Saturday, December 27, 2008

Isu hudud: Hadi yakin tidak jejas undi bukan Islam di Kuala Terengganu

(Yakin: Abdul Hadi sedang menjawab soalan wartawan. Turut bersama beliau Datuk Zahar dan Dr Halimah)

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin isu hudud yang sedang dimainkan oleh media ketika ini tidak akan menjejaskan undi masyarakat bukan Islam kepada PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Menjawab soalan wartawan selepas melancarkan kempen Jom Sertai PAS peringkat negeri Selangor dekat sini, Presiden PAS itu berkata dalam kontek negeri Terengganu masyarakat bukan Islam sudah memahami dan mengenali PAS.

"PAS pernah memerintah Terengganu dengan melaksanakan dasar lebih baik, menghapuskan cukai pintu termasuk kepada orang bukan Islam," kata beliau.

Perlimen Kuala Terengganu mempunyai lebih kurang 25 peratus pengundi bukan Melayu daripada 80,325 jumlah keseluruhan pengundi.


Polimik hudud mula dicetuskan kembali daripada Wacana Transformasi Politik Negara di Kota Bharu Sabtu, 20 Disember lalu antara Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan Naib Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ekoran jawapan Husam yang menegaskan "kita akan buat (hudud)" ketika ditanya oleh Khairy mengenai kesediaan PAS melaksanakannya, DAP dan MCA telah menyuarakan bantahan terbuka dengan reaksi daripada pimpinan tertinggi mereka.

Abdul Hadi ketika diminta penjelasannya sama ada PAS akan melaksanakan hudud atau tidak menjawab, " Kita (PAS) tahu berapa bilangan kita dalam parlimen".

"Tanggungjawab (melaksanakan hudud) sekarang pada Umno bukan pada PAS kerana mereka (Umno) mempunyai mejoriti dalam Parlimen.

"PAS di Kelantan sudah berusaha dan meluluskan dalam Dewan Undangan Negeri tetapi tidak dapat melaksanakan kerana halangan daripada kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno," ujar beliau.


(Orang ramai menghadiri program kempen 'Jom Sertai PAS' di Dataran Shah Alam)
Ketika ditanya bagaimana hudud boleh dilaksanakan, Abdul Hadi yang menolak anggapan bahawa hudud adalah undang-undang yang zalim berkata, ia bukanlah begitu mudah untuk terus dilaksanakan kerana pelbagai perkara perlu diambilk kira.

Menurut beliau, hudud tidak boleh dilaksanakan ketika rakyat dalam kesusahan ekoran faktor ekonomi, pengganguran yang ramai, pendidikan dan sosial masyarakat yang bermasalah.

"Kena selesaikan masalah kemiskinan, perbaiki ekonomi rakyat, peluang pekerjaan, pendidikan termasuk mengambil kira hubungan kekeluargaan dalam masyarakat terlebih dahulu," kata beliau yang memberi keyakinan aspek tersebut akan menjadi keutamaan kepada PAS.

'Kita tahu Umno tidak dapat menyelesaikan masalah ini," tambah beliau.

Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.


"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

Sementara itu, kempen 'Jom Sertai PAS' yang diadakan di Dataran Shah Alam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Majlis yang berlangsung selama lebih dua jam itu berjaya mendapatkan lebih 300 penyertaan ahli baru pada petang itu.

Majlis bermula dengan persembahan kumpulan nasyid dan ucapan daripada pimpinan PAS.

Turut hadir ialah Naib presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Pemuda PAS, Sabky Yusuf; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh; Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, Ketua Kawasan Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmod. (Gambar: Abdul hadi melancarkan kempen 'Jom Sertai PAS')


Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim yang baru menyertai PAS turut diundang sebagai tetamu khas di majlis tersebut.


Kempen ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Januari depan yang akan menjelajah ke beberapa buah negeri khususnya yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Menurut sekretariat kempen, PAS mensasarkan pertambahan 100 ribu ahli baru PAS dan kelab penyokong PAS dalam kempen tersebut. (Gambar: Ustazah Nuridah berbual-bual dengan keluarga Datuk Zahar)

35 comments:

perunding said...

saya setuju.

Anonymous said...

ramai yg sertai pas,, tak tunjuk pun kat tv atau akhbar, hu

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
aisal said...

perunding....

sya lgi setuju....

