Esok Pemuda PAS dijadual menyerahkan memorandum kepada Utusan di pejabatnya di Kuala Lumpur menuntut akhbar itu memohon maaf kepada umat Muslim.
PAS menganggap kartun disiarkan akhbar itu semalam sebagai menghina Islam, pandangan yang turut disuarakan Persatuan Ulama Malaysia dalam satu kenyataan semalam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan dilapor media menyamakan tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun itu dengan sebuah akhbar Denmark yang mencetuskan kontroversi global ekoran penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W. dan kartun lain berkaitan Islam.
Akhbar tersebut, Jyllands-Posten pada 2005 menerbitkan beberapa karikatur dan kartun memaparkan Nabi Muhammad S.A.W. dan gambaran lain yang dikaitkan dengan Islam, termasuk terorisme dan layanan terhadap wanita.
Pertembungan PAS dengan kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa dan akhbar dikuasai Umno itu meningkat lagi dengan tercetusnya kontroversi kartun itu.
PAS dan parti-parti pembangkang berperang mulut dengan pemerintah dan kumpulan-kumpulan pro-Umno menjelang perhimpunan Bersih kedua yang dijadual 9 Julai nanti.
Utusan Malaysia menjadi akhbar utama melaporkan berita dan menerbitkan komentar menentang perhimpunan itu.
Perkasa dilapor berpendapat kartun itu tidak menghina Islam tetapi sekadar menyindir pihak yang mendakwa rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes melibatkan zina dan rogol.
Isu pembuktian itu tercetus ekoran penyebaran rakaman video yang dikatakan memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.
Isu berhubung ketulenan dan kebolehgunaan rakaman itu sebagai bukti dalam kes zina menjadi pertikaian hebat melibatkan pelbagai kumpulan, paling utama parti-parti pembangkang dengan kumpulan-kumpulan propemerintah.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilapor sebagai berkata rakaman video itu sebagai "besi" yang tidak mempunyai pancaindera dan oleh itu tidak boleh menjadi saksi.
Mengulas isu sama, Zulkifli Noordin dalam satu tulisan panjang di blognya meningkatkan lagi kritikan terhadap PAS yang didakwa semakin berkompromi dengan perjuangan Islam.
1 comment:
Zombi Kg Pisang
Atas garis politik kita acap benar melatah & menanggung akibat yang lazimnya merugikan.
Ironisnya tukang2 latah ialah orang2 berwewenang - yang kena tanggung semua orang.
Kan kita RAMAI ulamak, BANYAK universiti, BERTIMBUN rujukan dll., kenapakah apabila berbangkit isu-isu yang begitu memerlukan kepada perbincangan, penyiasatan, penyelidikan, penghujahan dll., tanda kita ni manusia bertamadun apatah lagi penganut ad-deen Tuhan yang Esa - sebelum kita gatal mulut sangat nak memberi komen - kita guna akal yang dikurnia Allah nih.
Peredaran masa planet bumi nih antara lain menghasilkan pelbagai bende-bende baru (tak ada sebelumnya) - tak kiralah dibuat oleh orang Islam atau bukan Islam.
Kan Islam itu sepanjang zaman!
Kan keperluan menetapkan usul fiqh memerlukan penelitian yang berterusan yakni sentiasa merelevankan panduan wahyu yang diturunkan!
Memanglah di bawah hudud penetapan keperluan saksi (manusia) telah mantap diterima pakai - namun tidakkah di bawah takzir, contohnya, saksi dalam bentuk selain manusia bernyawa boleh dipertimbangkan?
Kan sangat dilestari kisah baju besi Saidina Ali KRW dicuri si Yahudi. Kan anaknya sendiri (manusia) tak boleh jadi saksi. Apa ke jadahnya si Yahudi itu diseret ke hadapan hakim? Baju besi tu lah "saksi". Semua orang tahu itu baju besi Saidina Ali KRW.
Betul Yahudi itu terlepas sebab hukum tak terima saksi ada kepentingan. Tapi "kesaksian" baju besi itu milik Saidina Ali KRW menjadi dalil untuk mengheret Yahudi itu ke muka pengadilan. Kalau tidak, atas dasar atau kesaksian mana Yahudi itu kena heret depan Kadhi?
Betul atau tidak, bak kata Mat Sabu tu.
Jadi kenapa rakaman video itu ditolak mentah-mentah tanpa disahkan ia rakaman yang sahih? Jika ada rakaman video sahih orang merompak kedai, membunuh, merogol dll., maka kesaksian bende tak bernyawa langsung tak boleh terima walau pun di bawah kategori lain iaitu bukan di bawah hudud.
Tidakkah apabila kita bersikap terlalu membataskan, menghadkan malah totok menolak hakikat kehidupan yang kononnya berbentuk baru - kita sendiri yang membina pagar berduri di sekeliling kita, yang akhirnya mengkatak-tempurungkan diri kita.
Tak bolehkah kita sabar sikit - cerdik sikit - guna secara wajar menahan bacul mulut kita yang kononnya TAHU SEGALA-GALANYA - dengan bersikap-bersangka baik (apa nama huznul zan) sesama Islam - dan kita anjur mana-mana perkara yang libatkan umum - kita jemput pakar2 bidang yang ada di UIA, di UKM, di Majlis Agama, di Persatuan Ulamak dll., yang bertaburan itu - mai duduk tengok/bincang/selidik/hujah - barulah buat keputusan.
Banggang takpe, tapi ini Benggok Sombong Miskin.
Masing2 nih hafal berapa kitab? Kitab kamu tu susun kat kabinet untuk megah ambik gambar ka? Macam Aziz Bari.
UMNO tu satu hal lah.
Tapi PAS sendiri yang dok ada Dewan Ulamak, Mursyidul Am, dah ada 2 kerajaan negeri, berpuluh ahli parlimen, beribu ustaz dan profesional - HANG BUAT APA??
Sejak isu video seks ni keluar - ada ka hang duduk mai elok2 sesama pakar hang sendiri untuk secara tertib, teratur tangani bende ni?
Ulamak dulu macam hang pa ka?
Harun Taib kata lagu ni, Mahfuz poligame kata lagu tu, Dr Dzul kata takdak lagu - Ni apa??
Bila orang kata kita tolak teknologi TANPA berpikir - macam mana?
Layan sangat Anwar tu .., pasal apa?
Tolonglah.
Post a Comment