Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memuji dan mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Perak kerana telah memenuhi aspirasi budaya dan adab 1Malaysia sepertimana ulasan pimpinan utama mereka katakan kelmarin seperti Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan pimpinan UMNO dan BN yang mengulas tindakan menjadikan gambar 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sebagai alas kaki semasa konvensyen DAP Negeri Perak.
Hebatnya Pemuda UMNO dan BN ini kerana mempunyai sikap moral yang tinggi, akhlak terpuji, bersikap tertib dan bersopan santun, terpelajar dan cerdik, bertamadun tinggi, berfikiran waras dan bermaruah walaupun mereka telah menconteng, mengoyak dan memijak serta membakar gambar pimpinan seorang ketua kerajaan negeri Pulau Pinang. Tindakan bertamadun Pemuda UMNO dan BN ini semua adalah lebih beradab dan berfikiran jauh berbanding sekadar memijak gambar kononnya.
Adakah kita rakyat Malaysia melihat tindakan tersebut wajar di terima di dalam budaya ketimuran ini? Oleh perkara tersebut, DPPN Pk menyifatkan perbuatan yang telah dilakukan oleh Pemuda UMNO dan BN tersebut telah direstui oleh pimpinan tertinggi mereka. Ini kerana tiada komen, ulasan dan tindakan yang diambil oleh pimpinan UMNO dan BN Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Perak atau pun pimpinan tertinggi mereka terhadap tindakan mengoyak, menconteng dan membakar potrait Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pimpinan tertinggi DAP yang lain.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa budaya yang dibawa oleh UMNO dan BN perlu ditolak oleh rakyat Malaysia. DPPN Pk menyeru agar perbuatan tersebut tidak dilakukan oleh manusia yang bertamadun dan bersifat ketimuran.
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
10 comments:
Siapa memulakan dahulu insiden kalau tidak Pakatan....
seteruknya, mereka tidak memijak gambar pemimpin pakatan..yang membakar ialah bekas HINDRAF yang pernah mengundi DAP dan PKR baru-baru ini..
siapa tak marah kalau kediaman mereka (INDIA) 200 tahun diroboh di bawah pakatan....
abe MIE 'TERJAH' said...
siapa tak marah kalau kediaman mereka (INDIA) 200 tahun diroboh PEMAJU....
TANAH ITU ADALAH KEPUNYAAN KRONI BN, SEKARANG PEMAJU NAK BUAT RUMAH, BUATLAH KERAJAAN NEGERI TAK MANPU NAK BAYAR PAMPASAN BERNILAI TRILLION KPD SYARIKAT WARISAN UMNO? SIAPA YG SALAH..UMNO JUGAKLAH
abe MIE pencacai UMNgOk ko lain kali nak hujah selidik dulu sejarah yang ditinggalkan oleh BN ni semua kesan daripada pimpinan BN....
lepas tu nak salahkan PR plak!!!
Sapa nak tanggung pampasan ko ke nak bayar?
Bagi saya, apa jua tindakan samada memijak gambar, menconteng gambar, memaki hamun, menunjuk simbul lucah dan apa jua tindakan provokasi bersifat peribadi, mengaibkan, menghina adalah sesuatu yang kurang beradap. Tidak kira jika ianya dilakukan oleh para anggota atau penyokong BN atau PR.
Tamaddun bangsa di rantau ini tidak kira dari mana asal usulnya, mengajar kita bahawa apa jua yang dinyatakan di atas adalah bukan budaya kita.
Apakah tiada cara lain yang lebih sesuai untuk lebih berhemah, lebih beradap atau lebih berdiplomasi serta mendalam kesan nya untuk menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan hasrat dan pendirian kita.
Jika dulu UMNO dan sekutu BNnya menyatakan bahawa itu salah jika PR atau sekutunya melakukannya, maka apabila UMNO dan sekutunya melakukan perkara yang sama, maka ianya lebih buruk dan hudoh dan begitu juga sebaliknya jika PR dan sekutunya melakukan perkara yang sama.
Politik ialah wadah perjuangan untuk kepentingan para umum majoriti, ruang untuk menyatakan keperluan dan kekurangan tapi jika ianya bersifat "robot" yang mengikut saja kata "pengendalinya", maka itu saja keruntuhan membosankan puak majoriti yang menjadi penonton.
Sudah habis kah modal untuk melaksanakan sesuatu yang matlamat nya untuk kesejahteraan majoriti.
"the good for the majoriti not the good for a group of small minoriti"
abe MIE 'TERJAH' said...
Siapa memulakan dahulu insiden kalau tidak Pakatan....
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
hehe..pr tak penah kata demo "BUKAN BUDAYA" kita..umno yg kata..
skrg ni dah boleh buat demo ke mee? hehe..dah tau kata kat pr tak beradab, kurang ajar, tak bertatatertib, yg umno pi buat sama tu buat apa? bodoh bahlol betol le kau ni mee...dah ludah pi jilat la pulak...
Dulu aku pernah tgk di Tadika Pasti.. mereka(org PAS) mengajar anak2 kecil yg tak tahu apa lg tentang Politik, memijak2 n mengoyak serta memfitnah & menceritakan keburukan Dr.Mahathir dan menanam membenci kpd Tun.
Dgn mengajar kata2 MahaZalim, MahaFiraun mcm2 lg.. itu zaman Mahathir pastu Zaman Paklah sekarang... biasa la Najib plak sasaran mereka.
Blogger adyseptember said...
Dulu aku pernah tgk di Tadika Pasti.. mereka(org PAS) mengajar anak2 kecil yg tak tahu apa lg tentang Politik, memijak2 n mengoyak serta memfitnah & menceritakan keburukan Dr.Mahathir dan menanam membenci kpd Tun.
SEMUA ANAK2 AKU, AKU HANTARKAN KE PASTI SEJAK DIORANG BERUMUR 5THN HINGGA KER 6THN, TAK PERNAH AKU TGK TENAGA2 PENGAJAR MENGAJAR SEPERTI YG SAUDARA TULIS NIE... MINTAK TOLONG BAGITAU SAYA PASTI YG MANA SUPAYA SAYA BOLEH PEGI SANA DAH CHECK DGN PARENTS2 DI SANA.
to ady september.
aku pun belajar kat tadika pasti jugak. tapi x pernah setitik pun ustazah @ ustaz ajar aku kutuk, menghina, mengoyak apa2 yg berkait dengan umno apetah lagi dengan Tun Mahathir.
kau jangan nak buat fitnah.
lebih senang kau dikategorikan sebagai melayu bangsat..........
kalau kau ada bukti yg sahih aku rela cium tapak kaki kau.
email bukti kau kat aku budakcuci@gmail.com
carilah isu yg bijak sikit, kalau nak dependkan kau punya hujah.
bangsat punya orang. sekolah agama pun nak dibandingkan dengan BTN.
apa sahaja sekarang ni.. Yang di buat oleh rakyat tang menampakkan berat kepada PR, akan diBESARkan dalam TV, paper tunjuk terukknya PR..
Tapi bila tindakan rakyat yang menampakkan berat kepada BN.. Diam sahaja, dipuji di bantu oleh pihak2berkuasa untuk melicinkan tindakan..
DOUBLE STANDARD dan nampak sangat BN nak pencen 2013 nanti. Elok lah tu dah umur pun 50 lebih dah...
umno dah teruk sakitnya...bertaubatlah sebelum ajal menjemput...kalau ikut perjuangan yg tertulis atas kertas ok tp perlaksanaan hancur...
Post a Comment