Wednesday, March 4, 2009

Kerajaan perpaduan: Pemimpin Umno berbelah bahagi

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Para pemimpin Umno berbelah bahagi pandangan mereka terhadap cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diadakan kerajaan perpaduan di negara ini ekoran krisis politik dan krisis ekonomi yang bakal mendatang.

Sebaik sahaja cadangan itu disiarkan oleh laman web, Malaysian Insider, Jumaat lalu dan Siasah dalam keluaran lepas, anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong cadangan itu.

Namun, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz pula menyifatkan cadangan Presiden PAS itu sebagai gimik politik. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin meminta Abdul Hadi memperincikan cadangannya manakala pemimpin Umno yang lain turut berbelah bahagi.

Sementara itu, Presiden PAS dikatakan akan membincangkan cadangannya ini secara terperinci dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahad 8 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Dr Shamsuri berkata, prinsip asas cadangan bosnya ini adalah penglibatan semua pihak khasnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ini kerajaan perpaduan. Jadi cadangan ini perlu mendapat sokongan semua pihak dahulu khasnya dalam Pakatan Rakyat," kata beliau.
Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini

Pusat cuba halang Selangor beri air murah untuk rakyatnya

SHAH ALAM, 4 Mac: Kerajaan Pusat didakwa cuba menghalang kerajaan negeri Selangor dari memberikan bekalan air yang murah kepada rakyatnya berikutan tindakannya mengambil alih urusan menyusun semula syarikat bekalan air dari kerajaan negeri Selangor.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Media kerajaan negeri, tindakan Kerajaan Pusat mengambilalih kepimpinan untuk penstrukturan perkhidmatan industri air di Selangor adalah buktinya.

Sedangkan, pada tahun 2008, kerajaan negeri Selangor telah diberikan kepercayaan untuk memimpin penstrukturan ini. Pada 18 Februari lalu, Kerajaan Persekutuan mencelah dan mengumumkan bahawa mereka akan mengambil-alih pimpinan penstrukturan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk rundingan terus dengan syarikat-syarikat konsesi air.

Seterusnya pada 20 Februari 2009, tawaran Kerajaan Negeri Selangor telah ditolak oleh syarikat-syarikat swasta terbabit dalam penswastaan ini.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat Rabu lepas telah mengadakan sesiTaklimat Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor kepada semua Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli-ahli Majlis Tempatan serta semua pegawai perhubungan awam di peringkat PBT.

Taklimat diberikan oleh ahli-ahli Panel Penilai Air Selangor dan pembentangan telah dibuat oleh YB Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Taklimat ini telah berjaya menjelaskan isu sebenar berkaitan penstrukturan air ini bermula dari latarbelakang, kedudukan semasa serta isu-isu utama termasuk matlamat Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu ini.

Ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk selalunya memberi maklumat dan informasi penuh kepada rakyat di bawah prinsip urus tadbir yang baik.

Peserta taklimat juga telah dimaklumkan tentang kebenaran yang telah diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memimpin skim penstrukturan semula industri air pada tahun 2008.

Oleh itu, Kerajaan Negeri telah melantik ahli-ahli Panel Penilai Air bagi membuat kajian teliti serta menerajui pimpinan penstrukturan perkhidmatan industri air di Selangor.

Menurut kenyataan pejabat MB Selangor itu, keputusan memberi tawaran pembelian aset (RM4.6b) dan ekuiti (RM1.1b) syarikat-syarikat konsesi dari Kerajaan Negeri Selangor adalah cukup berpatutan setelah mengambil kira keuntungan semua pihak tanpamembelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

Tawaran ini, bagaimanapun dilihat oleh sesetengah pihak tidak memadai kerana belum cukup menguntungkan poket mereka yang tamak, kata kenyataan pejabat MB Selangor itu.

"Campurtangan daripada Kerajaan Persekutuan seolah-olah mahu membelakangkan hak Kerajaan Negeri Selangor seterusnya akan menguntungkan kantung sesetengah pihak.

"Keputusan Kerajaan Persekutuan jugadilihat cubaan menyekat matlamat Kerajaan Negeri yang ingin membekalkan air dengan kadar harga yang murah bagi meringankan beban penduduk Selangor dan Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri Selangor mahu mengamalkan pendekatan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor” dengan mengambilkira kepentingan semua pihak antaranya mengekalkan dasar air percuma 20m3 serta matlamat menurunkan kadar air sekarang sebanyak 10%.

“Bail-out” yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk syarikat-syarikat konsesi air ini adalah bukti kegagalan dasar penswastaan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional.

"Ini ternyata akan mencabar kredibiliti Kerajaan Persekutuan yang telah lama mentadbir tanpa sebarang pembaharuan berkaitan soal kebajikan kepada rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Tuesday, March 3, 2009

Dun Perak lulus tiga usul



IPOH, 3 Mac: Sidang Dun Perak yang bersidang di satu kawasan lapang berhampiran bangunan Perak hari ini meluluskan tiga usul secara sebulat suara iaitu:-
(Gambar: Speaker, V Sivakumar tiba untuk mengetuai sidang Dun Perak. Gambar bawah Adun Titi Serong membuat usul percaya kepada Mohd Nizar di kawasan tanah lapang yang diisytiharkan sebagai Dun Perak hari ini.)