Tp yg heran org cina dh mula dpt angpau 300.00 seorang di KT bila dh dekat tahun baru depa...yg Islam lak tak dpt apa pun duit raya bila tiba hari raya.....cam ner boleh jadik ek...Tanda-tanda apa tu perunding ...boleh masukan dlm buku GBOR ni kn...

sokong tetap sokong...

TEKONG DARAT said...

apa nak jejas...
hudud bukan utk orang kapir...
tapi ada puak bangsat islam ni kata utk kapir sama...tu yg kapir takut...yg salah bukan kapir...
yang salah ialah puak bangsat islam...dah laa berdakwah pun tidak...bila ada orang cuba nak berdakwah, disampaikan pulak dakyah...sapa puak bangsat agama tu?...

zali said...

wah...
kali ni perunding no satu la...

walaubagaimanapun saya tak setuju dengan awak semua...

apa plak tak ada effect...

dah la mereka tolak hudud tambah plak lagi kenyataan pemimpin pas yang bercelaru dan bercanggah sesama sendiri...contohnya :

hadi kata tak perlu buat penerangan tentang hudud pada non muslim tapi husam kata perlu penerangan...apa ni?tak de kata sepakat ke?

kalau begitu...bye-bye la pas prk kali nih...

zali said...

akan tercapaikah target pas nak 100k
ahli baru dalam masa 5 bulan?

saya tak sabar nak mengetahui selanjutnya...

apa ingat anak ayam ke boleh dapat kat pasar sampai 100k...

TEKONG DARAT said...

tak apa tak dapat pun...
tu sasaran...yg penting, apa yg diperjuangkan tu tercapai...
tak dapat ahli, dapat sokongan pun jadi laa...tak semua buleh sampai tahap sufi...

perunding said...

husam tekan kan peringkat national dan jangkamasa panjang.
Hadi tekankan dalam scope prk p36 kefahaman 8000 pengundi bukan islam sudah memadai.

___________________________________
sasaran perlu diletakkan,
sudah adat dalam dunia pemasaran.
dari segi motivasi,
letakkan azam, maka bertawakkal lah kpd Allah.
apabila berusaha ingatkan diri,kepada Allah sebaik dipohon bantuan dan pertolongan.

saya rasa `very good feeling`dlm menghadapi Prk P36.

DongfangWuDi said...

Nak kempen...pegi KT nun...

Nak sembang...pegi kedai kopi...

Tak ada orang lain...awal2 dah keluar asyik nama2 ni aje...

Bagi peluang orang lain woooi...!!

24 jam asyik mengadap blog siasah ni aje...

TEKONG DARAT said...

peluru sesat plak marah ni sebab tak dapat nak kempen apa2 ker?...
kat siasah ni apa saja buleh dikempen...asalkan berkenaan siasah...bukan PRK KT punya blog...
dan yg ada kat sini pun takda orang KT...free...dan tak berpihak..sekadar ruang utk anak2 islam menyampaikan demi kebaikan anak2 islam...selebihnya, buleh buka blog sendiri...

perunding said...

dah tersesat,tembak je lah.


alang2 tersesat tu,datanglah selalu.

perunding said...

cikgu aisal,
motherof3mohd.blogspot
ada seloka menarik pasal
Angpau Mali.

zali said...

mungkin tersilap baca atau silap pemahaman tapi dalam thread ni hadi kata :

hudud tidak boleh dilaksanakan ketika rakyat dalam kesusahan ekoran faktor ekonomi, pengganguran yang ramai, pendidikan dan sosial masyarakat yang bermasalah.

sekarang nak tanya...kalau buat masa sekarang ni la...rasa-rasanya hudud boleh tak di laksanakan?

Unknown said...

Salam... zali..

Tak payah nak meracau dan melalut banyak2 lah. Asyik2 ko ungkit pasal hudud. Aku cuma nak tanya, sebagai orang ISLAM, kau setuju ke tak setuju hukum hudud ni dilaksanakan?

perunding said...

sedikit penerangan,

HUKUM hudud perlu
1.mahu dilaksanakan
2.diluluskan/diwartakan
(pilot projek)peringkat negeri majoriti Islam dan keatas orang Islam sahaja terlebih dahulu.
3.dijalan/laksanakan/kuatkuasakan.
untuk
sepanjang waktu dan semua keaadaan.

