Thursday, December 4, 2008

Siasah baru di pasaran




23 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Siasah ada siasat kes cucu sultan Johor ambil dadah?

Grandson of the Sultan of Johor consuming drug

http://kerajaanrakyat.com/?p=3250

Unknown said...

Salam,

Teruskan menfitnah UMNO dan BN..

Hidup Siasah..

Semoga kamu semua diberi hidayah untuk berubah.

ikhlas,
empayar-malaya.blogspot.com

TEKONG DARAT said...

fitnah pala hotak apa nya...
siasah tak pernah pun buat artikel sndiri...semua kata2 orang...kalau zaid yg cakap, zaid laa fitnah..kalau mahathir cakap, mahathir laa fitnah...cerdik pun tak leh tumpang, apa lagi kalu bodoh...

Unknown said...

Salam

Bukan artikel sendiri kepala hotak kau..

kalo betul zaid or che det cakap, diorang cakap lain, siasah tulis lain.

Bukan ke fitnah namanya?

anonymous said...

Ini cerita apa – Vernakular

Written by Webmaster
Wednesday, 03 December 2008

Bila sebut sahaja satu aliran Bahasa dalam sekolah untuk memartabatkan bahawa rasmi negara ini, suara yang mendesak Mukhriz di ambil tindakan undang-undang kerana menghasut timbul. DAP – parti pejuang cauvinis Cina dengan slogan Malaysia Malaysian dan Bangsa Malaysia kononnya mendesak agar Mukhriz diambil tindakan atas Akta Hasutan.

Kenapa melenting? Bila menceritakan mengenai perlucutan Hak Keistimewaan Melayu – untuk keadilan dan kesamarataan – hebat – kononnya mahukan bangsa Malaysia.

Kenapa tidak dimartabatkan satu bahasa – Bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh digunakan untuk semua Bangsa Malaysia.
Kenapa perjuangan bahasa mereka mahu jadi rasis dan bila Melayu mahu berusaha memartabatkan bangsa Melayu – dikatakan perjuangan rasis.

Apa kah bentuk asimilasi dan integrasi yang dimahukan untuk perjuangan bangsa Malaysia, yang sibuk dilaungkan oleh mereka.

Sebenarnya Melayu tidak perlu marah kena bertindak agresif menentang parti DAP – Parti cauvinis Cina yang mempunyai agenda nakal semata-mata untuk menghentam keharmonian perpaduan antara kaum dengan menimbulkan tuntutan Cina. Mereka sentiasa menghentam organisasi Melayu – khususnya politik Melayu dalam mana mengaku bahawa mereka tidak rasis.

Parti ini sebenarnya telah dan akan banyak membawa kebinasaan dalam perhubungan kaum dengan persoalan isu-isu sensitif agama dan bangsa.
Kenapa ini dibiarkan oleh orang Melayu. Apakah perjuangan mereka tidak menunjukkan perjuangan bangsa dengan usaha untuk mengikis ketuanan dan hak orang Melayu.

Tapi kita masih mengamalkan toleransi yang tinggi, takut Cina tidak undi BN. Namun hakikatnya – DAP telah membakar isu-isu perkauman untuk mereka menjadi juara kepada kaum Cina sementara kerajaan membiarkan atas alasan mahu menjaga sensitiviti Cina sedang DAP tidak tahu apa makna sensitiviti terhadap Melayu.

Hari ini DAP – dengan suara lantang menghentam hak Melayu di dokong oleh Melayu dalam PAS dan PKR.
Adakah tidak nampak – DAP bukan mahu memperjuangkan semua bangsa – tetapi hanya mahu kemenangan pada bangsa mereka sendiri.
Melayu harus mula meragui Dap dan harus mula berpaling pada mana-mana organisasi yang melekat dengan DAP kerana nyata Dap hadir untuk perjuangan kaum dan adalah parti yang amat rasis berbanding dengan yang lain.

perunding said...

dah ...gitu ..pulak..
DAP pulak jadi hantu rekaan mereka.
ee..takutnya..
umno tua kata DAP ejen yahudi.sejak bila kot?
1965?1975?2005?mac 2008?ogos2008?
ari tu sapa amik perunding SOLOMON tu...eh ..eh ..tak ingat lak..itu che det kot..
taktik ni tak laku dah..
nanti ikhlas saya nak bagi secebis tips utk umno utk pilih/raya kecil kat Kterengganu tu.
gunakanlah approach positif.

Fendy2177 said...

Taming Sari,
Tolong qoute mana-mana kenyataan fitnah yang ditulis oleh pengarang/ Akhbar Siasah. Baru saya ulas kemudian.

Anonymous,

Adakah anda berharap begini:

DAP perjuangkan Hak Melayu,
MCA perjuangkan Hak Melayu,
MIC perjuangkan Hak Melayu,
PPP perjuangkan Hak Melayu,
Gerakan perjuangkan Hak Melayu.

Siapa yang mulakan isu Ketuanan Melayu? DAP atau MCA.

Sebenarnya umNO makin lemah dan parti komponen mereka sedang mengambil kesempatan. Tetapi, kerana EGO umNO masih berdegil dan mencari kambing hitam untuk dibelasah bagi menutup kelemahan mereka serta mengalih perhatian orang Melayu daripada MCA dan Gerakan kepada DAP.

Tidak salah rasanya membuat andaian bahawa semua ini mainan Politik BN. Dengan timbulnya isu ini (Ketuanan Melayu), MCA dan Gerakan mendapat kembali sokongan Cina dan umNO yang mempertahankan seolah-olah jaguh mendapat kembali sokongan Melayu. Yang dibelasah habis-habisan adalah DAP dan Pakatan Rakyat yang bersama DAP.

anonymous said...

