Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Sabda Nabi sallallahualaihi wasallam:
"Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan tarikan sekaligus
daripada manusia, akan tetapi ditarik ilmu dengan kematian ulama
sehingga apabila tidak ada ulama, manusia akan mengambil daripada
ketua-ketua yang jahil, orang bertanya dan mereka memberikan fatwa tanpa
asas ilmu lalu mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (Hadis sahih
riwayat Imam Muslim.)
Umat Islam di Malaysia pada hari ini menyaksikan pulangnya ke
Rahmatullah seorang lagi tokoh ulama dan murabbi, Allahyarham Tuan Guru
Datuk Harun Taib akibat keuzuran dari penyakit yang beliau hidapi.
Al-marhum tuan guru adalah ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan ahli Majlis
Syura Ulama PAS.
Nama al-marhum tuan guru begitu sinonim dengan tarbiyah dan
perkaderan.
Boleh dikatakan majoriti pimpinan yang mengisi saf
kepimpinan jamaah pada waktu ini pernah merasa didikan tarbiyah secara
langsung daripada beliau. Buah fikiran al-marhum, antaranya yang berkaitan
siasah, qiadah dan wala serta taadud jamaah melatari silibus usrah PAS.
Komitmen al-marhum terhadap ilmu amat jelas. Seorang penulis karya
dakwah yang prolifik, al-marhum merupakan antara segelintir kecil anak
Melayu ketika zamannya yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat PhD di Universiti al-Azhar yang memang diketahui umum sebagai
sangat-sangat sukar.
Keilmuan yang ada pada al-marhum menjadikan beliau
antara pakar rujuk utama penggubalan enakmen hudud negeri Kelantan dan
Terengganu.
Al-marhum juga terkenal dengan sikap tegas di dalam menjelaskan
pendirian jamaah sehinggakan dalam banyak isu, beliau dianggap
sebagai menongkah arus.
Ini dapat disaksikan dalam komentar beliau
mengenai isu kerajaan perpaduan pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, penggunaan kalimah
Allah dan peningkatan fahaman liberal dan pluralisme agama dalam masyarakat.
Pada waktu ramainya ahli-ahli politik masa kini yang mengambil pendirian
populis, al-marhum tidak apologetik dan berani di dalam keyakinannya
melahirkan pandangan yang boleh menjelaskan jati diri Islam dan PAS.
Sesungguhnya pemergian murabbi agung ini adalah satu lagi tanda Allah SWT sedang menjemput pulang mereka yang fakih akan agamaNya dan semakin
dekat pula hari penentuan.
Al-Marhum Tuan Guru Datuk Harun Taib meninggalkan seorang balu Datin
Fatimah Ibrahim dan lima orang anak. Anak al-marhum, Ustaz Hilmi Harun
kini menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Manir yang pernah di sandang oleh al-marhum.
Semoga ruh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan salihin. Al-Fatihah.
Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS.
Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Saturday, January 25, 2014
Sunday, January 19, 2014
Apa makna kangkung Najib?
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini
mencetuskan trending di laman-laman sosial apabila ucapannya yang
menyebut contoh harga sayur kangkung yang turun menjadi bahan lucuan orang ramai.
Najib dalam ucapannya semasa majlis memberi bantuan menyebut sayur kangkung yang turun harga sebagai contoh barangan yang tidak naik harga, dalam usahanya meredakan keresahan ramai disebabkan harga barangan yang terus naik.
Sejurus memberi ucapan itu, kangkung dijadikan satu topik lucu dan sinis di laman-laman sosial, mencetuskan pelbagai hashtag dengan topik kangkung.
Pelbagai status, kenyataan dan komen secara sinis mengangkat topik kangkung, termasuk melibatkan pemimpin politik.
Dari sudut yang lebih serius, ucapan Najib itu dinilai sebagai tidak menjawab persoalan lebih besar kenaikan kos hidup yang meliputi bahan makanan, keperluan asas seperti elektrik, pengangkutan dan bakal ditambah dengan cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mula diperkenalkan tahun depan.
