Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Tuesday, July 24, 2007
Monday, July 23, 2007
Umno Kelantan masih gagal pastikan pendaftaran 200,000 pengundi
KUALA LUMPUR, 23 Julai - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak akan membuat pilihan raya sebelum bulan Ogos ekoran dakwaan Umno negeri itu, Kelantan mempunyai 200,000 pengundi tidak berdaftar
Lagipun sebelum ini, SPR menyatakan, pihaknya hanya bersedia mengadakan pilihan raya selepas September nanti.
Ini bermakna, pilihan raya secepatnya akan diadakan Oktober dan sebaik-baiknya November hingga Mac tahun depan.
Bagi Husam, kenyataan Umno ini menandakan kegagalan Umno dan jentera Barisan Nasional (BN) Kelantan dalam rancangan asalnya untuk memindahkan pengundi dari luar kelantan mengundi di negeri tersebut.
Oleh itu, pilihan raya tidak boleh diadakan sehingga rancangan itu berjaya.
Sebelum ini, PAS Kelantan pernah membuat bantahan dan kenyataan mengenai usaha Umno Kelantan untuk membawa pengundi luar mengundi di Kelantan yang boleh disifatkan sebagai pendaftaran pengundi hantu secara terancang, kata Husam.
PAS melihat kegagalan Umno Kelantan yang masih bergolak antara satu pimpinan dengan pimpinan lain di negeri itu menyebabkan ketidaksediaan mereka (BN) berhadapan dengan pilihan raya umum, ujarnya.
Malam tadi AJK Umno Bahagian Ketereh, Abdul Manaf Abdullah menyerah borang menyertai PAS kepada Husam pada satu program ceramah yang diadakan di Kedai Kok Lanas.
Beliau mula menyertai Umno pada 1976. Pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Bahagian Kok Lanas. Pernah juga memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kok Lanas.
Jawatan lain yang pernah disandangnya termasuk Ketua Cawangan Umno Kok Lanas, Ketua Penerangan Dun Kok Lanas dan Penyelaras Zon Peti Undi Kok Lanas dan Kem Desa Pahlawan.
Abdul Manaf berkata, beliau secara sukarela meninggalkan parti itu kerana perjuangan yang dilaungkan untuk bangsa, agama dan negara ternyata tidak berjaya dilaksanakan sehingga sekarang.
“Jangka masa 50 tahun memerintah merupakan satu masa yang panjang bagi sesebuah kerajaan. Namun agenda untuk mendaulatkan agama, bangsa dan negara tidak menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di majlis tersebut.

Laman web Malaysia-today tidak boleh dimasuki
KUALA LUMPUR, 23 Julai: Selepas dibuat laporan polis oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, laman web Malaysia-today tidak lagi boleh dimasuki.
Ketika cuba dimasuki oleh Siasah kira-kira jam 5.30 petang, hanya muka depan laman itu boleh dimasuki tetapi apabila di klik kepada mana-mana kandungan, ia hanya menunjukkan perkataan "Connect Error Could not connect to MySQL database.".
Sedangkan ia masih boleh dimasuki jam lima sebelum itu.
Muhamad Taib bersama 30 penyokongnya membuat laporan polis terhadap pengendali laman itu, Raja Petra Kamarudin di Balai Polis Dang Wangi petang tadi.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhamad Taib berkata, laporan itu dibuat ekoran tulisan dalam laman web itu yang tidak menghormati raja dan Islam.
Perkara itu, katanya, disiarkan dalam laman itu pada 11 Julai 2007 lalu.
Tulisan itu, kata Ketua Penerangan Umno itu boleh mengancam keselamatan negara dan mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan rakyat negara ini.
Malaysia-today banyak menyiarkan pendedahan yang berlaku dalam kerajaan. Yang terkini adalah lapaoran kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dipanggil PM ke Australia.
Sebelum ini, seorang pengendali laman blog, Nathaniel Tan ditahan oleh polis selama empat hari.