04 December 2008

Betapa Senangnya Kita Bergaduh...

Dr Novandri Hasan Basri

Satu kesimpulan pahit yang dapat kita fahami di dalam seminggu dua ini ialah kaum-kaum di Malaysia ini masih tidak dapat disatukan menjadi satu identiti yang sebenarnya.

Kaum-kaum di negara ini masih mempunyai tembok kebal yang memisahkan di antara satu sama lain dan ianya merupakan satu kesimpulan yang kurang sihat jika dibandingkan dengan usia kemerdekaaan negara yang tercinta ini.

Apa yang berlaku ialah suppression kepada segala rasa ketidakpuashatian sesama bangsa. Kita masih boleh bergaul dan berkawan dengan kaum-kaum lain tetapi rasa syak wasangka, tidak puas hati dan cemburu dapat disembunyikan dengan kemas oleh setiap individu.

Situasi seperti itu sebenarnya tidak sihat kerana jika berlaku sebarang isu kontroversi yang melibatkan di antara kaum-kaum yang berlainan, supression itu sudah tidak laku lagi dan akan berlaku ledakan dan pertembungan kaum yang biasanya tidak enak untuk didengar.

Maka itu juga kita akan lihat respons yang begitu kuat dan berapi-api daripada rakyat bila setiap kali berlaku isu-isu yang melibatkan ketidakpuashatian sesama kaum.

Tahap gelora rakyat akan bertambah signifikan jika isu-isu itu turut dicanang-canangkan oleh saluran-saluran informasi seperti suratkhabar, televisyen, blogs dan sebagainya.

Kepada rakan-rakan yang pernah memberi komentar mengenai isu-isu perkauman di dalam blog ini atau pun blog-blog yang lain, apakah perasaan anda apabila sedang menulis komentar anda itu?

- Geram sehinggakan ayat-ayat yang ditulis pun berapi-api?

- Marah?

Perasaan-perasaan inilah yang penulis katakan sebelum ini. Ianya adalah ledakan emosi yang selama ini di suppress dek logik, agama dan undang-undang negara.

Penulis tidak lihat sebarang isu yang mampu meletuskan perasaan yang sebegitu hebat dan respons yang berapi-api selain daripada isu perkauman itu dan ia sebenarnya tidak sihat.

Ini diburukkan lagi dengan kehadiran pemimpin-pemimpin kaum yang sentiasa mahu memijak atau mencabar kaum-kaum lain hanya kerana mahu menonjolkan diri masing-masing. Mereka lupa kepada rukunegara, perlembagaan negara dan segala kerangka utama negara ini.

Mereka juga lupa kepada salah satu daripada tanggungjawab asas mereka iaitu untuk mendidik bangsa mereka supaya menghormati sejarah, perlembagaan negara, bersikap rasional dan bertoleransi.

Dan biasanya, rakyat terperangkap dek permainan politik parti-parti politik di negara ini sehinggakan ada kalanya mereka turut dipengaruhi untuk mempercayai bahawa berlaku penindasan yang amat hebat kepada sesuatu bangsa.

Padahal, segala logik, statistik negara, atmosfera seharian, pencapaian sesuatu kaum di negara ini, tahap komunikasi yang tenteram sesama rakyat dan keharmonian negara hari ini, tidak langsung melambangkan apa yang diperkatakan oleh sesetengah pemimpin itu.

Masaalahnya, mereka itu akan terus bermain-main dengan isu ini selagi mereka tidak berjaya di dalam arena politik negara ini.

Makanya, tahap 'menyimpan' dan suppress segala syak wasangka sesama bangsa memerlukan mekanisme yang berkesan agar ianya dapat dikurangkan dan ultimate nya dapat dihilangkan terus daripada sanubari kita.

Untuk itu, peribahasa 'melentur buluh biar dari rebungnya' amat tepat dan mesti digunakan jika pemimpin-pemimpin negara benar-benar ikhlas. Ini bukan soal ideologi politik tetapi untuk menyediakan generasi Malaysia tanpa sempadan kaum.

Walau pun pahit untuk ditelan, kita perlu mengakui bahawa kita tidak boleh mengharapkan generasi sedia ada seperti kita hari ini. Terasa begitu mustahil sekali.

Pemimpin-pemimpin kita pula tidak membantu malah menyukarkan lagi usaha murni ini.

Dan mahu tidak mahu, kita perlu merujuk kepada sistem pendidikan negara ini yang dilihat sebagai tidak membantu proses 'memalaysiakan' rakyat ini.

Compartmentalisation sistem sekolah mengikut kaum-kaum yang berlaku di kalangan anak-anak Malaysia merupakan titik permulaan kepada segala kerumitan yang kita hadapi apabila kita membincangkan isu perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia.

Rekahan di antara kaum-kaum bertambah signifikan apabila anak-anak tersebut bertambah dewasa dan diburukkan lagi dengan ketidak samarataan peratusan kaum di sesuatu tempat, contohnya di tempat kerja dan kawasan perumahan.

Pokoknya, isu perkauman ini akan terus diapi-apikan dan disalahgunakan. Yang penting sekali ialah agar rakyat sentiasa bersikap rasional dan pentingkan keharmonian dan keamanan negara ini.

at 12/04/2008 06:16:00 PM

Fendy2177 said...

Pejuang umNO, mengapa terlalu prejudis dengan Pakatan Rakyat? Cuba semak kembali MATLAMAT PERJUANGAN PR. Bukan cedok dari akhbar umNO, tetapi dari sumber asal.

Bagi saya, apa yang disasarkan oleh PR amat mudah. Siapa yang susah dibantu dan bangunkan ekonomi mereka sejajar dengan kemajuan negara tanpa mengira kaum. Siapa yang dapat manfaat? Melayu, India dan Cina. Mengikut statistik, MELAYU yang paling ramai hidup susah. Maka, siapa yang PR bantu sebenarnya?