Melalui kenyataan ini, Najib mengambil satu sudut yang sukar dan memberikan penjelasan yang tidak menjawab keresahan orang ramai berhubung kenaikan kos yang menyeluruh.
Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kangkung hanyalah satu contoh ada benarnya, tetapi hakikat bahawa kangkung dipilih untuk dijadikan contoh menunjukkan yang sangat sedikit (atau mungkin hanya satu) barang yang turun harga, sedangkan kos-kos lain terus meningkat.
Kenyataan lucu ini menambahkan lagi senarai kenyataan beliau yang pelik, lucu atau sangat tidak kena tempat sepanjang menjadi perdana menteri, menimbulkan persoalan tentang keprihatinannya dalam membuat ucapan dan pera-nan penasihat-penasihat yang sepatutnya membantu dalam hal ini, dalam usaha memelihara imej dan kredibiliti Najib sebagai perdana menteri.
Najib sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan yang mengundang reaksi negatif orang ramai, akibat sifatnya yang kelihatan tidak perlu, tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak cermat.
Disember 2013 yang lalu, dalam satu usaha mempertahankan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menceritakan dua jasa isterinya itu dalam satu ucapan semasa Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.
“Ada dua jasa isteri saya yang belum saya terangkan, yang tak pernah saya maklumkan sebelum ini,” Najib dipetik sebagai berkata.
Jelasnya, dua jasa Rosmah itu ialah membantu membebaskan seorang pelajar Malaysia yang disalah anggap sebagai pengintip di Mesir dan membantu pelajar Malaysia transit di Jeddah dan kemudian ke Kuala Lumpur tanpa visa, dalam operasi menghantar pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika kebangkitan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.
Mac tahun lalu, dalam kempen di Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Najib mengajak rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat kerana didakwa telah melakukan “tujuh dosa besar” yang termasuk mengadakan kerjasama politik dengan DAP.
Najib dalam majlis di Tanah Merah itu menyenaraikan tuduhan beliau berhubung dosa PAS sebagai membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, gagal mengurus Kelantan dan membenarkan pemimpin DAP membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing.
Pada Mei 2012, ketika mengecam pembangkang berhubung isu kontroversi penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia, Najib yang marah menyebut “haram jadah.”
Najib mempersoalkan peneroka yang menerima wang “durian runtuh” tetapi pada masa sama menentang penyenaraian FGVH.
Pada Mei 2011, mengulas laporan kematian Osama bin Laden, Najib mengemukakan pandangan bahawa kematian pemimpin militan itu boleh menyumbang kepada dunia menjadi lebih “aman, selamat dan adil.”
Pandangan satu hala dan simplistik itu dikritik ramai, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai tidak cermat dan cuba menampakkan diri sebagai penyokong Amerika Syarikat.
Sebelum itu, pada Februari tahun yang sama, Najib dalam satu wawancara bersama media Turki dilaporkan mengaitkan gerakan Ikhwanul Muslimin dengan keganasan.
Kenyataan Najib itu dilihat menuduh Ikhwan sebagai terlibat dengan keganasan dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam pilihan raya.

Labels:
analisis,
Berita,
BN,
Ekonomi,
Masyarakat,
Media,
Pakatan Rakyat
Thursday, January 16, 2014
Politik global 2013: 5 buku pilihan
Tahun 2013 telah menjelaskan lagi dengan lebih terperinci
perkembangan sejak 2011 dan 2012, seperti kemerosotan kuasa dan pengaruh
Amerika Syarikat secara relatif, atau boleh disifatkan sebagai
kemunculan sebuah dunia pasca-Amerika, persaingan dan pertikaian di
rantau Asia-Pasifik melibatkan China dan negara sekitar, penyebaran
demokrasi oleh AS, perkembangan politik yang disifatkan sebagai
kebangkitan Syiah di Asia Barat dan persaingan kuasa-kuasa besar
meluaskan pengaruh di negara-negara bekas Soviet.
