Hampir 50 anggota kumpulan yang menggelarkan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan yang juga penyokong Umno mengadakan tunjuk perasaan di Kota Darul Naim pagi ini dengan disaksikan hampir 500 penonton bagi memprotes tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno kerana keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti.
Perhimpunan ini dipimpin oleh Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.
Kumpulan itu mula tiba di pusat pentadbiran kerajaan negeri itu kira-kira pukul 10 pagi dan bersurai lebih satu jam kemudian selepas selesai menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Anual Bakri Haron.
Sebelum itu, pihak polis mula berkawal di depan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan seawal pukul 9 pagi sebagai persiapan menghadapi perhimpunan membantah kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Semalam satu mesej bersebaran melalui SMS menggesa ahli-ahli Umno berhimpun supaya menyokong protes itu dan malam tadi, Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis bagi memaklumkan rancangan demo ini.
Bagaimanapun, seorang pemimpin Pemuda Umno Kelantan menegaskan protes itu yang juga bertujuan mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan adalah inisiatif NGO tersebut.
Difahamkan, para pemimpin PAS menuduh Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali sebagai dalang di sebalik protes itu.
Bagaimanapun, MP bebas yang bertanding di bawah tiket parti Islam itu tahun lalu menafikannya.
Nik Aziz dalam khutbah Aidiladha Jumaat lalu menggesa para jemaah supaya berdoa agar hati Najib dibuka untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.
Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.
Doa kontroversi Nik Aziz itu telah digunakan oleh pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu.
Hari ini akhbar parti Melayu itu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang menggesa Nik Aziz supaya berundur kerana telah menimbulkan kegelisahan kepada umat Islam.
26 comments:
aittt...sejak bila umno jadikan demo satu budaya ni? umno dah bolehkan demo ke? kan ke dulu najib, muhyidin, zahid, hisyam, mahathir, bla..bla..bla..penah kata umno takkan buat demo...
hehe..ade baiknye berdemo desak perasuah dalam umno letak jawatan. ramai tu...
hapraknya umno...
salam,
smlm sya tertarik mendgr lanun2 umno termasuk ustaz cari mkn yg mewakili umno mengatakan,sebagai seorg islam,kita x seharusnya mendoakan yg buruk2 pada saudara sesama islam...tindakan itu x menunjukkan seorang muslim...soalan saya..rampas royalti org lain tu islam la ea?bknkah ALLAH berfirman,"janganlah kamu memakan harta sesama kamu dgn jalan yg batil."knapa x seorg pun yg berani keluarkan firman ni?sebenarnya,walaupun tok guru x mendoakan supaya laknat d turunkan kpd perdana menteri sekalipun,sunnatullah laknat itu pasti akan menimpa org2 yg zalim..ini janji ALLAH...ALLAH jamin siapa yg buat zalim pada orang,sunnatullahKU pasti akan jadi..ini ketetapan ALLAH..saya rasa pak mufti bertopengkan dunia,saya sarankan buka balik buku dan kitab,kemudian kaji ttg sunnatullah...
mana betul...
tajuk kata "Hampir 50 anjur tunjuk perasaan disaksikan 1000 penonton di Kota Darul Naim"
tetapi teks pula tulis 500 penonton....
DUA HARI LEPAS LIM GUAN ENG PIJAK POSTER CALON LOMPAT DARI PKR...TETAPI TIDAK PULA PIJAK POSTER NIK AZIZ...itu bezakan BN dengan Komunis DAP
pkrpasdap.blogspot.com
doa org yg d aniaya x tkut(kes altantuya)..bila doa' ulama',takut plak?igtkan da ada fru,polis,askar,sprm da x takut kat sesiapa lagi..hehe
Aiikkk..takut pulak UMNO bila TGNA berdoa.Puak UMNO ni takut sebab deme terasa bahawa doa nik aziz dibuat tatkala orang umno berdengkur tidor peluk bini. Jadi masa tu..Tok guru sendirian bermunajat dengan ALLAH. depa takut makbul kena kat depa.
