Kesan daripada ini, sama ada benar atau tidak ia melibatkan tokoh itu, menimpa rakyat sama ada yang percaya atau tidak.
Kedua-dua golongan, yang percaya dan yang tidak percaya, terkesan untuk jangka panjang, membentuk satu sikap tersendiri terhadap politik, kepimpinan bangsa dan budaya politik bangsa.
Kedua-dua pihak, yang berlebihan mengiyakan dan berlebihan menolak sebarang kemungkinan yang merugikan pihaknya, sedang bertindak tidak adil, kepada diri mereka sendiri dan kepada kepentingan bangsa dan negara.
Kesan terhadap rakyat, yang termasuk pemain politik kedua-dua belah pemerintah dan pembangkang, mungkin tragedi yang lebih besar daripada pendedahan video itu.
Blog-blog prokerajaan pernah meminta semua menyalin dan menyimpan gambar-gambar solat hajat diketuai PAS di Shah Alam, Selangor tidak lama dulu.
Menurut mereka, ia merupakan satu rakaman sejarah penting, yang mendedahkan satu kelemahan besar parti Islam itu.
Kali ini, seluruh rakyat juga berpeluang sekali lagi merakam sejarah yang penting, iaitu bagaimana Umno dan pengikut-pengikutnya meraikan pendedahan video itu dengan penuh gembira sekali sejak semalam.
Keaiban yang didedahkan itu bukan sahaja merosakkan pelakunya tetapi terpalit juga kepada semua orang Melayu Muslim di negara ini.
Sekiranya benar pihak yang didakwa terlibat itu adalah yang disangka ramai, ia menjadi satu tragedi besar pengkhianatan dan kemunafikan yang tidak dapat dibayangkan.
Umno dan penyokongnya kini dirakam dalam sejarah sebagai kumpulan yang meraikan saat yang mengaibkan ini, dalam keghairahannya menjatuhkan lawan.
Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri yang diyakini membolehkan tindakan realpolitik itu diambil, tetapi kesannya kepada umat amat mendalam dan berpanjangan, yang kesannya mungkin tidak akan dapat dilihat dalam tempoh terdekat ini.
Sukar untuk diharap tindakan rasional dan waras daripada pemain-pemain politik, terutama Parti Keadilan Rakyat dan lawan utamanya dalam episod ini, Umno.
Semua pihak, termasuk parti Melayu Muslim PAS sebagai sekutu PKR dalam pakatan pembangkang, perlu mengambil peranan untuk menangani episod busuk ini daripada terus merosakkan sejarah bangsa.
4 comments:
sedih melihat keadaan org melayu sekarang ni. bermusuhan sesama sendiri. lebih baik fikirkan sesuatu untuk memajukan lagi org melayu amnya dan memartabatkan agama islam khasnya. selagi belum ada pengesahan rasmi, biarlah Allah SWT sahaja menunjukkan kebenaran hakiki.
Orang Melayu ni memang bangang gila. Tapi bukan semuanya. Peristiwa kejatuhan Melaka tidak pernah dijadikan iktibar khususnya golongan yang tamak kan harta dan gila kuasa macam pemimpin-pemimpin UMNO hari ibi.
Bengang gila orang melayu UMNO je,yang lain ok je.Mereka sentiasa ditipu oleh pemimpin sendiri.Pemimpin dan kroni,ketua bahagian kaya raya,mereka hampeh apa tak dapatMereka ada tenaga kalau ada duit,dapat pun tak berapa sen.Nilai org umno hanya nasi bungkus,rokok sebatang.
apabila al quran dan hadis di anaktirikan oleh omno(yang sangatsensitif apabila dilabel non islamic) dan apabila fitnah dinaikkan martabatnya menjadi al-kalamullah....dimanakah tingkat iman ulama2tersohor omnu..atau apa benarkahah ap yg disabdakan oleh rasulullah saw..mengenai akhlak ulama2 akhir zaman,,,masyaallah
Post a Comment