Berikut lima buku yang dipilih sebagai yang paling menjelaskan perkembangan penting politik dunia tersebut, yang merupakan antara isu kritikal politik global dalam era masa kini. Buku-buku ini dipilih berdasarkan nilai kajian dan isu besar politik global semasa yang dikemukakan.
1. Shiism and Politics in the Middle East oleh Laurence Louer, Columbia University Press, 2012.
Kajian yang menjelaskan Syiah dan hubungannya - dan juga pemisahannya - dengan politik di Asia Barat. Mengemukakan penjelasan lain isu penguasaan Iran dalam dunia Syiah yang selalu menjadi konsensus dalam perbincangan mengenai isu ini. Menjelaskan sejauh mana - dengan lebih mendalam berbanding The Shia Revival: How Conflicts within Islam Will Shape the Future karya Vali Nasr - Syiah dan Iran dilihat sebagai satu dalam kalangan komuniti Syiah di negara-negara Asia Barat lain dari Lubnan ke Bahrain, termasuk perkembangan terkini berhubung pandangan terhadap ulama rujukan (marja), dan sejauh mana Bahrain yang dikuasai politiknya oleh komuniti Syiah akan menjadi sekutu kuat atau agen kepada Iran.
Kajian ini relevan disebabkan isu Syiah yang semakin menjadi topik sentral dalam perkembangan di Asia Barat dan seluruh dunia Islam, isu yang mencetuskan keganasan dan kempen propaganda sektarian, menyentuh peristiwa politik utama yang melanda dunia hari ini, iaitu konflik Syria.
2. Samudra Manthan: Sino-Indian Rivalry in the Indo-Pacific oleh C Raja Mohan, Carnegie Endowment for International Peace, 2012.
Buku yang menambahkan karya tentang kebangkitan kuasa ketenteraan China di lautan, daripada Lautan Hindi ke Pasifik, dari perspektif India, kuasa pesaing China. Meneruskan bentuk penilaian seperti dilakukan oleh Robert Kaplan melalui Monsoon: The Indian Ocean and the Future of American Power, dan menggunakan tarikan istilah popular masa kini, Indo-Pasifik - yang dipopularkan kembali oleh kertas putih pertahanan Australia di bawah Perdana Menteri Tony Abbott - yang sebenarnya agak terlalu luas. Buku yang memberi penekanan pada kebangkitan dan potensi ancaman China di rantau Asia-Pasifik. Turut menegaskan peranan penting yang perlu dimainkan oleh AS dalam menangani kebangkitan China dan persaingan India dengan China.
Buku yang menyentuh isu politik yang panas pada masa ini, melibatkan kebangkitan ketenteraan China di rantau Asia-Pasifik, dan persaingan kedua-dua kuasa China dan India meningkatkan keupayaan ketenteraan laut lepas.
3. US Foreign Policy and Democracy Promotion: From Theodore Roosevelt to Barack Obama disunting oleh Michael Cox, Timothy J Lynch dan Nicolas Bouchet, Routledge, 2013.
Topik penyebaran demokrasi terus menjadi satu isu yang divisif dalam kalangan pemerhati dasar luar AS, dan sering dinilai sebagai helah mengukuhkan penguasaan AS dalam orde dunia. Mengemukakan diskusi meliputi asas falsafah penyebaran demokrasi AS - dan sama ada wujudkah apa yang disebut sebagai "penyebaran demokrasi" itu - dan penilaian rekod presiden yang terlibat dalam meluaskan demokrasi melalui dasar luar mereka, hingga ke presiden terakhir Barack Obama, yang dikait dengan kesedaran di Mesir hingga mendorong protes yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak. Buku ini membawa diskusi penting topik kritikal dalam era yang mencabar kepada Washington pada masa ini, ketika demokrasi dinilai dengan lebih kritikal berhubung manfaat yang dapat diberikan.
