Wednesday, May 7, 2008

MB akan mengadap Sultan Perak

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikatakan akan menghadap Sultan dan Raja Muda Perak bagi mempersembahkan kenapa tindakan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Haji Jamry Sury perlu dibuat.

Menurut sumber, langkah untuk mengadap itu sedang dibuat manakala dalam masa yang sama Siasah difahamkan, MB Perak itu menerima hakikat bahawa tindakan beliau mengarahkan Jumry bertukar serta merta tidak tepat dengan prosedur yang sepatutnya.

"Saya yakin MB mempunyai sebab yang kukuh kenapa tindakan memindahkan Jury perlu dibuat serta merta, namun beliau terlepas pandang prosedur menyembah perkara itu terlebih dahulu kepada Sultan Perak," kata sumber Siasah.

Sehubungan itu, katanya, MB sedang membuat persiapan lengkap untuk menyembahkan secara rasmi perkara itu kepada Sultan dan Raja Muda Perak.

Jury telah diarahkan berpindah keluar dari pejabat Jaip oleh MB Perak berikutan beberapa tindakan beliau yang dianggap tidak wajar dan membelakangi kerajaan negeri dalam urusan Jaip walaupun kerajaan negeri yang baru sudah mencecah 40 hari ketika itu.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak dipersetujui oleh Istana Perak kerana tindakan itu tidak dimaklumkan kepada Sultan dan Raja Muda Perak terlebih dahulu.

Dalam penjelasan Istana Perak, langkah ini kerana Jury adalah "juga berperanan sebagai setiausaha kepada MAIAMP (Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak).".

Ini kerana, Istana Perak berpandangan,"Bahawa lantikan yang berbahagia Datuk Haji Jamry Sury dilakukan hanya selepas mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan. Bahawa urusan agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggungjawab dengan agama Islam adalah di bawah kuasa langsung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak."

Namun, Karpal Singh beranggapan Sultan Perak bertindak secara yang tidak tepat.

Ekoran itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham telah mendapat tekanan dari para pemimpin Umno Perak.
Hari berikutnya, Bernama melaporkan GPMS mendesak DAP mohon maaf Kepada Sultan Perak.
Malaysiakini pula melaporkan Pemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadap Karpal.

15 comments:

sinarpru13 said...

Bard
www.sinarpru13.blogspot.com

Asmkm ..
Kpd org2 UMNO kat Perak, especially Adun pangkor (Zambri) dan Presiden GPMS yg sekarang ni tgh mencari publisiti murahan.

Agar kalau betul2 nak perjuangkan ketuanan Raja2 Melayu ..

Selesaikan dulu isu banner NATANG kat Terengganu.

Sekian terima kasih

-bard-

irfandina said...

kiranya benar tindakan MB Perak tempohari adalah sesuatu yg bersifat terlepas pandang...maka seharusnya kredit harus diberikan kepada beliau kerana sanggup mengaku kesalahan dan bersedia mengadap tuanku sultan bagi memohon maaf...cuma apa yg agak dikesali ialah tindakan si karpal singh yg secara terus-terusan cuba mempertikaikan kuasa sultan dalam isu tersebut...kepada pendokong pas dan pkr yg berbangsa melayu/islam...bukalah mata tentang perilaku sebenar pemimpin dap terhadap bangsa melayu..seharusnya si karpal singh tidak mempunyai hak untuk memberi kenyataan ttg isu tersebut...apatah lagi beliau bukannya terlibat dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri perak....cuba bayangkan apa akan terjadi kepada institusi beraja dinegara kita sekiranya manusia seperti ini mempunyai kuasa di peringkat federal???..saya kira usahlah dituduh umno perak or gpms sedang mencari publisiti murahan...ini soal maruah bangsa..seharusnya kita perlu melupakan seketika ideologi politik apabila berhadapan dengan isu-isu seperti ini...jgnlah kita terlalu mengikut emosi...kelak yg rugi adalah diri kita sendiri...

abe MIE 'TERJAH' said...

