Itu cadangan anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ketika mengulas cerita kong kalikong antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bh (Syabas) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
“Buat apa kita simpan pegawai sebegini. Bukan sahaja menyusahkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat yang mahukan air percuma,” kata Dr Lo’ Lo’.
Beliau mengulas tindakan Syabas menolak cadangan KDEH, anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor menikmati air percuma mulai 1 Jun ini.
Syabas adalah pemegang konsesi pembekalan air di Selangor. KDEH pula adalah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang turut mempunyai saham yang terbesar (lebih 50 peratus) dalam Syabas.
Yang dibimbangi oleh Dr Lo’ Lo’ adalah pegawai kanan yang menjaga kedua-dua syarikat yang sepatutnya dikawal oleh kerajaan negeri Selangor itu bermain kong kalikong dengan Menteri Besar.
“Jika dibiarkan, kerajaan pun susah dan yang marah lagi adalah rakyat yang sepatutnya menerima manafaat ini,” kata Lo’ Lo’.
Bagaimanapun beliau lega dengan jaminan Menteri Besar bahawa 20 meter padu air percuma tetap diberikan kepada rakyat Selangor mulai 1 Jun lalu.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, rakyat negeri Selangor akan diberikan air percuma 20 meter padu setiap rumah.
Pada 9 Jun, Syabas telah menerima surat akujanji dari KDEB untuk membolehkan pelaksanaan bekalan air percuma dimulakan 1 Jun ini dengan bil air untuk pengguna akan mula dipotong hujung bulan ini.
Namun kini, Syabas nampaknya cuba menyusahkan usaha kerajaan negeri Selangor ini.
Sebaliknya, Syabas mencadangkan agar pihaknya mengebilkan terus air percuma yang diberikan kepada rakyat negeri Selangor kepada KDEB dan mesti dibayar dalam masa 14 hari, jika tidak pemberian percuma ini akan diberhentikan.
“Syabas tak bersetuju dengan akujanji pihak KDEB yang mencadangkan pembayaran bil-bil air yang diberikan percuma kepada kepada pengguna hanya akan dibuat oleh pihak KDEB selepas cadangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Negeri Selangor oleh pihak KDEB siap sepenuhnya pada bulan September 2008 ini,” kata Ruslan.
Ini kerana, katanya, cadangan pihak KDEB ini akan secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi Syabas.
Sebaliknya, Syabas mencadangkan bil-bil air percuma itu dibayar dalam masa 14 hari selepas Syabas menghantar bil itu kepada KDEB.
“Kegagalan KDEB memenuhi syarat pembayaran seperti yang dicadangkan ini akan menyebabkan Syabas teraksa menghentikan program pemberian air percuma ini,” kata Ruslan dalam kenyataannya.
21 comments:
Salam. Bersabarlah. Jangan pecat lagi. Kerajaan PR adalah kerajaan yang adil dan tidak bertindak melulu. Berikan nasihat terlebih dahulu. Ini selaras dgn cogan kata Negara berkebajikan. PR nak buat kebajikan tetapi ada orang yang menimbulkan rintangan
Adil,
you are wrong if mek the menteri besar of selangor i walk in to SYABAS ceo office and say YOU ARE FIRED FROM TODAY AND GET LOST FROM HERE I DO NOT WANT TO SEE YOUR FACE ANYMORE IF YOU WANT TO SEE ME,SEE ME IN COURT.
hidup ini umpama roda ...skrg keadilan berkuasa so jgn bising2 ok...selama ini kerjaan BN berkuasa ......dah lama dah ...so korang fikirkanlah dengan minyak naik,harga barang naik ..... hidup skrg ni duti rm50 pun dah macam rm5 jeee lu fikir sendiri la koranggg
wa sokong sokonggg sesangat pecat pegawai yang x jalankan tugas dengan betulll rasuah sana sini .....ingat hidup ini makan free je kee ...lu fikir la sendiri beb ...reformasi......
Kita kena bersabar, dia(kuncu-kuncu UMNO) saje je nak cari point je tu nak 'titik' balik. Dia nak suruh kita marah kat dia lah tu...
Jangan marah-marah nanti 'terpaksa
jual' semula Negeri Selangor kat 'Pengikis' duit rakyat.
Sabarlah... ada hikmah tu.
Fire them, they are the blogs of havoc. Cari kesilapan mereka dan pecat jangan cakap2 saja.
Big Machinegun yang bodoh........
Pasal BN dah berkuasa lama la banyak menyusahkan rakyat.....sampai tak ada kerja lain asyik-asyik penaikkan harga minyak....Tau pun duit sebesar RM50 macam RM5 tahu pasal apa...?
jawab nya kerajaan BN (barang Naik) memerintah dah tentu semua barang naik.....yang kamu bangan undi BN tu pasal apa....?
salam...
jgn tunggu lama2,cantas je pegawai2 yg menyusahkan rakyat.
Sokong sangat tu, klu leh notis 24 jam je.
Klu berlaku dlm perintah BN tentu dah kena notis 24 jam.
Sekarang bila dah dapat air percuma, semua yg bising2 dulu dah sunyi sepoi'
DSKT yg tersangat bising pun dah jadi bisu. Dia apa nak susah, dapat air FREE semanjang.
