Monday, June 9, 2008

Air percuma: Syabas tolak cadangan kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menolak cadangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEH), anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor menikmati air percuma mulai 1 Jun ini.

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan dalam satu kenyataan media.

Syabas adalah pihak pemegang konsesi pembekalan air di Selangor. KDEH pula adalah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang turut mempunyai saham yang besar dalam Syabas.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, rakyat negeri Selangor akan diberikan air percuma 20 meter padu setiap rumah.

Pada 9 Jun, Syabas telah menerima surat akujanji dari KDEB untuk membolehkan pelaksanaan bekalan air percuma dimulakan 1 Jun ini dengan bil air untuk pengguna akan mula dipotong hujung bulan ini.

Namun kini, Syabas nampaknya cuba menyusahkan usaha kerajaan negeri Selangor ini.

Sebaliknya, Syabas mencadangkan agar pihaknya mengebilkan terus air percuma yang diberikan kepada rakyat negeri Selangor kepada KDEB dan mesti dibayar dalam masa 14 hari, jika tidak pemberian percuma ini akan diberhentikan.

“Syabas tak bersetuju dengan akujanji pihak KDEB yang mencadangkan pembayaran bil-bil air yang diberikan percuma kepada kepada pengguna hanya akan dibuat oleh pihak KDEB selepas cadangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Negeri Selangor oleh pihak KDEB siap sepenuhnya pada bulan September 2008 ini,” kata Ruslan.

Ini kerana, katanya, cadangan pihak KDEB ini akan secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi Syabas.

Sebaliknya, Syabas mencadangkan bil-bil air percuma itu dibayar dalam masa 14 hari selepas Syabas menghantar bil itu kepada KDEB.

“Kegagalan KDEB memenuhi syarat pembayaran seperti yang dicadangkan ini akan menyebabkan Syabas teraksa menghentikan program pemberian air percuma ini,” kata Ruslan dalam kenyataannya.

29 comments:

peon-pencen said...

Apa ni?

Kerajan negeri 'Pakatan Rakyat'
tak ada kuasa ke nak ambil alih SYABAS?

Kan ke KDEB pemegang terbesar saham SYABAS?

Nampak gaye nye berputih mata le rakyat Selangor nak dapat air percuma.

soba said...

Salam.

Dalam menyelesaikan masalah ini kita harus yakin Kerajaan Selangor akan dapat menyelesaikan nya..Insyaalah.Ini adalah sebahagian dari daki-daki yang memerlukan kesabaran dan bijaksanaan demi kebaikan rakyat.Kerajaan Kelantan pernah melalui semua itu namun dengan berkat ikhlas dan bijaksana ia dapat diselesaikan dengan baik.

Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri akan pasti dapat mengambil langkah-langkah perlu dan jika perlu gunakan kuasa, gunakan lah jika ia diguna demi rakyat jelata.

Gangguan dari Syabas pasti ada kerana mereka dah pasti datangnya dari kelompok yang sama dengan Kerajaan yang dikalahkan.Mungkin merekan masih ingin terus berbudi kepada tuan yang lama atau masih terus ingin bermimpi...

Tengoklah,nilailah demi kebaikan rakyat. Syabas harus akur dan cari jalan yang lebih mulia dari terus berkokok mencari publisiti MURAH menafikan hak rakyat........

BERUSAHALAH TAN SRI DEMI RAKYAT.
BERSABARLAH WAHAI RAKYAT.
RENUNGLAH WAHAI SYABAS.

abe MIE 'TERJAH' said...

abe MIE nak cakap sedikit pasal pembukaan keahlian PAS diberikan keahlian PAS dari kalangan orang Cina dan India kepada PKR (lupakan pasal air subsidi boleh tak)?

Kenapa PAS tidak bubarkan parti itu dan menyertai PKR? Sedangkan Anwar al-juburi akan jadi PM nanti!!!