MB Perak 'mencemar duli' mengadap sultan... kenapa Karpal singh tak bawa sekali... kata nak buat jihad dan kebaikan..PAS tak bunyi apa pasal nie...

PAS tak kisah sebab member dia yang buat salah, sokong adalah... PAS lagi sokong ladang babi sebab bersih dan tidak perlu 'mencemar duli' ke sana...

abe MIE ada lima sebab mengapa Karpal singh tidak mahu tunduk kepada Sultan...dan mengatakan yang Agong juga skripnya dibuat oleh kerajaan..
(cerita ini macam kisah syaitan tak mahu melutut di kubur nabi adam)

syaitan- Tok Guru juga kata akan berkawan dengan syaitan asalkan kalahkan BN dan UMNO. jadi siapa syaitan sendiri punya ingat lah...

(http://malaysialoni.blogspot.com)

My Freedom said...

Salam,

Pakatan Rakyat dah nak mencapai kemenangan. Mengapa masing-masing mudah "melatah"...

Jangan lupa diri...
Muasabahkan diri untuk meredakan keadaan yang ditunggu-tunggu oleh Barisan Nasional untuk mengambil kesempatan...

Tunaikan manifesto yang dijanji-janjikan....

My Freedom said...

S'gor lulus RM1 juta bantu mangsa di Burma
Jimadie Shah Othman | May 7, 08 9:57pm
Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan bantuan RM1 juta untuk membantu mangsa bencana alam di Burma.

Bantuan kemanusiaan itu akan disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia untuk diagihkan terus kepada pihak yang memerlukan di negara itu.

Yayasan Amal Malaysia juga dilantik sebagai koordinator untuk menyelaraskan pungutan sumbangan peralatan, pakaian dan bantuan lain, dengan pertubuhan bukan kerjaan (NGO) dan individu lain yang ingin menyumbang.

Perkara ini diumumkan oleh menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat exco petang tadi. Hadir sama ialah ahli exco, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail dan Teresa Kok.

Dr Halimah berkata, kerajaan negeri memilih Yayasan Amal berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini membantu mangsa bencana alam di Jogjakarta, Kashmir, Acheh, Sri Lanka dan India.

"Yayasan ini mempunyai biro perubatan dan kesihatan serta biro bantuan kemanusiaan. Sewaktu berlaku banjir besar di Johor dulu, kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan kemanusiaan mereka dengan jumlah yang sama (RM1 juta) juga melalui yayasan ini," katanya.

Pusat pungutan

Rodziah pula berkata, pusat pungutan akan dibuka di dua tempat iaitu ibu pejabat yayasan ini di Shah Alam dan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK), dekat Dataran Shah Alam.

"Kita akan buka dalam masa terdekat dan ada seorang pekerja akan menunggu di situ," katanya.

Teressa Kok pula berkata: "Setiap kali berkali bencana alam, kita lihat persatuan-persatuan agama, persatuan perubatan dan lain-lain tampil membantu. Kali ini kami mengalu-alukan mereka menghubungi kami."

Sementara itu, ketika mengulas tentang ‘kegagalan' kerajaan negeri menunaikan janji mereka dalam pilihanraya lalu, menteri besar berkata: "Ada yang boleh buat sekarang, ada yang tak boleh buat sekarang.

"Saya sebagai menteri besar Selangor, sebagai ketua eksekutif kerajaan Selangor mesti memutuskan bila benda ini akan dilaksanakan.

"Dalam manifesto kita tidak ada sebut bila akan dibuat. Kita baru dua bulan memerintah. Selepas rakyat menilai kita selepas 100 hari, kita akan senaraikan mana perlu dibuat. Sekarang kerja masih dalam proses," tambahnya.

Ditanya tentang kemungkinan cukai pintu diturunkan di negeri itu, Khalid menerangkan bahawa kerajaan mempunyai dua pilihan sama ada mengurangkannya (cukai pintu) atau memberikan fasiliti yang lebih baik untuk kadar yang dibayar.

