Monday, December 31, 2007

Shahidan mesti pergi atau Radzi kena letak jawatan


KUALA LUMPUR, 31 Dis: Desakan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad agar Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kasim berundur dari jawatan itu menghasil keadaan, Radzi berjaya dengan gesaan itu atau gagal dan terpaksa berundur.

Desakan supaya Shahidan berundur dibuat Radzi ketika bercakap dalam satu kursus pilihan raya yang diadakan di negeri itu baru-baru ini dan mengulanginya dalam sidang media selepas itu.

"Bagi saya, Perlis patut berubah dan MB (Menteri Besar) juga patut diubah. Jika masih kekal kepemimpinan lama, Perlis akan tetap kekal macam tu juga," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Majlis Taklimat dan Perasmian Gerak Kerja Pilihan Raya Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Shahidan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Gerakan Belia 4B Malaysia ke-33, di sini pula mengaku kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak mempunyai sebarang jawatan di Perlis, tetapi suka mengganggu ketenteraman serta pentadbiran negeri itu.

Tanpa menamakan sesiapa, katanya: "individu terbabit mempunyai jawatan tinggi pada peringkat persekutuan, tetapi tidak di Perlis, namun tetap mencampuri urusan pentadbiran negeri."

"Ada yang datang ke Perlis kemudian komen pasal sungai, manakala ada pula yang berniat nak tutup sempadan, tapi mereka tidak ada sebarang jawatan di negeri ini," katanya.

Apakah sebenarnya yang berlaku di Perlis?
Siasah sedang berusaha untuk membuat satu sorotan khas mengenai pertembungan kedua-dua tokoh ini.

Dapatkan naskah anda Ahad ini.


2 comments:

Abd Bashid Harun said...

Tetapi Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia boleh sahaja mengekalkan kedua-duanya jika beliau mahu. Kalau beliau tidak mahu pun beliau masih ada cara lain kerana beliau Perdana Menteri. GuruBashid

hamba_allah said...

apa kata kalau tukar mb perlis.letak haron din pula..mungkin dengan pucuk pimpinan ulama',perlis akan makin mendapat rahmat dan berkat dari Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...