Nathaniel disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi dibebaskan dengan jaminan polis.

Sunday, July 22, 2007
Tajudin kali kedua letak jawatan
KUALA LUMPUR, 22 Julai : Perletakan jawatan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Tajudin Wahab Jumaat lepas adalah yang kedua selepas perletakan jawatannya sebelum ini ditolak oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut sumber, Tajudin meletakkan jawatan itu dengan meninggalkan surat di atas meja Perdana Menteri kerana PM sekarang sedang bercuti di Australia.
"Kali pertama beliau meletakkan jawatan dulu Pak Lah berjaya memujuknya balik bekerja selepas dua minggu mendiamkan diri," kata sumber itu.
Tajudin adalah seorang pegawai PTD yang paling setia kepada Pak Lah dan telah menjadi Setiausaha Sulitnya sejak Pak Lah menjadi Menteri Luar lagi.
Beliau dikatakan selalu berapa di samping Pak Lah ketika jatuh dan bangun Perdana Menteri Malaysia itu.
"Puncanya, kerana tidak puashati dengan pegawai-pegawai muda di Tingkat 4 yang dikawal oleh menantunya dalam menguruskan urusan rasmi Perdana Menteri," kata sumber itu.
Hari ini, 22 Julai, Pak Lah sekali lagi tidak berada dalam program yang sepatutnya beliau rasmikan kerana dipercayai masih bercuti di Australia.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khalid Nordin merasmikan Hari Koperasi peringkat kebangsaan setelah Pak Lah tidak ada walaupun beliau dijadualkan berbuat demikian.

Wednesday, July 18, 2007
Johor bangkrap 2012?
Oleh HUSAM MUSA
Seorang kenalan, menarik perhatian saya terhadap kemungkinan Johor diisytihar bangkrap lima tahun dari sekarang.
Mustahil! Itu respon pertama dalam hati kecil saya. Bagaimana?
Kenalan ini merujuk kepada hutang JCorp berjumlah RM 4.032 B yang telah disusun semula pada tahun 2002, melalui agensi CDRC. Penyusunan semula ini memerlukan jaminan oleh Kerajaan Johor.
Asalnya ia adalah hutang anak syarikat Kerajaan Johor iaitu Johor Corp, tetapi selepas penyusunan semula, Kerajaan Johor telah terlibat dengan menjadi penjamin. Difahamkan, mengikut perjanjian, tanah Kerajaan Johor dijadikan cagaran dan jika sekiranya Kerajaan Johor gagal membayar hutang atau bunganya, Kerajaan Johor boleh diisytihar bangkrap dalam tempoh tujuh hari!
Rakan saya ini kemudian menunjukkan print out dari laman web CDRC yang boleh dilayari untuk melihat press release berkenaan isu ini. Namun, perincian perjanjian hutang yang disusun semula itu tidak disertakan.
Baca petikan dari laman web CDRC mengenai isu tersebut;
Debt Restructuring of Johor Corporation and its Financially Dependent Subsidiaries
The Corporate Debt Restructuring Committee ("CDRC") is pleased to announce that Johor Corporation ("JCorp"), its dependent subsidiaries* and their respective creditors today signed a Debt Restructuring Agreement to restructure RM4,032 million of debts, of which RM3,120 million is the amount owing by JCorp and RM912 million the amount owing by JCorp's financially dependent subsidiaries.
A total of 54 creditors are involved in the restructuring scheme. JCorp is the state economic development corporation of the state of Johor.Dato' Azman Yahya, Chairman of CDRC, said, "The Johor Corporation restructuring will reduce the level of non-performing loans in the banking system by 0.5% and reduce the outstanding amount to be restructured under CDRC by 25%.
The workout for JCorp has been protracted due to the size and complexity of the debts being addressed and the number of creditors and stakeholders involved, but the successful implementation of the restructuring scheme will be positive for the banking system and the economy as a whole.
