Monday, August 8, 2011

Kontroversi gereja, PAS mula tunjuk pendirian tegas

Hampir seminggu selepas tercetus kontroversi ekoran siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara, Selangor, PAS mula menunjukkan sikap tegas berhubung tindakan pihak berkuasa agama itu.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini menegaskan sokongan terhadap tindakan Jais dan Datuk Dr Hasan Ali, selepas mendengar penjelasan daripada bekas pemimpin PAS Selangor itu.

Kenyataan ketua Pemuda PAS ini merupakan yang paling tegas daripada parti Islam itu selepas episod yang menjadi kontroversi di Selangor itu.

"Saya memahami kedudukannya, menghormati pendiriannya, menerima keikhlasannya dan menyokong tindakannya dalam hal ini, demi melihat aqidah Islam dipertahan dan diperjuangkan," tegas Nasrudin dalam blognya.

Nasrudin menjadikan isu mempertahankan aqidah umat Muslim sebagai isu utama dalam kontroversi melibatkan gereja dan dakwaan usaha memurtadkan orang Muslim ini.

Hasan yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS berdepan kritikan keras pelbagai pihak dan digambarkan berdepan siasatan kepimpinan pusat ekoran sokongannya terhadap tindakan Jais itu.

Nasrudin pada masa sama turut menyatakan sokongan kepada rancangan pertemuan dialog PAS dengan pihak Jais dan gereja terbabit, dan menegaskan pemeliharaan hak pengikut agama lain.

Beliau juga mengajak kepada penyatuan umat dalam isu aqidah tanpa dipengaruhi keperluan politik pilihan raya, kenyataan yang dilihat bertujuan menyatakan ketegasan PAS dalam isu agama dan pada masa sama mengkritik pihak yang menggunakan isu itu untuk sokongan politik.

"Umat Islam mesti bersatu di bawah payung aqidah ini dan memastikan tiada ruang retak dan bocor sebagai laluan dan peluang musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan umat Islam dari dalam," tulis Nasrudin.

"Justeru harga aqidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun Dun, demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai aqidah, taruhannya ialah darah dan nyawa
."

Kenyataan pemimpin Pemuda PAS ini dilihat menjawab dakwaan sesetengah pihak, terutama pesaingnya Umno yang mendakwa PAS semakin tunduk kepada sekutu dan keperluan pragmatik politik pilihan raya.

Pendirian PAS yang dijangka ditegaskan selepas mesyuarat semalam menjadi tumpuan ramai yang memerhatikan sikap parti Islam itu dalam episod terbaharu kontroversi dalam hubungan antara agama melibatkan parti itu.

6 comments:

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

Nah .., akhirnya si ketua pemuda yg sering dijadikan bahan ejek terutama oleh Erdogan kerana dianggap poyo, konservatif dll. (memang pun dalam beberapa hal ketika membela Anwar) muncul sebagai anak jati PAS ketika Mat Sabu sendiri masih terkial-kial untuk membela Hassan Ali & JAIS.

Kita semua tak kira PAS atau UMNO tidak perlu hipokrit dalam soal ini. Apa ke jadahnya sebuah gereja begitu biadap mengundang orang Islam ke premis mereka ketika seluruh umat Islam sedang berada dalam Ramadhan Al-Mubarak melainkan punya agenda yang cukup meragukan? Sebut apa saja, majlis bantu AIDS/HIV ke, majlis makan malam solidariti anak semua bangsa ke - semuanya retorik politik celaka.

Lebih celaka apabila puak Erdogan PAS atau Islamist Liberal atau Islamist Demokrat ke berbondong-bondong bak gerombolan serigala lapar menerkam Hassan Ali & JAIS walhal mereka semua belum tahu apa-apa pun.

Memetik portal batu api Malaysiakini, si talam dua muka Ahli Parlimen Shah Alam mahu tunggu laporan lengkap baru mahu komen sedangkan di muka surat 6 akhbar The Star pada hari yang sama orang yang sama itu begitu lantang mengutuk tindakan JAIS dan pembelaan Hassan Ali terhadap tindakan JAIS itu.

