Friday, December 10, 2010

Konvensyen kedua perlu siapkan PR hadapi PRU 13

Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen tahunan buat kali kedua pada 19 Disember nanti, di Butterworth, Pulau Pinang.

Gabungan yang ditubuhkan ketika kemenangan besar Pilihan Raya Umum ke-12 masih disambut pada 2008 kini telah berusia hampir tiga tahun.

Politik nasional kini sedang menyaksikan isu-isu kontroversi dalam PR timbul, yang sebahagian besarnya merupakan ujian menghadapi realiti politik sebagai satu aliansi dan kerajaan pemerintah negeri.

Umno dan Barisan Nasional menunjukkan kesatuan dan persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum.

Pelbagai isu yang boleh membantu BN, daripada dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo kepada pengunduran Datuk Seri S Samy Vellu, kini timbul dan disambut baik oleh media pro-BN.

Pada masa sama, satu kajian oleh penyelidik Universiti Malaya mendapati sokongan kepada Parti Keadilan Nasional dan kepercayaan terhadap kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim terjejas.

DAP di Perak, negeri kedua paling dikuasai parti itu, juga mengalami pergolakan antara faksi yang berprofil tinggi.

PAS yang menghadapi pemilihan kepimpinan paling sengit dua tahun lalu masih merasakan sentimen yang berpotensi menjejaskan perpaduan dan kesatuan parti.

Menjelang pilihan raya umum yang prestasi PR tidak dapat tidak akan diukur dan dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-12, konvensyen kali ini perlu mencapai sesuatu yang lebih konkrit.

Tempoh hampir tiga tahun sepatutnya telah menyediakan peluang yang luas untuk mengambil pelajaran dan memastikan pakatan yang dibina dengan nama rakyat itu terus mampu menyumbang untuk rakyat.

1 comment:

dankuala.com said...

SELAMAT BERKONVENSSYEN. PERSIAPKANLAH PAKATAN. BERSEDIALAH UNTUK MENELAN KENYATAAN BAHAWA PAKATAN SEBENARNYA ADALAH GABUNGAN ANTARA DAP, DAP DAN DAP.

BERSEDIALAH PAS DAN PKR UNTUK TERUS SUJUD KEPADA DAP . DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...