"The restructuring scheme entails:A. For Unsecured Creditors of Johor Corporation (total existing debt: RM2,696m), an overall recovery rate of 83% via:Issuance of RM1,607m Guaranteed Redeemable Bonds ("GRB") based on the principle of Bai' Bithaman Ajil.
The salient terms of the GRBs are:guaranteed by the Johor State Governmentdivided into three (3) tranches with maturities of five (5), seven (7) and ten (10) yearscash profit rate of 1%effective profit rate of 4.25%, 4.75% and 5.05% respectively, based on the Selling Price and Purchase Price of the underlying assets
Conversion of a portion of the existing debt into a RM400m Committed Revolving Credit Facility ("CRCF") based on the principle of Murabahah.
The salient terms of the CRCF are:profit rate of 0.75% above each financier's Islamic Cost of Fundsmaturity of 10 yearsprofit payments guaranteed by the Johor State Governmentsecured against assets with a 1.67x security cover (based on the open market value of the assets)Issuance of RM230m Redeemable Secured Certificates ("RSC") based on the principle of Qardhul Hassan.
The salient terms of the RSCs are:divided into three (3) tranches with maturities of five (5), seven (7) and (10) yearsno profit ratesecured against assets with a 1.00x security cover (based on the forced sale value of the assets)B. For Unsecured Creditors of JCorp's Dependent Subsidiaries (total debt: RM879m), an overall recovery rate of 70% via:
Issuance of RM615m Guaranteed Redeemable Bonds ("GRB") based on the principle of Bai' Bithaman Ajil.
The salient terms of the GRBs are:
guaranteed by the Johor State Governmentdivided into three (3) tranches with maturities of five (5), seven (7) and ten (10) yearscash profit rate of 1%effective profit rate of 4.25%, 4.75% and 5.05% respectively, based on the Selling Price and Purchase Price of the underlying assetsC. For Secured Creditors of JCorp and JCorp's Dependent Subsidiaries (total debt: RM457m), an overall recovery rate of 100% via:
Issuance of RM457m Guaranteed Redeemable Bonds ("GRBs") based on the principle of Bai' Bithaman Ajil.
The salient terms of the GRBs are:guaranteed by the Johor State Governmentdivided into two (2) tranches with maturities of five (5), and seven (7) yearscash profit rate of 1%effective profit rate of 4.25% and 4.75% respectively, based on the Selling Price and Purchase Price of the underlying assetsThe Debt Restructuring Agreement is conditional upon approval of the proposed scheme by JCorp's US$ Floating Rate Note holders amounting to US$100 million who will vote on the terms of the restructuring during a formal meeting of note holders to be convened shortly.
It is expected that the restructuring scheme will be fully implemented by end-June 2002.The scheme also entails other significant elements which critically recognise the need for JCorp to have time to allow for the following:
To improve its core business activitiesA phased and properly controlled disposition of its assets, in particular its vast property assets from which disposition proceeds the GRBs can be redeemed before the due date.
29 May 2002
Corporate Debt Restructuring Committee
Pembayaran balik dibahagikan kepada tiga peringkat. Paling besar ialah matang pada tahun 2012.
Mampukah Johor membayar hutang yang telah meningkat dari jumlah asalnya RM 4.032 B itu?
Adakah kedudukan hutang yang besar ini tidak menjadikan Johor tertekan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh mengancam masa depan dan kepentingan rakyat dan negeri Johor?
Tidakkah nanti kepentingan Negeri Johor akan terabai melalui pembangunan WPI dengan mengizinkan negara asing terlibat dalam menentukan bentuk pembangunan dan polisi dalam wilayah kita sendiri, semata-mata untuk membolehkan Kerajaan Johor mencari wang membayar hutang ini?
Dengan kata singkat, bolehkah kita harapkan kepentingan Johor tidak tergadai?
Saya hanya melontarkan kebimbangan demi kebimbangan. Mungkin ada pihak boleh memberikan respon?