Atau PKR bubar, dan ahlinya menjadi PAS. Kan sama. Kenapa dalam Pakatan Rakyat-PR memerlukan dua parti yang hampir persamaan iaitu pelbagai kaum satu politik? Adakah PAS dan PKR masing-masing tidak percaya antara satu sama yang lain?

PAS kini sudah tidak KEDENGARAN LAGI TENTANG SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD. NEGERI DIPERINTAHNYA, KELANTAN, PERAK DAN KEDAH TIDAK PULA KEDENGARAN AKAN DILAKSANAKAN HUDUD. KENAPA??? ADAKAH ALLAH LAYAK DIPANGGIL OLEH AGAMA KRISTIAN, ALLAH BUDDHA, ALLAH JESUSS, ALLAH SIDHU?

yang abe MIE faham, PAS hanya pakar dan pintar dalam mengkafirkan UMNO dan sanggup berjihad melawan UMNO.

pkrpasdap.blogspot.com

mad-man said...

kita sedang bincang bab air percuma,

mengapa pula dengan tiba2 si gila babi 'abe mei' ni masuk meracau macam orang kena sampuk pula.

Di sini bukan nye tempat kau nak beri nasihat pada orang lain.

Pi kat Tanjung Rambutan, di sana kau boleh beri nasihat pada orang yg sama taraf dengan kamu.

suhaimi said...

salam...

SYABAS saja nk cari pasal dan menyusahkan kerajaan negeri selangor.sifat2 terkeji ni memang dia warisi dari kerajaan yg lama.
biarkan dia,kita tgk ALLAH lebih berkuasa atau dia.kita sebagai org mukmin hanya do'a sebagai senjata.
pasal member yg sorang lagi tu,aku malas nk sebut nama(menyampah),tak tahulah manusia jenis apa.jgn di layan manusia mcm ni.esok2 kalau PR memerintah dgn lebih baik,dia juga yg dpt tempiasnya.manusia..manusia..

azhar said...

gila ka apa abe mie nie...

oghang dok cheghita pasai ayaq dia kalut cheghita pasai parti politik..

Jgn dok wat leche abe mie woi..Hang nak sokong BN sokong la...

azmedia said...
This comment has been removed by the author.
syauqie said...

Salam untuk semua,

Saya percaya Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan masalah ini untuk kebaikan rakyat. Kerajaan pimpinan TS Khalid harus berusaha untuk bersama2 meringankan bebanan pengguna yang semakin mencengkam ini.

Yakinlah bahawa liku2 itu akan datang , dan ini adalah sebahagian daripada perkara tersebut.

Sepatutnya SYABAS harus fikirkan kebaikan bersama, bukan hanya pentingkan keuntungan semata.

Untuk TS Khalid dan pimpinan semua, teruskan berusaha. Ada insan yang senantiasa menyokong perjuangan saudara selagi ianya tidak membabitkan KORUPSI & KRONISME.

Untuk Dr Khir Toyo, teruskan menulis supaya PR sedar mereka tetap diawasi.

syauqie said...

Salam untuk semua,

Saya percaya Pakatan Rakyat dapat menyelesaikan masalah ini untuk kebaikan rakyat. Kerajaan pimpinan TS Khalid harus berusaha untuk bersama2 meringankan bebanan pengguna yang semakin mencengkam ini.

Yakinlah bahawa liku2 itu akan datang , dan ini adalah sebahagian daripada perkara tersebut.

Sepatutnya SYABAS harus fikirkan kebaikan bersama, bukan hanya pentingkan keuntungan semata.

Untuk TS Khalid dan pimpinan semua, teruskan berusaha. Ada insan yang senantiasa menyokong perjuangan saudara selagi ianya tidak membabitkan KORUPSI & KRONISME.

Untuk Dr Khir Toyo, teruskan menulis supaya PR sedar mereka tetap diawasi.

boooopi said...

