Monday, March 21, 2011

Video seks: PR nafi Anwar, Ummi Hafilda tidak terkejut

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa dilakukan oleh seorang pemimpin tinggi pembangkang menggegarkan politk negara hari ini.

Spekulasi bahawa lelaki terbabit ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim segera tersebar ekoran pendedahan itu.

Rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur itu terus meletakkan Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat dalam keadaan defensif.

Pemimpin-pemimpin PKR dalam kenyataan masing-masing di media sosial segera menolak keaslian video itu, mendakwa rakaman itu palsu dan diubah suai.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata video itu diubah suai, menimbulkan persoalan sama ada beliau sudah menonton video itu sebelum mengeluarkan kenyataan tegas itu.

Pemimpin-pemimpin lain PR termasuk Ahli Parlimen PAS Khalid Samad turut membuat kenyataan menafikan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar, walaupun tidak jelas sama ada mereka sudah menonton rakaman video itu.

Media yang melaporkan tentang rakaman itu juga tidak menyebut Anwar sebagai individu yang terlibat dalam aksi seks yang dirakam itu.

Walau bagaimanapun, seorang penulis blog, Kickdefella mendakwa Anwar ialah individu dalam video itu, dan mendesak PAS menimbangkan semula hubungan dengan tokoh pembangkang itu.

Pihak terbabit mendedahkan rakaman itu mendakwa hanya sekumpulan wartawan dijemput khas yang dipertontonkan video itu.

Ummi Hafilda, yang dihubungi portal berita mynewshub.my mengaitkan pendedahan itu sebagai menyokong apa yang dibawa selama ini terhadap Anwar.

"Saya tak tahu video klip apa yang dimaksudkan tetapi jika benar, saya harap masyarakat akan sedar apa yang saya katakan selama ini bukannya fitnah, tetapi kenyataan," katanya seperti dilapor laman itu.

Kemunculan rakaman video itu menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi mengaitkannya dengan motif dan perancangan politik.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

3 comments:

Anonymous said...

Semoga ianya bukan satu fitnah yang sudah pasti mengaibkan sesama muslim. Semoga Allah mengampunkan kita semua terutama yang terlibat dengan pendedahan ini.

Anonymous said...

Apa nak jadi dengan kita sekarang ni?.Di mana letaknya maruah orang Melayu sekarang ni.Tidak kiralah dari puak mana,kerajaan atau pembangkang persoalannya yang bercakaran itu orang Melayu.Tidak takutkah bala dari Allah s.w.t.Dikhuatiri azab dari Allah akan menimpa negara ini,kerana semakin menjadi-jadi kebelakangan ini fitnah berleluasa seolah-olah rakyat negara ini hidup tanpa iman.
Fikirkanlah semua.

otaklunyai said...

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...