Tuesday, July 17, 2007
Saya tidak salah tafsir sejarah Indonesia, sekadar memilih tafsiran lain
Oleh RUSTAM SANI
Sebagai penulis kolum di sebuah akhbar mingguan cuma, tentu sahaja saya berasa amat terhormat bila tulisan saya mendapat perhatian dan komentar seorang sarjana sejarah Indonesia, Prof Budiawan, yang sekaligus merupakan Felo Pelawat di institut kajian yang tersohor di Universiti Kebangsaan Malaysia, IKMAS (Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa).
Memang saya akui bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan yang terlalu mendalam tentang "sejarah" Indonesia. Namun, secara tidak tepat, saya sering menganggap diri saya sebagai mempunyai minat dan pendedahan yang agak tinggi terhadap Indonesia, masyarakat dan sejarahnya, berbanding dengan orang bukan-Indonesia ("asing") lainnya di negara ini.
Anggapan salah saya ini mungkin merupakan kesan daripada pengalaman saya sebagai bekas pengkaji "aliran kiri" nasionalisme Melayu (yang dari pelbagai segi dapat diusut leluhur orientasinya kepada nasionalisme Indonesia) selain merupakan peminat mendalam sastera moden Indonesia (sehingga pernah menterjemah buku A Teeuw, Modern Indonesian Literature, dari bahasa Inggeris).
Oleh kerana itu, saya merasa agak terpukul – malah terasa seperti telah melakukan dosa intelektual yang amat besar terhadap ilmu sejarah Indonesia – apabila saya dianggap oleh seorang sarjana dalam bidang itu sebagai telah menyalahtafsirkan sejarah Indonesia (Siasah, Bil 54: 8 Julai 2007, halaman 9).
Maka izinkanlah saya pada kesempatan ini menjelaskan apakah yang telah cuba saya lakukan dalam kolum saya yang amat ringkas, yang ditegur oleh Prof Budiawan itu (Siasah, Bil 52, hal 17).
Pastinya saya tidak mencuba menghuraikan sejarah Indonesia, apa lagi sejarah perlembagaannya (constitutional history), secara mendalam dalam rencana seringkas itu. Urutan peristiwa dan detik setepatnya bila nama "Indonesia" timbul dalam benak maupun wacana di kalangan para nasionalis Indonesia bukanlah isu utama dalam pembicaraan saya tersebut.
Yang cuba saya lakukan ialah memperlihatkan bahawa upaya menukarkan nama bahasa Melayu untuk disesuaikan dengan nama sesebuah negara-bangsa (nation) yang ingin dibangunkan – untuk dijadikan salah satu alat dalam proses sosial yang kita kenal sebagai pembinaan negara-bangsa (nation-building) – sedikitpun tidak akan merosakkan citra dan keperibadian budaya bahasa itu, malah akan memantapkannya lagi.
Dalam kerangka itulah saya mengemukakan Indonesia sebagai contoh negara tempat (locus) paling berkembangnya bahasa Melayu – dengan nama rasminya "bahasa Indonesia" – di rantau ini. Sebagai bahasa Indonesia, bahasa Melayu di negara itu jauh lebih maju dan lebih mantap kedudukannya sebagai bahasa administratif dan bahasa ilmu moden, berbanding dengan negara-negara yang sekadar "mempertahankan" bahasa Melayu hanya pada namaya sahaja – seperti Brunei dan Singapura.
Malah di Malaysia – yang "dasar bahasa"nya masih tidak jelas lagi berdolak dalik dan tidak terintegrasi sepenuhnya ke dalam proses pembinaan sebuah negara-bangsa – kedudukan bahasa itu tidaklah semantap yang terdapat di Indonesia.
Jelaslah di sini bahawa saya telah menghubungkan hakikat mantapnya kedudukan bahasa Indonesia itu dengan sejarah nasionalisme Indonesia atau, paling jauh, dengan pembentukan jatidiri kebangsaan Indonesia. Namun demikian, pembicaraan saya lebih memberikan penekanan terhadap proses sosial dan tidak begitu banyak memberikan perhatian kepada bukti dokumen dan peristiwa setepatnya.