Klu leh PKR ushakan untuk bil letrik pula, tol dan lain2 cukai pula. Kan bagus tu.
Tak dapat pun tak pe, asalkan ada usaha.
Nanti pada PRU13 'gerenti' Pakatan Rakyat leh menang di seluruh negara.
salam..
kenapala dengan wakil muslimat pas yg sorang ni...ingatkan mempunyai daya intelektual yg tinggi...
takkanlah begitu cepat nak jump into conclusion...bukankah kalau kita hendak melakukan kebajikan maka akan ada rintangannya????
rasanya dr lo'lo' perlu berfikir dengan lebih bijaksana sebelum mengeluarkan kenyataan...jgnlah direndahkan daya intelek yg dianugerahkan oleh Allah....
juga kepada kengkawan yg lain...jgnlah terlalu emosi...kan tak elok bersifat dendam...apa dah lupa ke kepada ajaran islam....
kata parti islam...tapi cara anda berbicara begitu menyimpang sekali dengan peradaban islam...
oppss lupa...namapun manusia....
salam....
ada org nk nasihatkan Dr Lo' lo'.lepas tu suruh berfikir cara islam.suruh dia nasihatkan diri dia dululah.aku malas nk komen panjang2.sebabnya dia seangkatan dgn abe mie al-jubury....jalan dah...
Mek Chabang 4 have a mind like Tribal Chief in either Namibia or Rwanda or Somalia or Mozambique. In their minds is only vengence. Let destroy everything that seems to be against us. No matter what's the law says. Welldone Tan Sri Khalid for handling the problems wisely. For Dr Lo'Lo' pse be patient, I am sure you know what I meant. Rome was not built in one day. Tulis orang potih ni sebab takut Mek Chabang 4 tak faham. Wassalam
Kita kena bersabar dan bertindak secara bijak. Negara ni dah lama sangat dibawah UMNO jadi ramailah yang tidak boleh berfikir diluar UMNO. Apa-apa pun perlulah mengikut peraturan dan perjanjian yang ada. Nasib baiklah Dato' Khalid kita ni orang yang panjang akal dan tidak terburu-buru.
CEO Syabas tu pun janganlah mengada-ngada sangat, perlulah hormati Kerajaan baru Selangor. Ini bukan zaman TOYOL lagi. Si Toyol tu bukan kita tak tahu Puncak Niaga (ibu syarikat Syabas) beri dia 3 buah kereta untuk digunakan secara peribadi. Bukankah itu rasuah?
salam...
tapi yg peliknya,org2 umno ni,bukannya dia tak tahu pemimpin2 mereka buat salah,mereka tahu,tp tetap juga dia nk tegakkan benang yg basah.aku peliklah.
kat tempat aku,sampai baling gelas kat gerai mamak bila dia dah takde modal nk bela pemimpin dia.
pd mereka hidup dan mati hanya untuk UMNO.hanya kerana nk menjaga periuk nasi lupa dia dgn ALLAH.apa pun umno buat,walau salah sekali pun tetap betul pd mereka.aku memang tak boleh tgk pemimpin2 umno ni.
isteri aku kerja kat pejabat menteri besar,aku tahulah mcm2 pemimpin umno dan pegawai2 kerajaan buat dgn duit rakyat.
Ha! Ha! patutlah kawan kite ini bodek habis. ghupenye orang umahnye kerja kat pejabat MB. Ada habuan kot? Ini taklah dikatekan kerja kerana Allah.
salam...
tak baik tuduh melulu.kalau tak betul,kita jumpa kat padang mahsyar esok.aku tunggu esok kat sana.benda yg tak betul rakyat kena tahu.begitu juga dgn benda yg betul.
Kenapa le si 'suhaimi' tiba2 je ter kentut dpn orang ramai?
Tak malu ke?
Cerita dlm kelambu jangan le bawa sampai kat sini.
salam...utuh juhak..
ini bukan masalah cerita dlm kelambu,ni masalah kebenaran.kalau tak tahu apa2 baik diam,jgn sebuk2.
"isteri aku kerja kat pejabat Menteri Besar, aku tahulah mcm2 ......."
sdr suhaimi, dlm hal ni tak payah le sebut 'isteri aku' untuk jadi bukti hujah anda tu.
Klu kami nak caya, caya le. Klu kami tak nak caya kau sebut atuk kau pun kami tak caya.
salam....
hei bongok,kalau aku nk 'mention' pun kau sakit hati apasal?aku tak ganggu hidup kau pun,hidup atuk kau pun aku tak ganggu.terpulanglah kepada sesiapa yg nk percaya.kau tk nk percaya,tu kau punya pasal.bongok..bongok..
Cuba siasat..., pegangan saham dalam syarikat SYABAS mungkin ada pihak tertentu yang bermotifkan politik dan menyebabkan kerajaan negeri tidak dapat melaksana janji mereka.
Mereka mungkin cuba menggagalkan usaha murni dan keikhlasan kerajaan campuran sekarang...ini akan menjadikan modal mereka sebagai bukti serta alasan kewibawaan kerajaan lalu menjelang PRU13...
Jenguk-jenguk lah!!!
Post a Comment