Thursday, July 15, 2010

KDN perbaharui permit Harakah


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi PAS, Harakah, dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja.

Permit penerbitan akhbar itu tamat pada 7 Julai lepas. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata keputusan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dibuat setelah KDN berpuas hati dengan kerjasama, penjelasan dan janji pihak pengurusan Harakah untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurutnya, pihak pengurusan Harakah memberi perhatian serius terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN dan telah menunjukkan kerjasama yang baik.

Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Datuk Kamarudin Jaafar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mahmood Adam pada 12 Julai lepas untuk memberi penjelasan.

Zaitun berkata pihak Harakah juga telah menjawab surat tunjuk sebab pada 13 Julai dengan membuat akujanji akan mematuhi syarat-syarat permit penerbitan seperti mencetak perkataan "Untuk Ahli Sahaja" dan menghantar lapan naskhah setiap keluaran Harakah kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.

"Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan Harakah untuk memastikan pematuhan," katanya. - Bernama

5 comments:

Unknown said...

Tu la lain kali jangan sesuka hati kutuk2 kerajaan - tuduh kerajaan zalim.

asyMok_Aambo said...

Perjuangan MESTI Terus Biar apa pun BERLAKU.
Syukur.

Adnan said...

Teruskan perjungan untuk memberikan berita yg tulus kepada rakyat.Allahuakbar

Tetadow said...

Sebaiknya kita perlu dengar juga pandangan dari pelbagai media yg wujud berlesen dan mempunyai permit yg sah. Yg penting bukan hanya memfitnah semata2 setidak2nya rakyat tidak mendengar ulasan dari sebelah pihak saje.. Perc
ayalah masyarakat di luar mengetahui keadaan sebenar.

shamshima said...

pelik la, naper perlu bersyarat...mcm ade yg x kena je... masing2kn ada matlamat perjuangan tersendiri...truskanlah...bagi yg teraniaya, teruskan memberi info yg benar dan telus kpd rakyat...insyalah...rakyat x buta dn tuli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...