Ternyata Prof Budiawan merupakan seorang ahli sejarah yang agak berbeda dari saya orientasinya. Saya harap saya tidak kesasar sekali lagi jika saya sekadar membuat terkaan bahawa Prof Budiawan lebih cenderung ke arah sejarah geopolitik atau sejarah perlembagaan (constitutional history).
Oleh yang demikian, manakala secara analitisnya saya lebih cenderung untuk melihat pembentukan negara-bangsa (nation) Indonesia sebagai hasil realisasi impian para nasionalis Indonesia – yakni gagasan negara cita (nation-of-intent) atau komuniti hasrat (imagined community) – namun Prof Budiawan kelihatannya lebih cenderung melihatnya sekadar sebagai peralihan kuasa wilayah Hindia Timur Belanda dari pemerintahan Belanda kepada pemerintahan anak negeri.
Memanglah benar bahawa, jika dilihat dari segi kewilayahannya semata-mata, Indonesia yang terdiri pada tahun 1945 itu mempunyai batasan atau sempadan kewilayahan yang sama dengan wilayah Hindia Timur Belanda sebelum itu. Namun ini tidaklah bererti bahawa nation-of-intent para nasionalis Indonesia itu memang sejak semulanya juga demikian.
Pada zaman pemerintahan Jepun, misalnya, tokoh nasionalis Indonesia, Sukarno, dalam penerbangannya dari Vietnam ke Indonesia, pernah singgah di Taiping (Perak) untuk mengadakan pertemuan dengan Ibrahim Haji Yaacob (pemimpin Kesatuan Melayu Muda [KMM] yang telah mencetuskan gagasan negara cita "Melayu Raya" di Malaya).
Terdapat catatan-catatan sejarah yang menunjukkan bahawa dalam pertemuan itu kedua-dua gerakan nasionalis itu telah bersetuju untuk mengisytiharkan lahirnya sebuah negara merdeka apabila penjajahan Belanda dan Inggeris gagal bertapak kembali di rantau ini setelah Jepun kalah perang tersebut.
Menurut pandangan saya, nasionalisme Indonesia – sama seperti nasionalisme aliran kiri Melayu di Malaya – bukanlah nasionalisme jenis statist, tetapi lebih merupakan nasionalisme jenis cultural identity, khususnya pada tahap awalnya.
Dalam sejarah proses pembentukan wilayah negara-bangsa di Indonesia maupun di Malaya – seperti sejarah nasionalisme di tempat-tempat lain juga di dunia – bentuk wilayah dan tapal batas negara yang akhirnya dilahirkan tidaklah ditentukan semata-mata dan sepenuhnya oleh sejarah nasionalisme itu sendiri.
Turut menentukannya ialah pertembungannya dengan kuasa penjajah, serta realiti sejarah kolonialisme itu sendiri. Negara cita para nasionalis itu mungkin sahaja tidak akan dapat direalisasikan sepenuhnya, kerana kuasa penjajah juga mempunyai gagasan "negara cita"nya sendiri untuk anak negeri yang bakal dilepaskannya itu.
Namun, manakala penjajahan Belanda tidak begitu kuat untuk bertapak kembali di wilayah Indonesia setelah Jepun tewas, pentadbiran Britain lebih berhasil ditegakkan kembali di wilayah Malaya. Oleh yang demikian, bila para nasionalis Indonesia mengisytiharkan terbentuknya negara itu pada tahun 1945, golongan nasionalis yang sealiran di Malaya tidak dapat turut serta.
Baik saya maupun Subky Latif telah menekankan betapa pentingnya peristiwa Sumpah Pemuda (1928) dalam kerangka sejarah nasionalisme Indonesia sebagai suatu peristiwa yang menandakan penerapan gagasan "bahasa Indonesia" sebagai salah suatu alat pemantapan "bangsa Indonesia" itu sendiri. (Oleh itu, tidak ada konsep bahasa menciptakan negara bangsa!).