Macam mana nama Khir Toyo ini disebut2. Masa mula2 dia jadi MB ia selalu kepejabat UMNO Tanjung Karang. Lepas itu ia lesap entah kemana. Orang ini nampak baik sebeum dapat kuasa, dah dapat kuasa orang Tanjung Karang jadi kuda kepangnya. Kunco2nya senang2.

mat_terab said...

nampaknya ada pihak tertentu cuba menghasut SYABAS kalau SYABAS engkar kerajaan selangor tamatkan saja kontrak syabas biar dia tahu langit tinggi atau rendah.....

mek chabang4 said...

pak menteri besar suruh KDEB beli saham pemegang saham minoriti didalam SYABAS bila dah dapat itu singkirkanlah pengurusi SYABAS buat susahkan orang sahaja, takan itu pun nak diajar kan pakMB dulu pengurusi PNB,jangan buat malu orang selangor,orang kampung semua dah tahu dapat air percuma bulan ini.

Nor Rodin Bin Khalil said...

Salam untuk semua, org Sg.panjang memang dah kenal sgt dengan taukeh Syabas dan wakil UMNO nye. Terkenal dgn kaki bulinya, Mementingkan diri dan kroni. Aku Yakin ini semua permainan kaum ini yang tak sudah2 nak menyusahkan rakyat. Berapa banyak dah laporan BPR dan Polis di buat, tapi kerana dia ada kuasa(mase tu la) maka keballah ianye. Tapi tunggulah mihnah Alloh nanti, tau lah nanti langit tinggi rendah. Sape yang dok sokong orang2 macan ini same2lah nanti terima padah nya... amin

Hamzali said...

Satu kesilapan yang sentiasa dilakukan oleh kerajaan pemerintah ia itu suka swastakan perkhidamatan penting seperti air, letrik dan komunikasi.Sebab kononnya untuk meningkatkan efisiensi. Sekarang apa dah jadi. Kerajaan negeri dibawah pembangkang tak boleh buat sewenang-wenangnya selagi perjajian lama tersebut belum tamat. Dulu kita kena tipu oleh Singapura pasal air juga ni kerajaan Selangor pula kena mainkan oleh SYABAS. Lain kali kalau nak buat pengswastaan jangan dok nak kira tembolok sendiri dan waris -warah aje. Rakyat Malaysia (Melayu)dok hidup dengan subsidi jadi lain kali jangan berjanji yang bukan-bukan. Sampai bila lah kita nak dapat pemimpin yang benar-benar nasionalisti dan benar benar beriman. Orang macam Dato' Nik Aziz susah nak cari. Hidup Tok guru (Hanya untuk Tok Guru bukan untuk PAS)

suhaimi said...

salam...
bunyi mcm nk sokong pembangkang,tp tak berani lagi.yg buat penswastaan kerajaan yg lama.yg dpt musibah kerajaan sekarang.
yg menyokong kerajaan yg lama org2 tu juga.lepas tu bunyinya lebih2 pulak.......
tp yakinlah,semuanya akan selesai dgn izin ALLAH.INSYAALLAH.....

Juraimi Zainal said...

sememang nampak kepayahan kerajaan pakatan rakyat disebabkan oleh perbuatan puak2 yg dengki... Jgn risau Allah bersama orang2 yg menegakkan kebenaran...

abe-mie - yg gila glamour, semua blog dia masuk dan posting komen dier yg tak laku tu...

Hamzali said...

Bukan soal sokong sape-sape. Yang baik dan betul kita sanjung yang tak betul kita perbetulkan. Dengar dari kedua-dua belah pihak baru kita dapat analisakan apa yang berlaku. ABIM kita ahli, PAS kita kenal, PKR pun kita kenal. UMNO pun ada jugek yang kita kenal. Memimpin negara bukan senang, nak kawal anak-anak pun susah, jadi kita semua orang Melayu janganlah sampai jadi Si Kitul dan juga Sultan Mahmood (Melaka) Dua duanya tak betul. Yang memimpin tak boleh ditegur yang dipimpin marah cari orang ketiga untuk menjatuhkan pemimpin. Akhirnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Malaysia ni bukan hak kita saja anak cucu pun nak hidup jugek. Bila mati bukan dapat doa dari anak tapi dapat sumpah seranah

suhaimi said...

salam...

yg jadi susahnya bila islam letak kat belakang.kalau kita kata susah,susahlah.mana ada masalah tak boleh selesai.semua masalah ada jalannya.yg susahnya jenis tak reti bahasa,agama letak kat belakang.
begitu juga jaga anak2,bila emak bapak pergi kerja,kerajaanlah kena jaga.skrg ni mcm2 kes jenayah berlaku,sebabnya tak jalankan hukum ALLAH.senang ckp,UMNO ni tolak hukum ALLAH......

suhaimi said...

salam...