Buku yang sangat relevan pada masa ini, pada era penyebaran demokrasi berlaku di seluruh pelusuk dunia dari Afrika Utara hingga ke Asia Tengah dan Asia Tenggara, dengan peranan yang bukan kecil daripada AS dan badan-badan bukan kerajaan AS.
4. No One's World: The West, The Rising Rest, and the Coming Global Turn oleh Charles A Kupchan, Oxford University Press, 2012.
Selepas The Post-American World oleh Fareed Zakaria, No One's World, walaupun jauh kurang popular, mengemukakan kajian yang lebih mendalam dan memberikan gambaran lebih jelas berhubung kemunculan dunia pasca-Amerika. Mengemukakan pandangan bahawa dunia pasca-Amerika bukan dunia konsensus Beijing atau konsensus lain yang sering diperkatakan, atau kemunculan hegemon lain sebagai pengganti tetapi satu disensus global, tanpa satu kuasa yang dominan seperti AS masa kini. Seiringan dengan itu, demokrasi liberal yang dilihat sebagai sistem yang sepatutnya menjadi pilihan turut berdepan saingan sistem lain yang dibawa kuasa-kuasa selain AS seperti China dan Brazil.
Buku yang memberikan penilaian terhadap masa depan orde liberal antarabangsa, melibatkan aturan kuasa dan sistem urus tadbir ekonomi global (termasuk kedudukan tertinggi dolar AS), yang kini mula kelihatan tercabar oleh kebangkitan kuasa-kuasa lain. Buku ini juga dapat menjelaskan diskusi popular di media mengenai kebangkitan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) dan terkini, MINT (Mexico, Indonesia, Nigeria dan Turki).
5. Great Games, Local Rules: The New Great Power Contest in Central Asia oleh Alexander Cooley, Oxford University Press, 2012.
Tidak seperti banyak kajian lain, Cooley menegaskan peranan tersendiri negara-negara Asia Tengah dalam menghadapi percaturan dan tekanan kuasa-kuasa besar AS, Rusia, dan China. Hal ini antaranya diperhatikan melalui tindakan kerajaan Kyrgyzstan dan Uzbekistan yang menjadi lokasi pangkalan tentera dan direbut oleh kuasa-kuasa AS dan Rusia, pangkalan dan akses yang menjelaskan pengaruh kuasa-kuasa terbabit. Kyrgyzstan mendapat perhatian akibat tindakan berprofil tingginya menuntut sewa lebih tinggi daripada AS untuk kekal di pangkalan udara Manas, dan pada masa sama menerima bantuan Rusia dan berjanji menamatkan kehadiran tentera AS di pangkalan itu. Turut memberi perhatian khusus kepada protes besar-besaran Revolusi Warna, yang bukan sahaja menunjukkan pengaruh luas AS, Barat dan Rusia, tetapi juga kesediaan rejim-rejim Asia Tengah terbabit menyesuaikan strategi menghadapi cabaran pendemokrasian ini.
Memperincikan lagi persaingan geopolitik rantau ini, dan turut mengemukakan satu gambaran masa depan pasca-Amerika, melibatkan kredibiliti AS yang berkait dengan tindakan dalam negara. Kajian yang penting untuk mendalami rantau penting yang agak kurang mendapat perhatian ini. - Januari 13, 2014

Wednesday, January 8, 2014
Protes turun buktikan pemerintah semakin lemah
Perhimpunan protes Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Turun, yang bermula pada malam 31 Disember lalu telah
berlangsung tanpa sebarang insiden ganas yang dibimbangi sesetengah
pihak, walaupun pihak pemerintah memberikan gambaran menakutkan tentang
perhimpunan itu.