Mengapa mengunakan ISU PERKAUMAN? Siapa sebenarnya yang lebih perkauman?

Mengapa perlu ada umNO untuk Melayu. MCA dan Gerakan untuk Cina MIC dan PPP untuk India, PBS dan UPKO untuk Kadazan?

DAP parti berbilang bangsa, siapa boleh nafikan? Cuma komposisinya kelihatan ramai Cina dan India, tetapi keahlian dibuka kepada semua bangsa.

PAS juga parti berbilang bangsa, cuba nafikan kalau berani.

PKR sudah jelas terang parti pelbagai bangsa.

Bolehkan Cina dan India sertai umNO?

Melayu dan India sertai MCA?

Melayu dan Cina sertai MIC?

KESIMPULANNYA, SIAPA YANG PERKAUMAN DAN MENGGALAKKAN PERPECAHAN ANTARA KAUM?

aisal said...

salam.............

pandangan sya UMNO yg mula2 menghilangkan hak melayu....pastu pura2 nk mempertahankan melayu..ceh dasar parti murahan...

Dulu UMNO lah yg mengepalai Krisis dengan raja2 tahun 1993 dulu. dia yg ubah hak keistimewaan raja2....ingat tak..lagi kn...

bodohnya parti mcm ni..kita yg buat pastu nak nyalahkan org lain lak....

anonymous said...

Fendy2177 said...

Pejuang umNO, mengapa terlalu prejudis dengan Pakatan Rakyat? Cuba semak kembali MATLAMAT PERJUANGAN PR. Bukan cedok dari akhbar umNO, tetapi dari sumber asal.

Bagi saya, apa yang disasarkan oleh PR amat mudah. Siapa yang susah dibantu dan bangunkan ekonomi mereka sejajar dengan kemajuan negara tanpa mengira kaum. Siapa yang dapat manfaat? Melayu, India dan Cina. Mengikut statistik, MELAYU yang paling ramai hidup susah. Maka, siapa yang PR bantu sebenarnya?

Mengapa mengunakan ISU PERKAUMAN? Siapa sebenarnya yang lebih perkauman?........


Memang dasar perjuangan PR sangat baik - "Malaysian Malaysia - hak sama rata".

Klu bagi melayu sekupang, kena bagi cina dan india sekupang juga. Cina yg kayaraya makin bertambah kayaraya nye, melayu?????

Mukriz cuma sebut - semua sekolah gunakan satu aliran bahasa iaitu 'Bahasa Melayu'.

Nah! anda sendiri sudah lihat bagaimana reaksi DAP, terus MENENTANG!

Itu baru cadangan sahaja, sekarang saya cabar PAS, istihar negeri di perintah PR negeri Islam yg melaksanakan semua dasar Islam dlm pemerintahan nye.

Siarkan dlm semua media PR.

Ada telok ke PAS dlm PR.

anonymous said...

jamil bin ismail ( jamilkucing ) Dec 4th, 2008 at 1:30 am

Alhamdullilah semua massalah yang jamil tempohi beransur-ansur dapat jamil selesaikan.jamil akan menulis apa yang jamil tempohi dalam sebulan dua ini.
jamil tak akan paparkan tentang kongress PKR dalam blog jamil. buat apa? mana muka-muka ,berapa muka-muka orang yg dulu bersusah payah berjuang dalam reformasi dan keadilan untuk membebaskan anwar ibrahim.kebanyakan muka-muka yang jamil tengok menyalak tentang keadilan semuanya muka-muka yang timbul selepas anwar ibrahim bebas.
mana khalid ibrahim sewaktu anwar di penjara. mana gwee waktu anwar di penjara.
oh ya mungkin khalid hanya support duit untuk keluarga anwar hidup. pergi mampos dengan orang-orang reformasi.dia hanya nak jaga anwar je. so anwar dah keluar dapatlah hadiahnya.

kongress memang hebat. tapi muka-muka atau gedebeh kata hishamudin rais semuanya muka selepas anwar bebas.kita bercakap di atas pentas kita akan jaga bela iban,kadazan,dusun dan macam-macam lagi kalau perintah.
belum perintah kita dah lupakan orang yg bersusah payah di sekeliling kita so kalau perintah betul ke kita akan bela mereka yg susah.

KEPADA PEMBACA TAK PAYAH LAH SUSAH PAYAH NAK KOMEN TULISAN SAYA. PI LAH AMPU DI TEMPAT LAIN. SAYA MENAIP ATAU MENULIS BUKAN KERANA BENCI ATAU MEMUSUHI SESIAPA. TETAPI BAGI MEMASTIKAN PEMIMPIN POLITIK TIDAK LUPA DARATAN.

akar nibung meresap
akar mati dalam perahu
terbakar kampong kelihatan asap
terbakar hati siapa yg tahu.

dipetik dari: anuaribrahimblog.com

komen oleh -
jamil bin ismail(jamilkucing)
http://bbcatlover.blogspot.com/

Fendy2177 said...

Anonymous :

Klu bagi melayu sekupang, kena bagi cina dan india sekupang juga. Cina yg kayaraya makin bertambah kayaraya nye, melayu?????

- Inilah bezanya orang yang mengkaji dengan tulis ikut perasaan. Paham tak maksud ORANG SUSAH/ MISKIN? Atau tak pernah tengok orang miskin kat Malaysia ni Pernah baca artikel berkenaan PURATA PENDAPATAN RAKYAT MALAYSIA? Bangsa mana yang memperolehi pendapatan RM1000 ke bawah paling ramai? Ada Pakatan Rakyat kata nak bantu GOLONGAN YANG DAH KAYA KE? JANGAN SERLAHKAN KEBODOHANMU.


