Friday, November 9, 2012

Kontroversi kebebasan agama, Nurul Izzah tingkat sokongan liberal

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyokong kebebasan beragama meliputi semua termasuk Melayu-Muslim yang mencetuskan kekecohan kini kelihatan meningkatkan sokongan terhadap beliau daripada golongan liberal negara ini.

Di laman-laman berita liberal dan media sosial, sokongan meluas dan komen positif berhubung pendiriannya itu dapat dilihat daripada ramai pembaca dan pengulas, walaupun mendapat respons negatif yang keras daripada konservatif dalam kalangan parti politik dan akademik.

Seorang pengulas di laman Malaysiakini menulis satu artikel panjang memuji pendirian Nurul Izzah itu, yang disifatkan sebagai satu ide penting yang perlu difikirkan oleh rakyat negara ini. 

Parti pemerintah Umno dan golongan konservatif menentang keras kenyataan beliau itu, tetapi politik parti yang sangat partisan memperlihatkan sokongan yang tidak berubah daripada parti beliau, PKR.

Episod ini turut dilihat meningkatkan imej dan kelayakan liberal beliau, ciri penting untuk terus mendapatkan sokongan komuniti liberal yang termasuk banyak pertubuhan bukan kerajaan berpengaruh di dalam dan luar negara serta, serta kerajaan Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Kenyataan Nurul Izzah itu kelihatan ditujukan kepada audiens liberal, yang jelas memperlihatkan pendirian terbuka beliau berhubung kebebasan memilih agama termasuk melibatkan orang Muslim.

Beliau kini telah mula dikemukakan sebagai bakal perdana menteri Malaysia oleh para penyokong, yang sebahagian besarnya terdiri daripada politikus dan aktivis liberal, dengan liputan agak meluas daripada media Barat.

Debat panas yang tercetus daripada kenyataan pemimpin muda PKR ini memperlihatkan penerusan debat terbuka berhubung isu berkaitan agama Islam di negara ini, ketika Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir.

Nurul Izzah menerima kritikan keras daripada akademik dan aktivis Muslim, yang melihat beliau sebagai meneruskan kesinambungan perjuangan bapanya, Datuk Seri Awnar Ibrahim yang dilihat membawa agenda liberal.

Pensyarah di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban di Universiti Teknologi Malaysia, Dr Khalif Muammar A Harris menulis kritikan yang dipercayai ditujukan kepada Nurul Izzah dan penyokong di laman Facebook beliau: "Sekadar teguran dan nasihat kepada para aktivis. Jangan kerana kesetiaan politik yang salah dibenarkan. Yang salah itu tetap salah, bila kenyataan telah dibuat dan seseorang itu sedar ia telah melakukan kesilapan ia perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf, dan bukan menyalahkan orang lain yg dianggap memutar belit."

"Hal serupa berlaku ketika Anwar Ibrahim memberi ucapan di LSE [Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London], ia jelas mendukung pluralisme agama, tetapi ramai aktivis justeru menyalahkan orang lain yang salah faham. Dalam kes Nurul Izzah memang ada tanggapan yang ekstrem sehingga menambahkan perkara yg tidak benar, tetapi lihatlah kata-katannya sendiri dan nilailah mengikut ilmu di dada jika tidak mampu rujuk yang tahu," tulis Khalif.

Walau bagaimanapun, kenyataan Nurul Izzah itu mendapat sokongan - walaupun dengan tafsiran yang pelbagai - daripada rakan-rakan ahli politik dan aktivis seperti Dr Ahmad Farouk Musa - antara aktivis yang memberi sokongan kuat kepada Nurul Izzah untuk menjadi perdana menteri Malaysia - ketua pertubuhan penganjur forum tempat naib presiden PKR itu mengeluarkan kenyataan kebebasan agama itu.

Nurul Izzah kini telah meningkatkan lagi profil beliau sebagai seorang pemimpin Muslim beraliran liberal, yang diperlukan untuk beliau meningkatkan dan mengukuhkan lagi sokongan daripada kelompok liberal, dan pada masa sama juga telah meningkatkan pertembungan antara konservatif dengan liberal di Malaysia, yang menjadi satu ciri penting persaingan politik terkini.


5 comments:

Anonymous said...

Berfikiran lah cara matang.
Perlembgaan Persekutuan kata Melayu itu adalah Muslim. Tapi dalam Undang2 syariah Muslim itu tidak semestinya Melayu.

So, kenyataan YB Nurul Izzah adalah tepat.

Kalau kau orang tak caya cuba tanya Prof Madya Ridzuan Tee and Ustaz Farid Ravi.

Anonymous said...

Saya menyokong YB Nurul. Yang penting.... jangan Exclusive kan sessuatu..

Anonymous said...

Nurul Izzah ada sebut melayu MUSLIM ke?

da'e said...

kebebasan Agama seharunye untuk Org Bukan Islam bukn Org Islam..

dala Islam sndiri ada hukum hudud bg yang murtad. yakni kna bunuh..

negara Islam apa klu cm 2???

Anonymous said...

Salah tetap salah. Pilihanraya semakin dekat. Harap rakyat buat pilihan yg betul. Kita kena pilih pemimpin yg lg baik bukan yg lg teruk xkira sama ada kerajaan ataupun pakatan rakyat. Kaji sdr selidik sdr br buat keputusan. Xtau agama rujuk dgn org yg tau dan rujuk buku agama. Jgn memandai2 sdr or setakat dgr org cakap. T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...