Sunday, April 3, 2011

Pemilihan PAS tahun ini paling sengit

Pemilihan kepimpinan PAS pada muktamar Jun nanti dijangka menjadi yang paling sengit apabila jawatan timbalan presiden, naib presiden dan jawatan-jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda menjadi rebutan.

Penyandang timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa berdepan tekanan sejak pemilihan 2009 ekoran persaingan antara dua kumpulan yang digelar "Erdogan" dan kem "ulama."

Sekiranya berhasrat mempertahankan jawatan, Nasharudin bakal berdepan cabaran sengit seperti yang berlaku pada 2009.

PAS meneruskan pemilihan parti pada tahun ini, tahun dijangka akan diadakan Pilihan Raya Umum ke-13, ketika parti-parti lain menangguhkan pemilihan kepimpinan parti untuk mengelakkan impak negatif dalam pilihan raya nanti.

Muktamar tahun ini diadakan dalam mood menuju pilihan raya umum, selepas pelbagai cabaran dan gugatan ekoran kemenangan besar pembangkang pada 2008 dan ketika tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan serangan politik yang semakin dahsyat, sehingga beliau dan Parti Keadilan Rakyat dilihat sesetengah pihak sebagai liabiliti.

Dalam pemilihan ini, tokoh popular parti, Mohamad Sabu ialah antara yang dijangka mencabar Nasharudin, dan dijangka seorang lagi dari kem Erdogan akan menyertai persaingan.

Mohamad dan Datuk Husam Musa tewas dalam usaha mencabar Nahsarudin pada pemilihan sebelum ini.

Husam yang mewakili kem Erdogan pada masa itu dilihat paling berupaya menewaskan Nasharudin.

Pemilihan di Shah Alam, Selangor itu menjadi pemilihan yang sengit dan dipenuhi kempen agresif melibatkan media berita dan blog.

Husam menjadi tokoh favorite beberapa media di internet serta mempunyai penyokong yang ramai dalam kalangan penulis blog.

Persaingan ini dijangka berlaku sekiranya Tuan Ibrahim Tuan Man tetap dengan pendirian menolak untuk bertanding jawatan timbalan presiden yang mendapat sokongan kuat pihak yang mahu kedudukan nombor dua dipegang oleh agamawan.

Tuan Ibrahim dicadang merebut jawatan timbalan presiden untuk menggantikan Nasharudin yang dilihat sebagai tidak berjaya melaksanakan tugas dan menjadi semakin tidak popular.

Tokoh PAS dari Pahang itu dilihat sebagai berkelayakan untuk menjawat jawatan timbalan dalam kalangan naib presiden.

Isu yang mencetuskan pertembungan dalam PAS, kerajaan perpaduan yang disebut UG (unity government) turut dijangka menjadi isu yang akan dibawa untuk menjejaskan kem ulama, terutama Nasharudin.

Isu kerjasama dengan Pakatan Rakyat juga akan menjadi satu isu besar. Kem Erdogan sudah menimbulkan isu ini sejak awal sebagai satu tindakan preemtif untuk menegaskan lagi kerjasama dengan PR dan kepimpinan Anwar dalam gabungan itu.

Penentang kem ulama dan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mentakrif kerajaan perpaduan sebagai usaha menjalin kerjasama dan bersama dalam satu pakatan dengan Umno, sekaligus meninggalkan kerjasama dalam PR.

Naib presiden turut bakal menyaksikan persaingan, dengan beberapa orang tokoh dijangka mampu untuk mencabar dua penyandang, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Mahfuz pernah dikritik secara terbuka melalui satu surat yang mendakwanya bermain "poligame," yakni politik gambar dan media sehingga tidak melaksanakan tugas sebagai ahli Parlimen sebaiknya.

Salahuddin pula dikrtitik sebagai terlalu bermain selamat dan bergantung pada kumpulan dominan dalam PAS Kelantan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian yang biasanya diberikan kepada ketua pemuda.

Dalam sayap pemuda, sudah wujud pertimbangan untuk mencabar ketua pemuda, Nasruddin Hassan dan timbalannya, Azman Shapawi.

Calon juga bakal diletakkan untuk jawatan naib ketua.

Kepimpinan Nasruddin dikritik sebagai bergerak terlalu perlahan dan tidak dapat mendekati orang muda, sebahagiannya dikatakan berpunca daripada sifat dan perwatakan ulama kedua-dua pemimpin tertinggi pemuda itu.

Kalangan pencabarnya mendakwa Pemuda memerlukan pemimpin yang lebih selesa dengan pelbagai golongan dan berperanan aktif dalam pelbagai aktiviti.

Antara nama yang disebut untuk bertanding merebut jawatan-jawatan dalam pemuda ialah ketua penerangan pemuda Suhaizan Kayat, pengarah pilihan raya pemuda Mohd Firdaus Jaafar, dan setiausaha Pemuda Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Muktamar dan pemilihan Jun nanti akan menjadi petanda penting hala tuju parti, melibatkan Pilihan Raya Umum ke-13 dan bentuk kerjasama dan peranan PAS dalam PR, yang menjadi isu yang agak divisif ekoran projek 16 September, 2008 yang dipimpin Anwar.