Mukriz cuma sebut - semua sekolah gunakan satu aliran bahasa iaitu 'Bahasa Melayu'.

Nah! anda sendiri sudah lihat bagaimana reaksi DAP, terus MENENTANG!

BACA ARTIKEL YANG SAYA AMBIL DARI WWW.MALAYSIAKINI.COM

Mukhriz saran tutup sekolah vernakular
Syed Jaymal Zahiid | Dec 1, 08 6:51pm

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengecam pemimpin MCA dan Gerakan kerana memberi "reaksi yang keterlaluan" berhubung isu Ketuanan Melayu.

Dan beliau juga mengecam sistem sekolah vernakular yang telah mempolarisasikan masyarakat dan menyebabkan kefahaman yang lemah mengenai konsep ketuanan Melayu di kalangan orang bukan Melayu.

Mukhriz berpendapat bahawa perpecahan dalam masyarakat timbul akibat perbezaan sistem pendidikan dan mencadangkan agar sistem pendidikan tunggal dilaksanakan untuk meningkatkan lagi perpaduan rakyat.

Anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, isu Ketuanan Melayu telah diperbesar-besarkan kerana kefahaman yang lemah pada diri mereka yang bercakap menyokong dan menentang konsep tersebut.

Katanya, beliau masih mendengar kenyataan mengenai konsep Ketuanan Melayu oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang telah mencalar hati orang Melayu, terutama Umno.

Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, calon ketua Pemuda Umno itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin berkenaan menunjukkan "mereka tidak tahu apa-apa tentang sejarah kita dan mungkin mereka cuba berlagak untuk menjadi hero kepada masyarakat mereka".

MCA dan Gerakan adalah rakan komponen dalam Gabungan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno.

Menurut Mukhriz, istilah Ketuanan Melayu bermaksud kedaulatan Raja-Raja Melayu "dan kita menyebut mereka Tuanku dan semua bangsa menerimanya dan mereka mengamalkannya".

Katanya, konsep tersebut tidak menunjukkan bahawa orang Melayu adalah Tuan dan bangsa lain sebagai hamba.

Malah, katanya, orang Melayu, terutama dalam bidang ekonomi, tidak merasakan diri mereka sebagai tuan.


- PADA DASARNYA, BAGAIMANA BOLEH UJUD CADANGAN TERSEBUT? SIAPA BANGKITKAN ISU KETUANAN MELAYU? DAP SEBAGAI PARTI YANG KITA SEDIA MAKLUM MEMPERTAHANKAN KAUM CINA PASTI BERSUARA SEBAB MENJAGA KEPENTINGAN BANGSA MEREKA. SALAHKAH?

- SIAPA YANG BENARKAN KEUJUDAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN? PENYATA RAZAK SIAPA YANG KELUARKAN? BILA ORANG MELAYU MARAH TENTANG ISU KETUANAN MELAYU, SOI LEK KATA MEDIA SALAH TAFSIR. BILA BANGSA LAIN MARAH PASAL ISU SEKOLAH TU, MUKHRIZ KATA MEDIA SALAH TAFSIR. MASING-MASING NAK JADI HERO KE? SIAPA PUNCA PERBALAHAN? NAK SALAHKAN DAP? PAS? PKR? ADA OTAK PIKIR, BUKAN TAKSUB MENYOKONG.

Itu baru cadangan sahaja, sekarang saya cabar PAS, istihar negeri di perintah PR negeri Islam yg melaksanakan semua dasar Islam dlm pemerintahan nye.

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG DASAR PEMERINTAHAN ISLAM? CARI TOK GURU UNTUK MENGAJI ISLAM. APA ITU ISLAM DAN BAGAIMANA SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. BUKAN MACAM KERAJAAN umNO YANG ISTIHARKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM, TAPI DASAR PEMERINTAHAN JAUH DARI ROH ISLAM. TAK PERLU HEBOH NAMA PEMERINTAHAN ISLAM, TAPI PERLAKSANAAN YANG PENTING.

SEKALI LAGI, SEBELUM NAK ULAS ATAU KOMEN, BUAT PENYELIDIKAN DAHULU. JANGAN SERLAHKAN KEBODOHANMU.

anonymous said...

Itu baru cadangan sahaja, sekarang saya cabar PAS, istihar negeri di perintah PR negeri Islam yg melaksanakan semua dasar Islam dlm pemerintahan nye.

Siarkan dlm semua media PR.


Ada telok ke PAS dlm PR.


December 4, 2008 7:05 PM

Jawapan2 yg di atas semua berbentuk penafian yg kosong -

Mengapa tak jawab perenggan akhir!

anonymous said...

Strategi Anwar Mengelak Rakyat Membicara Kes Liwatnya

Politik Malaysia
Tue, 15.07.2008 02:10 | HackerXP

Oleh: kadiology

Strategi Anwar mengelak rakyat membicara kes liwatnya - Kajian & Penerangan.
(Bagaimana Anwar 'mind control' penyokongnya dengan taktik 'mengalih perhatian')

Semua maklum bahawa statement terbaru dari pihak berkuasa ialah sudah lebih 18 saksi sudah di panggil, dan akan ada ramai lagi saksi akan di minta beri keterangan. tapi akan ada satu saksi yang akan sengaja mengelak elakkan diri dari memberi keterangan kepada pihak polis. orang itu tidak lain tidak bukan, Brader Anwar.

Dari sejarah kes terdahulu, tidak susah untuk kita baca tentang apa rancangan dan selok belok Anwar selepas ni. izinkan saya catit dan rekodkan di sini untuk tatapan umum supaya kita tidak lupa dan lalai dalam menghadapi isu ini. harapan saya ialah dengan penerangan dan kajian ini, maka mudahlah kita membaca taktik Anwar selepas ini. anda akan dapat saksikan satu trend yang hampir sama dengan 10 tahun lepas.