Malah Prof Budiawan telah berusaha "membetulkan" kesilapan saya dengan mengingatkan kita bahawa pada waktu Sumpah Pemuda itu tercetus gagasan "negara Indonesia" masih belum wujud.
Ya, sebuah negara dalam pengertian statist dan constitutionalistnya yang sempit memang belum wujud pada waktu itu, kerana penjajahan Belanda masih bercokol. Malah konsep "negara Indonesia" memang tidak pernah wujud sebelum penjajahan Belanda di Hindia Timur itu wujud.
Namun gagasan "negara Indonesia" sebagai sebuah cita-cita, sebagai nasionalistic nation-of-intent, sebagai an imagined community – yang mungkin sama tarafnya dengan "bhinneka tunggal ika" maupun "sang saka merah putih" yang "diangan-angankan" Mohamad Yamin – pastinya sudah wujud dan meluas diperkatakan dan diperdebatkan di kalangan para nasionalis Indonesia yang sedang muncul itu.
Malah peristiwa Sumpah Pemuda itu sendiri merupakan hasil daripada terlaksananya cita-cita untuk mengungkapkan hasrat perjuangan yang sudah beredar di kalangan para nasionalis pada waktu itu. Apakah Sukarno berada di kota Medan pada waktu Sumpah Pemuda itu – atau dia sedang meringkuk dalam penjara pemerintah Hindia Timur Belanda – tidaklah penting.
Saya tidak bersetuju dengan pandangan Prof Budiawan bahawa ketiadaan Sukarno di tempat itu pada waktu itu menjadikan beliau "tidak terlibat" dalam upaya mengungkapkan dan memperjuangkan gagasan negara cita tersebut.
Tambahan pula, pandangan beliau dan pemikiran beliau tentang kesesuaian bahasa Melayu dijadikan bahasa nasional dan bahasa moden untuk negara Indonesia moden yang bakal dilahirkan itu dapat digarap dari sumber-sumber dokumen lain – baik dalam teks ucapannya maupun tulisannya.
Begitu juga, jika cita-cita itu pernah diungkapkan oleh Sukarno, maka hal itu tidaklah bererti bahawa para nasionalis Indonesia lainnya tidak turut menerima dan memperjuangkannya – asalkan kita jangan terlalu bersikap sempit lagi teknis dalam upaya kita memahami peristiwa dan proses sejarah sesebuah bangsa itu.
Selain sejarah politik dan perlembagaan terdapat pula sejarah ekonomi, sejarah sosial, malah sejarah intelektual dan pemikiran. Tambahan pula, pendekatan dan orientasi kajian sejarah juga beraneka ragam – baik yang tradisional maupun yang unconventional, baik yang mendatar maupun yang kreatif, baik yang bersifat sosial, berorientasi Marxist, atau malah yang Braudelian.
Tidak cocok bagi mana-mana ahli sejarah menolak sebarang pendekatan yang berlainan daripada pendekatannya sendiri, dengan tujuan kononnya supaya "tidak ada (lagi) anggapan yang salah terhadap sejarah Indonesia."

Alternatif pembangkang pulih demokrasi Malaysia
SELANGKAH
Oleh SUBKY LATIF
DATUK Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak menolak keharusan, malah menjadi wajib mengambil pendekatan jalan raya sebagai alternatif kepada pilihan raya bagi menegakkan keadilan dan demokrasi.
Itulah panduan yang Presiden PAS itu beri kepada persoalan yang dibuat oleh gerakan pro demokrasi bagi mengadakan perhimpunan 100,000 di jalan raya kiranya Suruhanjaya Pilihan Raya gagal melaksanakan reformasi dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya yang di ambang pintu.
Tetapi panduan yang beliau buat itu bukan satu pilihan dalam suasana demokrasi masih subur atau demokrasi masih boleh dipulihkan.
Dalam suasana pilihan raya berjalan bebas seperti di Amerika, di Britain, di India, di Israel, di Jepun dan di Korea Selatan, tidak perlu rakyat memilih jalan raya. Menyertai pilihan raya adalah pilihan yang terbaik. Mengambil pendekatan turun ke jalan raya dalam suasana seperti itu adalah langkah yang paling tidak bertanggungjawab.
