Wednesday, December 17, 2008

PAS pilih calon untuk menang - Nasharudin

KUALA TERENGGANU, 17 Dis: Kriteria utama calon PAS dalam pilihan raya Kuala Terengganu nanti adalah calon yang boleh menang, kata Pengarah pilihannraya kecil itu, Nasharudin Mat Isa.

Katanya, PAS akan meneliti senarai calon-calon dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat yang akan diadakan 21 Disember ini di Kuala Terengganu sebelum menentukan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau yang juga timbalan Presiden PAS berkata, berdasarkan persiapan yang ada, beliau yakin PAS boleh menang.

"Bagi memastikan kemenangan kita, saya menyeru semua petugas PAS bekerja dengan tekun dan buatlah yang terbaik demi membuktikan komitmen kita terhadap risalah yang dibawa," katanya.

Nasharudin berkata demikian kepada Siasah ketika dihubungi selepas mesyuarat khas beliau dengan Jawatankuasa Operasi pilihan raya kecil ini dekat sini.

Menurut Nasharudin, persiapan asas jentera pilihan raya ini sudah siap sepenuhnya dan segala kerja peringkat akar umbi sudah berjalan.

Lagi laporan dalam Siasah Jumaat ini.

6 comments:

uncle nano said...

PAS..PAS..PAS...KELAKAR LAR MAMAT YANG BUAT KENYATAAN NIH..
JANGAN NAK MIMPI..MIMPI MALAM PUN BLUM TENTU LAGI..
PAS NAK MENANG KAT KT TUH..JAUH SKALI,NIK AZIZ MASUK PON LUM TENTU LAGI..NIK AZIZ LEH MENANG KAT KG DIE AJE..KAT LUAR ORANG X PANDANG PON..MAT2 KEMARUK JEBAUK JE YANG LAYAN DIE TUH..
LU ORANG PAS.. JGN MARE LAK..NI AYAT2 AKU YANG PALING IKHLAS..
LU ORANG PAS KAN NAK KEBEBASAN BERSUARA..JADI TERIMA JE LE..

TEKONG DARAT said...

lu lutut...

aisal said...

x pe lah tn.guru...sekurg-krnnya penampilan diri dgn berjubah dan berserban serta sentiasa berpesan kepada rakyatnya agar sentiasa tawaduk kepada TUHAN sudah cukup menyedarkan sya siapa Tn.Gru...berbanding dgn anak muda yg bertopi dan memakai gelang di tangannya...Hari ini mungkin kita bebas berbicara segalanya kerana TUHAN memberikan ruang dan peluang kepada kita tetapi bila dh tiba masa baru kita tahu bertapa ruginya kita..

anakkancil said...

uncle nano said...
PAS..PAS..PAS...KELAKAR LAR MAMAT YANG BUAT KENYATAAN NIH..
JANGAN NAK MIMPI..MIMPI MALAM PUN BLUM TENTU LAGI..
PAS NAK MENANG KAT KT TUH..JAUH SKALI,NIK AZIZ MASUK PON LUM TENTU LAGI..NIK AZIZ LEH MENANG KAT KG DIE AJE..KAT LUAR ORANG X PANDANG PON..MAT2 KEMARUK JEBAUK JE YANG LAYAN DIE TUH..
LU ORANG PAS.. JGN MARE LAK..NI AYAT2 AKU YANG PALING IKHLAS..
LU ORANG PAS KAN NAK KEBEBASAN BERSUARA..JADI TERIMA JE LE..
Hai geng,Tok sah layan la mamat sekor nie...Kepala bengong lagi..Tgk gambaq dia pun kita dah tau dia nie tak tau bezakan malam dan siang....Bukan dia tau tolong membela agama Allah tu ganjaran pahalanya besaq.Yg dia nampak kerajaan penuh dgn maksiat...Hidup le engkau dlm negara yg penuh dgn maksiat..Jgn sampai Allah laknat udah le...

fadlah said...

ambik ko uncle nano...sokong la hadari ko tu.

dewatawanberapi said...

Dulu PAS dah di beri peluang utk perintah Tganu tapi puak2 ni tak tahu menghargai peluang yang di beri. Bila mendapat kuasa mulalah berubah dari pemimpin hinggalah penyokong2 fanatiknya. Mula bongkak dan takbur hinggakan rakyat mula bosan dan beralih ke parti lain. Bagilah peluang parti PKR ke DAP ke utk bertanding...kan kata BUKAN PARTI PERKAUMAN. apollo pun teringin nak mendarat di Tganu.
Ini pandangan ikhlas dari aku..pemimpin PAS Tganu perlu sedar dari mimpi dan fikir mengapa bila negeri2 lain mula beralih kpd pembangkang tapi pengundi2 Tganu bertindak sebaliknya...
Pasti ada sesuatu yang tak kena....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...