Sunday, December 27, 2009

Bekas MB Perlis- Datuk Seri Shahidan Kassim sertai Konvensyen Sunnah pimpinan Dr.As


Konvensyen Sunnah Kali ke 5 anjuran Institut Al Qayyim yang diadakan di Mengkuang, Bukit Mertajam turut dihadiri oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan berjubah putih yang membuktikan bahawa beliau sememangnya menyokong perjuangan yang dibawa oleh bekas Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin dalam isu fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Shahidan yang ditemui selepas konvensyen tersebut berkata Konvensyen Sunnah ini amat penting diadakan dari masa ke semasa.

"Apa yang saya lihat ialah komitmen yang ditunjukkan oleh NGO yang menganjurkan konvensyen ini tanpa adanya bantuan daripada pihak kerajaan maupun pihak berkuasa agama tetapi berjaya untuk menjana minda dan memberi pendedahan secara ilmiah kepada masyarakat betapa pentingnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini menjadi teras ikutan dan panduan dalam amalan kehidupan seharian terutamanya dalam konteks masyarakat negara ini.

"Semasa saya menjadi MB dahulu pernah perkara ini diutarakan supaya Konvensyen Sunnah ini diadakan kerap dalam masa setahun.Kita mempunyai begitu ramai para ilmuan dan cendekiawan dalam bidang agama termasuklah mereka yang mendapat pendidikan daripada Timur Tengah,Ini semua dapat kita garapkan supaya ia dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat,agama dan negara.Islam tanpa pembaharuan akan terdedah kepada perkara bidaah yang akan merosakkan agama."

Menyentuh mengenai dakwaan beberapa imam masjid di negeri Perlis yang dikatakan meletakkan jawatan kerana berlakunya percanggahan dalam fahaman mazhab beliau berkata imam yang meletakkan jawatan dalam negeri Perlis ada pelbagai sebab dan alasan yang tersendiri.

"Jika ada imam-imam yang enggan menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mereka ingin mengikut fahaman yang bertentangan sudah pasti mereka mesti berhenti daripada memegang jawatan tersebut.Sekiranya saya menjadi pemerintah sekali pun saya tidak akan mengambil imam yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini untuk berada dibawah pentadbiran saya maupun dimana-mana sahaja.

"Imam yang telah menggunakan media sebagai tempat mereka mengeluarkan pandangan adalah orang yang tidak layak untuk menjadi imam.Mereka ini juga telah cuba untuk mengubah apa yang telah lama dipraktikkan di negeri Perlis dan di masjid-masjid berkenaan yang sememangnya mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Negeri Perlis adalah sebuah negeri yang terbuka untuk memberi pandangan dan pendapat sekiranya berlakunya percanggahan mengenai apa jua isu yang membabitkan fahaman mazhab dan agama."

13 comments:

Hijat Panjang... said...

shahidan kassim bakal Mufti Perlis?

Unknown said...

Teruskan Perjuangan!

cicitHJHASSANu said...

salam adik kakak...

semoga kita doakan konvensyen ini dapat diteruskan demi kebaikan ummah...

tak sabar menunggu panelis pak sheikh Dato' Najib membentangkan kertas kerja rancangan memajukan Islam di tanahair Malaysia ini...

wallahua'lam.

AbeXcvc said...

Sale untuk semo adik kakak selurul malaysia... tuhe dah bukakan hati Shahidan Kassim..... orang UMNO lain bila pula

Pok Sue said...

Adik kakak semua kena hati2...jgn main jenema jerr Ahli sunnah Wal Jamaah tp pe yg dibawak kpd PUnah Wal Ranah..
dulu sunnah perlis kini Sunnah Wal Jamaah pulak...hati ngn akidah sesat wahabiyah yg bertopengkan berbagai jenama yg lunak utk memikat masyarakat..

Unknown said...

Berbaliklah Kepada Agama Islam,
Janganlah laga-laga yang ada Nur Islam.
Islam itu sudah cantik,
Jangan nak pakai bila lahirnya anak,bila nak kawin dan semasa jasad telah MATI.
Pentakbiran Negara Perlu ada Rasa takutnya Kepada Allah bukan manusia (metarial)
Berlakunya Rasuah ,Penipuan kepimpinan (kuasa)Rakusnya kroni-kroni berlumba-lumba berasuah,Contoh-bermacam-macam :Renungan Kehidupan Rakyat Akan Jadi Merempat Di Bumi Sendiri.Hidup harus terus Hidup:
Tahun 2010 Nantikan kenaikan KOS Sarahidup yang akan NAIK.
Hadiah Untuk Rakyat Malaysia.
Selamat Tahun 1431H/dan 2010M

tabuan said...

X Mufti Perlis memang rapat dengan Datuk seri Shahidan Kasim, Dr.Asri menjadi Mufti pon sewaktu Datuk Seri Shahidan Kasim berada di singgahsana kuasa Indera Kayangan.

Nampak nya Siasah seolah-olah hendak memperli Datuk Seri Shahidan, mengatakan Shahidan berjubah dan berketayap..Siasah menulis dengan tujuan supaya org mengutuk Shahidan...

Siasah mempunyai niat yang tak baik dalam tulisan ini, seolah-olah jubah dan ketayap hak milik pemimpin PAS sahaja, ustaz PAS sahaja yg Islam, itu lah pandangan penulis siasah yang bengong ini...

"Ustaz PAS" sahaja yg terserlah isle nya walaupon mendera isteri, berpoligami tetapi tidak adil, seperti adun Melor..yg sakit...menolak perpaduan...

4JJ luZ said...

Kenapa sesama islam pun tak boleh berperasangka baik? Mesti nak kata mengata.

Unknown said...

saya tak beberapa faham tentang fahaman wahabi, tolong jelaskan perilaku wahabi yang bertentangan dengan ajaran Islam.

andy said...

PAS ingat islam tuh hanya pada PAS sahaja or pakaian ke?
Org UMNO pun islam?
apa hukumnya bermusuh sesama islam?
seperti kata2 Tok guru Nik Aziz yang sangup menunggu DAP memahami islam walaupun sehinga 30thn pon bleh tunggu.

tapi yg UMNO nih islam jugak asal tak bleh berkawan?
itu la apabila Tok Guru hanya kerana kepentingan POlitik jer.Bukan kerana islam.

Abdullah Ngah said...

Orang UMNO memang pun Islam, tetapi Islam umno Islam dari puak yang tidak diterima oleh Nabi Muhammad SAW.

Umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Cuma satu puak sahaja yang diterima oleh Rasulullah SAW iaitu puak yang ikut ajaranNya.

Umno duduk dalam puak lain iaitu puak yang ke 72 yang tidak ikut ajaran nabi SAW.

mengaku Islam juga tidak jadi masalah, tetapi puak itu tidak diterima oleh Rasulllah SAW.

Maka segala amalan yang dilakukan tidak diterima kerana tidak cukup syarat yang ditetap oleh Allah.

blue_dream said...

umno dulu,kini dan selamanya sampah negara.orang melayu pun bodoh gak ingat umno je pelindung melayu..sedar la melayu hanya Allah sahaja yang menjadi maha pelindung di dunia ini.

taro said...

PAS ikut seruan Nabi Muhammad SAW ker?. PAS menyokong usaha projek 5 juta Babi di selangor.Pas jugak memporak peranda kan org islam di Malaysia. Islam ajar ke kita perangai cam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...