Wednesday, April 27, 2011

Blog Umno sebar lagi video seks

Blog-blog Umno yang paling agresif menyerang Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tekanan ke atas gabungan dan pemimpin pembangkang itu apabila menyebarkan satu lagi bahagian video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Blog-blog tersebut, antaranya Papa Gomo dan Gerakan Anti PKR memaparkan rakaman kedua itu yang juga dari laman You Tube, dengan catatan ringkas ditujukan kepada Anwar.

Pendedahan video itu, yang juga berdurasi kurang dua minit meningkatkan lagi tekanan ke atas pakatan pembangkang yang diketuai Anwar.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin Ali, timbalan presiden PKR menyelar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dilaporkan berkata PAS akan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa sebelum membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama dalam PR.

Pendedahan terbaharu ini mendedahkan lagi kesungguhan pihak penentang Anwar yang dipercayai mempunyai hubungan dengan parti pemerintah untuk mengaibkan dan menjatuhkan pemimpin PKR itu.

3 comments:

Anonymous said...

memang betullah ,apa nak dipertikaikan.

siti atiqah said...

awak yang kat atas nie.. datangkan 4 saksi yang melihat secara live perbuatan tersebut dilakukan..baru boleh yakin dengan tuduhan itu...kalu setakat hanya video.. terlalu rapuh.. video boleh diedit... cuba dalami ISLAM betul2.. apa yg ISLAM ajar untuk menjatuhkan hukuman.. Hanya Allah yang benar-benar tahu apa yang berlaku sebenarnya.. saya syorkan.. minta panduan dan petunjuk Yang Maha Esa( hanya hati yang bersih blh dapat sebenar-benar petunjuk)... supaya kita tidak tergolong dalam golongan pendosa, sama ada golongan penzina ATAU golongan pemfitnah... Allahumma amiin

kampung kelawar said...

Apa yang siti atiqah nak herankan,awak kat atas tu entah islam entah tidak.Orang islam dah tentu dia tak cakap begitu.Pasti dia tahu perundangan dan sopan santun islam.Sebab itulah Allah jadikan syurga dan neraka,pilihlah nak yang mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...