Monday, December 28, 2009

Dewan Pemuda PAS buat aduan polis penunjuk perasaan menyamar ahli

PETALING JAYA, Dis 28 - Dewan Pemuda PAS Selangor membuat aduan polis berhubung tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa mereka sebagai ahli dan penyokong PAS mendesak ia keluar Pakatan Rakyat (PR), semalam.

Aduan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada pukul 11 pagi tadi.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Matsom ketika dihubungi sebagai berkata kumpulan itu, yang dianggarkan kira-kira 20 orang telah menyamar sebagai ahli dan penyokong PAS sehingga mencalar imej parti tersebut.

“Kami membuat aduan berhubung dua perkara,” kata beliau.

Pertama, menurut beliau membabitkan ketua kumpulan itu Wan Hilman Abdul Rahim yang mendakwa dia sebagai ahli PAS kawasan Gombak.

“Kami buat siasatan di PAS kawasan Gombak dan juga di ibu pejabat mendapati dia (Wan Hilman) bukan merupakan ahli PAS... kami mendapati dia menyamar sebagai ahli PAS,” katanya lagi.

Kedua, kata Khairul Fahmi, pihaknya juga meminta polis agar menyiasat kerana mereka membuat kenyataan berunsur fitnah dengan meminta PAS keluar dari PR.

“Dia membuat satu kenyataan fitnah PAS ... ini kenyataan yang serius, kami memandang berat,” katanya lagi.

Mengenai tindakan susulan, kata Khairul Fahmi, pihaknya akan melihat perkembangan sama ada perlu mengambil tindakan perundangan terhadap Wan Hilman.

“Apa pun tindakan kami akan mengkaji dulu,” katanya.

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada PR negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Wan Hilman dipetik berkata pihaknya merasakan rakan sekutu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Mereka tidak sempat menyerahkan memorandum semalam kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya mereka bercadang untuk menyerahkannya Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pagi ini di pejabatnya di sini.

Bagaimanapun sehingga 3 petang tadi mereka tidak menyerahkan sebarang dokumen.

Ia disahkan oleh Khairul Fahmi dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir sendiri.

“Kami belum menerima apa-apa memorandum setakat ini,” kata Roslan Shahir.

Laporan Harakah Daily kelmarin yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di Shah Alam semalam.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut.

Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS ketika wujud spekulasi Umno-BN akan mengambil alih negeri itu bulan depan.

Wan Hilman yang mengaku dirinya ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

21 comments:

andy said...

buat la... nak tengok sapa dia??
ahli PASNGOK!!

Proton Saga said...

itu semua kerja orang umno , kata mafoz.

PAPA GOMO said...

Sungguh Mengaibkan sekali dengan apa yang telah berlaku hari ini di kota Damansara. Sebuah Dewan Masyarakat yang mana di jadikan tempat kanak-kanak belajar mengaji Al Quran, http://www.papagomo.com/2009/12/panas-kerajaan-pakatan-selangor-yang.html

Tok Pambu said...

Terang nyata UMNO kehabisan modal.
Buat kerja bodoh untuk mahu bodohkan orang ramai.

Sekarang orang ramai sudah bijak, tidak semudah itu boleh diperbodohkan oleh UMNO.

Yang pasti PRU13 UMNO akan lenyap dari bumi Malaysia.

masjid tinggi said...

Gomo, mengaji al quran tu kan baik dan boleh buat dimana. Apa salah nya dengan dewan masyarakat. Dewan untuk orang ramai dan penduduk membuat berbagai aktiviti dan untuk kesedaran sivik sesuatu kawasan atau tempat.

Saya tak nampak salahnya dewan masyarakat dijadikan tempat belajar alquran yang mana ianya dituntut oleh agama islam.

Itu satu usaha yang amat bagus sekali sebab sekarang anak2 dah buta huruf jawi. Nak baca jawi anak anak muda sekarang dah tak boleh berbanding dengan anak anak muda dulu dulu atau ada disetengan2 kampong masih kuat pengangan agama mereka.

tabuan said...