1) Usul kepercayaan kepada MB Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.

2) Usul membubarkan Dun Perak,

3) Usul berupa kertas laporan Jawatankuasa Terpilih yang menggantung Datuk Dr Zambry dan enam Exconya.

Usul pertama dan kedua adalah usul yang dibawa sebelum sidang manakala kertas laporan Jawatankuasa Terpilih adalah usul tergempar.

Sidang itu berjalan di kawasan lapang berhampiran Dun selepas 27 Adun dan Speaker tidak dibenarkan masuk ke Dun oleh polis atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Ipoh meluluskan injunsi untuk menghalang Sidang Dun hari ini tetapi ia diperolehi selepas Dun Perak sudah tamat bersidang.

Dun mula bersidang jam 10.15 pagi dan tamat jam 10.30 pagi. Ia bermula dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki dan ditutup dengan cadangan menangguhkan sidang oleh Adun Pasir Panjang yang juga MB, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.

Injunsi diperolehi oleh BN kira-kira jam 10.45 pagi dan ia dianggap adademik oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di sini.

Monday, March 2, 2009

Sidang Dun Perak esok sah, kata Speaker

IPOH, 2 Mac: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar (dua, kiri) mengadakan sidang media di sini, semalam bagi mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri yang mengatakan Speaker DUN tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Siavakumar, berdasarkan Perlembagaan Perak, sidang tergempar Dewan itu pada Selasa ini (esok) adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Ini kerana, Speaker boleh memanggil sidang tergempar DUN tanpa memerlukan perkenan Sultan terlebih dahulu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Razak juga berpandangan yang sama, sidang ini tidak sah

Menurut peguam Mohamed Hanipa Maidin, Speaker berhak memanggil sidang ini tanpa perlu perkenan Sultan.

Bagi beliau, Umno melakukan kesilapan apabila 'merampas kuasa' di Perak tanpa 'menculik' Speaker Dun.

Ini kerana, sebagaimana Sultan, Speaker juga mempunyai kuasa yang besar dalam menguruskan hal ehwal Dun Perak ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula berkata, Najib tidak belajar dari bapanya, Tun Abdul Razak apabila melakukan rampasan kuasa di Perak.

"Tun Razak ketika mahu mengambil alih kuasa di Kelantan dahulu memastikan Speaker berada di pihak beliau terlebih dahulu," kata Husam kepada Siasah.

Saturday, February 28, 2009

SIASAH dalam keluaran terbarunya melaporkan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar semua parti-parti politik di negara ini bersatu untuk agenda yang lebih besar negara iaitu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Beliau mencadangkan pengalaman Habibie, Presiden Indonesia selepas Suharto, membentuk kerajaan perpaduan di negara itu dijadikan contoh ikutan.

Dalam kerajaan perpaduan itu, semua parti politik bersatu dalam kerajaan dan bekerja untuk matlamat bersama.

Kesan, Habibie walaupun memimpin Indonesia selama dua tahun sahaja tetapi peninggalannya berjaya membina semula Indonesia dalam konteks pencegahan rasuah, kebebasan media dan pembangunan ekonomi.

Presiden PAS berharap melalui pendekatan ini semua pihak akan bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.

Thursday, February 26, 2009

Berita sekitar perbahasan Dewan Rakyat

26 Februari 2009

PAS desak perkuatkan institusi parlimen

Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak pihak kerajaan melakukan sesuatu penambahbaikan terhadap institusi parlimen yang sewajarnya menjadi tumpuan rakyat untuk mengetahui isu semasa negara.


Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS menambah, apa yang berlaku sekarang ini parlimen tidak menjadi tempat rujuk oleh masyarakat dan rakyat yang baginya, keadaan ini amat mendukacitakan.


“Kita tidak mahu hanya keindahan fizikal sahaja dititik-beratkan sehingga dihias parlimen seperti hotel sedangkan keperluan untuk rakyat berminat untuk mengambil tahu diabaikan.


“Sedangkan parlimen adalah tempat yang sewajarnya berperanan besar seperti di negara-negara lain yang kemudahan kepada rakyat diutamakan,” katanya dalam ucapan menyokong usul menjunjung kasih.


Mahfuz ‘kilas’ ucapan Ahli Parlimen Kota Belud


Akibat tidak berhati-hati, celahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berjaya dikilas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.


Abdul Rahman ketika itu mencelah ucapan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said berkata, dulu ketika PBS dijatuhkan di Sabah, Anwar Ibrahim yang ketika itu masih di dalam BN berperanan membeli wakil rakyat di sana.

Ismail menjawab, beliau bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Abdul Rahman bahawa Anwarlah yang mengajar mereka dalam isu membeli wakil-wakil rakyat untuk melompat parti.