Akan tetapi HUKUMAN boleh ditakzirkan ketika keadaan tertentu.
contoh
seorang dibuktikan mencuri ketika negara kebuluran,
maka HUKUMAN ditakzirkan kepada yg lebih ringan.
BUKAN hukum hudud dimansuhkan ketika itu.
terdapat perbezaan makna HUKUM dgn HUKUMAN.
contoh bahasa,
Hukum solat wajib,
Hukuman tidak bersolat,dirotan atau sbgainya.

wallahullam.sekadar termampu.

TEKONG DARAT said...

MOHON JADI PENAMPAL...

Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja, Umno halang hukum Allah
Mohamed Hanipa Maidin

Sun | Dec 28, 08 | 1:18:19 am MYT
"Umno jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam." Iklan



Agensi berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini

"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.

Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.

Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Umno benak tuduh PAS politikkan isu Hudud

Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.

Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang �orang PAS dan orang �orang Umno.

Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.

Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?

Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.

Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) .

Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.

Umno halang hukum Allah

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.

Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.- azm

(Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dan seorang peguam)-azm

Unknown said...

Salam,

PAS bohong..

Macammana nak laksana hudud kalo PAS tidak majoriti di dlm Pakatan Rapuh ni..

Bodoh betul sape yang menyokong puak PAS ni.

PAS guna hudud untuk kepentingan Kuasa dan Politik.

Nak tarik sokongan orang Islam..

Piraahh...

empayar-malaya.blogspot.com

TEKONG DARAT said...

keris bodoh...
sebab tu dikatakan huhud ni kerja orang islam...bukan kerja pas...
umno yg sekarang berada dalam dewan rakyat buleh kemukakan usul utk pinda perlembagaan berkenaan bab ni...pas akan sokong...ni tak, pas usulkan, umno yg dulu lagi tentang...jadi, jgn jadi bodoh,...
seperti artikel yg ditampal kat atas tu...

Unknown said...

Salam tekong darat yang bodoh..

Ko pun bodoh..

boleh aku tahu bila PAS usulkan hudud di Parlimen?

Lepas tu.. bila plak UMNO bangkang?

Bukan DAP ke yang membangkang?

Ko cuba check betul2 tekong bangang oi..

jgn jadi bangang mcm org PAS lah..

aisal said...

Saudara,

Sejak dunia ini mula menghampiri zaman kemusnahanya, telah timbul pelbagai polimik dlm beragama. ramai org yg mengaku islam agamanya tetapi jahil dalam kehidupan beragama. Betapa ramainya alim ulama, pendokong agama dan cendikiawan islam menegur tentang bagaimana hukum ini mendatangkan rahmah kepada manusia. , namun semuanya tetap dinafikan malah ada yg berani menelanjangkan hukum Tuhan itu. Seolah-olah hukum Tuhan itu tidak bernilai pada mereka. Hukum itu tidak akan hadir sendiri di Negara kita jika kita tidak memurnikanya.


Lantaran asobiyahnya mereka ditambah pula dengan pemikiran jumud yg terlalu sempit, ramailah para penyokong bawahan menghamburkan pendapat membuta-tuli tanpa memikirkan kesan akidah mereka. Mereka ingat mereka akan hidup selama-lamanya tanpa ada titik pertemuan dengan Tuhan di alam sana.


Ada yg mempersoalkan kenapa negara jiran terdekat tidak melaksanakan hukum Allah itu walaupun mempunyai bilangan penganutnya yg cukup ramai. Hujah ini ditonjolkan semata-mata untuk mengatakan bahawa kita tidak perlu melaksanakan hukum itu. Inilah mungkin manusia yg tidak tahu diuntung. Tidak tahu berterima kasih kepada Tuhan dan tidak pernah bersyukur kepada Tuhan mereka. Di dalam hati mereka itu sedikitpun tidak mempunyai rasa hormat dan takut dengan Allah. Mereka lebih bangga dengan hukum sekular ciptaan mereka sendiri. Pelbagai alasan dan hujah yg dangkal daripada pemikiran secular dilontarkan dan pastinya tidak mendapat sambutan daripada insan yg menyintai agamanya.