Tunjuk perasaan ini di rancang oleh Nuar berahi, (sila baca XPKR blogspot) tujuan nya supaya kisah dan cerita tentang Dr.Hassan Ali yang menentang penjualan arak di kedai serbaneka di kenakan tindakan Displin oleh PAS.

Jadi dengan create cerita sebegini maka akan tertuplah cerita pasal dr. hassan Ali.

Mengapa pemuda PAS tak buat laporan polis yang Menantu Nik Aziz adalah bukan ahli, malah adalah anak ketua bahagian umno, malah beliau di singkirkan kerana ramai org kanan PAS mengesyaki beliau sebagai agen UMNO yang bertindak membocor rahsia PAS.

abe MIE 'TERJAH' said...

Dr. Rosli berkhalwat dan berzina dengan 'isteri keduanya'...PAS sokong pula

pkrpasdap.blogspot.com

ironseven said...

abe MIE 'TERJAH' said...
Dr. Rosli berkhalwat dan berzina dengan 'isteri keduanya'...PAS sokong pula
+++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..rukun nikah
1. suami lelaki
2. isteri perempuan
3. saksi yg cukup syarat
4. wali
5. akad
tak ade pulak yg ke-6 kebenaran pejabat agama atau keizinan bini tua.

hehe..bila pulak diorg berzina? jgn fitnah....

tabuan said...

Satu Malaysia detik Permulaan,
Penghijrahan tok guru dan umat islam,
Dari Parti Bulan Masuk Gerombolan,

Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum bulan dan gerombolan bersatu,
rela berkorban harta dan nyawa,
demi menengakan islam tercinta,

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan,

Tok Pambu said...

Kalau ditinjau kepada semua blog yang sokong kerajaan, semuanya ujudkan cerita dongengan yang badoh.

Tidak ada satu pun yang nampak menjurus kepada perjuangan untuk menajukan UMNO atau selesaikan masalah yang ber timbun2 dalam UMNO.

Begitu juga dengan buat komen atau berhujah kelaman blog penyokong PR, semuanya keluarkan idea dan pendapat bodoh sahaja.

Nampak sangat bloggers penyokong UMNO tidak punya idea bernas yang boleh majukan parti nya sendiri.

tabuan said...

Ahad aku beli surat khabar "Suara Keadilan" saja nak baca, sebab aku semua paper aku baca, untuk tambah pengetahuan, dan cari idea untuk hentam PR.

aku tengok gambar konvensyen pakatan rakyat, aku tengok gambar pemimpin ke tiga-tiga sayap parti memegang tangan sebagai tanda ke sepakatan perjuangan mereka.

Apa yang di tulih dlm berita tersebut ini adalah lambang rakyat satu malaysia, satu rasa, sama rata..tapi aku sedikit heran..

Aku Heran di manakah orang India, ya!! orang India yang suka kecoh-kecoh mcm org india dekat India tu...tak dak wakil kerr..kata sama rata, pelbagai kaum..hai tak kan tak dak langsung org india yg pandai kut yang boleh perjuangkan nasib kaum mereka, tak kan itu pon nak harapkan org lain kut.....

apa la nasib..

sakariya said...

Sepatutnya bawa kepala lembu sekali lagi........macam dulu-dulu...

abe MIE 'TERJAH' said...

ironseven said...

Wali salah seorang perlulah bapa, abang, ayah saudara...

Dr. Rosli kahwin guna wali mana?

Ayah Pin ke?

Adik perempuan kau, aku bawa lari dan kahwin tanpa persetujuan wali sah...Boleh ke?

pkrpasdap.blogspot.com

menantu dibenci- Rosli.
menantu disayangi-Ariffahmi

(sila ke blog abe MIE terjah)

tabuan said...