Janji pilihanraya

"Keputusanan akan dibuat selepas kita sediakan belanjawaan untuk tahun depan. Lepas itu kita boleh tetapkan," kata Khalid yang juga Adun Ijok itu.

Khalid juga menegaskan komitmen kerajaan negeri tentang janji-janji lain.

"Soal air, contohnya, akan tetap berjalan 1 Jun ini. Saya lihat banyak negeri-negeri lain mula cemburu kepada kita. Ini contoh bagaimana kita mulakan usaha kebajikan kita," tambahnya.

Pada masa ini, menurut Khalid lagi, usaha yang lebih penting adalah bagaimana pendapatan negeri mesti dipertingkatkan.

Beliau berkata, kerajaan negeri mendapat respons positif dari pelabur dan kerajaan negeri mensasarkan Selangor menjadi destinasi pelaburan.

Buat masa ini, tegasnya, pelabur dari Timur Tengah, China dan India telah menunjukkan minat mereka.

Teressa Kok mengumumkan bahawa pagi ini, sebuah syarikat telah melawat beberapa tapak di Selangor dan menunjukkan minat melabur di negeri ini dengan jumlah pelaburan berbilion ringgit.

Khalid berkata: "Kita mempunya dua tugas iaitu hendak meningkatkan pembangunan Selangor dan memastikan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada rakyat.

"Pakatan Rakyat mempertingkatkan potensi pertambahan pelabur di Selangor. Ini menunjukkan bahawa kami mampu memberikan keyakinan kepada rakyat," tambahnya.


"Apahal ni??? nape duit ni tak digunakan untuk cukai pintu di selangor..."

Buat masa ini, bukan masa untuk bantu negara luar..bantu negara sendiri dulu...
Bak kata pepatah... Beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran...

Jangan buat atau ulangi kesilapan yang dilakukan oleh BN...

Saya bimbang nanti PRU 13 akan datang rakyat menganggap MANIFESTO PAKATAN RAKYAT hanya KISAH DONGGENG RAKYAT semata-mata...

Anda benci penyelewengan kuasa BN...saya pun begitu...Itu pasal saya menyokong pakatan anda...

meon_peon said...

Tergamakkah anda utk melihat jiran anda yg ditimpa bencana sehingga mnyebabkan kematian yg mencecah kira2 lebih 60 ribu org?

Bagaimana perasaan anda sekiranya ia berlaku kpd anda tanpa menerima bantuan drpd sesiapa?

Ke Arah Negara Berkebajikan...

Aswanzul said...

Assalamualaikum....

Ketuanan Melayu telah diuji berulang kali. Setiap kontrovesi yang timbul mnyebabkan kudis mnjadi barah yg sukar diubati... Tindakan Karpar yg celupar mempertikaikn Titah Yg Dipetuan Agong di Parlimen bau-baru ini menambahkan lg barah yng sedia ada. Orang Melayu lupa ke, mereka ini sdg cuba memecahkan perpaduan org melayu. Org Pas dgn bulanya, Org UMNO dgn Kerisnya dan Orang PKR dgn Keadilannya.....masing2 dgn Ideologi dgn harapan siapa yang lebih jaguh..., Cukuplah dgn kisah Rusuhan Kaum 13 MEI dimana pada masa itu Pembangkang yang Menang berarak sambil melaung, mengejek, mncabar ketuanan Melayu itu sendiri. Kita boleh kritik kerajaan tapi biarlah berhemah dgn masa yng sama membantu kerajaan yg dipilih rakyat tk kira Penyokong atau Pembangkang bersama2 utk meningkatkn taraf hidup rakyat.

Berlajarlh dari sejarah dimana Org Melayu dihina selama lebih 300 thn oleh Penjajah..

"Melayu mudah Lupa"...

krishna said...

