Sunday, December 27, 2009

Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli


PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut. "Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut. "Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

3 comments:

Hash NA said...

mereka tu semuanya nyamuk saja.Tahu hisap 'darah' saja...Sejak Pakatan memerintah tak banyak 'darah' dapat dihisap tu sebab mereka macam lintah kepanasan .Aku kenal separuh dari mereka orang kampung aku selama ni penyokong Umno...ada juga yang claim sokong pakatan masa pilihanraya dulu itu pun sebab kecewa dengan pemimpin Umno yang janji nak bagi ' darah' tapi tak dapat...

Proton Saga said...

itu semua orang bn yabg punya angkar kata mafoz . betul jugatu tak nampak pun orang yang berarak itu memakai kupiah.

Agaknya orang umno telah masuk pas musang bulu ayam.

dalam politik semua bolih jadi dulu haram sekarang halal. sana kena tipu sini kena tipu nanti pilihan rayaakan datang aku jadi pemaharati sahaja.

pergi niaga kacang rebus lagi baik.

blue_dream said...

bagus jual la kacang rebus nanti aku beli ye..tulis kacang rebus cap proton saga sedap punye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...