Friday, December 5, 2008

Kerana serang Najib, Zahar digantung?

Oleh Nazeri Samad

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 Disember 2008 lalu telah mengambil tindakan memecat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan menggantung keanggotaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun.

Pemecatan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru ini yang berkuatkuasa serta merta dan tiada sebarang rayuan tidak begitu memeranjatkan kerana beberapa siri tindakan beliau yang disifatkan agak keterlaluan dari sudut pandangan kepemimpinan tertinggi Umno.
Bagaimanapun, keputusan menggantung Zahar agak mengejutkan selepas tindakan yang sama dikenakan ke atas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail kira-kira dua bulan yang lalu.


Dalam kenyataan kepada media, Presiden Umno yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu bahawa penggantungan bekas Adun Taman Medan ini adalah kerana beberapa tindakannya yang menimbulkan perkara sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan dalaman.Difahamkan juga antara lain sebab Zahar dipecat adalah kerana menyertai laman-laman web pro pembangkang dan melontarkan ide-ide yang bertentangan dengan prinsip parti.


Berbeza dengan penggantungan Ahmad yang dikaitkan dengan isu perkauman, apakah releven penggantungan Zahar yang sekadar mengeluarkan ide bertentangan dengan prinsip parti di laman web pro pembangkang? Apakah ide Zahar terlalu sensitif sehingga boleh menyebabkan Umno akan berpecahbelah dan terus bermasalah?


Selepas keputusan teruk dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, Zahar dikatakan memberi pandangan agar kritikal terhadap kepemimpinan tertinggi Umno termasuk Abdullah dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurut maklumat, dalam beberapa siri mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Selangor, Zahar seringkali mempertikaikan kewibawaan Abdullah dan Najib sehingga ke tahap kedua mereka perlu meletak jawatan di samping kritikan pedas terhadap Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Tan Sri Muhamamd Mohd Taib.


Sebelum berlakunya tekanan sehingga menyebabkan Abdullah melepaskan jawatan Presiden pada Mac depan, Umno bahagian Petaling Jaya Selatan itu dikatakan mahu mencalonkan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden. Selain daripada Gua Musang dan beberapa bahagian Umno yang dikenalpasti akan mencalonkan Tengku Razaleigh, Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan adalah di antara bahagian yang hebat mahukan bekas Menteri Kewangan ini.

Bagaimanapun, apabila keseluruhan mesyuarat pemilihan bahagian-bahagian Umno (melainkan Umno Bahagian Gua Musang) telah sebulat suara mencalonkan Najib, Zahar akur dengan kehendak akar umbi. Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan turut mencalonkan Najib sebagai Presiden.

Selain daripada kritikan di dalam mesyuarat Perhubungan Umno negeri, tindakan luar biasa yang dilakukan Zahar adalah mengedar risalah kepada seluruh kepemimpinan Umno bahagian-bahagian seluruh negara. Sama ada beliau terbabit mengedar risalah yang mempertikaikan kepemimpinan Abdullah dan Najib atau tidak namun hampir semua Ahli Jawatan kuasa bahagian-bahagian Umno telah menerima risalah yang dipos.

Risalah terbabit adalah mengandungi kenyataan Zahar sendiri dan beliau tidak pernah menafi membuat kenyataan demikian.Berkemungkinan ada pihak `tertentu’ yang cuba menjatuhkan Abdullah atau Najib namun nama Zahar sudahpun terjejas sedikit.


Tekanan terhadap Abdullah dan Najib disifatkan sebagai `terlalu berat’ apabila Zahar mengaitkan isu pembelian helikopter `Eurocopter untuk menggantikan Nuri. Kontraversi pembelian helikopter terbabit apabila Zahar yang juga pengerusi Mentari Services Sdn Bhd telah menulis surat kepada Najib pada 7 Oktober 2008 lalu yang mempersoalkan keputusan secara tergesa-gesa Kementerian Pertahanan menandatangani surat niat (LOI) dengan firman Jerman-Perancis Eurocopter.

Menurutnya, surat LOI terbabit ditandatangani tanpa melalui proses penilaian dan diluluskan dua hari sebelum Najib yang juga Menteri Pertahanan ketika itu berpindah potfolio ke Kementerian Kewangan.

"Kami tidak ketahui samada wakil dari Eurocopter dan Augusta Westland dipanggil oleh pasukan penilai untuk perundingan dan menyediakan penjelasan lanjut berhubung tawaran yang dibentangkan mereka, tetapi wakil daripada Kelowna dan Sikorsky tidak pernah dihubungi sama sekali”.


Tawaran kepada anda (Najib) daripada syarikat kami untuk menyediakan helikopter Kazan MI-172 untuk digunakan dan diuji oleh angkatan tentera selama enam bulan tidak pernah mendapat maklumbalas daripada kamu. Tawaran oleh Sikorsky untuk penerbangan ujian helikopter S-92 buatan syarikat terbabit juga tidak dilayan.


