Tuesday, December 1, 2009

Kes liwat Anwar didengar bulan depan


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan “cabaran politik” ekoran gagal dalam usaha beliau untuk membatalkan kes liwat — yang kedua dihadapinya dalam 10 tahun.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang menolak permohonan Anwar pagi ini menetapkan tempoh sebulan iaitu dari 25 Januari hingga 25 Februari depan untuk mendengar kes beliau.

Meskipun diwakili oleh pasukan peguam terbaik termasuk Raja Aziz Addruse, Anwar gagal dalam usahanya untuk mengetepikan kes liwat ini.

Anwar berhadapan dengan kes liwat pertama sejurus selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada September 1998.

Jika disabit kesalahan Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, yang dilihat boleh menjejaskan kerjaya politik beliau dan peluang menawan Putrajaya dengan kerjasama PAS dan DAP.

Kini Anwar merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar memohon untuk membatalkan dakwaan liwat terhadapnya.

Hakim memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mengetepikan tuduhan terhadap Anwar tetapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu harus membuktikan dakwaan bahawa wujud niat jahat dan konspirasi politik di pihak pejabat Peguam Negara terhadapnya.

Justeru Zabidin menambah terserah kepada pendakwa raya untuk memutuskan bagaimana mereka hendak membuktikan wujudnya unsur penetrasi. Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azla, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Mohd Saiful, 24, merupakan bekas pembantu peribadi Anwar.

Perbicaraan kes itu pada mulanya ditetapkan 1 sehingga 23 Julai lalu tetapi ditangguhkan beberapa kali bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan Anwar.

Pada 23 November lalu, peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dakwaan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi.

Peguam R. Sivarasa berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful.

Sivarasa turut berhujah bahawa dakwaan terhadap Anwar tidak berasaskan bukti sebaliknya berat sebelah, menyalahi undang-undang, berniat jahat, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Beliau berkata mahkamah mempunyai hak dan kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonan membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu bagi mengelak pendakwaan yang menindas dan mempunyai niat buruk terhadap Anwar.

Sivarasa berkata pembabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes itu jelas menunjukkan niat jahat terhadap Anwar, memandangkan beliau disiasat oleh

Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan laporan polis terhadap beliau oleh Anwar membabitkan pemalsuan keterangan dalam insiden “mata lebam” ketika Anwar ditahan polis pada 1998.

4 comments:

ironseven said...

aittt...hospital kata takde kesan kena sontot pon pada juboq saiful still kena proceed kes ke? mmm...agaknye kalau ade pompuan dakwa kena rogol tapi takde kesan tusukan pada anunya pon rasanya mahkamah akan kata proceed the case...

ye lah, mcm kes dulu trivoli villa tak wujud lagi azizan dah kena sontot kat situ kan? dan hakim hacks tolak bila peguam anwar suruh check bontot azizan.

ish..ish..ish..

Ibanez_Swk said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ibanez_Swk said...

Kesian pulak dgn DS Anwar ni,dulu pun kes liwat,bebas saja x lama kemudian kes liwat lagi..adoiiiii,masa pilihanraya bkn main lagi si saiful pencacai BN tu,x kan nak tunggu piliharaya baru nak hu ha hu ha sana sini.

g-bay dude said...

sabare je la dato' seri...tunggu je PRU akan datang.dia nak sangat kena sontot kan??haa..PR menang nanti dakwa dia & masuk kan dia ke dalam ??biar dia dapat apa yang dia nak sangat kena.baru dia tau langit tinggi rendah.hukum karma pasti menanti.takbir!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...