Oleh Hasbullah Ahmad
Di malam itu, Nik Aziz bercakap dengan penuh semangat walaupun memberitahu penulis, "letihlah" sebaik sahaja tiba dari Rumah Kelantan ke situ.
Khalid Samad pula menghuraikan kepentingan para penyokong Pakatan Rakyat untuk menolak segala benih-benih kebencian dan kekeliruan terhadap kerajaan negeri Pakatan khasnya Selangor yang cuba dicucuk Umno sekarang.
Gambar oleh Jamal Foto
SELAYANG, 26 Dis: "Nik Aziz bercakap pasal cinta? Wow ini sudah bagus."
Itulah persepsi awal apabila Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan akan berceramah di Bandar Tasik Puteri, Rawang Sabtu 20 Disember lepas.
Nik Aziz telah digandingkan dengan seorang tokoh kontroversi PAS Selangor dalam ceramah itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Turut serta adalah Yang Dipertua PAS Selayang, Haji Muhamad Abdul Rahman dan juga Ketua PKR Selayang, Abdul Rahim.
Padang permainan kanak-kanak di bandar baru yang penduduknya 90 peratus Melayu itu penuh dengan penonton walaupun hujan turun renyai-renyai menjelang ceramah itu.
Di malam itu, Nik Aziz bercakap dengan penuh semangat walaupun memberitahu penulis, "letihlah" sebaik sahaja tiba dari Rumah Kelantan ke situ.
Dengan umurnya 78 tahun, memang Nik Aziz kelihatan letih sebaik sahaja tiba dengan diiringi motor superbike dari tol Rawang ke Bandar Tasik Puteri.
Namun, kerana di depan beliau adalah penonton baru yang mungkin tidak pernah beliau temui, Nik Aziz kelihatan bersemangat luar biasa.
Nik Aziz menghuraikan cinta yang sepatutnya ada pada umat manusia. Bukan setakat cinta sesama makhluk tetapi juga kepada pencipta manusia iaitu Allah.
Beliau melahirkan rasa hairannya dengan sikap manusia yang sentiasa menanamkan benih-benih benci sesama manusia atas alasan berlainan bangsa.
"Lihat isu bahasa papan tanda di Pulau Pinang. Papan tanda tak mahu bagi tulis tulisan Cina padahal bercakap dibenarkan. Bahasa ini adalah hak semua manusia," kata beliau.
Khalid Samad pula menghuraikan kepentingan para penyokong Pakatan Rakyat untuk menolak segala benih-benih kebencian dan kekeliruan terhadap kerajaan negeri Pakatan khasnya Selangor yang cuba dicucuk Umno sekarang.
"Puas hatilah...ini kali pertama saya mendengar dia ceramah secara live," kata seorang penyokong PAS di situ kepada penulis.
Di majlis itu, Nik Aziz melancarkan buku ulasan beliau, Kisah Cinta dari Al Quran.
Selepas majlis pelancaran, berpuluh-puluh penonton berbaris panjang untuk mendapatkan tandatangan beliau ke atas buku yang diterbitkan semula dengan ulasan beliau itu.
Yang mendahului adalah pimpinan PAS kawasan Selayang sendiri yang jarang-jarang bertemu secara langsung dengan beliau.
"PAS kawasan mengucapkan tahniah di atas kejayaan penganjuran ceramah semalam," tulis Yang Dipertua PAS Selayang, Muhamad Abdul Rahman terhadap majlis itu.
11 comments:
Gelagat 'Cinta' monyet Nik Aziz kepada karier politiknya jer.
Dok tunggu "Cinta Dunia " lak dri Pak Lah dn Tok JIB....dlm rumusan kehidupan dunia dan akhiratnya..
ayat-ayat cinta Karya
Habiburrahman El Shirazi
Alumnus Universitas Al Azhar, Cairo
"QUOTE" Dengan umurnya 78 tahun, memang Nik Aziz kelihatan letih sebaik sahaja tiba dengan diiringi motor superbike dari tol Rawang ke Bandar Tasik Puteri.
Tahu lak tok NA ni letih. 'Berenti jer berpolitik, kan senang'.
Kelihatan " LETIH " jer..bkn letih lagi. Lihat bola baru nk masuk gol, bkn masuk lagi..ada beza tu.. LETIH tenaga kerana ALLAH tak pa tuan guru....letih dan bazirkn masa krana perjuangan yg sia-sia jer kita x mo..
Nabipun sampai keakhir hayat memperjuangkan AGAMA dan HUKUM ALLAH...mana ader letih2.
Teruskan perjuanganmu..
Assalamualaikum wbt.,
Saya biasa mendekati dan mengikuti ceramah/tazkirah TGNA.
Pernah beberapa kali berkunjung ke Kelantan, melawat Pejabat MB, rumah MB, sekolah-sekolah Agama, masjid/surau dan lain-lain termasuk diberi taklimat mengenai perkembangan dan urusan pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan.
Dari pengalaman saya yang sedikit itu, apa yang saya dapati TGNA bukan sahaja sentiasa bercakap mengenai cintanya kepada Maha Pencipta dan RasulNya bahkan sebagai manusia beliau amat mencintai anak-anak yatim.
Perkara ini dibuktikan dalam satu peristiwa pada hari bersejarah 11 September(9/11), iaitu hari perjumpaan dan penyampaian hadiah kepada anak-anak yatim dari negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang di Yayasan Tok Kenali Kubang Krian.
Dari apa yang saya difahamkan bahawa walaupun maklumat mengenai program tersebut disampaikan kepada TGNA dalam waktu yang amat singkat iaitu pada sebelah malam, namun saya lihat beliau telah hadir sama dan katanya demi anak-anak yatim walaupun dalam keadaan terketar-ketar uzur kerana demam.
Itulah serba sedikit peristiwa mengenai TGNA tentang kecintaanya yang pernah saya saksikan.
Saya sentiasa doakan semoga ALLAH swt. kurnia dan anugerahkan beliau dengan sentiasa sihat tubuh badan.
Cinta dunia tak ke mana ...
Cinta akhirat untuk selamanya ...
ya...nik ajis amat cinta pada pangkat dunia...sehingga sukar nak melepaskan nya...
Takbir!!..kami akn ttp d belakang TGNA hgga ke akhir hayat..InsyaAllah..
manzilybaity said...
Takbir!!..kami akn ttp d belakang TGNA hgga ke akhir hayat..InsyaAllah..
betol betol betol
zali..
ko burukkan sape tu..
zali..
zali..
Post a Comment