Buat permulaan, dakwaan Anwar tentang adanya konspirasi adalah bersandarkan kepada MOTIF berikut.

a) Motif Dahulu:- Tun Dr. Mahathir tak mahu Anwar menggantikannya. kerana Tun banyak kroni. dan kerana Anwar mempunyai banyak maklumat akan salah laku Dr.M. Kepada penyokongnya yang bejat kepala otak akan lihat benda ini sebagai yang benar. Hairan juga Tun Dr.M meletakkan jawatannya secara sukarela pada 2003. jika terlalu banyak perkara yang mahu di sorokkkan dan tun mahu pegang kuasa sampai kiamat, kenapa Tun Dr. M bersara tahun 2003 tanpa paksaan?

b) Motif Hari Ini:- Anwar sudah hampir ke Putrajaya dan menjadi PM. Oleh itu isu liwatnya di timbulkan lagi supaya rancangan Anwar menjadi PM dengan 'melompatnya' MP2 BN ke dalam PR akan di tangguhkan. kalau kita fikir secara mendalam, buat apa kerajaan lepaskan Anwar dahulu dan kemudian buat satu konspirasi baru dengan isu yang SAMA untuk tangkap dia balik? Tak ke bodoh namanya tu?

Oleh di sebab itu motifnya, maka Anwar tuduh meliwat. agak hairan kerana jika kerajaan mahu bersungguh sungguh menahan Anwar di dalam penjara, kenapa kerajaan berkonspirasi menuduh perkara yang paling sukar di buktikan dalam mahkamah, yakni liwat. Lebih senang kerajaan berkonspirasi dan menuduh Anwar merasuah dari menuduh Anwar meliwat.

Apa pun, tindakan Anwar selepas di tuduh meliwat ialah.

Pertama:- Lari ke kedutaan turki untuk menimbulkan persepsi dia akan di tangkap dan di aniaya. (tapi tak kena tangkap pon). persepsi ini di tambah lagi dengan cerita tentang 'assasination'.

Sama seperti dahulu, ditimbulkan dengan cerita suntikan HIV dan arsenik, konon2 ada orang nak bunuh Anwar. strategik licik ini sangat berjaya dan ramai pakcik, makcik, tok lebai, tok cik kena kelepet dengan Anwar secara membabi buta. walhal selepas mendapat laporan dari makmal, tiada kesan arsenik dalam badan Anwar seperti di dakwanya. kepada mereka yang masih ingat, Anwar telah memberikan sample air kencing milik 'subramaniam'.

Untuk menokok nambah perasaan simpati orang ramai pada Anwar, Anwar telah menggunakan lakonan kerusi roda dan neck support supaya di tonjolkan kepada orang yang dia telah di belasah dengan teruk oleh KPN dahulu.

Kedua:- Laporan polisnya terhadap KPN dan AG. taktiknya adalah supaya menimbulkan persepsi orang ramai bahawa dia tak akan dapat keadilan yang di tuntut kerana dia di siasat oleh orang yang 'korap', kononnya. Anwar berharap, dengan menggunakan taktik ini, jika Anwar di dapati bersalah pun, orang akan berkata Anwar tidak mendapat 'keadilan' yang sepatutnya.

Ketiga: Membuat rally dan demonstrasi. sama seperti dahulu, sejurus selepas Anwar di pecat, Anwar dengan kadar segera membuat ceramah di rumahnya pada tiap tiap malam selama seminggu. dan kemudian di masjid negara sebelum di tangkap. hari ini kita dapat lihat, dalam tempoh beberapa hari, Anwar sudah pun membuat beberapa rally besar besaran.

Keempat: Mmenjatuhkan kredibiliti saksi SEBELUM dan semasa perbicaraaan bermula. dengan menjatuhkan kredibiliti saksi, maka keterangan saksi walau pon relevan di dalam mahkamah, tetapi pada pandangan umum nampak tidak berapa meyakinkan. maka mainan kononnya adanya konspirasi dan saksi itu adalah watak lakonan yang membaca skrip dapat di kuatkan dalam minda orang ramai. 10 tahun lepas kita ada azizan. hari ini kita ada saiful.

Sudah nampak dengan jelas cara cara konsisten dan bersepadu oleh penyokong Anwar untuk menjatuhkan kredibiliti saiful secara habis habisan. mula mula dengan buat laporan polis terhadap saiful, konon2 saiful memfitnahnya. dan kedua dengan membuat laporan kepada JAWI. walhal, perbicaraan belum pon bermula.

Lagi satu contoh, semasa akhbar menyiarkan laporan bahawa polis sudah pun memanggil 18 saksi termasuklah 4 doktor pakar, belum apa2 lagi penyokongnya sudah berkata 'wah, 18 saksi, very well cordinated!' untuk menunjukkan persepsi bahawa ini semua adalah kordinasi tersusun untuk menjayakan 'konspirasi' ini.

Kelima: Menjatuhkan kredibiliti bahan bukti. terutama sekali, isu tilam. taktik ini SANGAT BERJAYA. mula2, mereka menjatuhkan kredibiliti bahan bukti tersebut dengan mengatakan bahan bukti tersebut ialah'saksi'. contohnya, penyokong Anwar akan berkata 'tengok! kerajaan takde benda lain, tilam pon boleh jadik saksi!'. kemudian, mereka akan jatuhkan kredibiliti 'saksi' tersebut dengan isu isu teknikal, umpamanya, dengan mengatakan 'takkan tilam ni takde cadar'??

