petra dilihat banyak pihak sebagai usahanya berbaik dengan Najib.

SiasahDaily turut melaporkan hal yang sama pada 16 November tahun lalu.

6 comments:

Anonymous said...

Salam,
The tunnel rats have been smoked out of the holes!
Salam Jauh,
Ku Chee Tunnel Rat

iMALAYSIA post said...

memang mengejutkan. Kena kaji kenapa berubah pendirian. politik malaysia dah tonggang langgang.

castilo said...

kalau lagu tu boleh lah rpk balik malaysia first flight this sunday morning ETA 0900hrs Sepang Airport. jom ahlim umnoapco sambut dia dgn bunga manga krn telah mneyelamatkan najin presiden umnoapco..... jom kitak......

drrita said...

mana ulama2 PAS..
bila anwar kena fitnah.berbakul2 ayat al quran keluar..
bila najib plak..senyap sepi..

RespectU but... said...

Salam semua..
Atas dasar apa Raja Petra memburukkan PR..?
Anda adalah Hero Malaysia dengan ketetapan yang bersandarkan pada kebenaran.. Harap anda berjuang dengan ikhlas.. Tanpa keikhlasan semuanya akan sia2.. Anda bijak berbicara namun kelihatannya amatlah tidak wajar tindakan anda ketika ini.. Anda cuba mengatakan anda hanya sebagai kuda tungganngan Anwar..?
Harap anda bukan kuda tunggangan BN sekarang ini. Dimana pendirian anda? Jangan sampai pada satu tahap kebijaksanaan anda menghukum diri anda sendiri. Nyatakanlah dimana anda berpijak. Atas paksi apa? Kebenaran yang bertaburan dalam amalan BN..?

Anonymous said...

syok sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...