Alhamdulillah,rakyat selangor dpt air percuma.ini semua kerja ALLAH.bila ALLAH kehendaki,ia pasti berlaku.
bersyukurlah kita kpd ALLAH,pelbagai dugaan dan cabaran yg di lalui oleh kerajaan selangor untuk memberi pertolongan kepada rakyatnya.akhirnya ALLAH merestuinya.kepada semua rkyat selangor yg berugama islam,bersujud syukurlah kepada ALLAH atas pemberiannya.Amin.....

CULA TUPAI said...

SYABAS .... apa yang syabas??? kerajaan selangor patut berkuasa dalam hal ini kenapa di biarkan pegawai syabas kurang ajar kepada RAKYAT??? pecat saja mereka mereka ini ....

TurkeyKini said...

Alhamdulillah sekarang ni telah pun selesai masalah tu

CD MP3 Kuliah

http://kedaionlineanda.com/kuliahmp3

peon-pencen said...

BIG 'TQ' to kerajaan Pakatan Rakyat!

Keep it up. Show your good job.

Your next BIG JOB is about PETROL.

Next PRU13 we all will be behind you.

Anonymous said...

kepada abg mie al-bontoti,

kau dah hilang nilai dalam hidup...

irfandina said...

salam...

kepada rakan2 yg memberi komen menentang arus (maknanya tak sependapat dengan pendukung pr) sabarlah ye....

tapi best gak camni...at least ada pro and kontra...barulah demokrasi namanya....

idaman said...

salam..irfandina.. memanglah dlm nie boleh ada PRO n KONTRA tp dalam umno tak bolrh mesti sebut YESSSS SIRRRRR... kalau tak mampus nanti

suhaimi said...

salam...

dlm umno kalau lawan di anggap menderhaka kepada pemimpin.tu yg semuanya takut.'YES' memanjang.dia takutkan pemimpin lebih dari takutkan ALLAH.umno..umno..,siapa yg masuk umno ni nk kena bertaubat.byk dosa dia dgn ALLAH...

lailarahmat said...

Assalamualaikum.....alhamdulillah.....kepada sumer yang insyaalah berkelebihan selepas air percuma 20m3 nati...walaupun hanya RM11.00, klu dpt portion tu kita sedekahkan kepada org2 miskin ker, masjid ker, anak yatim ker surau ker...atau badan2 amal yang memerlukan.....walaupun tak banyak ...tp amat bermakna dan sebagai bekalan kita bila ke kubur nati....setiap bulan kita ada tabungan untuk akhirat.......insyaallah....

lailarahmat said...

Assalamualaikum.....alhamdulillah.....kepada sumer yang insyaalah berkelebihan selepas air percuma 20m3 nati...walaupun hanya RM11.00, klu dpt portion tu kita sedekahkan kepada org2 miskin ker, masjid ker, anak yatim ker surau ker...atau badan2 amal yang memerlukan.....walaupun tak banyak ...tp amat bermakna dan sebagai bekalan kita bila ke kubur nati....setiap bulan kita ada tabungan untuk akhirat.......insyaallah....

Sendiri said...

Saya mengesyaki syabas mula melakukan penipuan...iaitu menjarakan waktu pegebilan misalnya 6bulan sekali...sudah tentu meternya lebih daripada 20m padu..dalam masa yg sama turut mengenakan bill kepada kdeb...ini memandangkan saya baru saja menerima bill pengunaan sebayak 53m padu...padahal setiap bulan tidak sampai pun 10m padu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...