“Cara pemilihan helikopter Cougar EC-725 menimbulkan kesangsian jika kementerian di bawah pimpinan anda sememangnya serius, bersih dan boleh dipercayai dalam usaha untuk menilai semua tawaran yang dibuat daripada pembida atau adakah kemungkinan proses penilaian tersebut hanya satu gimik ketika (anda) telah pun merancang dari awal lagi untuk membeli Cougar EC-725 untuk tujuan tertentu," antara kandungan yang di sebut di dalam surat Zahar itu.


Isu ini juga pernah disentuh oleh Pengerusi Jawatankuasa Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid yang menjalankan siasatan terhadap hasrat pembelian terbabit telah mengumumkan bahawa aspek teknika pembelian helikopter perang itu dibuat secara profesional.

Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat oleh beliau di Parlimen itu tidak memuaskan hati pelbagai pihak yang seterusnya mahukan siasatan itu dilakukan melalui Suruhanjaya Diraja yang perlu ditubuhkan khusus untuk menyiasat pelbagai aspek termasuk unsur rasuah dan keselamatan anggota tentera terhadap pembelian terbabit.

Walaupun Abdullah sebagai Menteri Pertahanan menangguh atau membatalkan pembelian helikopter ini, namun Zahar sudahpun menerima padah. Tindakan beliau telah dibayar dengan harga digantung dari parti selama tiga tahun.


Samada Zahar emosional atau wujud `masalah tersembunyi’ dalam isu terbabit hanya Ahli Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat pada 2 Disember lalu yang mengetahuinya. Apakah Najib tidak terbabit dalam usaha untuk menggantung Zahar ini?

16 comments:

Admin said...

Memang betula kata Datuk Zaid, UMNO ni dah parah sangat. Tak bolih nak dibaiki lagi, tinggal tunggu mati je.

Kesian pencacai-pencacai UMNO.

anonymous said...

PostPosted: Fri Dec 05, 2008 12:23 pm

Post subject:

Untuk Yang Anti-UMNO:
Apa Jasa PAS/PKR..?


Saudara..Salam jumaat saya hulurkan..semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah selalu.

Saudara..Jika kita sebagai manusia yang berakal dan berakhlak mulia, pastinya kita akan mengenang jasa mereka yang pernah atau telah berjasa kepada kita..Namun jika kita tanamkan sifat benci kita kepada mereka yang telah berjasa kepada kita dan keturunan kita, pastinya kita mempunyai sebab tertentu samada telah termakan hasutan orang lain atau mengikut perasaan 'hati busuk kita..Kita juga mudah termakan kata2 mereka yang kononnya lebih 'mulia' sedangkan mereka ini tidak pernah pun berjasa kepada kita..Mereka ini hanya menjanjikan 'pahala' dan 'syurga' walhal dalam masa yang sama mereka ini menamkan sikap yang diluar batasan Islam.

Saudara..Persoaln saya, apakah jasa PAS/PKR kepada saudara sehinggakan saudara menganggap UMNO sebagai musuh..Untuk rekod, PAS/PKR tidak pernah memerintah Malaysia dan tidak pernah membuat apa2 pun untuk kita selama ini..Harus diingat, apa jua yang kita nikmati sekarang bukannya datang dari PAS/PKR.

Fikir2kan!!

souls said...

patutnya malaysia lagi maju dari nsingapura..kerana malaysia ni sumber alam dia banyak..mlimpah2...tapi tengok la ekonomi..jauh tinggal..hurmm pasal apa? pasal corrupt...

Coma Of SOuls said...

aku ni x pilih parti...aku pilih pemimpin.kalau pemimpin tuh bekerja kerana ALlah..aku pilih dia..kalau dia berkerja untuk mangkayakan keturunan dia..ingat..aku x halalkan apa yang dia ambik daripada aku yang sebagai rakyat marhaen...

allen said...

anonymous said...
Saudara..Persoaln saya, apakah jasa PAS/PKR kepada saudara sehinggakan saudara menganggap UMNO sebagai musuh..

December 5, 2008 8:43 PM
PAS PKR belum memerintah mane ko tau!? Pendek akal ko nih.....

Jangan kite terlalu mengenang jasa² BN/UMNO dengan terlalu mengimbau masa lalu. Sebaliknya kita manusia ciptaan Allah yg bijaksana seharusnya membuka mata, berfikir mane baik mane buruk dan memandang ke depan! Wassalam....

perunding said...

orang yg asyik nak marah je ni..
apa ..syndrom apa..yg kena kat org nak tua...menopause..apa ntah.cu tanya drNov tu..

kita dah settle pasal kerjasama antara kaum.depa asyik berapi pasal tu..

mat_terab said...

itulah umno sikap asabbyah nya tak habis-habis

aisal said...