Saya setuju 100% komen oleh sinarpru13 ia itu selesaikan
isu banner NATANG kat Trengganu
sebelum mengadakan apa jua siasatan
terhadap YB Karpal Singh kerana beliau hanya menyuarakan/menjelaskan
apa yang terkandung dalam Perlembagaan di Parlimen.Isu banner
itu adalah lebih dahsyat daripada
penjelasan oleh YB Karpal Singh.

arief haikal said...

same je bn ke, pr ke perintah....nasib rakyat tetap sama takde bezanya...yang kaya bertambah kaya yang miskin terus hidup merempat...janji-janji orang politik tak boleh dipercayai,poket sendiri je yang kembong...

kulatlapok said...

jebat pendekar,

salam buat jebatpendekar,

Salah telahan kamu tu, kalau dah parti sama tak perlulah adakan beberapa parti dalam Malaysia ni.

Cuba bayangkan kalu dalam satu parti je yang memerintah. Pembangkang pun tak ada, lingkup dibuatnya negara ini.

Mungkin boleh dibuat sistem parti "Planet Of The Apes".

kulatlapok said...

Lagi satu aku pun pelik Pemuda UMNO Perak yang gamaknya beria-ia membela pihak istana yang kononnya juga memperjuangan Ketuanan Melayu.

Dah buat pun laporan polis. Lepas tu masih tak puashati lagi provok lak kat TV3. (tv nipun ape lagi kalau tak sensasikan isu ni nanti orang-orang kuatnya habis kena tukar)dengan berita yang disampaikan berbunyi demikian (kalau aku tak tuli le);

"PEMUDA UMNO HAIRAN MB PERAK MASIH LAGI MEMBISU ISU KARPAL"

Aduh gelinya ketiak aku bila mendengar berita yang dimuatkan TV3 tu. Kepada wartawan TV3 kalu nak mengampu biarlah yang betul-betul sensasi contoh macam "MB Perak Geram Lalu Gigit Tengkolok Raja" atau "Karpal hilang Ingatan Terus Tukar Nama Sultan Karpal" baru le gempak berita tu.

Ini MB Nizar diam membisu pun Pemuda UMNO jadi hairan. Tak kan nak tergelak je bunyinya tu. Koorang dahpun buat laporan polis, bukan satu bukan dua malah disambut sorak gempita seluruh negara. Apa lagi tunggu je keputusannya. Nanti peguam negara tahu le nak kerjakan karpal tu (tak tahu le akta apa nak dikaitkan - mereka semua tu sedang cari jalanlah tu)

Kepada Pemuda UMNO Perak janganlah gundah gulana. Nanti keputusan akan diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Apa yang pastinya nama Pemuda UMNO Perak akan tercatat sebagai "PEMBELA HAK ISTANA" dan Ketua Pemudanya bakal akan menjadi YB hatta MB Perak yang ke ? suatu hari nanti.

ps* Sehingga kini aku masih tertunggu-tunggu cerita laporan polis untuk pengkianat istana di Terengganu.

sedang menunggu komen "abe Mie" yeoossssss........!!!!!!

hafszach said...

Semua tu alasan org2 yang berfahaman serta berakidahkan semangat Assobyiah..Kononnya tak nak masuk PAS sebab PAS bergabung dgn DAP..Selama ni BN bergabung dgn Komponen2 dari sabah yg terang2 bukan islam dan BN melantik datok JPairin Ketingan sbg ketua menteri tak pe pulak.. sedangkan Pairi ketingan itu adalah Ketua gerakan Kristian Asia tenggara.. Beliaulah yg merancang memurtadkan umat islam diseluruh nusantara.. beliau di iktiraf sebagai wakil misioneries oleh ketua padri dari verticam city malah berjuta2 dollar disalurkan kepada beliau bagi membeli akidah umat islam nusantara termasuik malaysia.. Sedangkan DAP ratanya cina yg beragama budha dan ada yg tidak berpegang kepada agama.. sejarah telah membuktikan penganut agama budha tidak pernah menjajah mana2 negara umat islam berbanding dgn Yahudi dan nasara ( kristian ) dan lupa ker dgn Perang salib atau mmg tak tahu tentang sejarah agama islam.. sbb tu ramai org2 terpelajar tak hormat dgn puak2 UMNO ni sebab BODOH serta malas belajar dan membuat kajian ada tu sampai malas berfikir sebab semuanya UMNO sumbat dalam tembolok mereka sampai mereka mati akal serta daya pemikiran..

hafszach said...