Saranan saya : UMNO kumpulkanlah ulama kome tu ramai2,terbalikkan doa pulak.adilkah?
ala kalau najib rasa dia tak zalimi orang, napa nak takut. Mufti yang komen pasal doa laknat tok guru tu, perlu tegur najib dulu, suruh najib buat keadilan untuk semua, jangan duk pilih kasih.. harapkan slogan jer berapi-api, tapi lain pulak jadinyer.. hampeh..mintak tok guru buat solah hajat kat stadium, baru gah macam sebelum pilihanraya hari tu..
jahanam kan PAS..mereke berupaya memecah belahkan ummah
Salam,
Tak salah pada TGNA utk doa laknat pada Najib....salahkah? selepas merayu,mintak hak rakyat n.kelantan masih ttp berdegil nak bagi royalti...TGNA doa laknat utk manusia zalim dan degil....tak salah.....saya menyokong....
hnya org yg dangkal kefahaman agama je yg asyik cuba menjtuhkan tok guru...da la x pandai,tunjuk pandai..tu namanya bodoh sombong..ada faham?
uncle nano,
aik,nak mintak jahanamkan pas pulak...ko ni btul la bkn muslim..hehe...jgn marah,najib dan ustaz umno yg ckp cmtu..smlam waktu kat berita...saya hnya ulg siar je..hehe
sepatutnya TGNA doa semua pemimpin umno kojol je termasuk mahathir@maha firaun.....buat menyemak je kat malysia ni....
najib x yah takut la kalo rase dirinya di pihak yang benar...TGNA umpama meminta barang yang dicuri iaitu royalti daripada pencuri(umno@bn) maka najib bagi la blik..ni banyak songeh lagi plk..so x salah kalo mintak ALLAH laknat makhluk seperti ni kan ...mintak elok2 x nak bagi baik mampus je
udah le tu TGNA...letak jawatan je le...Orang PAS sebenarnya takut TGNA letak jawatan sbb lepas ni x de yang setanding dgn TGNA pun...
rahsia,
udah le tu puak umno..jgn la jelous sbb pemimpin d kalangan kamu x de yg setanding keperibadian tok guru yg luhur...hehe
akhirnya puak umno takut juga dengan doa orang tua tu.........
"Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya Tok Guru.
Alhamdulillah, semuga Doa Tok Guru diperkenankan oleh Allah SWT.
Kiranya Najib tak bersalah kenapa nak takut???
Altantuya menanti Najib didalam kubur.
Abe Mie, GOMO, tabuan...nak ikut jugok ke? Isya'Allah
Cite asal aku rasa TGNA nk mintak balik royalti jer... Tapi x nampak plak dia org demo atau kain rentang cakap x nak royalti tuh...
Atau mgkin dah x de sebab atau alasan utk mncari kesilapan seseorang...?
"Untung" laaa ko Jib, ade tali-tali barut mcm tuh... Janji masyukkk...
akurasa najib tak takut dengan doa nik aziz itu,tetapi mengambil kesempatan atas kesilapan atau ketelaluan saorang pemimpin yang diangap ulamak sanggup mendoakan sesama Islam ditimpa balak.
semua orang tahu keecuali orang gahil atau tasub sahaja yang bersetuju sesama islam mendoakan keburukan sesama mereka.
setahu aku dengar tok guru selalu menyuruh berdoa supaya orang tak baik atau jahat ditunjukkan jalan yang baik bukan memusnahkannya.
aku yakin ALLAH ITU ADIL DAN MAHAH PENGASIH DAN PENYANG.
apasal takut sangat dengan doa tu.... kalau tak salah...sebab orang salah dan zalim je takut....
najib ni islam sebenar ke?berlakon je orang islam...sebab luluskan 10 lesen judi, tambah jumlah cabutan judi-orang2 cina DAP pun marah pasal judi dia tambah cabutan judi ini, guna sami hindu, adiknya ugut bala,dulu untuk pembangunan diKL syarikat BUMI dapat Diskaun 30% untuk caj pembangunan sejak najib ambil ni dah tak ada isentif kepada syarikat BUMI.
Bkn PAS yg menjahanamkan Ummah, tapi Umat Makan Najis Orang (UMNO) ni yg menjahamkan ummah.
Bkn PAS yg menjahanamkan Ummah, tapi Umat Makan Najis Orang (UMNO) ni yg menjahamkan ummah.
takut rupanya puak-puak umngok ni kat TGNA. Baru nak doa, belum doa lagi dah kalut. Syabas TGNA!!!!
500 saksikan 50 tunjuk perasaan? biarkah luncai terjun dgn labu2nya!
Post a Comment