KOTA BHARU 29 Dis. — Bapa mertua Dr. Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.
"Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga,” kata Mohd. Noor Che Man kepada Bernama di sini hari ini...


Kah kah..kah..kalau nak senang temui tanya salahuddin ayob....kahkah
kahkah......Dia kata kalau pakai ketayap aka serban ka tu la dia...kahkah

kah kah..kalau tak pakai ketayap aka serban bukan..bukan...

{Nota Kepala} : itulah ciri-ciri para pemimpin PAS
lihat lah...buka lah mata seluas-luas nya.
tengoklah berapa ramai para pemimpin mereka yang mempunyai masalah rumahtangga
lihat di Perlis, ...lihat juga Di Melor..
Tok Guru mereka hendak jadikan PAS sebagai contoh..
Contoh Parti yang mengamalkan islam..
Tapi para pemimpin mereka memalukan islam..
Bawa lari anak dara orang............menikah tanpa wali
Siksa bini...tinggal bini tanpa nafkah..
Bayangkan rumah tangga pon tak boleh nak pimpin...
Ada hati nak memimpin rakyat...

blue_dream said...

biar la rosli tu,pemimpin umno lagi teruk dah rogol budak x nak ngaku plk....sama je ngan soi lek...sial pnye umno...1malaysia konon rakyat didahulukan untuk disembelih pencapaian kroni diutamakan..fuck la umno-bn

habibRMC@yahoo.com.my said...

umno oh umno
dulu hang kata deno bukan budaya kita
KJ kata berok2 dijalanan
aku nak kata hang ni berok nanti.. ah
memang hang ni beroklah umno

habibRMC@yahoo.com.my said...

umno oh umno
dulu hang kata deno bukan budaya kita
KJ kata berok2 dijalanan
aku nak kata hang ni berok nanti.. ah
memang hang ni beroklah umno

habibRMC@yahoo.com.my said...

umno oh umno
dulu hang kata deno bukan budaya kita
KJ kata berok2 dijalanan
aku nak kata hang ni berok nanti.. ah
memang hang ni beroklah umno

kampung guys said...

abang mie terjah ni agama islam ke ? cuma nak tanya .banyak sangat tak faham dengan islam ni,islam bukan agama untuk dianuti sahaja tertapi untuk diamalkan.saya ada baca komen abg mie kata fitnah itu dosa maka kena abag mie tuduh dr rosli berzina ada 4 saksi yang boleh dipercaya yang menyatakan dr rosli berzina ? kalau tak de jangan tuduh.saya nak nasihat kat abg mie jangan jadi perblog yang bodoh lagi sombong dengan dapat ganjaran dari pihak tertentu atau abag yang perasan sendiri dengan jadi pembela kepada pihak tertentu.dan buka hati dan minda.kita boleh buat propaganda tapi jangan terlebih dari syariat ini biloa dah terpengaruh dengan barat maka jadi seprti ini.insaflah abg

notalk said...

abe MIE 'TERJAH' said...
Dr. Rosli berkhalwat dan berzina dengan 'isteri keduanya'...PAS sokong pula
...................................

Celaka lah bagi mereka yang membuat fitnah. Nampaknya abe mie telahpun menempatkan dirinya kedalam golongan orang yang celaka itu. Selagi hayat abe mie tidak memohon ampun dari org difitnahnya itu, kat situlah tergolongnya kamu.

Inilah maksud Dr M, busuk lagi membusukkan. Tau nak memfitnah jer...

Busuk punya olang!!!!!!

andy said...

Haloo...
editor Siasah...
tolong postkan cerita atau Vote untuk Penggunaan nama Allah bg agama kristian.
aku rasa isu tuh lg penting dari cerita pasal politik 24jam jer!!
dan aku berani jamin siasah takkan buat kerana Siasah pun sokong agama krisitan jugak.

anda bleh tengok ini..
http://www.youtube.com/watch?v=738vMmiIU24

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...