Sunday, November 4, 2012

Perangkap hudud MCA tidak mengena

Usaha pemimpin MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumpan respons daripada parti-parti Pakatan Rakyat berhubung isu hudud bagi mencetuskan perdebatan hangat tidak menampakkan hasil.

Selain PAS, parti-parti PR tidak memberikan respons yang mencetuskan perdebatan terbuka antara parti terbabit, terutama PAS dengan DAP, yang dilihat menjadi matlamat Chua mencetuskan isu bahaya hudud.

Malah, Chua turut terpaksa memberikan penjelasan panjang berhubung kenyataannya yang disifatkan sebagai anti-Islam itu, yang dipublisitikan secara prominen oleh akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini.

Penjelasan Chua itu juga dilihat sebagai mengawal kerosakan yang menimpa Umno, sekutu MCA dalam Barisan Nasional yang bersaing merebut undi Melayu dengan PAS.

Umno mendapat kesan negatif ekoran kenyataan Chua itu selepas dilihat tidak memberi respons keras terhadap kenyataan presiden MCA itu seperti yang dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin PR yang membuat kenyataan yang dinilai menghina Islam.

Kenyataan Chua yang mendakwa hanya menolak hudud versi PAS itu, selain menampakkan alasan murahan untuk membela diri, juga mencetuskan persoalan sama ada MCA tidak akan menentang pelaksanaan hudud (yang melibatkan hukuman seperti potong tangan) yang dibawa oleh pihak lain.

Chua juga, sebagai melanjutkan lagi usahanya mencetuskan debat hudud terbaharu, mencabar PR menjadikan pelaksanaan hukum hudud sebagai salah satu janji dalam manifesto bersama Pilihan Raya Umum ke-13.

Tindakan ini sekiranya cuba dilaksanakan bakal mencetuskan pertikaian dan perpecahan melibatkan parti-parti berbeza ideologi dalam gabungan PR.

PR walau bagaimanapun tidak memberikan respons terhadap kenyataan terkini Chua itu. 


2 comments:

Anonymous said...

Chua ni satu kepala la dengan DAP. Samseng. Chauvanist. Pemimpin PAS pun dah kelabu asap buat 'strategi' sekongkol dgn DAP (strategi pala tok depa). Sedar tak berapa ramai ahli PAS yg dah gila sanggup mati-matian bela kafiruun sbb tak faham 'strategi' (pala tok hangpa) pemimpin PAS nak menang pilihanraya? Sekali lagi, strategi pala tok hangpa!

Anonymous said...

Tak payah maki hamun.Mencarut , fitnah bukan budaya dan ajaran Islam.Kalau tak boleh kawal nafsu amarah lebih baik duduk diam wahai anonymous 9:42 AM.
Memalukan.Menjijikkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...