Salam...........
"KERANA SERANG NAJIB, ZAHAR DIGANTUNG"

Menarik kn bila dengar isu ni....Napalah negara kita jadi gini...Sesungguhnya matlamat perjuangan UMNO dahulu agaknya dh lari dari landasanya...Semua pemimpin atasan x boleh ditegur seakan2 maksum dari melakukan sebarang kesalahan. Mana2 yg berani tegur akan dapat hadiah istimewa...gantung...pecat.....
Adoiiiii..seksanya berjuang dlm UMNO...hidup kena selalu jadi pak turut dan yes man jer...teringat kisah saidina Umar ketika mula-mula jadi khalifah yg meminta rakyatnya memberi teguran dan menghukum akan dia jika dia melakukan kesalahan. Kenapa ini tidak terjadi kepada pemimpin kita...Bukahkah Datuk zahar tegur tu untuk kebaikan negara. Kalau x ...rasanya dh lesap duit negara mcm tu la nampak gayanya....dh mmg dasar UMNO mcm tu ...dasar Projek..mana ada peluang cikit terus di rembatnya. WALAUPUN TAK KALA ITU Negara mengalami masalah kemelesatan ekonomi dan kehidupan rakyatnya amat tertekan dengan segala kesengsaraan ..Makasih Datuk zahar..terima kasih yang tidak terhingga.. datuk telah berjaya menyelamatkan wang rakyat daripda menjadi mangsa seperti pembelian kapal selam dahulu.tetapi datuk ..alangkah manisnya kalau teguran datuk lahir dari keikhlasan hati dan bukanya kerana perasaan amarah yaNg melampau kerana tidak diberi projek pembekalan helicopter tu....?
Saudara...satu persoalan " ADAKAH PERJUANGAN SEBEGINI DAPAT DITAFSIRKAN PERJUANGAN SEORANG PATRIOT UNTUK NEGARANYA "

Amir Hamzah said...

Salam Ziarah,

Mohon saudara perbetulkan gambar yang disiarkan. Gambar yang dinyatakan adalah En. Zahar Hashim Zainuddin, Naib Presiden, MISC Berhad dan bukannya Dato' Zahar Hashim daripada UMNO. En. Zahar sedang melakukan Haji di Makkah dan saya mengharapkan Siasah dapat memastikan gambar yang betul selepas ini.

Perawi said...

Bersatu dalam Pakatan Rakyat, bagi tumbangkan BN dlm Pru13 nanti. Perubahan pimpinan adalah satu kemanisan, yg rakyat nikmatnya nanti, harga barang akan turun dgn cukai dikurangkan....Takbir
....Allahuuakbarr

harfad sufian said...

Saya bersetuju dengan En Amir Hamzah di ruangan komen ini.

Diminta tuan editor untuk membetulkan gambar sisipan artikel ini.

Gambar ini bukan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan tetapi merupakan Naib Presiden MISC Berhad.

Mungkin tuan editor mendapat gambar berkenaan setelah menggunakan perkataan "Zahar Hashim" di laman carian Google Image seperti berikut: http://images.google.com/images?hl=en&q=Zahar%20Hashim&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wi

Diminta pihak tuan untuk memastikan gambar sisipan adalah tepat di masa hadapan kerana mungkin boleh menimbulkan salah sangka.

Sekian

zulkarnain ibrahim said...

sudahlah kapten zahar orang taman medan tahu siapa kamu.adakah dia kata kat penduduk taman medan semasa pilihanraya lalu letak beruk pun boleh menang,dia ingat orang taman medan tu kayu.macamana dia menjatuhkan karier politik hj wahab.meletakan calon yang sombong dang hanya berkelulusan stpm yang tak tahu berapa prinsipal.setelah berjaya menyogok khir toyo sebanyak 200,000.00 untuk bercuti di australia selama 2 minggu.dan orang sini juga tahu rasuah dan segala perihal tentang anda.jangan duk berdalih.memang patut dia digantung.mcmana tanah setinggan dimanipulasi oleh kapten zahar.kepada pengarang sila siasat Kapten zahar.kalau tidak percaya turunlah ke taman medan...

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

utk dapatkan berita2 PRK Kuala Terengganu, sila lawati:-

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Unknown said...

UMNO lama telah mati dan jasa2nya telah berkubur sekali... UMNO yang ada sekarang adalah UMNO baru yang tiada jasa kepada rakyat pun!!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

abe dah tulis dalam blog dah....bacalah yeee sebab pas akan guna strategi BABI iaitu "bring anok bini in...." dan misi KT iaitu "kuat temberang..."

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

aisal said...

Sya rasa OTAI tu stand for ORG TAK ADA IDEA bknya Otak Tenang Akal Inovatif....xgitu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...