Monday, July 14, 2008

Syed Hamid diminta beri penjelasan esok

Oleh: WARTAWAN SIASAH



KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Ketua Pemuda PAS,
Salahuddin Ayub menahan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hamid Albar untuk mendapatkan
penjelasan berkenaan kawalan polis di jalan masuk
menuju Parlimen hari ini.

Tindakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menahan
Syed Hamid itu telah menarik perhatian puluhan
wartawan yang berada dilobi Parlimen.
Syed Hamid ditahan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
itu berhampiran tangga utama ketika menteri
tersebut mahu meninggalkan Dewan Rakyat sejurus
sesi pagi persedangan Dewan Rakyat hampir
berakhir.

Langkah itu diambil setelah usaha meminta Menteri
Dalam Negeri menjelaskan kawalan polis terhadap
Parlimen hari ini dalam persidangan dewan tidak
berhasil.

Antara yang digesa ialah Syed Hamid memberi
penjelasan dalam persidangan Dewan Rakyat esok
berhubung kawalan polis hari ini.
"Arahan siapa dan mengapa...perlu dijelaskan,"
kata Salahuddin kepada wartawan selepas
berbincang beberapa minit dengan Syed Hamid.

Kata Salahuddin penjelasan daripada Menteri Dalam
negeri perlu untuk membersihkan nama parti-parti
Pakatan Rakyat.

"Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri
Aziz menuduh Pakatan Rakyat hendak membuat
perhimpunan di parlimen hari ini, mungkin inilah
alasan polis menyekat laluan ke Parlimen hari ini,"
tambah beliau.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian
turut mendakwa, ekoran daripada sekatan tersebut
ramai tetamu-tetamu Ahli Parlimen pembangkang
yang mahu hadir mengikuti persidangan hari ini
tidak dibenarkan masuk.

Dalam persidangan dewan sebelum itu, Azmin juga
telah beberapa kali menggesa Syed Hamid memberi
penjelasan berkenaan perkara yang sama.

"Kebetulan Menteri Dalam Nageri ada hari ini, harap
beliau memberikan penjelasan," kata Azmin kepada
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin
Mulia.

Perkara yang sama turut dibangkitkan oleh Ketua
Pembangkang, Wan Azizah Ismail dengan
menyifatkan 'kawalan polis terhadap Parlimen hari
ini seolah-olah berada dalam keadaan perang.'

Mahfuz Omar (PAS - Pokok Sena) dan Karpal Sing
(DAP - Gelugur) juga membuat desakan sama.

Gesaan daripada Ahli-ahli Parlimen Pakatan rakyat
itu menjadikan Dewan Rakyat Gamat ekoran
bantahan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Bermula semalam polis telah mengawal beberapa
jalan menuju ke bangunan Parlimen kerana
dikatakan ada pihak mahu menganjurkan
perhimpunan.


Ekoran itu kawalan ketat telah dibuat dijalan masuk
utama bangunan parlimen mengakibatkan ramai
wartawan dan orang awam tidak dibenarkan masuk.

16 comments:

kayemsee said...

paklah takut dgn bayang2 sendiri la tu...baru dengar2 ja rakyat nak berhimpun utk nyatakan sokongan usul tak percaya kat dia terus gelabah la...habis dikerahnya semua polis utk sekat semua jalan...kesian betul la aku kat dia..hidup dlm ketakutan setiap masa...

umisa said...

baru nak usul undi tak percaya, dah begegar org bn, nampak sangat takut, org nak pegi kerja pun susah sebab bn jadi gila suruh anjingnya buat sekatan jalanraya, bodoh punya kerajaan

bn@umno said...

AAB atau BN tak pernah takut pun dgn usul undi tak percaya yg cuba dilakukan oleh PR.Yg penting rakyat masih inginkan kerajaan BN yg memerintah negara.Kpd PR, lupakanlah angan-angan korang tu yg nak mengambilalih pemerintahan kerajaan BN.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Sah, kerajaan BN(UMNO) dah takut dgn bayang2 nye sendiri!

Itu le sebab dah kena belasah pada PRU12 yg lalu, fobia nye masih ada lagi.

Nanti PRU13, tersungkor le BN(UMNO) tu.

peon pencen said...

DSAAB dah ketak lutut!
Itu sebab kerah polis kawal bangunan parlimen.Baru lepas ni latihan bersama dgn tentera.

Itu langkah berjaga jaga name nye, klu kot2 betul terjadi dan ada sokongan undi tak percaya, kan senang nak selamatkan diri.