Mereka lebih lantang mempersoalkan tentang rasa perlunya berterima kasih kepada kerajaan bilamana mempersoalkan parti mereka. Rasa terima kasih itu sebenarnya perlu dizahirkan dengan cara berkerja dengan penuh tanggungjawab, tanpa rasuah, mengelakan pembaziran asset kerajaan, ketepatan masa, mutu kerja, disiplin dan etika dsbg yg sentiasa dipatuhi serta bukanya cara perlu mengundi mereka. Erti terima kasih juga diterjemahkan dengan cara bukan merompak wang negara, mempergunakan kuasa yg ada untuk kesenangan diri dan kroni, memperdagangkan rakyat dan negara dengan menswastakan agensi yg tidak perlu semata-mata untuk mengaut keuntungan dan laba. Berterima kasih juga ialah selalu menjaga diri dan tutur kata, menegur kearah kesempurnaan hidup bernegara. Kita sentiasa sokong dan dokong apa sahaja tindakan kerajaan yg mendatangkan kebaikan kepada agama, rakyat dan negara


Bilamana kelihatan hujah dan pandangan mereka amat dangkal seolah-olah mengulangi skrip lama para jeneral mereka yg cetek pemahamanya berkaitan hukum Tuhan, mereka mula mempersoalkan org itu dan org ini tidak bersyukur kepada kerajaan. Tetapi pada masa yg sama mereka juga tidak bersyukur kepada Tuhan yg memberikan keizinan kepada mereka untuk lahir ke dunia, merasai nikmat Tuhan dan hidup di bumi Tuhan. Bila mana segala nikmat ini dimiliki, mereka pula cuba menentang kehendak Tuhan seolah-olah mereka ingin memiliki Tuhan.


Sebagai org Islam dan beriman dengan hari pembalasan, kita bebas menyokong partai mana yg kita mahu. Tetapi dlm masa yg sama sekurang-kurangya kita jangalah memperkecilkan hukum Tuhan itu. Yakinilah tiada kerajaan yg lebih hebat melainkan kerajaan Allah S.W.T sahaja. Cukup dan insaflah jika kita rasa kita ini tergolong dalam golongan yg akan binasa


Pandangan yg simplistic dan berandaian selalu digunakan oleh para pendokong mereka. Natijahnya ada sesetengahnya sanggup mempertahankan org yg menghina baginda rasul. Tiada lansung perasaan sensitivi dan kasih serta cintanya kita kepada Nabi Allah. Saya memuji Perdana Menteri kita yg segera mengarahkan polis mengambil tindakan ke atas penulis tersebut. Tetapi malangnya ada pengikutnya di sini seia sekata mempertahankan org begitu dalam konteks yg tidak betul dari sudut agamanya.

Terima kasih PM, atas tanggungjawab itu….

Saudara yg dihormati,

Simpan sahaja rasa ketidakpuasan hati terhadap hukum Allah itu di dalam hati. Hamburkan segala-galanya bilamana saudara yg dimuliakan menghadapNya nanti dan mintalah penjelasan daripada Tuhan kenapa Tuhan menyusahkan kamu dengan hukumnya itu di dunia ini…

DongfangWuDi said...

Puak2 PAS,
tekong, perunding & aisal:

Cuba jawab soalan yg dikemukakan oleh keris tu dulu...

Jgn pula cuba putar belit dan bagi pernyataan yang panjang berjeja-jela..

Kalau korang lupa aku ulang balik:

1.boleh aku tahu bila PAS usulkan hudud di Parlimen?

2.Lepas tu.. bila plak UMNO bangkang?

Takkan 2 soalan tak mampu jawab....

*Tunggu jawapan................

Hamba Miskin said...

Dah usul di parlimen..

Cuma tak mahu di bahaskan..ramai sangat penentang. kalau DAP menentang,tentulah mereka bukan islam. Kalau mengaku islam di parlimen sendiri yang menentang,macam mana tu?

DongfangWuDi said...

Yang keluarkan statment tadi mana..
Takkan kecut kot..brother!!!

umno yg sekarang berada dalam dewan rakyat buleh kemukakan usul utk pinda perlembagaan berkenaan bab ni...pas akan sokong...ni tak, pas usulkan, umno yg dulu lagi tentang...jadi, jgn jadi bodoh,...

Orang ni yg patut jawab....

TEKONG DARAT said...

maaf..
aku salah...bukan tentang...
tapi na nak saman...buat laa kalau berani...dah nak saman, kata plak tak mampu buat...jadi umno yg ngaku sebagai penguasa islam, buleh kemukakan usul...biasanya usul puak umno akan disokong...tang yg ni pasti pas akan sokong

Hamba Miskin said...

kalau boleh rindu sangat nak dengar dari pimpinan UMNO kata sendiri

" Bahawasanya kami UMNO,Wallahi,Wabillahi,Watullahi berazam dengan setiap titik darah kami untuk memperjuangkan HUDUD tanpa sebarang mehnah dan tribulasi"

Boleh? Sanggup?