Mak sedara teman kat k. kangsar kata ramai org kg berlinangan air mata bila dpt berita MB Nizar yg mereka kasihi menang kes & masih lagi jadi MB Perak.. Dema suka bebeno dgn si Nizar ni udah le belajo tinggi dan cerodik.. buleh jd iman masjid, buleh uruskan jenazah dan buleh bg khutbah jumaat & tazkirah kalau nak dibandingkan dgn Zambry yg galak beno membiokan DUNnya kat Pangkor jd pusat judi / maksiat. org kg semua tahu yg zambry ada saham dlm semua projek maksiat tu..usah nak labun ler yeob.

hafszach said...

Anwar paling cerdik bpolitik. dulu anwar sengaja canangkan ahli BN akan lompat parti.( walaupun anwar tahu ianya tidak akan jd kenyataan ). Pada ketika tu UMNO kata lompat parti adalah perbuatan yang jelek dan tidak bermoral.skrg ni UMNO pulak menerima ADUN lompat Parti dan ianya terang2 tidak bermoral. Alasan UMNO anwar yg cadangkan dulu tidak mampu membersihkan imej UMNO.contohnya seorang anak kata nak merompak bapanya kata itu berdosa tiba2 bapaknya pulak yg merompak bila disoal-siasat bapaknya kata anaknya dulu yg cadang nak merompak jd bersalah adalah anaknya-boleh terima ke alasan tu.
Kehebatan Anwar mentafsir setiap kemungkinan yang bakal berlaku di dalam politik serta serangan yang bakal digunakan oleh musuh-musuh politiknya dalam UMNO cukup menakjubkan..
Anwar dah tahu awal2 yang UMNO akan beli ADUN2 pakatan rakyat utk tumbangkan kerajaan negeri2 yang dimenangi oleh Pembangkang sbb tu dulu Anwar yang war-warkan idea lompat parti sebab nak tgk reaksi UMNO.. tapi UMNO bongok ni tak dapat tafsir apa startegi dan muslihat Anwar sebenarnya sbb tu UMNO cuba nak gunal undang2 Anti lompat parti.. Sekarang ni UMNO telah terperangkap dgn muslihat Anwar. UMNO pikir mereka boleh guna alasan yg Anwar cadangkan lompat parti dulu.. masuk ke akal ke alasan bodoh UMNO tu.. UMNO tak bg org lain mencuri tiba2 dia pulak yg mencuri... Rakyat bukannya bodoh seperti kesemua Ahli serta penyokong UMNO yang bagaikan lembu yang dicucuk hidung tu..

hafszach said...

Baru-baru ini 13 hingga 17 Februari 2009, Sisters In Islam telah membuat Global Meeting for Equality and Justice ini the Muslim Family. Ianya dihadiri kira2 200 liberalis muslim seluruh dunia. Yang lagi pelik ianya dirasmikan oleh Penasihat PM bertaraf menteri Dato Shahrizat. Adakah kerana ahli-ahli Sisters In Islam yang banyak diangggotai oleh isteri dan anak-anak menteri tidak boleh disentuh. Mana perginya Mufti-Mufti especially Mufti Perak yang kononnya berani.

Diketahui umum, penubuhan Sisters In Islam dipelopori oleh Dr. Amina Wadud bekas Pensyarah UIAM P/Jaya. Dr. Amnia Wadud lah yang menggemparkan dunia apabila mengimamkan solat jumaat dan semayang campur aduk lelaki perempuan. dan perempuan tak pakai tudung pun semayang jumaat. Mana perginya suara yang kononnya akan mempertahankan Sultan.

Sepatutnya kita orang Islam kena mempertahankan Islam dahulu. Bukannya Sultan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...