Tuesday, December 29, 2009

Surat SPRM Sahkan Tiada Kes Terhadap Norza : Saksi


Mahkamah Sesyen di sini dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menghantar surat kepada Umno mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Datuk Norza Zakaria, bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang sedang menghadapi tuduhan rasuah.

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris mendakwa keterangan oleh saksi berkenaan dibuat kerana didorong oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza.

Saiful yang menyoal balas Husainy bertanyakan siapa yang menandatangani surat berkenaan kerana sebelum itu beliau memberi keterangan bahawa beliau "rasa ada surat berkenaan".

"Datuk Shukri (yang menandatangani surat itu), saya tak ingat nama penuhnya, dia seorang pegawai tinggi SPRM," kata Husainy yang turut tidak mengingati tarikh surat berkenaan.

Saiful kemudiannya berkali-kali meminta Husainy mengingati siapa "Shukri" berkenaan.

Muhammad Shafee kemudian mencelah: "Berapa ramai "Shukri" dalam SPRM?"

Pengarah Siasatan SPRM ialah Shukri Abdul.

Husainy, 64, berkata mengikut surat berkenaan, SPRM meminta Umno sendiri membuat siasatan dalaman dan SPRM tidak ada kes terhadap Norza.

Ketika soal balas sebelum itu, Muhammad Shafee berkata Husainy, yang juga anggota sekretariat Umno yang meneliti kes-kes politik wang, juga telah memaklumkan bahawa Lembaga Disiplin Umno turut mendapati Norza tidak bersalah.

Saiful kemudian menyoal balas Husainy: "Datuk, Lembaga Disiplin kata tidak bersalah, tapi tak semestinya orang itu tidak bersalah.

"Ada Datuk sedar ada agensi lain yang masih boleh lakukan siasatan juga?.

"Saya sedar," kata Husainy.

Perbicaraan kes itu yang bermula 10.30 pagi terpaksa ditangguhkan lebih awal kerana bekalan elektrik terputus pada 11.19 pagi.

Pada mulanya perbicaraan tetap diteruskan sehingga 1 tengah hari tetapi keadaan kurang selesa menyebabkan Hakim Azuar Che Yusof menangguhkannya ke 1 Feb tahun depan.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada anggota perwakilan sebagai dorongan untuk mengundi beliau memenangi dalam pemilihan bagi kerusi Majlis Tertinggi pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan pada 6.30 petang 20 Jan lepas di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini.

8 comments:

ilhamku said...

SIAPA SPRM :
BANYAK BUANG MASA SAHAJA :
RAJA RASUAH DILEPASKAN TUTUP MATA,
IKAN BILIS BUKA TERBELIAK BIJI MATA,
PIKIRLAH SPRM MALAYSIA NEGARA RASUAH,

KALAU DARI PIHAK PEMBANGKANG LAJU MACAM ULAR NAK MEMBELIT,
KALAU PUAK-PUAK DIA BERSAMA TUTUP MATA,LIHATLAH ......KERAJAAN RASUAH.
BUBAR SAHAJA SPRM MEMBAZIR DUIT RAKYAT SAHAJA BANYAK ORANG SUSAH NAK CARI DUIT.(DASAR UMNOBN ITU TAMAK)
LIBATKAN ORANG UMBN LAKONAN SEMATA-MATA DAH KENYANG TUNGUU LAMA SIKIT LEPASLAH UDAHLAH SPRM TUTUP LAH SENANG ......

adyseptember said...

kesian org yg keja dgn SPRM asyik dipersalahkan.Walaupun telah berbagai usaha utk dibaiki kelemahan.

tak kira la.. Jbtn kerajaan or NGO.SEmua tidak betoi..
siasatan Jenayah berkaitan Politik pun pun Lebih pecayakan pakar2 luar & doktor luar.

Kenapa Kemalangan Bas Sani yg mengorbankan 10org itu tak dibuat siasatan suruhanjaya??
kerana tiada kepentingan politik.

berbanding satu nyawa..??
Siasatan Beck Hock yg membazir duit saja.


itulah mainan Politik..
Dulu Dr.Mahathir dikata Mahafiraun..
Pak Lah si lebik..
sekarang tumpuan utk menjatuhkan Najib plak.

Apa nak jadi laa..
abis sapa yg betoi semua?
Org politik PR yg betoi.

jgn Lupa kakitangan Kerajaan pun
adalah RAKYAT!! bukan
POLIS,istitut keHakiman,SPR,JAKIM, SPRM,Suhakam ,GERAK,dll..
Mereka semua itu adalah Rakyat!!

blue_dream said...

memang patut pun buat suruhanjaya bas sani tapi kena buat juga suruhanjaya berkenaan enjin jet yang hilang tu skali betul x ady...enjin jet tu bukan besi buruk tau berjuta2 regenya

ironseven said...

mamat ni confirm tak bersalah...yg bersalah mcm khairy, ali, isa bebas je. apa le punya undang2 ni...2 ekoq katak di perak tu pon sure tak bersalah. yg bersalah hanya bilis yg makan alga. jerong yg makan kerapu gergasi dan dolphin boleh senyum lebaq....

best jugak tunggu kesudahan kes enjin jet yg hilang tu...

sakariya said...

Orang umno tak pernah buat salah....dia orang baik-baik belaka...selama ni tak seorang pun disabitkan dengan salahlaku rasuah!!!
Betul ke aku cakap ni????

ilhamku said...

RP DIBURU:ISU ARTIKAL LAPORAN MADIA ,
RAJA DADAH MAKIN BERSEPAH-SEPAH-80% JADI PENAGIH MELAYU,(Bangkai Bernyawa)Membazir Duit Rakyat/Negara,
Raja Rasuah melata Agensi Kerajaan?
Tak Pulak Jadi Isu Besar:IKAN BILIS JADI MANGSA,Aku Rakyat Malaysia,Peminpin Rasuah jadi JAGUH dan dipuja Maruah Islam duk Tepi,Cakap Bangsa Melayu Melalak-Melayu apa ada Habis Kena Jual,
Nampak ke Tak Nampak-ada perpatah -Merempat Di Bumi Sendiri....
Perbetulkan diri dari Hati Busuk Hasad Dengki Melayu:Berbaliklah kepada Roh Islam yg MULIA.
Jangan Berpolitik Menjual Negara apa yg ada Lalakan politik sahaja ,orang lain Juah kemana Melayu duk macam tu,(pasal politik)
Ubahlah Bangsaku.

Ibanez_Swk said...

Sakariya...
aku sokong kamu,org UMNO ni mmg x penah buat salah,tidak rasuah,tu lah klu ada tuduhan mmg x akn bersalah pun wakakakaka!!!
ko fhm2 lah hahahahaha!!! mcm satu rantaian juga UMNO-SPRM-SPR-POLIS-MAHKAMAH RAYUAN

adyseptember said...

Haloo...
editor Siasah...
tolong postkan cerita atau Vote untuk Penggunaan nama Allah bg agama kristian.
aku rasa isu tuh lg penting dari cerita pasal politik 24jam jer!!
dan aku berani jamin siasah takkan buat kerana Siasah pun sokong agama krisitan jugak.

anda bleh tengok ini..
http://www.youtube.com/watch?v=738vMmiIU24

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...