Monday, April 4, 2011

Blog Umno mula dedah video seks

Blog-blog pro-Umno mula mendedahkan klip rakaman video yang didakwa memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita yang dikatakan pelacur China.

Blog-blog terbabit mula memuatkan sedutan video itu sekitar sejam lalu, dalam satu tindakan yang kelihatan dirancang dan dikoordinasi sesama mereka.

Paparan itu menampakkan dengan jelas wajah lelaki yang didakwa pemimpin politik pembangkang itu, yang kelihatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Blog-blog pro-Umno paling dikenali termasuk Papa Gomo, Pisau.net dan Ruang Bicara Faisal memaparkan sedutan video itu, dengan tajuk dan kenyataan ringkas mengaitkannya terus dengan Anwar.

6 comments:

Anonymous said...

Macam gambar rahim tamby chik dgn umihafida je. Kalu bukan munkin gambar lama skendal sek dia dgn gadis bawah umur dulu kot.

Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr. said...

Kita serahkan kepada Allah SWT. Biarlah yang memberikan hukuman siapa yang bersalah, umat Islam jangan sesekali terlibat dengan perkara yang memalukan agama dan umat Islam.

tok mudim said...

buatlah benda lain,yang boleh mendekatkan diri kepada ALLAH,
kita semua ada masalah besar dengan ALLAH,dahtakde masa dah...wahai ikhwan muslimin....

Anonymous said...

inilah akibatnya tidak berpegang dgn tali Allah maka jadilah umat islam bercerai berai sebelum Allah lenyapkan umat itu dan gantikan dgn umat yg lain yg akan mentadbir dgn sistem dan perundangan islam.

nasib org melayu said...

Polis kata video tulen. Cuma tidak disahkan secara rasmi adakah betul orang dalam video tu adalah seperti yang didakwa. Orang yang didakwa dah buat beberapa sidang akhbar menafikan video walhal ianya masih belum disahkan. Sebagai orang islam, sedih tengok suasana ni. orang islam cuba menjatuhkan sesama sendiri. Sebagai insan yang lemah, biarlah Allah SWT yang membongkarkan kebenaran yang sebenar...

baharuddin said...

Jangan cepat melatah..jgn cepat menafikan dan selidik dulu kesahihan video sex tu..Allah maha berkuasa.. saya sedih di sebabkan politik benda ni berlaku..itulah politik . kalau tak bersedia dan kalau kita (pemimpin)rasa tak bersih ada kontroversi UNDUR je la dari politik..walaupun pedih..Kalaula benar pelaku nya spt didakwa..masyaallah..dan kalau fitnah hukumla 3T trsbt..Biar polis dan pihak berkuasa melakukan siasatn..berilah mereka masa.. dankita rakyat sembahyang hajat minta tolong ALLAH tunjukkan kebenaran..Saya sayang negara ini.. aman makmur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...