Kita belum tahu lagi apa jenis bukti yang akan di tunjukkan di mahkamah untuk kes saiful ini (JIKA ADA PENDAKWAAN), tapi percayalah, jika bukti ini di tunjukkan kelak, penyokong Anwar akan mencari pelbagai cara untuk menjatuhkan kredibiliti bukti tersebut. bersedia!

Menimbulkan keraguan kepada rakyat, walau pon tidak relevan kepada para hakim, tetapi ianya adalah penting pada Anwar. walau pon terbukti secara saintifik bahawa DNA Anwar dan syamsidar bertempek di atas tilam tersebut. (tak kira la ada cadar ke takde cadar), tetapi persepsi orang ramai telah di kelam kabutkan. maka Anwar di lihat oleh orang ramai sebagai orang yang memang mahu di jatuhkan melalui 'konspirasi' hodoh ini.

Perkara terbaru bagi penyokong Anwar dalam menimbulkan keraguan ialah dakwaan bahawa 'takkan lah saiful yang berumur 23 ahun itu tak mampu melawan orang tua 60 tahun?' jika gagal di kupas persoalan secara menyeluruh, mereka sudah menang satu langkah dalam menimbulkan keraguan terhadap orang ramai. walhal, isunya sekarang ni bukan soal saiful boleh melawan atau pun tidak, tetapi, adakah aktiviti liwat itu berlaku?


Taktik taktik lain yang berjalan serentak ialah 'diversion'

1) Anwar mendakwa adanya konspirasi pihak tertinggi. - menimbulkan persepsi bahawa Najiblah segala bapak konspirator dalam hal ehwal ini. hairan jugak sapa yang percaya kerana nak ikutkan Najib bukannya ada kuasa mutlak dalam jentera kerajaan untuk melakukan komplot ini. tengok Najib sendiri pun kena kekang oleh pak lah, masakan dia boleh merancang konspirasi ini?

2) Menyerang Najib - Objektifnya mudah sahaja, supaya mengelak orang berbicara tentang kes liwatnya. Anwar TIDAK MAHU ORANG BERBICARA TENTANG KES LIWATNYA, sebaliknya dia akan mainkan isu lain.

3) Lompat parti, isu minyak naik harga dan sebagainya - sama seperti di atas, cuma ini adalah 'selingan' dalam usaha Anwar membawa minda orang ramai berbicara tentang perkara ini dan bukan mengenai isu liwatnya.

10 tahun lepas, SEBELUM Anwar di tangkap dan di bicara, Anwar sudah 'side step' isu liwat (divert) dan mengatakan ini semua konspirasi pihak tertinggi. Anda masih ingat siapa tukang konspirasi yang di tuduhnya? Tun Dr Mahathir (ketua konspirator), rafidah aziz, aziz shamsudin, KPN, Timbalan KPN, SB, pendakwaraya, Peguam Negara, Daim zainudin, megat joned dan beberapa orang lagi.

Hari ini Anwar agak terperangkap kerana kalau dulu Tun mengepalai konspirasi ini dengan beberapa pegawai kerajaan dan menteri, hari ini, siapa pula? Anwar dengan membabi buta menuding jari pada Najib berdasarkan kepada sekeping gambar. hairan juga takde pula menteri lain kali ini kecuali Najib. yang ada pun hanya penjawat awam yakni KPN dan AG.

Seperti saya maklumkan di permulaan tulisan saya tadi, selepas saksi semua di panggil, Anwar akan di panggil pula. 10 tahun dahulu, Anwar tidak bekerjasama dengan polis, malah Anwar menggunakan peguamnya untuk menghalang segala jenis siasatan terhadapnya. contohnya, sample DNA amat payah untuk di ambil ketika itu.

Sebenarnya, Anwar MAHU di tangkap supaya dapatlah dia menunjukkan kepada seluruh dunia yang dia di aniaya. sama seperti hari ini, Anwar tak akan bekerjasama dengan pihak berkuasa walau pon dia CAKAP kepada penyokongnya dia akan bekerjasama, tetapi kalau saudara semua perhati, Anwar sudah pun secara strategik meletakkan kerjasama 'bersyarat', yakni, KPN dan AG di kecualikan dalam siasatan ini. jadi apabila Anwar tidak memberikan statement kepada polis nanti, maka boleh la Anwar mendakwa ianya kerana KPN dan AG masih terlibat dalam siasatan.

TERKINI! UNTUK REKOD:- Artikel ini saya tulis 4 hari lepas sebelum menghantar ke dalam ruangan KMU. tetapi hari ini, 14 july 2008, saya mendapat laporan dari malaysiakini bahawa Anwar, melalui PEGUAMNYA (sounds familiar?) tidak akan hadir ke IPK untuk memberi keterangan kepada polis walau pun sebelum ini Anwar tampak bersungguh sungguh untuk melakukan sedmikian. alasannya, dia dan keluarga kena 'intimidated dan harass' oleh pihak berkuasa. nampak tak strategi licik Anwar nak ubah perhatian rakyat dan menimbulkan persepsi?

Sebenarnya, Anwar MINTA untuk di tangkap. Anda akan dapat lihat, apabila polis mengeluarkan perintah untuk Anwar memberi statement, Anwar akan bagi alasan seperti di atas. Kemudian, satu court order akan di ambil untuk memerintahkan Anwar hadir bagi keterangan. Dan Anwar akan bolayan lagi dengan memberi alasan alasan yang penuh muslihat. Agak2 lepas tu apa jadi? Sudah tentulah Anwar akan di tangkap. Tatkala ini lah Anwar akan menggunakan penyokongnya yang ramai untuk mengelakkan diri di tangkap, sama seperti apa berlaku pada tahun 1998. Jadi boleh la di tunjuk pada satu dunia, Anwar di tangkap dengan zalim, pintu rumahnya di pecahkan.