12 comments:

Anonymous said...

Ahli dan perwakilan PAS haru menilai dan megukur semula semua pimpinan sebelum di lantik atau di pilih sebagai calon.Nilai lah mereka dari sudut pengorban,keiklasan dan walak terhadap amal jemaai dan bukannya bedasarkan kepada budaya kagum dan Ilmu ynag tidak dapat mengerakan parti

Anonymous said...

calon presiden : husam musa
calon timbalan presiden : mohd sabu
calong naib - naib : mujahid yusuf rawa, salahuddin ayub dan ir nizar

calon ketua pemuda :
Dr Raja Ahmad al-Hiss

Anonymous said...

nape asyik salahkan ustaz nasha.. yang sebenarnya bukan ustaz nasha yang gagal jadi timbalan presiden.. tetapi yang gagal sebenarnya ialah HAJI HADI... HAJI HADI GAGAL MEMIMPIN PAS... saya cadangkan HAJI HADI turun ataupun kita tentang HAJI HADI..

Calon paling sesuai menggantikannya ialah HUSAM MUSA ataupun USTAZ AHMAD AWANG...

bagi timbalan presiden : mungkin mohd sabu ataupun dr. mujahid yusuf rawa..

Anonymous said...

Mana x sengit..semua pakat kejar pangkat dengan harta jaa.

Perjuangan untuk Islam kat bibir jer buat pemanis dan pelaris untuk dapatkan undi rakyat...lain x da ceramah..ceramah ..ceramah...kerja bila nak buat?

Anonymous said...

semua ni propaganda umno..jgn layan...hgpa nk pilih calon sila ambil borang pas dl...kami bukan beri komitmen pada individu tapi kami beri komitmen pada jemaah PAS.sesiapa juga naik kami akan ikut selagi tidak melanggar syarak..satu lg puak2 JIM jangan melampau sgt.daftar la JIM jadi parti politik...baru berani

Anonymous said...

ISU JIM tidak berbangkit disini.

Kalau Haji Hadi perform,
mesti ramai akan bersatu menyokong beliau. Tapi masalahnya beliau tidak perform, nasib baik ada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang banyak menyelamatkan keadaan.

Haji Hadi dan Ustaz Nasarudin perlulah berundur. Kita kembalikan kepimpinan Islam dalam PAS.

Kita perkasakan Dewan Ulama DAN Majlis Syura PAS.

Dewan Ulawa wajar diterajui oleh Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Majis Syura wajar dikekalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dibantu oleh Ustaz Haron Din.

Anonymous said...

timbalan presiden,naib presiden, saf kepimpinan pemuda haruslah dilantik mereka yang ada prinsip dan al-Quran & as-Sunnah pegangan hidup. tak semestinya ustaz, kalau golongan PRO yang taat pada Allah, apa masalahnya?

nak jadi pemimpin mesti cerdik,kalau belajar agama tapi tak pandai pun susah.

Anonymous said...

kenapa bila wujudnya perbezaan pendapat, golongan ini dituduh UMNO golongan ini dituduh JIM dan pelbagai tuduhan lain. tolonglah.. raikanlah perbezaan pendapat.

sokongan buat HUSAM MUSA
sebagai presiden. diharapkan pencalonan kedua HUSAM MUSA sebagai presiden akan datang dari SHAH ALAM :)

~ HAJI HADI dan USTAZ NASA dilihat gagal menguruskan PAS dalam PAKATAN RAKYAT. PAS kelihatan terlalu lemah dalam PAKATAN RAKYAT.

PAS perlukan pemimpin baru agak PAS berkeupayaan mendominasi PAKATAN RAKYAT. PAS terlalu bertolak ansur dengan DAP dalam banyak hal termasuk PERLANTIKAN NIZAR sebagai MB Perak yang memiliki bilangan EXCO melayu yang tersangat sikit dan PAS juga gagal mempertahankan STATUS KETUA MENTERI SARAWAK PAKATAN RAKYAT (untuk bumiputera Islam).

Anonymous said...

PAS adalah sebuah gerakan islam,bukan politik semata mata..misinya adalah dakwah..ia harus dikekalkan begitu.TGHH tidak harus dilihat gagal memimpin PAS,misi dakwah adalah satu perjuangan yg panjang..hanya ulama haraki yg mampu menggalas amanah yg berat ini.

Anonymous said...

saya cadangkan tangguh selepas PRU13, siapa memang p/raya - boleh bertanding. Utk elakkan perpecahan mcm PKR

Anonymous said...

Bila undian bln jun ini dijlnkan, perpecahan berlaku .... Najib Altanyuya ambil peluang PRU13 - bln August ini

Anonymous said...

jangan dengar puak UMNO yg suka perlaga org PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...