Antara bantuan China yang dapat diperhatikan ialah sebuah kapal hospital, tetapi tentera Amerika Syarikat menyediakan pelbagai kemudahan logistik dan bantuan lain, dalam tempoh yang segera dan memberi kesan yang besar.
Kali ini, kehilangan pesawat Boeing 777 Penerbangan Malaysia yang melibatkan ramai rakyat China menimbulkan lagi isu bantuan oleh tentera, apabila sekali lagi AS lebih mendahului dalam misi mencari dan menyelamat, dan China kelihatan semakin menyedari implikasi politik serantaunya.
Kelebihan logistik dan aset AS kelihatan jauh lebih mengatasi China, dan pencarian di Laut China Selatan dan kemudian Lautan Hindi menunjukkan penguasaan AS di kedua-dua medan persaingan AS-China itu.
Pada masa sama, China juga tidak mempunyai hubungan politik dan
ketenteraan dengan beberapa negara Asia Tenggara seperti halnya AS, yang
menjalankan aktiviti daripada ketenteraan, diplomasi dan juga diplomasi
awam.
Di Malaysia misalnya, lawatan kapal-kapal AS melibatkan pelbagai aktiviti diplomasi, termasuk majlis resepsi dengan pemimpin tentera dan politik di atas kapal dan lawatan ke misi kebajikan ke rumah anak yatim.
Di Malaysia misalnya, lawatan kapal-kapal AS melibatkan pelbagai aktiviti diplomasi, termasuk majlis resepsi dengan pemimpin tentera dan politik di atas kapal dan lawatan ke misi kebajikan ke rumah anak yatim.
Tahun lepas, lawatan kapal USS Blue Ridge ke Pelabuhan Klang
melibatkan majlis mesra dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid
Ibrahim dan penyampaian anugerah kepada rekrut muda tentera Malaysia.
Sebelum itu, persinggahan kapal pengangkut pesawat USS George Washington
juga melibatkan majlis yang meriah, dengan liputan meluas media
cetak dan elektronik tempatan, memperlihatkan kejayaan diplomasi awam lawatan itu.
China, kali ini, mula menunjukkan kesediaan yang lebih berbanding bencana taufan
Haiyan, apabila menghantar aset-aset dan menunjukkan kesediaannya
menjalankan misi menyelamat, dan paling utama, menunjukkan peranannya di
rantau ini.
Menurut laporan Reuters, China telah menghantar empat
kapal perang, empat kapal pengawal pantai, lapan pesawat dan menumpukan
10 satelit ke kawasan carian.
Kawasan Laut China
Selatan yang pada awalnya menjadi fokus pencarian ialah kawasan yang
dipertikaian, melibatkan China dengan beberapa negara Asia Tenggara
termasuk Vietnam dan Malaysia.
Hakikatnya,
China bersaing dengan AS dalam usaha mencari dan mahu menunjukkan
kemampuannya dalam hal ini untuk menegaskan kredibilitinya dan tuntutan
peranan dominan di rantau ini.
Ini menambahkan senarai tindakan China yang cuba menampakkan peranan dominannya di rantau ini, selepas pencerobohan di James Shoal dekat perairan Sarawak tahun lepas.
Selain persaingan ini, misi mencari dan menyelamat ini juga boleh menimbulkan ketegangan dan rasa tidak selesa dalam kalangan negara serantau terlibat, dari sudut kerjasama seperti perkongsian data.
Apapun yang terlibat, termasuk nyawa orang awam, perkongsian yang boleh mendedahkan rahsia tidak akan dibenarkan oleh mana-mana pihak, dan perkongsian data juga dibuat kemungkinan dengan tapisan tertentu.
Pelbagai isu sensitif boleh timbul daripad insiden ini. Malaysia kini berada dalam keadaan defensif, apabila terdedah kepada negara-negara jiran yang tidak ada tindakan ketika pesawat MH370 berpusing balik dan melintasi semenanjung menuju ke barat, yang mendedahkan kekurangan dalam keupayaan pemantauan ruang angkasa negara.
Negara-negara terlibat tidak akan mendedahkan perkara
yang memalukan, dan ini menimbulkan kemungkinan sensitiviti keselamatan
menjejaskan pencarian kerana ada pihak tidak mendedahkan maklumat yang
kritikal.
India, sebuah lagi negara yang mempunyai kekuatan tentera
laut dan terlibat dalam persaingan di Lautan Hindi dengan China, telah
menyatakan yang ia tidak mengesan pesawat tersebut memasuki ruang
pemantauannya.
Kepulauan Andaman dan Nicobar di barat laut Selat Melaka
yang pernah dikatakan satu lokasi kemungkinan MH370, ialah satu lokasi
strategik yang amat penting kepada India.
India
juga mempunyai sensitiviti yang perlu dijaga, disebabkan penglibatan
besar China dalam insiden MH370 ini dan penegasan kedudukannya di rantau
berdekatannya dan di Asia-Pasifik.
Insiden kehilangan pesawat Boeing 777 Malaysia
ini, dan misi mencari dan menyelamat mencetuskan pelbagai implikasi
melibatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau dan kuasa
besar AS dan China, yang selama ini diimbangi dengan baik oleh Kuala
Lumpur.
Persaingan antara kuasa-kuasa terbabit di kawasan
perairan yang menjadi medan perlumbaan dominasi menjadikan tragedi ini
lebih daripada satu bencana melibatkan Malaysia dan anak kapal terlibat,
tetapi berkait langsung dengan politik serantau. - Mac 18, 2014
No comments:
Post a Comment