Hamba Miskin said...

Jangan lagi kita cari alasan untuk bergaduh sesama kita. Terimalah hukum Allah ini. Desak kepimpinan kamu untuk ubah perlembagaan dan PAS secara automatik akan bubar dan bersatu dengan umno.

Boleh??

Hamba Miskin said...

Tahun baru Islam sekejap lagi menjelma..bacalah doa akhir tahun. Sematkan dalam hati tahun ini yang terbaik bagi semua gerakan Islam.

Ameen..

TEKONG DARAT said...

selamat menyambut tahun baru kepada semua bloger kat siasah yg beragama islam...doaku supaya tahun yg bakal menjelma akan menjadi tahun yg lebih baik buat kita dalam mencapai keredaanNya...ameen...yaa Rabbul Aalameen...

perunding said...

isk,isk,isk
taming sari tu dah memang handal,
ada pulak sokongan dewata awan,berapi pulak.

pada pandangan saya,
disiasah ni,
kita boleh tulis hujah pagi,petang nanti adalah orang jawab atau tambah hujah.
kita bagi hujah kita secara umum,nanti ada pulak pihak satu lagi bagi hujah dari kaca mata dia pulak.

sini takdelah hot,pantas mcm kat tempat lain yg famous2 tu.

perunding said...

menjawab soalan yg din `highlight`,

bila Pas usul?
telah diwarta/gazet dan diluluskan di peringkat negeri Kelantan & Terengganu.
di peringkat pusat,awal2 lagi dah kena warning.
aku `mageran`kan kau kata pakcik kau orang tu.
aku saman kau kata yg dah dipecat dek kau orang tu.

bila Umno bangkang?

takde pulak kita catit tarikh,jam,ari,saat nya.

forumer pro kau orang,berjela berhujah taknak ,dlm TKO tu.

bloggers kau orang dan yg seangkatan dengannya.

tu pemimpin besar2,hebat2 kau orang tu,dalam tv,suratkhabar.


apa depa semua kata?

TEKONG DARAT said...

heheh...
ingat kami ni penunggu blog ni ker...rs dah hebat sangat ker dgn soalan tu?...gi laa lingkup...Allah jua yg maha besar...penguasa semua yg di langit dan dibumi...jgn EK sangat...nama pun komik...jgn otak jadi komik...

Perawi said...

kita bagi belon ke budak-budak dihari mengundi, utk semua BN/Pakatan Rakyat. Org umno tengok yg pegang belon semua org PAS, dia pun sokong pas ...hehhh kita memang. Utk semua pengundi kita bagi meneral water & payung. Tak kira Bulan atau Dacing. Mereka tengok kawannya dapat Payung bulan, dia pun pakoh bulan .... Wan Mutalib calon yg sesuai, selepas itu baru Abg Mat. Wassalam

Jupiter said...

salam

ni lah rakyat malaysia. cepat melatah bila ada org alim ckp pasal agama..ramai dikalangan kita yg th baca alquran dan xtau ape maknanye.jd jgn lah pandai2 nk kata arg alim tu mcm ni lah mcm tu lah.kita bila nk bercakap kenal fikir dulu.kenapa org alim tu kata mcm tu.dgr n baca dulu ape sebab n kenapa dia kata mcm tu.ni bila dgr sikit je terus melatah...contoh undi dia ni berdosa.semua marah. cuba kita fikir dan tanya pada org itu kenapa dia kata mcm tu..

lain lah kita dh th ape isi kandungan Al-Quran boleh lah ckp org alim tu salah.
dgn sape lg kita nk percaya n bergantung untuk agama.bg yg mampu boleh lah ke tempat2 belajar agama yg termashyur untuk mendalami ISLAM. Nabi S.A.W dah lama tinggl kan kita. jd kita kenalah bergantung pada pewarisnye.selagi tidak bercanggah di sisi ISLAM.

Firdaus AMK PKR said...

salam perjuangan..
sudah lebih sebulan saya xsurf blog siasah ni..
dan mendapati kawan2 saya pun dah jarang ke blog ni..
bz dgn karier agaknya..
saya pun turut sama..

Tekong Darat kim salam saya pada kawan2 pihak PR di blog ni ya!

InsyAllah..saya dan AMK PKR akan bantu jentera PAS menempuh PRK di KT nanti..
adakah sejarah berulang seperti PRK Permatang Pauh?
tunggu..
InsyAllah PAS akan berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...