Friday, December 26, 2008

Calon PAS: Profesional berjiwa rakyat, kata Presiden PAS

KUALA TERENGGANU, 26 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan parti itu boleh memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan.

Ini kerana calon yang dikemukakan nanti boleh diterima oleh rakyat berdasarkan ketokohan, profesional dan berjiwa rakyat.

“Insya Allah, (PAS) boleh menang sebab Kuala Terengganu adalah salah satu dari tempat yang kita (PAS) kuat. Aspek ketokohan, profesional dan lapangan yang boleh diterima oleh rakyat,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, Ahad lalu.

Gambar kelihatan Abdul Hadi bersama pimpinan PAS dalam sidang medianya baru-baru ini.

4 comments:

TokBatin X said...

Semua calun berjiwa rakyat sebelum menang undi. Kalau dah menang...seluruh dunia ana hai yang punya.

aisal said...

Betul tu batin...bila dh dapat " ana jual semuanya buat niaga , biar ana dan kroni ana kaya " termasuklah niaga tanah anak buah batin senoi....

ALI MAIDIN said...

belum istihar, dah cetak poster oi. Sapa tu tau ka?

Perawi said...

kita bagi belon ke budak-budak dihari mengundi, utk semua BN/Pakatan Rakyat. Org umno tengok yg pegang belon semua org PAS, dia pun sokong pas ...hehhh kita memang. Utk semua pengundi kita bagi meneral water & payung. Tak kira Bulan atau Dacing. Mereka tengok kawannya dapat Payung bulan, dia pun pakoh bulan .... Wan Mutalib calon yg sesuai, selepas itu baru Abg Mat. Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...