Ketika inilah, Haji Mahfuz bangun dan meminta persetujuan mereka, “Adakah wakil rakyat dari Sabah bersetuju bahawa ketika itu BNlah yang melakukan kerja-kerja membeli wakil rakyat PBS?


“Mana ahli parlimen Sabah, adakah semua bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abdul Rahman yang Umno BN membeli wakil-wakil rakyat itu yang kini di dalam BN yang boleh disifatkan sebagai barang dagangan?,” soal Mahfuz menjadikan dewan riuh-rendah.


Ketua Pemuda PAS bangkitkan isu Bahasa Melayu


Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Salahudin Ayub membangkitkan lagi isu Bahasa Melayu yang semakin menipis peranannya dalam negara ini.


Katanya, menurut dua ensaiklopedia Times yang ditulis pada 1993 dan New York Almanak (1997) menyatakan Bahasa Melayu mempunyai peluang besar menjadi antara 12 bahasa yang digunakan sebagai bahasa ilmu di dunia.


“Namun kerana BN terlalu tergopoh-gapah ingin juga mengajar pelajaran Sains dan Mathematik dalam Bahasa Inggeris menjadikan Bahasa Melayu surut ke belakang, bukan bergerak ke hadapan,” tegasnya sambil diganggu oleh penyokong BN.


Ketika diganggu Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang meminta semua pihak bersabar kerana kerajaan perlukan masa untuk membuat keputusan terbaharu.


Salahudin dengan pantas membidas, inilah falsafah mat rempit yang digunakan oleh BN yang tidak berfikir panjang ketika hendak lakukan, kemudian bila sudah terjatuh dan tercedera, barulah meminta agar berhati-hati.


Najib tidak bersifat negarawan


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersifat negarawan berdasarkan tindakannya merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, tegas Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw.


Beliau menimbulkan perkara ini lantaran kebimbangan rakyat terbanyak tidak dapat menerima Najib sebagai perdana menteri pada masa akan datang.


“Sewajarnya beliau mesti bersikap sebagai seorang negarawan yang mampu mewakili senua golongan rakyat dalam negara ini, itulah maknanya menteri yang perdana, perdana kerana mewakili semua kalangan rakyat,” jelasnya.


Gobala cadang Ahli Parlimen BN ditarbiah oleh Tok Guru Nik Aziz


Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) Gobalakrishnan mencadangkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said, Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Arau, Ismail Kassim agar ditarbiah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


“Saya sanggup ambil cuti dan rela memandu membawa tiga orang ini ke kediaman Tok Guru untuk ditarbiah oleh beliau yang sudah 10 tahun saya mengenalinya dan mahir dalam hal mendidik,” tegas Gobala.


Cadangan ini berlaku ketika ketiga-tiga ahli parlimen BN itu mengganggu Gobala yang sedang berucap dalam sesi membahas ucul menjunjung kasih titah diraja.-- IBH

Wednesday, February 25, 2009

Sidang Dun Perak esok sah, kata Speaker

IPOH, 2 Mac: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar (dua, kiri) mengadakan sidang media di sini, semalam bagi mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri yang mengatakan Speaker DUN tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Siavakumar, berdasarkan Perlembagaan Perak, sidang tergempar Dewan itu pada Selasa ini (esok) adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Ini kerana, Speaker boleh memanggil sidang tergempar DUN tanpa memerlukan perkenan Sultan terlebih dahulu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Razak juga berpandangan yang sama, sidang ini tidak sah

Menurut peguam Mohamed Hanipa Maidin, Speaker berhak memanggil sidang ini tanpa perlu perkenan Sultan.

Bagi beliau, Umno melakukan kesilapan apabila 'merampas kuasa' di Perak tanpa 'menculik' Speaker Dun.

Ini kerana, sebagaimana Sultan, Speaker juga mempunyai kuasa yang besar dalam menguruskan hal ehwal Dun Perak ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula berkata, Najib tidak belajar dari bapanya, Tun Abdul Razak apabila melakukan rampasan kuasa di Perak.

"Tun Razak ketika mahu mengambil alih kuasa di Kelantan dahulu memastikan Speaker berada di pihak beliau terlebih dahulu," kata Husam kepada Siasah.
Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, sidang tergempar ini adalah lanjutan dari sidang Dun yang lalu kerana sidang Dun November lalu hanya ditangguhkan dan bukannya digantung atau tamat.

Oleh itu, katanya, sidang kali ini adalah sah tanpa memerlukan perkenan Sultan Perak.

Jika, Adun dari BN bercadang untuk memboikot sidang ini, Nga berkata, sidang ini tetap sah kerana korum yang ada mencukupi.

"Jika usul percaya kepada Mohd Nizar diluluskan, ia bermakna Zambry akan hilang kepercayaan dari majoriti anggota Dewan dan dia mesti meletakkan jawatannya selepas itu," kata Nga yang juga Adun Pantai Remis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...