Tuesday, March 22, 2011

Video seks, penentang Anwar mula berhati-hati

Sebahagian besar ahli politik dan media propemerintah mengambil kesempatan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan defensif ekoran pendedahan video seks semalam.

Walau bagaimanapun, beberapa pihak sudah mula menampakkan sikap berhati-hati dengan kemungkinan-kemungkinan lain yang sukar dijangka.

Bekas ahli kanan Parti Keadilan Rakyat, Zulkifli Noordin dalam tulisan di blognya mengemukakan kemungkinan pendedahan itu sebagai rancangan untuk kepentingan Anwar sendiri.

"Dan cuba bayangkan kalau akhir nanti terbukti video klip ini palsu dan direka. Apatah lagi diletopkan betul-betul sebelum pemilihan di Sarawak. Boleh bayang apa nak jadi? Rakyat akan kata ini fitnah besar, sekaligus isu DNA juga akan dikatakan fitnah besar; dan pasti rakyat akan terpengaruh untuk menolak kerajaan dan menyokong pembangkang," tulis Zulkifli di blognya.

Pandangan yang selari dikemukakan oleh blog Gerakan Anti PKR yang mendakwa bekas ahli parti itu.

Menurut blog ini, tidak mustahil pihak Anwar sendiri melakukan taktik ini untuk digunakan bagi kepentingannya nanti, memandangkan tekanan isu DNA dan perkembangan semasa parti.

Sebuah lagi blog pro-Umno, The Unspinners mengemukakan teori pergolakan dalaman yang turut terkait dengan kemelut DNA sebagai satu kemungkinan punca pendedahan semalam berlaku.

"Jika wang bukan punca pembelotan ini berkemungkinan besar adalah rancangan dalaman PKR untuk menyingkirkan kepimpinan Anwar Ibrahim yang kini terperangkap dengan isu DNA," tulis blog itu.

Pandangan-pandangan berbeza dalam kalangan Umno dan penentang Anwar ini menunjukkan sikap yang semakin berhati-hati dalam menangani pendedahan yang pada mulanya dilihat sebagai pasti memberi kelebihan kepada pemerintah.

3 comments:

Anonymous said...

Ohhhh Ya Allah...mengapakah akhbar/blog/TV di Negara ku ini menjadikan cerita/bahan/berita lucah sering berada di MUKA HADAPAN mereka..??????

sedang pelajar sekolah diwajibkan sesetengah sekolah membeli akhbar utk mendapatkan ruangan PELAJAR yg berada di bahagian tengah akhbar2 tsbut...

tidak terfikir kah mereka2 yg ber 'otoriti' bahawa pelajar2 ini akan turut membaca bahan berita LUCAH sebegini...?????

mana MUFTI..?? mana Majlis Fatwa..?? tolong la selamatkan anak2/pelajar2 ini....

Anonymous said...

Itulah cara-cara nak tarik orang baca berita kut..... Kalau letak tajuk akhbar tentang pelajaran jualan terus menjunam....

Anonymous said...

saya sudah 40 tahun tak membeli akhbar- akhbar sapah ini.Memang menyampah!Nak muntah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...