Kepada yang tak tahu cerita, saya ada di kejadian malam Anwar di tangkap dan memang terdapat ribuan penyokongnya menghalang Anwar di tangkap. Sudah semestinya tangkapan tersebut akan menjadi kacau bilau, kalau tak pintu pecah, tentu ada orang yang cedera, dan Anwar MAHUKAN perkara itu berlaku. Dia tak peduli orang mati, janji dia boleh jadikan isu ini untuk menunjukkan kerajaan zalim.

Persoalannya, apa susah sangat Anwar nak beri kerjasama secara sukarela?

Kawan2 sekalian,

Anwar is a psychopath. A brilliant strategist, tapi pada masa yang sama adalah seorang manusia yang 'sakit'. Dia akan 'sideline' dan bunuh isu liwatnya dan strategically position dirinya sebagai orang yang di aniaya. Betapa efektifnya lakonan tersebut sampaikan rakyat jelata, hatta sampai ke ulama, professor, dan doktor pon boleh termakan isu Anwar ini.

Saya berpendapat, strategi Anwar ini hanya berjaya jika dia melakukan perkara di atas, tetapi tidak akan berjaya jika kita dahulu 'anticipate' apa yang Anwar akan lakukan. Maknanya, sebelum Anwar mulakan langkah, kita sudah membuat langkah dahulu. Contohnya, jika artikel ini saya keluarkan 3 hari lepas, sudah tentu 'anticipation' saya mengenai Anwar tidak akan bekerjasama dengan pihak polis dan memberi pelbagai alasan akan dapat di buktikan hari ini. Jika Anwar sudah melakukan langkahnya, kita kena segera mematikan langkahnya. Itu matlamat saya membuat analisa dan kongsi dengan kawan2 semua. Di harap, kali ini, jika ada pendakwaan, Anwar tak akan dapat menipu dengan selamba lagi.

Sekian.

Sumber Dipetik Dari: www.mykmu.net

anonymous said...

PostPosted: Fri Dec 05, 2008 12:23 pm

Post subject:
Untuk Yang Anti-UMNO:
Apa Jasa PAS/PKR..?


Saudara..Salam jumaat saya hulurkan..semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah selalu.

Saudara..Jika kita sebagai manusia yang berakal dan berakhlak mulia, pastinya kita akan mengenang jasa mereka yang pernah atau telah berjasa kepada kita..Namun jika kita tanamkan sifat benci kita kepada mereka yang telah berjasa kepada kita dan keturunan kita, pastinya kita mempunyai sebab tertentu samada telah termakan hasutan orang lain atau mengikut perasaan 'hati busuk kita..Kita juga mudah termakan kata2 mereka yang kononnya lebih 'mulia' sedangkan mereka ini tidak pernah pun berjasa kepada kita..Mereka ini hanya menjanjikan 'pahala' dan 'syurga' walhal dalam masa yang sama mereka ini menamkan sikap yang diluar batasan Islam.

Saudara..Persoaln saya, apakah jasa PAS/PKR kepada saudara sehinggakan saudara menganggap UMNO sebagai musuh..Untuk rekod, PAS/PKR tidak pernah memerintah Malaysia dan tidak pernah membuat apa2 pun untuk kita selama ini..Harus diingat, apa jua yang kita nikmati sekarang bukannya datang dari PAS/PKR.

Fikir2kan!!

Fendy2177 said...

Blogger anonymous said...

Itu baru cadangan sahaja, sekarang saya cabar PAS, istihar negeri di perintah PR negeri Islam yg melaksanakan semua dasar Islam dlm pemerintahan nye.

Siarkan dlm semua media PR.

Ada telok ke PAS dlm PR.

December 4, 2008 7:05 PM

Jawapan2 yg di atas semua berbentuk penafian yg kosong -

Mengapa tak jawab perenggan akhir!

- JAWAPAN SAYA BERBENTUK PENAFIAN YANG KOSONG ATAU ANDA MASIH EGO UNTUK MENERIMA KENYATAAN?

"APA YANG ANDA FAHAM TENTANG DASAR PEMERINTAHAN ISLAM? CARI TOK GURU UNTUK MENGAJI ISLAM. APA ITU ISLAM DAN BAGAIMANA SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. BUKAN MACAM KERAJAAN umNO YANG ISTIHARKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM, TAPI DASAR PEMERINTAHAN JAUH DARI ROH ISLAM. TAK PERLU HEBOH NAMA PEMERINTAHAN ISLAM, TAPI PERLAKSANAAN YANG PENTING."

-DI ATAS TU BUKAN JAWAPAN SAYA KE? MENGAPA PERSOALAN YANG SAYA LONTARKAN TIDAK DIJAWAB. APA SOALAN SAYA? RUJUK SEMULA SEMUA ULASAN YANG ADA SAYA LONTARKAN PERSOALAN.

-SEBAGAI TAMBAHAN UNTUK DASAR PENTADBIRAN MENURUT ISLAM, SILA GOOGLE AYAT 'DASAR PENTADBIRAN ISLAM' DAN BACA ARTIKEL :-

1- HarakahDaily.Net - Kelantan sedia eksport dasar pentadbiran ke ...

2- Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran

3- [ARTIKEL TERKINI] MEMAHAMI KONSEP ASAS SISTEM PENTADBIRAN ISLAM ...

BACA, FAHAMI DAN BUAT PERBANDINGAN KONSEP SERTA PENGAHAYANNYA DI KALANGAN PEMIMPIN umNO DAN PAKATAN RAKYAT.

BERKENAAN ISU ANWAR LIWAT

- Saya tidak mahu bahaskan andaian kosong tanpa fakta yang jelas.

