Sunday, November 14, 2010

Anwar main politik tipu helah -Zaid


Dikemaskini 10:00 pm. Datuk Zaid Ibrahim meneruskan tentangan terhadap gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam wawancara di dua akhbar dikawal pemerintah, Mingguan Malaysia dan New Sunday Times hari ini.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Zaid menyeru penolakan terhadap "politik tipu helah," yang walaupun tidak disebut dengan tepat, ditujukan kepada Anwar dan Azmin.

Dalam kedua-dua wawancara, Zaid menegaskan PKR ialah parti Anwar dan oleh kerana itu sukar perubahan hendak dilaksanakan, dan suara ahli-ahli tidak bermakna.

Beliau juga mengkritik Azmin sebagai tidak mampu menjadi pemimpin PKR.

Zaid juga menyatakan kemungkinan menubuhkan parti baharu jika disingkir daripada parti. Ini disebabkan parti-parti sedia ada tidak selari dengan pendirian politik liberal beliau.

Sokongan yang beliau terima daripada liberal di negara ini menunjukkan perjuangannya yang masih panjang, dan akan terus dikemukakan sebagai seorang pemimpin dalam pembangkang walau apa keputusan pemilihan PKR kali ini.

Dalam New Sunday Times, Zaid menyarakan seorang pemimpin PAS ditonjolkan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, kenyataan yang bermaksud Anwar tidak boleh lagi memimpin PR.

Lebih memperlihatkan kesediaannya menyaingi Anwar ialah apabila beliau menamakan pemimpin-pemimpin yang lebih liberal dan menyokong kuat Anwar, yakni Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid Yusuf, Dr Dzulkifly Ahmad dan Khalid Samad.

Tindakan ini merupakan satu usaha untuk menarik sokongan mereka daripada Anwar. Pemimpin tersebut, yang dilabel "Erdogan" dalam PAS, menyokong kuat Anwar dan semua agendanya termasuk pelan peralihan kuasa "16 September."

Wawancara tersebut, kali kedua dalam tempoh lebih kurang tiga bulan dengan Mingguan Malaysia dan pada hari sama dengan dua buah akhbar harian, menunjukkan Zaid akan terus melawan Anwar dan Azmin, dan mungkin semakin mempunyai sokongan, walaupun hanya untuk menjatuhkan dua individu itu.

Kesediaan diwawancara akhbar propemerintah memberi simbol penentangan terhadap pendirian Anwar dan pembangkang.

Tindakan Zaid ini menjadikan politik PKR - dan juga PR - semakin kompleks terutama melibatkan kedudukan Anwar, dan menunjukkan Zaid akan terus menjadi satu faktor penting dalam politik pembangkang.

Apa yang dilakukan mampu memberi kesan kepada hubungan antara parti dalam
PR.

Setakat apa yang sedia dilakukan Zaid sehingga kini, tidak nampak tanda beliau akan menghentikan penentangannya terhadap Anwar, malah mencari sokongan lagi dalam usahanya itu.

2 comments:

melor45 said...

Kebenaran semakin terserlah bahawa siZaid ini adalah agent UMNOAPCO,jika seseorang itu pembangkang tulin ia tak akan dilayan oleh media arus perdana.Pimpinan PKR yang asal dihentam dan diISA kan SiZaid ini sedap-sedap minum bersama-sama bigLordnya,dianie bukan saja cabar pinpinan PKR, Syariat Allahtaala pun dia lawan sehingga membawa kes mementang perlaksanaan Hukum Hudud diKelantan kemahkamah ,yang sedih dan peliknya masih ramai orang Melayu Islam yang terpesona dengan SiZaid B....y dengar ceritanya dah bertaubat tapi tengok kegayanya dah aktif semuala dengan kerja-kerja lamanya dah tak mau berkawan dengan orang-orang baik dok pilih kawan-kawan yang tak senonoh tu.

Abdullah Ngah said...

Kenyataan terbuka yang di buat oleh Datuk Zaid Ibrahim pada media arus perdana jelas punya agenda besar untuk menguburkan PKR.

Bagi saya memang ada orang dibelakang Zaid melalui agenda besar, termasuk menyembelih Anwar Ibrahim sekali kalgi.

Penyembelihan pertama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir mohammad mungkin tak putus urat halkum punca dia tak jadi mati.

Mahu tidak mahu penyembelihan kali kedua ini mesti dilakukan dengan sebaik mungkin agar Anwar mati dan PKR terkubur.

Jalan ceritanya nampak dengan jelas bahawa usaha untuk menyembelih Anwar hampir hampir mencapai kejayaan, kerana musuh dalam selimat begitu ramai disamping watak penting sebagai hero sedang bermain dengan kaedah senjata memakan tuan ciptaan Anwar sendiri.

Sama ada Anwar sudah sedar atau tidak tapi itulah yang menjadi permasalahan yang barangkali agak sukar untuk mendapat penyelesaian secara segera sepertimana yang diharap harapkan oleh kepimpinan PAS.

Sekarang ini PKR mempunyai tiga musuh. Musuh pertama adalah musuh dalam selimut. Musuh kedua ialah musuh diluar. Musuh ketika ialan musuh golongan Zaid yang ditaja oleh pihak tertentu dan punya agenda meghancurleburkan PKR dan membunuh ketua UMUM yang dikatakan masih besar pengaruhnya dalam arena politik negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...