Monday, November 15, 2010

Zaid belum keluar PKR


Datuk Zaid Ibrahim menjadi berita besar hari ini apabila dilaporkan sudah meninggalkan PKR.

Zaid sebenarnya hanya mengatakan sedia meninggalkan PKR, seperti dilaporkan laman Free Malaysia Today.

Seperti laporan tentang menubuhkan PKR baharu, Zaid hanya menyatakan kesediaan untuk melakukan tindakan itu sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.

Pilihan untuk Zaid sekiranya keluar daripada PKR agak terhad, dan kemungkinan besar tidak lebih baik berbanding dalam PKR kerana beliau masih mempunyai ramai penyokong dalam parti yang paling mampu menjadi sebuah parti yang membawa perjuangan liberal di Malaysia.

Walau bagaimanapun, berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Zaid, segala pilihan berkemungkinan dipilih tokoh yang bersifat maverick ini.

Berdasarkan ideologinya, Zaid mempunyai peluang lebih cerah bersama PKR, walaupun masa yang diperlukan lebih panjang.

2 comments:

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

sekurang2nya pkr dan pakatan rakyat kena buat post mortem tentang isu ini..kalau keluar pun baru satu undi,tapi kalau yang di bawah keluar banyak woo..tengok jer ke?

pujuk2 le,tengah berguna sampai diangkat menjadi calon tapi bila bersuara sikit habis macam2 cemuhan yang beliau dapat.wallahua'lam



wallahua'lam.

TarafAGONG said...

Eloklah keluar awal-awal...dan sesiapa yg rasa PKR tak menyebelahi Rakyat boleh angkat kaki sekali. biarlah parti PKR tinggal ahli yg benar-benar setia pada pejuangan sebenar PKR. kalau esok ditakdirkan Pakatan rakyat memerintah Malaysia baru buat perangai bila tak dapat apa yg dihajati macam katak katak yg melompat parti sebelum nie kan parah dibuatnya. tak sampai setahun Putrajaya bertukar milik ke BN plak??? Zahrin lompat = Tak dapat job?? DAP Perak = Kereta Camry?? Zaid = Kalah Pemilihan??? Apa yg penting Pakatan rakyat mesti bersatu dan berusaha untuk menjatuhkan BN dulu.....selagi BN mengusai Putrajaya...mcm - mcm digunakan untuk memperbodohkan rakyat melalui media pengampunya???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...