Satu soalan, Adakah anda akan berdiam diri dan menunggu keputusan mahkamah jika dituduh mencuri sedangkan anda tidak melakukan perbuatan tersebut, dengan komen 'NO KOMEN, biarlah mahkamah yang putuskan'? Itu melibatkan soal MARUAH, WAJIB DIPERTAHANKAN HATTA DENGAN NYAWA.

KONSEP MENGENANG JASA

- Saya hanya akan memberikan SOKONGAN serta MENGENANG JASA GURU, IBU DAN BAPA saya walaupun mereka melakukan kesalahan. Jika mereka melakukan kesalahan, biar dihukum dengan adil, tetapi SESEKALI TIDAK AKAN MEMBUANG/ MEMINGGIRKAN MEREKA.

- SELAIN DARI MEREKA YANG SAYA SEBUTKAN, SENDIRI MAU INGAT.

DI BAWAH ADALAH PERSOALAN YANG PERNAH SAYA LONTARKAN KEPADA SESEORANG DENGAN SEDIKIT TAMBAHAN, KINI GILIRAN ANDA UNTUK MENJAWABNYA.

Dari apa yang saya faham melalui penulisan ANDA,

KITA PERLU TERUS SOKONG UMNO SAMPAI BILA-BILA (BACA MATI). RASUAH, MASALAH MORAL DAN TAMAK HALOBA PEMIMPIN ADALAH URUSAN MEREKA DENGAN ALLAH.

YANG PENTING, KITA DAPAT HIDUP AMAN DAMAI DAN DAPUR KITA BERASAP. JASA MEREKA YANG PALING UTAMA DAN DIKENANG.

SETUJU?

anonymous said...

PostPosted: Fri Dec 05, 2008 12:23 pm

Post subject:

Untuk Yang Anti-UMNO:
Apa Jasa PAS/PKR..?


Saudara..Salam jumaat saya hulurkan..semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah selalu.

Saudara..Jika kita sebagai manusia yang berakal dan berakhlak mulia, pastinya kita akan mengenang jasa mereka yang pernah atau telah berjasa kepada kita..Namun jika kita tanamkan sifat benci kita kepada mereka yang telah berjasa kepada kita dan keturunan kita, pastinya kita mempunyai sebab tertentu samada telah termakan hasutan orang lain atau mengikut perasaan 'hati busuk kita..Kita juga mudah termakan kata2 mereka yang kononnya lebih 'mulia' sedangkan mereka ini tidak pernah pun berjasa kepada kita..Mereka ini hanya menjanjikan 'pahala' dan 'syurga' walhal dalam masa yang sama mereka ini menamkan sikap yang diluar batasan Islam.

Saudara..Persoaln saya, apakah jasa PAS/PKR kepada saudara sehinggakan saudara menganggap UMNO sebagai musuh..Untuk rekod, PAS/PKR tidak pernah memerintah Malaysia dan tidak pernah membuat apa2 pun untuk kita selama ini..Harus diingat, apa jua yang kita nikmati sekarang bukannya datang dari PAS/PKR.

Fikir2kan!!

MOHD AFIQ said...

Siasah tidak nyatakan apa-apa, kamu semua bertegang urat macam apa. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Islam itu ad-din, Subhanallah,.

perunding said...

makin ramai join siasah ni ya.
seronoklah kita.
esok saya menulis .inshaallah.

p/s semua yg power2 pulak tu ekk..

fitflex said...

kpd fendi2177.
tlg jawab boleh ke mlayu jd ketua dlm prti dap?
lg pas jaga pktan rkyat smp kena ubah prinsip/dasar parti.tp ada ke dap ubah dasar mreka?bila timbul satu2 isu yg merugikan bgsa mreka,baik dap,mca,gerakan semua bgkit menentang demi bgsa mreka.tapi bila umno timbul isu utk selamatkan bgsa kita,di mana pas??kenapa kita masih kata semua itu propaganda umno?dap stuju dgn pas lani sbb nak kuasa.dia guna anwar sbb anwar bleh pjuk org mlayu.bila dah dapat kuasa nnti,dap tekan melayu mcm di singapura.time tu nak harap kat anwar lg ka???

Unknown said...

Tak habis-habis orang UMNO dengan kes liwat Anwar...

Kenapa tahun 1998/99 Anwar tak sangkut dengan kes liwat?? Ada sesiapa pergi kaji?? kalau dah ada saksi yang mengatakan darah pada tilam tu diletak kemudian.. apa cerita?? Bukti yang dibuat-buat...

Dengarlah hujah Pak Lah pula... polis nak ambil darah baru Anwar sebab DNA yang dulu dah lamaaaaa??

Apa bengapnya pemikiran PM M'sia ni... data DNA tak berubah le... lain le kalau nak cipta bukti sekali lagi... hmmm takkan pisang nak berbuah dua kali kot!!

La ni ada pula Chek Det mengaku yang Anwar tak bersalah pun... saja je Chek Det nak sumbat dalam penjara!! Tak percaya?? Carilah videonya dan saksikan sendiri!

anakkancil said...

TAMING SARI said...
Salam

Bukan artikel sendiri kepala hotak kau..

kalo betul zaid or che det cakap, diorang cakap lain, siasah tulis lain.

Bukan ke fitnah namanya?

December 4, 2008 7:56 AM

Ape le sekundor kau nie taming sari oi...mana ade wartawan dlm Msia nie tiru bulat-bulat ayat yg keluaq dari lidah mulut org yg keluar kenyataan tu.Wartawan akan guna ayat mereka tapi maksud sama dgn depa dengaq.Bukan darjah 1 dlm cerita p.romlee tu...hari-hari cikgu main bola...lain la hari -hari cikgu tidoo...kan tak same tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...