Thursday, November 18, 2010

Mahathir beri petunjuk pilihan raya umum hampir

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilapor berkata BN mampu menang dalam pilihan raya umum akan datang dan menubuhkan kerajaan pusat, tetapi pada masa sama melahirkan keyakinan gabungan itu dapat merampas beberapa negeri Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu ialah input terbaharu Mahathir kepada pemerintah yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

BN kini kelihatan yakin untuk menghadapi pilihan raya umum, ketika pakatan parti-parti pembangkang berdepan pelbagai masalah.

Keyakinan BN ditambah dengan kemenangan dua pilihan raya kecil tidak lama dulu, kemenangan yang menamatkan gelombang kemenangan bergaya PR dalam siri pilihan raya umum sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Spekulasi rombakan kabinet juga meningkatkan lagi jangkaan pilihan raya umum makin hampir kerana rombakan itu bakal menjadi usaha terbaharu Najib menyusun parti-parti pemerintah bagi menghadapi pilihan raya.

Keperluan merombak kabinet dilihat kritikal untuk menangani kritikan terhadap pemimpin tertentu dan menjadikan gerak kerja pemerintah lebih berkesan.

Pemerhatian tokoh di luar kerajaan boleh dipandang serius berbanding pemimpin-pemimpin politik. Sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, bekas menteri Tun Daim Zainuddin meramalkan kemenangan besar pembangkang dalam pilihan raya umum tersebut.

1 comment:

Teruna Bugis said...

Mahathir setakat membebel selepas dia kurang diperdulikan oleh UMNO. Tekaannya yang kononnya UMNO/BN boleh merampas semula negeri2 dari PR hanya setakat cuba memberi sokongan moral kepada UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...