Klu dia yakin dgn pengikut2 nye setia 100%, dia tak buat lagu tu! Ni mesti dia tak berapa yakin ngan pengikut2 nye,

BraderJHEM said...

Blogger bn@umno said.....rakyat masih inginkan kerajaan BN yg memerintah negara...

Helo..rakyat yg mcmane ni??Rakyat yg mcm kau jer yg nak BN/UMNO, aku dah meluat dgn permainan kotor umno...
Ibarat menghitung hari saje lagi umno/bn ni...Bawak2 lah akan perubahan....

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr abe mie berperi,

"Rakyat masih inginkan kerajaan BN memerintah?"

Pada hari ini BN hanya tinggal tidak sampai separuh bala tentera nye.

Klu tidak kerana Sabah dan Sarawak, BN dah lame tumpo.

Selepas PRU12 yg lalu UMNO pula mula 'tampo menampo, tendang menendang' sesama sendiri. Hingga ke hari ini.

Yg dah tua2, ade yg tak tahan terus keluar UMNO!

Yg masih tahan 'penendang' dan 'penampo' tu aje yg masih dlm UMNO, bukan ape sebab masih lagi dapat mencekek duit rakyat.

Kaum cina(MCA)&(Geraka) dah lame cabut join sama ada DAP, PKR atau PAS!

Kaum india(MIC) dah punah, semua dah masuk DAP & Keadilan, yg cantik nye ada juga yg sokong PAS.

TokBatin X said...

Deme ingat ini zaman Sang Kelembai.

Deme kate San Kelembai tu beso oghangnye.
Tapi yang ‘clown’nye die mati kene timpe pokok bayam.

Ade pulak yang kate bininye oghang Tepeng, name Tok Bidan Lanjut. Tentu le beso teteknye..Bile die mengerojakan bende bininye dia mesti pakai ‘sarong kote’, sebab itu le mane ade cucu cicit sang kelembai zaman sekarang ni.

Dan ade yang kate sarong kotenya masih lagi ade..
Seme tanye ‘mane ghope nye ‘condom’ sang kelembai tu?’
'Tepi lebuh Raya na’ KeTepeng , ‘serombong Angin Lintang’
Mak beso kotenye.

Orang zaman kompute percaye ke cerita ini?
Jadi sape pulak na’ percaye cerite Tok Sheikh Hamid Albar ni?, Ini cerite lame, dah basi, cerite kartun le katekan

ilham_sufi said...

to bnumno:

ye ke x tkut?dh tuh knapa speaker tolak usul?

spatutnya time nih la bn nk tjuk dia kuat sbb ader rmai ahli parlimen bbdg
pr.

bmbg ade yg lompat?

alkulimi said...

Pak Lah ,UMNO n BEE END miskin jiwa macam kata Dr Asri Mufti Perlis. Harta n pangkat menimbun, hati gundah gulana.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Kalau di negara Jepun,
manusia seperti syed hamid ni dah lama buat 'harakiri'.

Kat sini susah nak dapat 'pedang samurai', jadi di shorkan pakai 'keris umno' tu aje le.

Tak bermaruah punya manusia!
Tak boleh mempertahankan P.Batu Putih yg ha nye sekangkang kera tu!

Sekarang dah mula nak jual selatan Johor kepada cina Singapura (Pembangunan Seri Iskandar).

Sebenar nye Johor telah di jajah oleh Singapura secara fizikel dan mental.

Orang melayu Johor bodoh, pengecut tak de telok!

SHADAN HJ OTHMAN said...

sdr utohkecil, ko kan sokong spore...kata nak maju mcm spore...aku rasa mental ko yg kena jajah dgn spore, org lain x pun...kau kan penyokong yahudi?

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr shadan,

kenapa Pembangunan Wilayah Seri Iskandar di majukan?
Lepas itu di buka pula kepada rakyat Singapura untuk membeli hartanah di PWSI itu.

Anda fikir berapa ketar pecacai2 UMNO yg mampu membeli hartanah di PWSI ini?

Akhir nye kesemua PWSI ini akan di kuasai oleh cina Singapura.

Nah, sekarang siapa yg jadi agen Singapura(Yahudi) itu?

Naim Jalil said...

ntah-ntah suku sakat pak lahh yang nak berkompol kat parlimen tu. kot la tetiba pandikar amin ubah rancangan. mana kita tau kan. polis je yang tau...

TokBatin X said...

Straight to the fact. Jangan main sumpit2 jer. Tak baik le you ni!

raikkonen said...

rakyat johor takder teloq dek penangan Hamid yg memang banyak tak cerdik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...