Kenyataan berani Hassan Ali yg beliau sanggup dipecat oleh parti dalam soal ini amat dialu-alukan sebagai bukti jati diri seorang pejuang.

PAS lupa Hassan Ali dulunya kakitangan kerajaan berjawatan tinggi yg memahami selok-belok pentadbiran. Selepas pencen, beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan demi aqidah Islamnya. Jadi, jika hari ini PAS sendiri yang tidak mahu lagi mempertahankan Islam hanya kerana mahu menang pilihan raya dan takut bukan Islam tidak menyokongnya - maka PAS sebenarnya bukan lagi wadah untuk orang-orang seperti Hassan Ali - bahkan bukan juga wadah untuk semua ahli PAS sekarang kecuali puak liberal Erdogan yang memuja Anwar itu.

Mat Sabu? Tanya Mat Sabu sendiri sebab dia pun sekongkol dengan puak Erdogan ini dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS. Ada hikmah wahai Mat Sabu kenapa kepala lutut hang dah pasak skru besi. Kepala lutut tak apa jangan kepala otak hang pun kena pasak skru besi pulak dek puak Erdogan.

Mungkin dengan kedepannya si Tantawi ini, puak ulamak PAS sedia juga ke depan membela Hassan Ali dan tunjukkan bahawa ulamak kekal relevan. Jangan sebab Mustafa Ali ada problem dengan Hassan Ali lalu meminta Haji Hadi melucutkan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor daripada Hassan Ali - puak ulamak PAS pun diam seribu bahasa.

Siapa sebenar PJ PAS Selangor? Mana Dr Rani? Yang berkokok siang malam ialah Ahli Parlimen Shah Alam iaitu Panglima Liberal Erdogan.

Di peringkat PAS Pusat, ketua umum Erdogan dari Kelantan mula menunjukkan taringnya terutama berkaitan hal-hal pilihan raya malah meminggirkan sama sekali Cikgu Pa sebagai SU Agung PAS.

Jika Mat Sabu tidak berjalan seiring dengan ulamak - maka masa hadapan PAS bakal tergadai dan kedua-dua Mat Sabu dan ulamak PAS bakal terpinggir daripada arus perdana parti.

Mahfuz & Salahuddin? Biaq Nasharudin.

Hello .., di mana-mana pun di planet bumi ni Gereja/Kristian tak pernah berhenti dengan projek pengkristianan globalisasi mereka. Mereka guna segala kekayaan, kekuasaan yang dimiliki ke arah ini. Al-Quran sendiri pun berpesan akan hal ini.

Untuk kita umat Islam di Malaysia tak kira PAS/UMNO hari ini tiba-tiba begitu baik sangka terhadap mereka kononnya ini 1 Malaysia, ini PAS for All - piiiraaah mabuk. Kita kena tipu atas darat.

Dalam soal ini kita kena berdiri seiringan Hassan Ali dan Nasrudin Hassan Tantawi.

Anonymous said...

Mat Sabu bersekongkol dengan Erdogan? hahahaha... bodohnya.. bulan2 puasa ni toksah bikin dosa kering je hang ni zombi..

Anonymous said...

sila tanya Mat Sabu sendiri baru hang tau apa yang kering .., sotong ke atau otak kemetot hang yang main agak-agak tu. Lagi pun ini cerita basi.

Anonymous said...

Macam mana pun, kita tengok menjelang PRU dah dekat nie nanti macam mana Mat Sabu kita handle isu kerusi dgn parti Pakatan.

- Penyokong Abg Mat

Anonymous said...

Aku ketepikan ideologi politik demi agama...Aku sokong tindakan DHA dan JAIS...ALLAHUAKBARRRR!!!!

Anonymous said...

tengok & tunggu PRU13?? Hello .., la ni semua pihak dah khatam barisan kabinet/exco masing2 la. Bro, kau ketinggalan LRT.
Bab Abg Mat Sabu ni nak dilihat prestasinya berkaitan pembahagian kerusi dengan PKR - setakat dia sorang2 dalam keadaan Presiden, Naib2 sendiri dok terhangguk2 dengan setiap ulas butir kata Anwar & Azmin - maka kirim salam ajelah nak harapkan perubahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...