Laporan
Tun Musa Hitam mendedahkan yang Tun Dr Mahathir Mohamad berada di
Malaysia - dan bukan di China seperti diterima selama ini - semasa
peristiwa Memali pada 19 November, 1985 telah mencetuskan satu
kegemparan baharu dalam politik negara.
Kegemparan, atau kekecohan ini berlaku akibat satu pemahaman
dan tanggapan baharu berhubung isu ini, yang dari sudut tertentu
terpisah daripada gambaran keseluruhan sejarah peristiwa berdarah itu.
Satu
persepsi yang kelihatan agak berleluasa ialah kecenderungan seolah-olah
menyelamatkan Musa daripada dosa Memali dan pada masa sama mengambil
kesempatan daripada pendedahan ini untuk meletakkan Mahathir dalam
posisi defensif.
Pemahaman baharu ini telah membawa satu perspektif yang tidak
tepat dalam menilai peristiwa yang telah lama dijadikan bahan untuk
menilai PAS secara negatif itu.
Pertangungjawaban berhubung
tragedi itu perlu dikongsi secara kolektif oleh pemimpin-pemimpin
pemerintah pada masa itu, kerana hal ini tidak boleh dielakkan.
Apa yang berlaku di Memali perlu dinilai sebagai satu tindakan
kolektif pentadbiran Mahathir pada masa itu, dan dilihat berdasarkan
realiti pada masa itu.
Perkembangan terkini telah banyak
merubah pandangan tentang peristiwa Memali, termasuk kemungkinan aliansi
politik baharu melibatkan Musa dan usaha mengeksploit peristiwa itu
untuk kegunaan politik pada masa ini.
Pendedahan Musa ini dilihat dari satu sudut perkembangan
politik terkini menjadi satu senjata terbaharu musuh-musuh politik
Mahathir untuk menyerang bekas perdana menteri itu.
Pada
masa sama, pendedahan ini juga memainkan peranan dalam pemulihan imej
Musa yang kelihatan telah semakin diterima ramai dalam kalangan
pembangkang, terutama kumpulan yang berhaluan liberal.
Musa kelihatan semakin diterima ramai pihak yang tidak
sehaluan dengan parti pemerintah kerana imejnya yang masih relatif baik,
dan dinilai sebagai seorang tokoh yang melangkaui sentimen politik
kepartian.
Dan pada peringkat yang lebih rendah, beliau diterima baik kerana kesediaannya bertembung dengan Mahathir dalam hal ini.
Suasana
politik tahun 1980-an menyaksikan pertembungan sengit Islamis dengan
kelompok sekular, yang jauh lebih sengit dan ganas, berbeza dengan
suasana sekarang yang menyaksikan garis pemisah ideologi yang lebih
kabur antara Islamis PAS dan etnonasionalis sekular Umno.
Pertembungan PAS dan Umno pada masa itu hampir tidak ada
pengecualian ialah pertembungan ideologi yang sengit, menyaksikan Umno
yang sekular memusuhi kuat pegangan Islam PAS, dengan hujah-hujah yang
jelas menunjukkan penolakan.
Memudahkan penilaian Memali dengan menumpukan pada peranan
Mahathir dan Musa, misalnya untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih
bertanggungjawab hanya melarikan daripada isu besar yang sebenarnya
menjelaskan pertembungan di Memali. - April 1, 2014
3 comments:
Salahkan puak puak Khawarij.
Kedua2nya bersalah, kalau mahatir senapang, musa adalah bicunya.
Memang betul kedua-dua mereka sepatutnya bertanggungjawab atas kes Memali. Tetapi musa hitam telah difitnah sebagai org yg patut di persalahkan oleh madey kutty. Berlegar juga tuduhan pada masa itu jika musa jadi PM negara ini akan dijadikan negara Kristian sebab isteri musa bekas seorg kristian. Banyak lagi tuduhan akan dikenakan kpd musa sekiranya dia enggan meletak jawatan spt yg terjadi kpd anwar kemudian.
Musa hitam pernah berkata dia akan dituduh buat seks dgn budak bawah umur dan pelacur sekiranya dia enggan letak jawatan. Ternyata tuduhan itu kena kpd anwar pula bila dia enggan letak jawatan sbg TPM. Ini hasil kerja kotor madey kutty utk terus berkuasa.
Keturunan mamak kerala ni memang perosak negara dulu, kini dan selagi dia masih hidup........
Post a Comment