Monday, December 6, 2010

Kes Khir Toyo: Peluang Umno bersih imej hadapi PRU 13

Tindakan yang sedang dikenakan ke atas Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memberi gambaran lebih jelas kepada jangkaan pilihan raya umum awal dan memberi peluang Umno meletakkan muka baharu di Selangor.

Perkembangan ini membuka peluang kepada Umno untuk membersihkan imej parti itu di Selangor dan meletakkan calon yang lebih muda dan muka baharu di negeri yang dirampas Pakatan Rakyat pada 2008 itu.

Kes Khir memberi gambaran bahawa pemerintah serius memerangi rasuah, tanpa mengira kedudukan.

Ini akan membolehkan Umno kelihatan lebih bersih dalam pilihan raya umum akan datang, berdepan dengan PR yang sedikit terjejas akibat pergeseran dalaman dan pelbagai masalah lain, terutama yang dicetuskan kempen Umno.

Tindakan terhadap Khir juga memberi kesan positif terhadap kumpulan pesaingnya dalam Umno Selangor, yang ada antaranya mempersalahkan bekas menteri besar itu dalam kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

Pesaing Khir tidak mahu beliau berperanan dalam dalam Selangor, terutama sekiranya Umno berjaya merampas negeri kaya itu.

Tindakan ke atas Khir akan membuka peluang kepada tokoh-tokoh Umno lain untuk berperanan lebih besar di Selangor, termasuk Senator Mohamad Ezam Mohd Noor.

6 comments:

Anonymous said...

smemangnya sume ini adlh utk psiapan PRU13, namun rkyt sume taw kes khir toyo ni adalah sandiwara smata....cba tgk kes2 sblum ini. umapamanya kes vk lingam, eric chia...yusuf chin dan byk ag....hnya pdakwaan namun akhirannya sume2 pyangak rkyt tsebut dilpskn...rkyg juga yg mderita....

Ramli Abbas said...

Ezam?

Maksudnya, kami ahli UMNO S'ngor perlu menerima munafik ini yang pernah mencerca pemimpin kami dahulu dan memfitnah kami sebagai perasuah, pengkhianat rakyat dan membolot harta negeri untuk kroni dan famili kami?

Oh! Tidak! Kami tidak senaif dan sebodoh ahli PKR.

Jika blog ini mahu mengangkat Ezam dan Ezam membiayai blog ini, dengar baik-baik dan baca baik-baik, kamu insan munafik jangan harap mahu mendaki tangga parti ini yang pernah kamu ludah dan hina selepas 1998 dahulu.

Hingga kini, belum ada perlakuan menyesal dan memohon maaf dari Ezam kepada kami semua ahli UMNO atas kerja-kerja pembohongan yang dijajanya selepas 1998 dulu.

Kamu Ezam, dan penyokong kamu boleh melukut di tepi gantang. Jangan bermimpi mengemudi UMNO yang pernah kamu cerca sebelum ini!

Anonymous said...

Ramli, satu posting sebut Ezam dah suspek Ezam sponsor? Inilah mentaliti Umno, semua kerja nak duit. Takde duit tak gerak. Ingat orang lain pun macam hangpa.

Anonymous said...

Rakyat terpaksa menanggung semua kenaikan demi kenaikan. Barisan kerajaan dgn selamba menaikkan harga minyak yang turut melibatkan kenaikan semua barangan asas yang lain. Gaji RM2000 dibandar seolah2 gaji RM400. Setelah sokongan diberikan kpd kerajaan. tokjib tanpa segan silu menaikkan harga minyak. Kita sbg rakyat termanggu2 tidak tahu parti manakah yg kita perlu sokong. Kita tak mahu tampok pemerintahan berpindah kpd yang lain. tp kerajaan semakin menyebabkan rakyat semakin miskin.

Hilang sudah kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan kerajaan. Kerajaan seharusnya peka dgn masalah rakyat. Tokjib mungkin tidak merasakan betapa susahnya rakyat krn Tokjib bukan orang awam. Kesabaran rakyat semakin dicabar. kehilangan 5 negeri tidak menjadi pengajaran utk TokJib? Sedarlah TokJib, kami menyokong kerajaan dgn segunung harapan semoga kerajaan membantu kami dan bukannya menindas kami!

Anonymous said...

SUATU PENCIPTAAN ISU BARU SEDANGKAN IANYA KES YANG TERSANGAT LAMA. TUJUANNYA, UNTUK MENUTUP ISU HANGAT TERKINI, APA LAGI KES MINYAK,GAS DAN GULA NAIK LAH. KENAPA SEKARANG BARU NAK DAKWA. NANTI LEPAS NI, ORG DUK BERCAKAP TENTANG KHIR TOYOL. MELUPAI KES NAIK2 NI. BIJAK2. ITULAH POLITIK NAMANYA

Shahnizat bin Sakiran said...

Sekarang seronok baca blog siasah.. Nampak lebih adil.. Mudah-mudahan akan jadi laman yang bebas dalam mengupas segala isu.

Teruskan usaha murni ini. Tulislah tentang apa saja tanpa mengira fahaman politik.. Barulah namanya SIASAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...