Sunday, April 17, 2011

Selepas menang besar, BN perlu tangani isu Taib Mahmud

(Kedudukan rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10: BARISAN NASIONAL, 55 kerusi: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB, 35 kerusi. Parti Bersatu Rakyat Sarawak, SUPP, 6. Parti Rakyat Sarawak, PRS, 8. Parti Demokratik Progresif Sarawak, SPDP, 6. PAKATAN RAKYAT, 15 kerusi: DAP, 12. PKR, 3. LAIN-LAIN: Bebas, 1.)


Kedudukan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi isu yang perlu ditangani Barisan Nasional selepas mencapai kemenangan besar mengekalkan dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pengunduran Taib dan peralihan kuasa bakal menjadi tuntutan banyak pihak selepas berakhir Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semalam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam dilapor berkata BN perlu melaksanakan janji mengadakan peralihan kuasa di Sarawak.

Kedudukan Taib - yang segera mengangkat sumpah selepas BN berjaya menubuh kerajaan - masih kukuh ekoran kejayaan memastikan kemenangan selesa walaupun berdepan tekanan kuat pembangkang.

Walaupun terjejas sebagai "simpanan tetap" bagi BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, Sarawak tetap masih dilihat selamat bagi BN, dan menguatkan sebab kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Taib telah berjaya memastikan BN kekal dengan dua pertiga kerusi di Sarawak. Prestasi BN dalam pilihan raya umum akan datang, sama ada berjaya atau tidak mendapat semula dua pertiga, bakal mengalih tumpuan kepada Najib pula.

Najib telahpun mengatakan BN akan berdepan saingan sengit pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Tetapi beliau dijangka tetap akan berdepan cabaran dan tekanan sekiranya BN tidak berjaya mengekalkan dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya itu nanti.


3 comments:

Anonymous said...

Diumunkan pada 27hb Mei nanti Pehin akan melantik Dtk Abg.Johari jadi Ketua Menteri Sarawak. Bersabarlah pemuda PBB kwasan Satok.

Anonymous said...

Pemimpin datang dan pergi .... Rakyat Saraentu aje...wak hendak yang baru apa nak kata ... cuma diharapkan yang baru mempunyai wawasan memajukan negeri secara keseluruhannya bukan hanya pada tempat tert

Anonymous said...

kami segelintir rakyat sarawak rasa terkilan kenapa BN masih menang 2/3. Harap pihak PR mulakan strategi sekarang untuk PRU nanti. Terutamanya luar bandar, pemikiran dan sikap pengundi masih rendah. BN dianggap kawan dan rakan. pembangkang dianggap jahat dan asing. PR harus dekatkan diri, berkenalan dan mesra.Saya ingin sangat PR buat macam BN buat seperti adakan khemah tempat singgah makan dan minum ketika mengundi atau buat cara lain asalkan perhubungan erat. Inilah yang berlaku sekian lama diluar bandar dan pendalaman. Harap PR tidak datang bermusim seperti masa pilihanraya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...