Satu kejayaan besar pihak Pakatan Rakyat dan gabungan kumpulan yang berdemonstrasi menunjukkan protes terhadap pemerintah Barisan Nasional dalam perhimpunan ini ialah kemampuan memobilisasi jumlah rakyat yang ramai untuk menyertai perhimpunan.
Kemampuan ini ialah satu petunjuk penting kepada peninggkatan pengaruh PR dan sekutu berbanding pengaruh pemerintah (pentadbiran Najib), apabila halangan-halangan yang diwujudkan untuk mengelakkan orang ramai menyertai perhimpunan itu ditolak dan diabaikan begitu sahaja oleh peserta-peserta.
Dalam hal ini, PR dan sekutu telah berjaya membuktikan sekali lagi yang keengkaran sivil (civil disobedience) telah dapat dilaksanakan secara besar-besaran dengan usaha yang agak minima.
Sejak bermula protes Bersih - dan protes isu-isu seperti ISA dan sebagainya - secara besar-besaran kebelakangan ini, keengkaran sivil telah menjadi sesuatu yang semakin normal, dan semakin mudah berlaku dalam skala yang besar.
Pemerintah yang bersungguh-sungguh menghalang dengan pelbagai cara termasuk kempen melalui media massa telah tidak diendahkan, sehingga berpotensi mendedahkan lagi kelemahan dan kehilangan kawalan, sekaligus menjejaskan kredibiliti sebagai pemerintah.
Perkembangan ini jelas amat berbeza dengan keadaan suata masa dahulu, apabila pemerintah tidak perlu berusaha keras dalam memburukkan pihak pembangkang, dan orang ramai mudah mendengar dan patuh pada kehendak pemerintah.
Ini semua menyumbang kepada peningkatan populariti PR, kerana dilihat sebagai pihak yang berpengaruh dan dapat mengawal keadaan semasa, dan penghakisan pengaruh dan autoriti pihak pemerintah.
PR telah berjaya menghalakan sentimen kemarahan terhadap BN, yang telah berbina sejak bertahun lalu ekoran pelbagai masalah yang melanda rakyat, terkini peningkatan kos hidup yang mendadak.
PR juga telah menunjukkan yang ia menikmati sokongan agak signifikan daripada golongan muda termasuk mahasiswa, yang sebahagian besarnya sanggup mengambil tindakan secara aktif dan berdepan risiko.
Walau bagaimanapun, hal ini hanyalah satu daripada bidang yang perlu dikuasai oleh PR dalam usaha menuju ke Putrajaya, mengambil alih pemerintahan negara daripada BN.
Protes besar-besaran telah banyak kali dilakukan sejak daripada penghujung 2007, kali pertama perhimpunan besar-besaran Bersih diadakan di Kuala Lumpur.
Tindakan yang telah banyak kali diadakan mempunyai potensi kehilangan nilai-nilai yang sepatutnya dimiliki, seperti kejutan dan kemampuan untuk mencetuskan kekaguman pihak tidak terlibat yang menyaksikannya.
Protes besar juga sentiasa mempunyai potensi mencetuskan hal yang tidak produktif seperti kemarahan orang ramai dan kemasukan elemen-elemen yang boleh menjejaskan matlamat protes diadakan.
Pada masa sama, pihak pemerintah juga boleh menjadi lebih memahami taktik dan strategi yang digunakan, dan bersedia dengan langkah-langkah yang diperlukan untuk menanganinya.
Tetapi, apa yang pasti - selepas banyak siri perhimpunan diadakan oleh PR dan sekutu-sekutu - ialah PR sentiasa mempunyai jumlah sokongan yang besar daripada rakyat.
Dua pilihan raya umum yang telah dilalui sejak 2008 menunjukkan sokongan ini terus meningkat, dan memberi satu gambaran tentang apa yang boleh dicapai oleh PR dalam pilihan raya umum akan datang. - Januari 2, 2014

Subscribe to:
Posts (Atom)