Tuesday, November 9, 2010

Kritik Anwar, Azmin: Zaid dapat sokongan ramai?

Sebelum ini, kritikan-kritikan Datuk Zaid Ibrahim ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, dua orang kuat PKR masih tidak terlalu tajam.

Tetapi, dalam sidang media hari ini, Zaid mengambil tindakan tidak boleh berundur lagi apabila terus menamakan Anwar dan Azmin sebagai punca masalah dalam PKR.

Isu ini sudah lama dibincangkan, dan dikaitkan dengan kedudukan presiden parti yang hanya berada di kedudukannya sebagai simbol tanpa kuasa presiden.

Tindakan berani Zaid ini mungkin didorong sokongan kuat banyak pihak, terutama golongan liberal dalam dan luar parti.

Sukar untuk dipercayai Zaid boleh bertindak begitu tanpa sokongan ramai. Ini juga memberi gambaran Zaid dipercayai oleh satu jumlah besar ahli dan penyokong di luar parti sebagai mampu untuk memimpin PKR - sekiranya tidak meninggalkan parti - dan gerakan liberal di Malaysia.

Apa yang menarik lagi ialah kehadiran Mustaffa Kamil Ayub bersama Zaid, yang menunjukkan seolah-olah ada kerjasama antara faksi Abim dengan liberal dalam PKR.

Mustaffa hari ini masih mahu meneruskan perjuangan merebut jawatan timbalan presiden walaupun didakwa kumpulan Abim semakin jauh daripada Anwar dan Mustaffa hanya dipergunakan untuk memperlihatkan ada proses demokrasi dalam PKR.

Tindakan Zaid hari ini bakal memberi impak besar kepada PKR, dan menjadi ujian sejauh mana PKR mampu bergerak sebagai parti yang tidak dikuasai sepenuhnya oleh Anwar.

5 comments:

mansor said...

satu kesilapan yang boleh diperbetulkan dalam rangka muhibbah adalah Zaid meminta maaf dan menarik diri daripada pertandingan. Adalah sesuatu yang tidak wajar bagi Zaid meletakkan PKR dalam situasi lemah dan terpaksa bertahan terhadap tohmahan dan serangan BN. walau apa pun kesilapan proses pemilihan PKR Zaid harus melihat proses yang begitu demokratik berbanding dengan parti lain di negara ini. Apakah Azmin telah tidak salah? Sukar untuk menidakkan tetapi proses pematangan PKR sedang jelas berjalan, memusnahkan dan membiarkan musnah melalui serangan pihak lawan terutama BN adalah perkara terakhir yang perlu dilakukan. Adalah malang Zaid telah lupa kepada matlamat induk PKR dan PR untuk membina PERUBAHAN. Matlamat yang hanya bisa terlaksana dengan mengukuhkan kapal di segara bergelora.

acah aje... said...

Saya tidak bersetuju langsung dengan pendapat SiasahDaily, usah menyambungkan lidah Umno pula disini....
Umno tidak perlu pertolongan SiasahDaily didalam hal ini.....

abi_mar zalzalah said...

UMNO dilihat begitu terdesak dalam mengekalkan kerusi keraajan menjelang PRU13 akan datang.. justeru DSAI harus berwaspada dengan permainan politik jangka panjang yg dilancarkan UMNO ...kemasukan zaid ke PKR harus diteliti kerana tindakan beliau begitu drastik dari hari ke hari..walaupun DSAI telah mengingat kan ahli supaya tidak membuat kenyataan terutama pada media BN ( utusan,RTM ,berita harian ) namun zaid tetap ingkar arahan,,di situ kita dapat baca rentak permainan politik zaid...ingat la zaid, DSAI bkn pemimpin yg bodoh ... disebabkan dia mahathir kelam kabut n sebab dia tsunami politik dimalaysia berlaku....kalo mahathir sendiri anwar mampu memberi tekanan, ini kan pula diri anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...