Tetapi pengendalian pilihan raya yang begitu buruk, bercelaru, penuh dengan penipuan seperti yang diurus oleh SPR dalam beberapa kali pilihan raya umum dalam tempuh suku abad yang lalu, maka turun ke jalan raya adalah pilihan yang sudah diharuskan, malah ia suatu yang tidak dapat dielakkan.
Sejak sekian lama gerakan pro demokrasi menuntut pelaksanaan pilihan raya yang adil dan bersih; pilihan raya melalui pos hendaklah dibatalkan; tiada lagi kawasan keselamatan dijadikan pusat mengundi seperti kawasan kediaman tentera dan polis; memperkenalkan penggunaan dakwat di jari pengundi yang tidak boleh dipadamkan sepanjang tempoh mengundi bagi mengelakkan pengundian lebih dari sekali; memastikan daftar pengundi yang digezet saja sebagai daftar yang sah; persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibenarkan oleh perlembagaan bagi setiap sepuluh tahun dilanjut kepada 20 tahun atau lebih; dan memastikan SPR ditadbirkan oleh orang-orang yang bermaruah dan bukan pelacur-pelacur politik murahan.
Suruhanjaya Pilihan Raya bukan tempat makan gaji atau tempat cari makan tetapi ia adalah satu tempat perkhidmatan yang mulia dan beramanah. Orang yang bermaruah dan berakhlak mulia saja yang wajar berkhidmat di situ.
Peralat
Jika didapati ada pihak tertentu dari luar SPR mahu memperalatkan SPR dan pegawai-pegawainya dipaksa menjalankan kemahuannya, maka orang-orang yang maruah itu hendaklah menolaknya atau mengambil langkah berundur secara terhormat dari suruhanjaya itu.
Berundur dari situ adalah jauh lebih mulia dan bertanggungjawab dari membenarkan diri masing-masing menjadi pelacur kepada perakus kuasa.
SPR sebagai badan awam adalah terdedah kepada perhatian umum. Maka dari mula kewujudannya dari semasa ke semasa itu diperhatikan dan tegur oleh masyarakat umum. Teguran itu semua bukan bersifat anti SPR tetapi adalah mahu memastikan SPR sentiasa bebas, bermaruah dan bertanggungjawab.
Semua sifat dan tanggungjawabnya yang mulia itu berperanan menyumbangkan keadilan, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kestabilan kepada masyarakat dan negara.
Selagi demokrasi wujud, maka SPR akan berupaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai yang diamanahkan. Tetapi kalau SPR sudah tidak berupaya menerima teguran, atau ia lebih senang menjadi musuh masyarakat pro demokrasi, maka ia kena betulkan. Kalau ia tidak berupaya dibetulkan melalui kaedah umum demokrasi, maka ia kena ubah melalui kaedah jalan raya.
Penggunaan jalan raya bukan suatu kerja yang senang. Ia banyak payahnya. Banyak risikonya. Tetapi semua risiko inilah yang dapat akhirnya memulihkan demokrasi yang sudah dibunuh oleh kerajaan Barisan Nasional sejak 50 lalu.
Kita tidak tertarik dengan suasana kehancuran di Perancis menjelang Revolusi Perancis. Kita tidak tertarik dengan kekejaman menjelang revolusi Boleshevik di Rusia, tetapi suasana buruk yang membunuh demokrasi di kedua negara itulah yang menyumbang kepada revolusi itu.
Bunuh
Perancis mengambil masa seratus tahun untuk mewujudkan demokrasi dan Rusia mengambil masa 80 tahun untuk kembali kepada demokrasi sekarang. Justesru itu jangan dibiarkan gejala yang membunuh demokrasi di Malaysia. Sebelum demokrasi itu hancur dan berkubur, maka turun ke jalan raya adalah pilihan terbuka bagi menjamin keselamatan dan pemulihan demokrasi.
Pilihan raya adalah satu proses dan amalan demokrasi. Tetapi dalam suasana demokrasi yang sudah dilacurkan, pilihan raya yang dibenarkan oleh demokrasi hanya berupaya mewujudkan demokrasi olok-olok. Demokrasi olok-olok mengadakan pilihan raya hanya bertujuan supaya ia dikatakan tanda adanya demokrasi. Tetapi demokrasi olok-olok itu menutup penyertaan kebebasan demokrasai dalam pilihan raya.
Peserta pilihan raya dalam suasana seperti itu adalah menjadi alat dan mangsa klik segelintir penguasa yang rakus yang menyekat proses kebebasan dan demokrasi yang sihat itu.
Demokrasi yang seperti nyawa-nyawa ikan itu dirasakan demokrasi oleh klik-klik orang berkuasa yang rakus itu. Tunku Abdul Rahman Putera dan Tun Hussein Onn apabila hilang kuasa terasa kebebasan itu amat sempit. Peluangnya untuk menubuhkan Umno Malaysia selepas Umno diharamkan ditolak oleh klik orang berkuasa ketika itu.
Tengku Razaleigh, Rais Yatim yang merasakan mereka menikmati demokrasi dan kebebasan sebelum, terasa sempitnya demokrasi itu. Tengku Razaleigh terus merasakan ia sempit sekarang. Dr Mahathir yang tinggal sedikit bisa orang yang berkuasa dulu, mulai merasakan sempitnya demokrasi sekarang. Tiada ruang besar lagi baginya di media.
Apa yang disuarakan oleh Dr Mahathir sekarang bukan kerana dia gila, nyanyuk dan tak sedar diri, tetapi adalah natijah cengkaman kuku anti demokrasi dari klik pemerintah. Akan tiba masanya Abdullah Badawi dan Najib merasakan kepahitan itu kelak seperti apa yang Anwar Ibrahim rasakan sekarang.
Mati ruh
Gerakan pro demokrasi antaranya dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi telah lama merasakan kesempitan itu. Ia tidak wajar dibenarkan berlarutan kerana ia akan mematikan ruh kebebasan, keadilan dan demokrasi.
Apabila ada tuntutan mahu turun ke jalan raya dengan seratus ribu kekuatan, maka beliau memberikan panduan bahawa gerakan ke jalan raya itu wajar dilakukan di samping membuat persiapan menghadapi pilihan raya.
Ia bukan sekadar harus. Tetapi ia wajib. Menyerah kalah kepada tekanan kuasa yang mencengkam itu, katanya, adalah haram.
Itulah ada panduan yang sudah diberikannya kepada gerakan pro demokrasi khususnya pendukung dan penyokong partinya, PAS.
Sekelian ahli dan penyokong PAS sudah mendengar saranannya itu. Anggota parti itu sudah ditarbiyah supaya patuh dan walak kepada pimpinan. Setia dan walak itu adalah syarat kejayaan perjuangan.
PAS bukan parti yang tidak percaya kepada demokrasi. PAS sejak dari mula sudah menyertai perjuangan melalui pendekatan demokrasi. Turun ke jalan raya bukan kerana tidak yakin kepada demokrasi, tetapi kerana demokrasi itu kira dibiarkan terkubur, akan memberi padah kepada negara dan penduduk.
Bagi menyelamatkan demokrasi, ketika sibuk menghadapi pilihan raya ini, maka disiapkan juga lorong-lorong turun ke jalan raya yang setakat ini ditujukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Kalau SPR berdegil dengan sikap tidak amanahnya, ia akan menghadapi rakyat yang hilang kepercayaan kepadanya turun ke jalan raya.
Adakah ahli dan penyokong PAS sudah bersedia dengan saranan pemimpin? Bila disuruh turun masing-masing turun berdahulu-dahuluan. Jalan raya dan pilihan raya sama-sama penting.

Subscribe to:
Posts (Atom)